Resipi Kek Pandan Gula Melaka. Paling Sedap Di Alam Maya, Boleh Buat Niaga

Share

Kek pandan gula melaka memang cukup popular, pernah viral kerana keenakkannya. Ditambah pula bila letak cheese, terangkat dan satu bekas habis pun tak perasan. Sehingga kini, ia masih tetap menjadi pilihan dan kegemaran. Kiranya, kalau makan tak pernah rasa jemu.

Berkira-kira nak buat, sampaikan rasa macam tak jadi dan tak sama macam beli. Kali ini, Azlina ina Fans kongsi dan tunjukkan satu persatu cara nak membuatnya. Keknya memang sangat laris terjual.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi LAKSAM Sedap & Mudah Sukatan Untuk 4 Orang Makan

Karipap Sedap, Rangup! Cuba Ikut Resipi Buat Inti & Kulitnya Ini!

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Kek Pandan Gula Melaka

“Mak tak dapat pun nak edar untuk satu Malaysia. Alhamdulillah sejarah jualan kek gula melaka viral ni dalam masa satu hari sahaja. Malah, hampir beratus bekas terjual di Red Houze Bakery, Setia alam.

“Harganya memang mahal, RM25 sebab tu kita panggil kek pandan gula melaka kayangan viral. Mak sengaja jual mahal biar anak mak yang lain rajin buat sendiri.”

Bahan-bahan:
5 biji telur
1 cawan gula
1 sudu besar emolco pandan coconut
½ sudu besar pewarna apple green
1 sudu besar ovalette
(Campurkan semua bahan dan pukul sehingga kembang gebu)

Bahan Ayak:
2 cawan tepung gandum (+1 sudu kecil baking powder + 1 sudu kecil soda bikarbonat + 1 sudu kecil cream off tartar)

  1. Masukkan dalam adunan telur tadi berselang seli dengan 1/2 cawan butter cair.
  2. Siap isi dalam bekas dan kukus selama 10 minit atau bakar dalam loyang dan potong.

Bahan Topping: (Sukatan untuk 15-20 bekas)
Bahagikan kepada 2 bahagian: Cream Hijau

500g cream cheese
1 cawan susu pekat
1/2 cawan susu segar (kalau tak nak pekat sangat tambah susu segar sedikit semasa blend)

  1. Blender sebati dan tuang dalam bekas.
  2. Tambahkan 1 sudu besar emelco pandan coconut
  3. 1 sudu besar emelco coconut. (ini untuk bau wangi kelapa)
  4. Sedikit warna hijau green apple

Cream Putih
500g cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar emolco gula melaka (jika ada untuk naikkan bau)
1 cawan whipping dairy
1/2 cawan susu segar (boleh tambah sedikit semasa blender supaya tidak terlalu pekat)

  1. Tuang ke dalam bekas.
  2. Tambah 1/2 cawan gula merah ke dalam dan kacau.

Parut sedikit gula melaka ke dalam adunan cheese tadi.

Cara Hiasan
Kek yang masak di bahagi kepada dua bahagian dan masukkan ke dalam bekas.

Layerkan ikut kesukaan sama ada hijau di atas atai di bawah. Selang selikan dengan adunan cheese tadi.

Bila siap, letakkan semua cheese. Barulah renjis dengan syrup gula melaka (beli yang ready made).

Lorekkan dengan lidi satay dan tak kisah corak yang diinginkan.

Taburkan dengan crumble kek lebihan yang dihiris tadi.

Parut gula melaka di atas kek dan tabur sedikit hawaian coconut flakes untuk hiasan.

Siap.

Tip:
Sejukkan antara 1-2 jam pada sejuk beku dan ia tahan selama 3 bulan.

Semoga ilmu ini bermanfaat ya dan mak doakan semua berjaya untuk buat jual. Dengan duit dari hasil jualan ini dapatlah bantu suami, mak ayah dan adik beradik lain. Malah sahabat-sahabat yang dalam kesusahan. Aamiin.

MW: Boleh cuba nanti. Paling penting, tuan punya resipi siap bagitau satu persatu cara nak buat. Rasanya dah boleh ikut kan!

Sumber: Azlina Ina Fans

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

IKLAN