Waktu petang-petang dah tentu nak makan yang bergoreng untuk hidangan minum petang. Selain goreng pisang, dah tentu dalam kepala fikirkan tentang donut dan cakoi.
Sebenarnya, boleh saja nak buat sendiri donut dan cakoi. Adunan yang sama saja. Paling penting bila buat tu boleh makan sampai ke malam. Walaupun sejuk tetap tidak liat dan masih gebu.
Kalau buat donut dan cakoi mesti ada yang bersaiz besar. Katanya mudah dan adunan pun cepat habis. Tapi, kalau buat dengan saiz mini, nampak comel dan anak-anak dah tentu suka.
Apa kata kita cuba resipi baby donut dan cakoi yang dikongsikan oleh Missz Amira. Buat kecil-kecil senang untuk anak makan.
Baby cakoi & baby donut lembut sampai ke malam. Buat kecik2 sng ank2 nk makan, donut xsmpt nk salut gula skli licin daa. Resepi & caranya simple ada disetiap gambar.
Bahan-bahan:
Step 1
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin/mentega/butter
1 sudu kecil garam
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.
Ads
.
Step 2
1 cawan air suam
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1 biji telur
1 sudu besar yis
Masukkan kesemua bahan di atas dan kacau sebati. Terus masukkan ke dalam tepung tadi.
.
Step 3
1. Uli sampai sebati. Jangan risau, doh memang akan nampak lebih sedikit. Bila dah kembang, doh akan jadi lebih gebu dan senang dibentuk.
2. Biarkan naik dan kembang 2 kali ganda (dalam tempoh 30-40 minit atau sejam.
3. Bila dah naik/kembang, tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin.
.
Ads
Step 4
1. Untuk elak melekat pada tangan, gunakan tepung gandum untuk bentukkan baby cakoi dan donut.
2. Bagi baby cakoi, gelekkan doh atas papan dan bagi panjang. Potong ikut saiz yang kita mahu. Kemudian, kepitkan antara dua.
3. Baby donut pula – bulatkan doh, kemudian tekan leper dan rekap menggunakan penutup botol.
4. Biarkan seketika hingga naik/kembang 2 kali ganda.
5. Panaskan minyak. Pastikan betul-betul panas dan goreng dengan api sederhana.
.
Inilah hasil baby cakoi yang naik 2 kali ganda.
.
Panas dari dapur.
Ads
.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Mudah sangat nak buat. Sekali jalan buat adunannya, jimat masa dan sedap sangat ni makan panas-panas.
Mudah je rupanya nak buat Cucumber Pickle atau Jeruk Timun yang rangup dan sedap ini di rumah.Rendam timun semalaman,esoknya dah boleh makan.Kalau mak-mak perasan selalu jumpa timun jeruk ni bila makan burger di restoran makanan segera.
Boleh cuba perkongsian cara buat jeruk timun ini di rumah oleh PuanAJ Idrissebagai rujukan.
“Cucumber Pickle @ Jeruk Timun. Yang selalu kita jumpa dalam burger McD, Subway, A&W tu.Sedap tapi nak beli selalu mahal. Buat sendiri, semudah ABC”
Bahan-Bahan:
Timun yang dibasuh bersih. Saiz kecil macam ni tak perlu dipotong
Daun dill (kalau suka atau kalau ada)
Bawang putih (seulas dua pun cukup),
Garam, gula, cuka (mana-mana jenis cuka pun boleh- cuka makan, cuka epal, cuka kurma atau cuka anggur) – tiada sukatan sebab ikut anggaran masing-masing je ya
Air mineral
Cara Membuat:
1.Rebuskan air, cuka, garam dan gula hingga mendidih.
2.Susun timun dan bawang putih di dalam balang macam ni.
3.Bila bahan rebusan tadi dah suam-suam kuku, masukkan dalam balang berisi timun tadi. Tutup dan biarkan semalaman.
Dah siap… Biarkan dalam balang tu ya. Bila nak makan baru keluarkan timun tu.
Sedap dimakan begitu saja. Gigit sebiji-sebiji pun boleh. Nak letak dalam sandwich, potonglah nipis-nipis 🙂
Info Ekstra!
Kalau guna timun besar kena belah, toskan buang air-air dari timun tu.
Kalau guna timun besar yang biasa, kena salut garam dulu biarkan airnya keluar dan supaya tak bergetah.
Nanti dah habis timun jeruk tu, masukkan je timun fresh yang lain. Tambah cuka, gula dengan garam lagi sikit.
Saya guna air lebih sikit dari separuh balang, tambahkan bahagian cuka untuk penuhkan balang. Garam 7 sudu besar, gula 3 sudu kecil.
Ni ikut citarasa masing-masing ya, kalau tak suka cuka kuat, kurangkan cuka. Tak suka masin, kurangkan garam. Tapi pastikan campuran air rebusan cukup untuk penuhkan balang dan tenggelamkan timun.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Selamat mencuba!
