Lain orang lain caranya nak buat air koktail. Masing-masing ada rahsia nak bagi sedap. Mahunya tak cukup satu gelas, ditambah pula dengan aneka campuran buah-buahan yang pelbagai.
Kali ini Mohamad Hafidz Idris berkongsi resipi koktail yang menjadi rahsia 7 keturunan, katanya. Nak tahu apa rahsia nak bagi sedap, boleh ikut resipi yang diberinya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Kuih tart merupakan antara kuih kegemaran ramai. Baik dibuat saja-saja untuk makan sendiri ataupun dibuat berniaga pada musim-musim perayaan. Ada pelbagai resipi untuk menghasilkan kuih tart yang sedap.Namun perkongsian resipi oleh Anida Azmi ini, antara yang mak-mak boleh cuba kerana diakui sedap dan beliau buat berniaga menggunakan resepi yang dipelajari 25 tahun yang dulu. Jadi jika mak-mak nak tambah pendapatan sampingan boleh cuba resipi ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“25 tahun dulu saya dapat ilmu belajar buat kuih tart dengan yuran RM10.Ilmu yang saya dapat manafaatkan untuk tambah pendapatan saya. Alhamdulilah walaupun dah lama saya tingalkan perniagaan ini tapi hingga kini kuih ni memang menjadi kegemaran tetamu dan biskut yang wajib ada setiap kali raya. Dengan ikhlas hati saya kongsikan resipi ni untuk teman-teman disini. Mana tau boleh dijadikan pendapatan sampingan musim raya nanti.”
Royal Pineapple Cheese Tart
Bahan-Bahannya:
Tepung gandum 350grm (anggaran)
Buttercup 250grm
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar Cream Cheese (saya guna jenama Tantura) kalau nak letak lebih pun boleh
Sedikit garam halus
1 biji kuning telor
Jem nenas secukupnya
Dulu masa niaga saya buat Jem sendiri
Tapi sekarang dah byk jual.Senang beli je (saya beli di Bagus Bakery)
Cara Membuat:
1. Satukan Buttercup cream cheese dan garam.
2.Masukkan kuning telor kacau sebati kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastad dan tepung jagung. Uli sebati. Kalau adunan agak lembut boleh tambahkan sedikit lagi tepung.
3.Terap mengunakan acuan semperit dan gulung seperti biasa. Bila hendak dibakar sapukan kuning telor yang telah dicampurkan sedikit pewarna kuning.
4.Bakar dalam suhu 170~180 darjah Celsius selama lebih kurang 25min hingga 30min mengunakan api atas bawah.
**Saya letak dalam papercup supaya nampak kemas dan cantik.Tart ni gebu dan cair dalam mulut.Sedap!
Jika selalu mak-mak buat popia inti sayur, boleh cuba kelainan buat popia berintikan meatball dan cheese ini. Memang senang sangat nak buat, anak-anak pun mesti suka. Sedap dicicah dengan Sos Thai mahupun mayonis. Sesuai juga buat untuk minum petang atau bekal sarapan pagi anak ke sekolah nanti.
“Popia Meatball Cheese Padu,Resepi dia senang dan simple je”
Bahan-Bahan:
Meatball
Kulit Popia
Cheddar cheese
Mozarella cheese
Cara Membuat:
1. Mula-mula rebus dulu meatball tu sampai masak.
2. Selepas itu, balutkan meatball tersebut dengan kulit popia.
3. Potong kecil-kecil cheddar cheese dan mozarella cheese, letak sekali dalam tu dan balutkan kemas.
4. Kemudian goreng sehingga kekuningan.
Senang kan?
Boleh makan dengan Sos Thai bubuh sikit daun ketumbar potong kecil-kecil. Tapi yang ni daun ketumbar takde.
MW: Memang senang sangat nak sediakan Popia Meatball Cheese ikut resipi yang dikongsikan ni. Sesuai buat untuk minum petang atau bawa bekal sarapan pagi ke sekolah untuk anak-anak.
Bila tengok rancangan masakan, rasa nak tahu kenapa ada chef yang memasukkan buah keras sebagai salah satu rempah dalam masakan mereka. Apa sebenarnya rahsia buah keras dalam masakan ini?
Menurut Pakar Masakan Terkenal, Puan Noraini Adnan dalam soal jawab dengan majalah Rasa memaklumkan buah keras juga dikenali sebagai kemiri dalam bahasa Indonesia. Atau nama Inggerisnya ‘candlenuts’.
5 Rahsia Buah Keras Dalam Masakan Mak-mak
Pertama : Pemekat Kuah
Tambah Puan Noraini lagi, fungsinya dalam masakan adalah sebagai bahan pemekat kuah. Namun, buah ini tak boleh dimakan mentah. Kerana buah keras mengandungi toksik. Sebab itulah, ia perlu dimasak dahulu.
Kedua : Penyedap Rasa Dalam Makanan
Buah keras ini memang tak dinafikan jadi penyedap rasa dalam masakan. Antara jenis masakan yang boleh menggunakan buah keras adalah, sup, kari, masak merah, rendang, tumisan, sayuran dan sebagainya.
Ketiga : Masakan Jadi Lebih Lemak Berkrim
Seperti yang dikongsi oleh blogger masakan terkenal, Mat Gebu pula buah keras ini mengandungi minyak yang tinggi. Sebab itulah rempah hebat ini memberi rasa lemak, berkrim sekaligus memekatkan kuah dalam masakan.
Ia menggantikan kacang macadamia. Memandangkan harga kacang ini mahal di Malaysia, gunakan buah keras sebagai pengganti.
Keempat : Bau Harum Dalam Masakan
Ujar Mat Gebu lagi, buah keras ini jangan guna banyak-banyak dalam satu-satu resepi. Dalam 2 ke 3 biji dah memadai untuk jumlah cili kisar 11/2 cawan. Kalau nak buat gulai atau asam pedas, buah keras ini akan dikisah dengan rempah yang lain untuk naikkan bau harum.
Kelima : Rupanya Ini Rahsia Sedap Masakan Baba Nyonya
Antara rempah wajib yang ada dalam masakan tradisional Baba Nyonya dan Portugis ini tentulah buah keras. Yang mana, mereka lebih banyak menggunakan buah keras berbanding bawang putih. Ia memberikan rasa lemak dalam kuah masakan yang dihasilkan.
Sambal Buah Keras
Selain sambal belacan, sambal tempoyak mahupun budu, mak-mak boleh cuba buat sambal buah keras yang mudah ini. Resepi ini dikongsikan oleh nasamulia.
Bahan-bahan
5 biji Buah Keras (candle nuts / pelleng’ / kemiri)
1 biji Cili Hijau
1 biji Cili Merah
1 biji Bawang Merah
1 biji Bawang Putih
5 biji Cili Padi
1 biji Tomato
*Gorengkan semua bahan di atas sekejap atau sehingga agak layu.
Garam
Masukkan isi ikan goreng – ambil agak-agak dari 2 ekor ikan kembung.
Caranya :
*Tumbuk kesemua bahan yang telah digoreng dan masukkan isi ikan, perasakan.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...