Resipi yang biasa mak-mak buat dengan ikan tenggiri tentulah masak kari. Masakan kegemaran ramai kerana kuahnya yang berempah dan pekat.
Biasanya, untuk kuah pekat dan berlemak dalam resipi kari ikan tenggiri tentulah dengan masukkan santan dalam gulainya.
Kali ini, resipi yang dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad adalah masak kari ikan tenggiri tanpa guna santai. Cara orang dulu-dulu ikut style resipi ibunya.
Ini resipi kari ikan tenggiri emak style. Cara masak kari tapi tak pakai santan. Senang sangat.
Bahan-bahan:
1.5kg @ 1 ekor ikan tenggiri – potong
10 biji bawang merah kecil.
1 inci halia.
2 biji bawang putih.
2 sudu besar rempah campur kasar (biji sawi, jintan dan halba).
5 biji tomato.
3 biji cili hijau besar.
3 tangkai daun kari.
1 sudu besar pes asam jawa dengan 1/4 cawan air.
7 sudu besar rempah kari ikan. Suka hati nak pakai rempah apa semua sedap.
Air.
Garam.
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
Ads
2. Masukkan bawang, halia dan bawang putih yang telah dihiris.
3. Masukkan rempah kasar (biji sawi, jintan dan halba). Kacau rata dan pastikan biji sawi masak.
4. Bawang dah layu, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau lagi.
5. Masukkan daun kari
Ads
6. Masukkan rempah kari.
7. Masukkan sedikit air. Dalam 2 cawan dahulu. Kalau masih pekat baru tambah.
8. Bila dah mendidih baru masukkan ikan. Kalau nak goreng dulu pun boleh. Emak tak goreng, jadi kita ikut cara orang lama.
9. Apabila mendidih, jangan kacau. Elak ikan hancur. Masukkan air asam jawa ya.
Ads
10. Masukkan garam secukup rasa
11. Siap sudah.
12. Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Jangan risau tak ada santan, masih boleh masak kari pun.
Rupanya nak buat Putu Mayam mudah, boleh guna acuan maruku. Kukus dalam 2 hingga minit, siap masak. Memang senang. Bukan apa, kuih putu mayam ni jarang dah nak jumpa orang jual. Buat sendiri puas hati makan, lebih jimat berbaloi malah terjamin kebersihannya.
Boleh cuba buat sendiri Putu Mayam Pandan seperti Nor Fatihah Nawiini di rumah.
Sekolah anak cuti peristiwa hari ni. Sekali di ajaknya buat putu mayam pandan. Adeh.. dia ingat mumy dia pandai buat ni. Tak pe la demi anak mumy cuba. Google je la resepi. Setiap kali nak masak apa, resepi saya google try and error je. Alhamdulillah menjadi akhirnya putu mayam pandan #dapurmumynor
Saya sertakan resepi yang saya google;
RESEPI PUTU MAYAM:
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung beras
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak jagung/minyak masak
Pes pandan nona manis (jika nak rasa pandan & warna hijau)
Untuk lapik boleh guna daun pisang semasa mengukus
Gula perang (brown sugar)
Gula merah @ gula melaka – dihiris halus kelapa parut putih digaul dengan secubit garam
Cara Membuat:
1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.
2. Panas dan didih air terlebih dahulu.
3. Bila sudah mendidih masukkan garam dan minyak jagung gaul rata.
4. Tutup api masukkan tepung beras sedikit-sikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.
5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan maruku pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.
6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak jangan terlalu tebal.
7. Susun dalam kukus. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.
8. Sedia dihidang bersama dengan kelapa dan gula kesukaan.
Sedapnya air balang Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi ini, memang ‘laku keras’ bila jual di bazar Ramadan, malah habis terjual setiap hari!
Setelah seharian berpuasa, saat menantikan waktu berbuka bila minum air sejuk yang sempurna rasa masam, manis dan segar cukup melegakan tekak. Malah boleh juga dijual di Bazar Ramadan, memang habis dan ramai yang suka.
