Resipi Mudah NONA MANIS PANDAN, 1 Adunan Boleh Dapat 25-30 Biji

Share

Bahagianya dapat menikmati kuih Nona Manis Pandan yang sedap berlemak. Kalau beli selalunya, payah nak jumpa yang menepati selera, kena citarasa sendiri.Rupanya nak buat kuih ini mudah je. Kacau adunan dalam blender tak perlu guna mixer pun. 1 adunan boleh dapat dalam 25 hingga 30 biji kuih.Memang jimat berbaloi dan puas hati makan.

Mak-mak yang nak belajar buat Kuih Nona Manis Pandan ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Ohhyinn Yiyinn ini.

Harini omak den buek sweety nona (nona manis pandan). Macam biasolah kalau nak resepi omak den koba banyak like baru bagi resepi . Omak den kato ini jadi.

Bahan A

1/2 cawan santan
1/2 cawan air pandan
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung jagung
Garam secukup rasa
Pewarna hijau

1. Masak sehingga berkilat.

Bahan B

1 Cawan tepung gandum
1 Cawan santan
1/2 Cawan gula

2. Blender halus sebati.

3. Satukan bahan B ke dalam bahan A.

4. Gaul sebati kemudian masukkan sebiji telur dan gaul seketika. Gaul sekejap je agak sebati terus tutup api.

Bahan C

1 Cawan santan
1 Sudu tepung gandum
Garam secukup rasa

5. Masak atas api sehingga berkilat.Jangan terlalu pekat.

6. Tuangkan adunan yang berwarna hijau ke dalam acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak. Kemudian, tuang adunan C ke dalam botol dan masukkan ke atas acuan yang tersedia adunan berwarna hijau tadi.

7. Kukus selama 10 minit dengan api sederhana.

9. Sejukkan terlebih dahulu, kemudian keluarkan perlahan-lahan daripada acuan.

10. Nona manis pandan siap dihidang. 1 adunan = 25/30 Biji.

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini :
KUIH BAKAR PANDAN Mudah, ‘Blend’ Semua Bahan Bakar Sehingga Permukaan Garing!

Cara BETUL Buat Pes Pandan, Kena Tunggu Air Mendapan Tiga Malam!

Resipi KASWI PANDAN Lemak Manis Sukatan Cawan, Elok Licin Lembut ‘Bergedik’

Mingguan Wanita : Mudah je rupanya kalau buat sendiri kuih Nona Manis Pandan ni. 1 adunan boleh dapat dalam 25-30 biji. Memang jimat dan berbaloi.

Sumber: Ohhyinn Yiyinn

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN