Selalunya bila beli bungkus air Nescafe, Milo, Kopi atau Teh Ais kita lebih suka ikat bahagian tepi plastiknya bagi memudahkan nak minum nanti. Duduk dekat rumah waktu PKP ni pun boleh buat air bungkus ikat tepi yang rasanya ‘kaw’ dan padu.Yang penting kena tahu sukatannya yang betul barulah ia secukup rasa.
Boleh ikut resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Miz Juejue ini.
Walaupun dok umah,Air tetap bungkus ikat tepi ahhaha. Ni la kegembiraan saya sebagai suri rumah.
Mana Satu pilihan anda semua?
Nescafe Ais
Milo Ais
Kopi Ais
Teh Ais
1.Nescafe Ais Kaw
Bahan-Bahan:
3 sudu Nescafe
Susu pekat ikot tekak nak manis mana
Air setengah gelas, jangan banyak nanti air tak kaw
Cara Membuat:
1.Kacau lama-lama, masukkann ais dalam plastik
2.Tuang nescafe.
3.Ikat letak straw dah siap boleh minum. Boleh jugak letak susu cair. Kalau tak nak pun tak apa.
2.Milo Ais Kaw
Bahan-Bahan:
4 sudu Milo
Susu pekat ikot tekak nak manis mana.
Air setengah gelas, jangan banyak nanti air tak kaw
Cara Membuat:
1.Kacau lama-lama, masukkann ais dalam plastik.
2.Tuang milo.
3.Ikat letak straw dah siap boleh minum. Boleh juga letak susu cair atau fresh milk. Nanti ada la rasa ala-ala air kotak.
Dan lagi 1 kalau nk buat neslo just tambah 2 sudu nescafe
Milo kurangkan jadi 3 sudu.
Ads
3. Kopi Ais Kaw
Rendam 2@3 sudu serbuk kopi
Biar sampai nampak pekat.
Tapis air kopi.
Susu ikut nak manis mana
Kalau terlampau pekat boleh tambah air suam.
Masukan ais dalam plastik dan tuang kopi ikat tepi letak straw. Boleh tambah susu cair kalau suka.
4.Teh Ais Kaw
Bahan-Bahan:
3@4 sudu serbuk Teh
3 cawan air
susu pekat
3@4 sudu besar susu cair
Secubit Garam
Cara Membuat:
1. Rebus air dalam periuk sampai mendidih.
2. Letak serbuk teh, tak kisah teh apa pun, biar mengelegak seminit dua, lepas tu tutup api, tapis teh. Saya guna tapis putih yang selalu kedai makan guna tu.
3. Masukkan susu pekat agak-agak nak manis mana.
4. Masukkan susu cair. Nak rasa lemak-lemak lebihkan lagi.
5. Garam cubit hujung-hujung je (tak letak pun tak apa). Garam untuk lemakkan lagi teh ais.
6. Boleh dah letak ais.
Ads
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Letak Secubit Garam Dan Sesudu Nescafe Rahsia ‘Teh Tarik Banjir’ Rasa Lemak, Manis, Kelat & Wangi
Lelaki Ini Kongsi ‘Formula’ Buat Air Nescafe Sedap Warna Sungai Pahang, Cukup Rasa Pahit, Manis & Lemaknya
Mingguan Wanita : Teringin nak minum air bungkus ikat tepi dekat rumah, bolehlah ikut resipi dan sukatan yang dikongsikan ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Nak buat sambal tumis cantik warnanya, sedap dan yang paling penting tahan lebih lama ada caranya. Sambal tumis ni memang enak dinikmati bersama nasi lemak, lontong mahupun dimakan bersama nasi putih sahaja.Tak kiralah nak gandingkan dengan lauk apa sahaja, semuanya pasti membuka selera.Bahkan, makan dengan ikan goreng sahaja pun dah mampu buat kita tersandar kekenyangan.
Rahsia nak buat sambal tumis cantik warnanya, sedap dan yang paling penting tahan lebih lama ini merupakan perkongsian ilmu oleh blogger masakan terkenal, Azlita Masam Manis.
1.Warna Sambal Cantik
Untuk mendapatkan warna sambal yang cantik dan merah menyala, petuanya ialah pastikan masa memotong cili ambil yang berwarna merah sahaja. Buang cili yang berwarna coklat atau kelihatan seperti dah buruk. Ini lah yang menjadi sebab, jika cili tersebut di kisar sekali sambalnya berwarna tak cantik.