Boleh ikut resipi daripada Puan Nur Hanisah Kamaluddin ini yang pernah menjual air balang di Bazar Ramadan sebagai panduan.
Saya nak share resepi Air Balang “Ais Lemon Pudina &Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi” sebelum ni saya dah pernah share tahun lepas.
Saya halalkan resepi saya ni yg tak seberapa, sesuai untuk jual di bazar. Insyallah laku keras habis setiap hari. Yang pasti sedap fresh, boleh ketagih bila minum tak mau dah air lain.
1. Kisar 3 biji lemon dengan 2 liter air. Amik air sahaja hampas buang masuk dalam bekas air. Masukkan 1 liter Air gula.
2. Sunquick dan serbuk asam knor masukkan sekali 1 liter air panas. Kacau-kacau masukan dalam bekas air lemon tadi.
3. Masukkan air batu, pati air lemon, masuk air masak agak-agak je. Hiris 1 biji lemon, daun pudina, kacau-kacau siap untuk minum.
Nota!
Kalau nak buat banyak gandakan sahaja.
Kalau nak buat banyak pastikan kena tapis banyak 2@3 kali.
Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni.
Boleh pelbagaikan jenis buahan tin @ fresh ikut citarasa sendiri.
Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan dan keluarga yg mengenali saya.Maafkan segala khilaf dan salah sepanjang perkenalan kita.. Semoga segala amal dan ibadah kita sepanjang Ramadhan diberkati dan di redhai oleh Allah swt.
Mingguan Wanita: Wah menariknya, terasa kesegaran air Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi ni. Sempurna rasa masam, manis melegakan tekak kehausan dan dahaga sewaktu berbuka.
Sedapnya kalau dapat makan roti panas yang baru keluar daripada pengukus. Apa kata kali ini kita cuba buat roti pandan kukus untuk keluarga di rumah.
Bahan-bahan untuk membuat roti pandan ini tidak banyak. Dan resipinya hanya menggunakan sukatan cawan sahaja.
Bagi memastikan roti pandan ini lembut, perlulah uli doh itu lebih lama sikit. Dan untuk memasaknya bolehlah guna pengukus atau oven.
Boleh Cuba Buat Roti Pandan Kukus Perkongsian Abby Razy Ini.
“Makan malam yg simple. roti kukus pandan. Alhamdulillah.hujan-hujan sejuk macam duduk London ni. Pekena dengan milo panas, sekali hadap je.Alhamdulillah…..”
Resipi Roti Lembut
Bahan-bahan
1 Paket Yis
1 Cawan Air Suam
4 Cawan Tepung Gandum
5 Sudu Gula
2 Sudu Susu Pekat
2 Sudu majerin / Planta
1 Sudu Kecil Garam
1 Biji Telur -Dikacau
1 Sudu Kecil Esen Pandan
atau nak original. Jadikan air yang di blender 1 cawan aje
2-Campur tepung dengan telur, planta, gula, garam, susu pekat, dan gaul sehingga sebati. Masukkan air bancuhan yis tadi dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Lagi lama uli lagi lembut roti itu (20 minit uli). Rehatkan doh dan tutup selama sejam. Biar kembang 2 kali ganda.
3-Bila doh sudah kembang, tumbuk-tumbuk doh itu untuk mengeluarkan angin. Selepas itu uli sekali lagi sehingga menjadi licin. Dan bolehlah susun dalam Loyang. Tunggu sehingga doh itu kembang. Sapukan di permukaan doh itu telur kuning dan tabur gula. Selepas itu barulah boleh dibakar dengan suhu 170 selama 20 minit. Atau dikukus selama 25 minit atau sehingga masak.
4-Apabila sudah masak, bolehlah sapu dengan planta. Siap. Roti ini kalau nak cicah dengan susu pun boleh bila dimakan.
MW: Bolehlah cuba buat roti pandan lembut ini untuk hidangan keluarga ketika sarapan atau pun minum petang. Nak makan pada bila-bila masa pun boleh juga. Selamat mencuba.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...