Ikan bakar selalunya menjadi kesukaan ramai, apatah lagi jika dicicah dengan air asam dan makan dengan nasi panas. Jika selalu kita buat ikan bakar, isinya lembut dan basah, sebenarnya kita boleh juga cuba kelainan buat versi yang garing. Memang sedap!
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Syahirah Sidek ini.
Biasa ikan bakar isi ikan lembut basah-basahkan, harini saya nak share ikan bakar tapi versi garing yang menjadi favorite suami.
*Tumbuk bahan-bahan sampai lumat dan masukkan kicap manis, serbuk lada hitam/putih sikit. Jangan lupa masukkan minyak masak sikit.Bahan agak-agak je, kalau nak manis lebihkan gula sikit.
1. Harini guna ikan kembung. Sebelum ni saya guna Ikan Talapia merah sebab bagi saya lagi sedap. Ikan kelar-kelar letak kunyit + garam dan goreng separuh masak agak-agak ikan dah garing sikit angkat okay.
2. Sapu bahan tumbuk tadi atas ikan. Pastikan sapu rata depan belakang. Lepastu bakar atas kuali atau air fryer atau masuk oven pun boleh. Bakar sampai garing. saya masuk oven bakar dalam 10-15minit, suhu 180°. Nak bagi kicap tu meresap dan ikan pun garing.
Tadaaa dah siap.Jemput makan semua.
Ads
# kalau rajin bungkus ikan dengan daun pisang untuk dapatkan aroma tu.. tapi saya malas.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau nak buat ikan bakar yang garing, goreng dulu ikan tu separuh masak barulah dibakar. Boleh buat kelainan cuba resipi yang dikongsikan ini. Sedapnya makan dengan nasi panas-panas.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Ads
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Petua Nak Sedap MI KARI Letak Udang Kering, Kuah Kena Pekat! Mi Kari antara hidangan yang sering disajikan setiap kali tibanya hari raya. Sesuai dihidangkan buat tetamu ketika datang beraya mahupun menu untuk rumah terbuka.
Ada pelbagai resipi dan cara nak buat Mi Kari. Namun salah satu petua nak buat Mi Kari sedap, cuba letak sedikit udang kering dan santan juga perlu letak banyak supaya kuah pekat. Barulah laju masing-masing menambah makan nanti.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Yuhafiqah Mohd Yunus ini sebagai rujukan.
Petua nak sedap mi kari kak yuyu ni satu ja. Udang kering.Lain orang lain cara kan.
Cara Membuat:
1. Blend bawang Besar, bawang putih, halia dan udang kering.
2. Nak rasa lemak-lemak sikit masuk kan seketul buah keras blend sekali.
3. Tumis sampai naik bau dan masukkan cili kering.
4. Dah pecah minyak baru masukkan rempah kari daging campur rempah kari udang.
5. Tumis sampai pecah minyak masukkan segala rencahnya ayam, kerang, sayur-sayur.
6. Kak yuyu letak lobak merah, kobis dan kacang panjang.
7. Lepas tu santan letak lebih sikit sebab mi Kari kuah kena pekat,
kalau ceroi tak lajuuu makan.
8.Fish ball Dan fish cake kak yuyu goreng asing. Tak masak sekali dalam kuah. Saja la nak ada effect rangup-rangup masin.Kalau masak sekali nanti jadi gebu tak syok makan.
Telur rebus jangan lupa na. Bawang goreng, taugeh, cili merah potong Dan limau kasturi jangan lupa untuk meriahkan lagi hidangan.
Alhamdulillah, sedap macam biasa.
Ma, bapak, anak-anak dan suami memang lajuuu menambah.
Mingguan Wanita: Sedapnya nya makan mi kari. Sesuai buat untuk tetamu datang beraya. Nak Mi Kari sedap boleh campur dengan udang kering sikit seperti petua yang dikongsikan ini.
Patutlah sedap sangat, nak buat ayam panggang macam rasa kat Kenny Roggers tu mak-mak kena tahu rahsia perapannya. Baru lah nikmat isi ayam akan jadi juicy dan sedap yang amat.
Tip masak ayam panggang ini dikongsikan oleh Puan Nor Ezra Erlyna Ibrahim di laman Facebook yang dikongsikan 2703 orang dalam masa yang singkat.
Nah, kalau cuba hari ini, mak-mak boleh sediakan bahan-bahan dulu.
Ayam Panggang, Isi Ayam Jadi Juicy
Ayam (1 ekor dibelah rerama)
Bawang besar (kisar)
Bawang putih (kisar)
Halia (kisar)
5 sb sos tiram
3 sb kicap pekat (manis)
3 sb cuka (bila bakar ayam akan jadi juicy)
3 sb jintan manis
2 sb jintan putih
1 sk serbuk paprika
1 sk lada hitam
1 sk serbuk ayam
Mix herb
Cara Buat Ayam Panggang:
1. Masukkan semua bahan-bahan kisar dan semua bahan-bahan di atas ke dalam bekas dan gaulkan semua sekali dengan ayam.
2. Perapkan semalaman or min 2 jam. (Saya suka perap semalaman sebab bahan perapan rasa sampai ke dalam ayam)
3. Bolehlah dibakar. Sebelum bakar taburkan atas ayam dgn mix herb dan lada hitam.
Nota:
Rasa dulu sebelum letak garam sebab bahan-bahan tu semua dah ada bahan perisa. If kurang rasa baru letak garam.
Selamat mencuba ya, mak-mak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hidangan berbentuk manisan atau pencuci mulut tentunya mempunyai peminat tersendiri. Manisan seperti pengat memang mudah disediakan untuk hidangan seisi keluarga. Sesuai untuk dimakan saat minum petang bersama keluarga.
Ini Dua Resipi Pengat Yang Mudah Dibuat, Cubalah!
PENGAT UBI KAYU BERSAGU
Bahan-Bahan:
300 gram ubi kayu
200 gram santan pekat
100 gram sagu mata ikan
1 liter air
1 ketul gula Melaka
2 sudu besar gula pasir atau secukupnya
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
Cara Membuat:
Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul
Angkat dan sedia untuk dihidang.
PENGAT KELADI
Bahan-Bahan:
300 gram Keladi
1 liter air
200 gram santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu makan gula pasir atau secukupnya
100 gram sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
Cara Memasak:
Di dalam periuk, masukkan air bersama keladi. Rebus Keladi bersama daun pandan hingga empuk.
Masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam secukup rasa dan santan. Kacau sebati.
Masak sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...