Lagi satu, rahsia sambal warna merah cantik ialah gula kena banyak. Sambal yang sedap ianya mesti secukup rasa manis,pedas,masin dan masamnya.
2.Sambal Sedap
Sambal tumis bukan sahaja bergantung pada cili tapi juga pada bawang yang di gunakan. Jika sambal nak sedap gunakan bawang merah kecil, jangan guna bawang besar. Bawang merah kecil ini letak banyak-banyak barulah kuah sambal tu manis dan enak.Jangan lupa masukkan sekali hirisan bawang besar setelah sambal mendidih.
3.Sambal Tahan Lama
Pastikan gunakan minyak yang banyak ketika menumis. Minyak yang banyak akan buatkan sambal tahan lama, berhari-hari walaupun tidak dipanaskan terutamanya sambal ikan bilis. Masa menumis juga kena lama, supaya bawang dan cili benar-benar garing dan hilang bau atau rasa maung cili.
Selain itu, antara petua lain yang boleh dicuba:
Kisar Minyak
Cili kering yang direbus dengan air panas hendaklah dikisar dengan minyak masak. Ini menjadikan sambal lebih cepat ditumis dan rasanya juga lebih enak.Malah tekstur sambal juga menjadi lebih halus dan sempurna.
Elak Air Banyak
Ketika menumis sambal, elak memasukkan air yang banyak kerana ia akan hanya membuatkan sambal lambat masak. Malah sambal juga dikatakan tidak tahan lama. Masukkan air sedikit demi sedikit dan jika inginkan kuah berlebihan, tambahlah kemudiannya.
Guna Gula Melaka
Mungkin resipi ini sudah biasa bagi masyarakat sebelah pantai timur. Memasukkan nisan atau gula melaka juga gula kabung adalah cara untuk menaikkan rasa lebih lemak pada sambal.
Buat Sendiri Pes Cili Kisar
Asas membuat sambal yang enak haruslah menggunakan cili kering yang dikisar sendiri.Elakkan sama sekali cili pes segera yang dijual di kedai. Pes segera biasanya sudah ditambal dengan beraneka bahan lain sehingga hilang keasliannnya. Jadi pastikan cili kering sentiasa ada dalam stok di rumah.
Selamat Mencuba!
Sumber:norazlitaaziz.blogspot.my
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resipi ayam sambal Bali sangat sesuai dimakan bersama nasi panas. Tak perlu lauk lain, hanya dengan satu lauk ini boleh buat kita makan bertambah-tambah. Rasa bumbunya yang harum amat memikat selera.
Kalau mak-mak nak cuba buat, boleh ikut resipi ini. Sukatan satu ekor ayam, ikut setiap satu langkahnya, pasti menjadi. Jom lihat cara penyediaannya.
RESIPI AYAM SAMBAL BALI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
6 batang serai – dititik
8 tangkai daun kari – dilerai
Segenggam cili kering (*)
5 biji bawang besar (*)
5 ulas bawang putih (*)
Sedikit belacan (*)
Kicap masin
1 senduk gula
1 sudu teh garam
(Bahan bertanda (*) perlu dikisar halus)
Ikut Resipi Ini Gerenti Menjadi
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan potong kecil. Basuh, tos kemudian masukkan serbuk kunyit serta garam dengan secukupnya. Gaul rata.
2. Panaskan minyak masak anggaran dua senduk. Goreng ayam yang diperap tadi.
3. Goreng ayam hingga kecut dan separuh garing. Jangan sampai terlalu garing. Angkat dan toskan.
4. Dengan menggunakan baki minyak gorengan tadi, goreng serai yang dititik sampai separa coklat.
5. Masukkan daun kari. Goreng seminit.
6. Seterusnya tumis bahan-bahan kisar tadi hingga wangi.
7. Tambahkan garam satu sudu.
8. Masukkan juga 1 senduk gula (jangan risau manis sebab nanti akan seimbangkan rasa dengan kicap).
9. Bila cili semua sudah cukup garing, masukkan kicap dalam 8 kali renjis atau sampai dapat warna maroon/merah gelap macam dalam gambar.
10. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
11. Balik-balikkan ayam bersama kuah selama 10 minit.
12. Ayam sambal Bali siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Bekas suami Kim Seri sah ke penjara, "terima kasih Kim Seri, kau kejam, Allahuakbar... Kes penipuan jenayah melibatkan Kim Seri yang menipu pelancongan ke...