Sebenarnya Sos Spaghetti juga boleh disejuk bekukan sebagai persediaan untuk Ramadan nanti.Memang mudah dan jimat masa, tinggal tumis dan letak daging cincang je. Menariknya boleh tahan lama 6 bulan hingga 2 tahun.
Ikut resipi dan cara buat Sos Spaghetti Bolognese seperti yang dikongsikan oleh Puan Erni Abu Samah ini.
Sementara ada mood ni kita buatlah sos spaghetti frozen stanby untuk Ramadhan. Biasa dah hujung-hujung tak lalu dah nak makan nasi. Frozen tu boleh tahan 2 tahun tanpa perubahan rasa.
Nak kupas kulit tomato tu yang malas, 6 kilo dapat buat 5 kali makan. Tinggal tumis daging cincang je nanti baru masukkan sos segera. Bahan lain semua dah ada dom sos tu.
Ni kalau retort ni boleh buat bisness ni. Rasa lagi sedap berganda dari brand terkenal dalam botol perasan kejap.
Bahan-Bahan:
7kg tomato merah buang kulit dan biji
5 biji bawang besar didadu
15 biji bawang putih dipecahkan dan didadu
2 sudu besar Oregano *serbuk kering
2 sudu besar parsley *serbuk kering
2 sudu besar basil *serbuk kering
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam
Bay leaves
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (optional) taruk masa 1/2 jam terakhir
3 ke 4 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1. Panaskan sedikit minyak jagung.
2. Tumis bawang besar and bawang putih, jangan garing, cukup layu je.
3. Masukkan tomato yang diblender halus
4. Kemudian, masukan tomato puri.
5. Masukkan pula garam dan gula.
6. Masukkan lada hitam dan herbs.
7. Masak atas api kecil dalam 2 jam. Kurang 2 jam sikit pon boleh.
Dah siap masak, simpan dalam freezer boleh tahan 6 bulan. Peket kecik-kecik. Saya biasa boleh simpan 2 tahun kalau masak 2 jam. Rasa lagi sedap.
Notes:
Bila nak makan hanya perlu tumis daging cincang, tambah sos di atas, adjust garam atau tambah meatball.
Boleh jadi sos lasagna atau pizza.
Tak buang kulit dengan biji pun boleh tapi tak sedap sangat.
Nak buang kulit kelar ‘X’ kat tomato. Celur dalam air mengelegak sampai nampak kulit terkoyak. Kupas macam pisang. Jangan lama nanti lembik.
Mingguan Wanita: Wah bolehlah cuba buat sendiri sos spaghetti Bolognese frozen ni dekat rumah.Tinggal tumis daging cincang je nanti. Tahan 6 bulan hingga 2 tahun, jika dimasak selama 2 jam. Memang mudah & jimat masa.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Mudah je rupanya mak-mak nak buat Kek Sarang Semut atau Gula hangus yang menjadi. Jika tiada oven dirumah boleh juga gunakan periuk nasi atau bakar je atas dapur gas. Kek Sarang Semut yang menjadi, bila ada tekstur lubang-lubang ‘sarang semut’ pada kek tersebut.
Ini resipi dan cara buat Kek Sarang Semut yang mudah, dikongsikan oleh Raja Amanina sebagai rujukan mak-mak. Bolehlah buat untuk hidangan minum petang ni.
Berikut perkongsian beliau;
“Excited tengok kemenjadian lubang-lubang sarang semut tu. Buat 2 biji terus sambil nak bagi jiran sebelah rumah..Semalam dah buat kek coklat moist..ni try bakar guna rice cooker..ikut resepi asal guna butter ni kita pakai marjerin je..tak perlu perap terus bakar je..nak guna oven pun boleh.
Bahan-Bahan:
1cawan gula
1cawan air panas
1cawan tepung gandum
Setengah cawan marjerin
Setengah tin susu pekat
4 biji telur
1camca besar baking soda@soda bikarbonat
beberapa titik esen vanila
Cara Membuat:
1.Panaskan gula api sederhana hingga perang jangan hangus.
2.Bila keperangan tuang air panas sikit-sikit (masa ni hati hati iya)perlahankan api dan kacau hingga gula betul-betul larut dan sebati.
3.Masukkan pula marjerin, kacau sebati dan tutup api.
4.Dalam mangkuk pecahkan telur kacau pakai sudu je bersama susu pekat.
5.Masukkan tepung,baking soda dan esen vanila.
6.Tuangkan air gula hangus ketika masih panas,kacau sebati.
7.Tuang ke dalam loyang yang disapu marjerin, bakar guna rice cooker
masak macam biasa.Kalau nak bakar guna oven suhu 160°40minit.
Info Ekstra!
**Adunan tu saya masukkan dalam Loyang yang disapu marjerin. Tapi jika nak masukkan adunan dalam periuk rice cooker terus pun boleh.Rice cooker saya agak besar tak nak kek jadi nipis tu yang saya masukkan adunan dalam loyang masak macam biasa.
**Nak guna periuk rice cooker bakar atas dapur gas pun boleh guna api
kecik je.
**Saya dah cuba dua-dua kaedah alhamdullilah menjadi.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...