Resipi gulai tempoyak memang menjadi menu pembuka selera seisi keluarga. Kita buat sedikit kelainan dengan mencuba resipi gulai tempoyak telur goyang. Biasanya gulai tempoyak kita guna telur itik tapi resipi ini boleh juga menggunakan telur ayam.
Nampak sedap dan mudah dimasak. Malah menu ini juga tidak menggunakan banyak bahan. Bagi anda yang belum ada idea nak masak, bolehlah cuba menu ini ya!
RESIPI GULAI TEMPOYAK TELUR GOYANG
BAHAN-BAHAN:
Telur ayam @ telur itik – digoreng goyang
Cili padi
Cili merah besar – buang biji
Bawang putih (guna banyak)
Tempoyak segar – ditumbuk @ dikisar halus
Air secukupnya
Serai – diketuk
Sedikit santan
Serbuk kunyit secukupnya
Cili api – boleh ganti dengan timun/petai/nanas muda/labu siam/terung
Garam, gula & penyedap rasa jika perlu
Asam keping – jika guna tempoyak baru yang kurang masam
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak masak dan goreng bawang putih untuk mengurangkan baunya. Guna bawang putih yang banyak untuk memekatkan kuah.
2. Kisar cili padi, cili merah dan bawng putih hingga halus.
3. Masukkan bahan kisar dan tempoyak ke dalam kuali atau periuk yang bersesuaian.
4. Masukkan air dan serai yang telah diketuk. Jumlah air bergantung pada jumlah telur yang digunakan.
5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sedikit santan dan serbuk kunyit.
6. Masukkan juga cili padi sebiji-sebiji. Ia boleh digantikan dengan bahan-bahan sampingan lain seperti timun, petai, nanas muda, labu siam atau terung.
Ads
7. Akhir sekali, masukkan telur ayam atau telur itik yang sudah digoreng goyang terlebih dahulu.
8. Perasakan dengan garam, gula dan penyedap rasa jika perlu.
9. Jika menggunakan tempoyak baru yang kurang masam, tambahkan asam keping.
Ads
10. Gulai tempoyak telur goyang sedia untuk dinikmati.
Rupanya senang sangat nak buat resipi Scones guna 3 bahan je. Malah bila buat sendiri kos pun jimat tak sampai RM10 pun.
Scone ni antara menu klasik cukup popular untuk hidangan minum petang bagi orang di Eropah. Jika pernah ke kafe di tanah tinggi Cameron Highlands banyak dijual scone ni. Rasanya memang cukup sedap dan tak jemu makan.
Boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Mell Abdul Rahman ini sebagai rujukan.
SCONE 3 BAHAN. Tak payah pi Cameron Highlands dah.Orang Aloq Pongsu (kampung saya) pun boleh makan dah aih..Hebat tak sangga la makan scone oii.Kalau beli seketoi RM4. Buat sendiri bahan tak sampai RM10.
Saya nak share scones cuma menggunakan 3 bahan yang sangat-sangat senang dan mudah.Tapi ini versi tawar sebab kita akan makan dengan Strawberry Jam yang dah manis. So saya tak pakai gula. Lagipun saya sendiri dah manis.
OPTIONAL:
Boleh pakai sedikit esen vanila, sedikit gula castor dan sedikit garam (tapi untuk yang kali ini saya tak pakai).
Bahan-Bahan:
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (Jangan naik tinggi sangat nanti gayat)
1 cawan susu segar sesegar haruman kasturi
130g (lebih kurang 1/2 cawan) butter
*Jangan tiru jenama tu ye mak..sebab saya di Australia. Jenuh pulak nak pusing Tesco nanti.
Cara Membuat:
1.TEKNIK BERDUA LEBIH BAIK.
Saya ayak sikit tepung tu biar dapat tekstur gebu gebas dan kenalkan dengan butter. Gaul-gaulkan berdua tu biar sampai jadi seperti serbuk roti. Seroi kata orang utagha.
2.TEKNIK BILA BERDUA PASTI ADA YANG KETIGA
Bila dah berdua mesti kena tangkap basah.So kita basahkan dengan secawan susu segar. Gaul chill-chill je tak payah uli ye. Sebab depa ni tak bergaduh.
(Masa ni kalau yang suka manis tambah gula sedikit, essen vanilla dan garam. Ini optional saja ya)
3.TEKNIK MERAPATKAN SILATURRAHIM
So kita dah sebatikan bersama penyek-penyek sikit supaya lebih akrab persahabatan. Tiber.
4.TEKNIK BERTENANG DAN BERMUHASABAH
Beri sedikit ruang kepada mereka untuk muhasabah diri masing-masing dalam 10 minit untuk mengenali hati budi.
5.TEKNIK SIAP SEDIA
Lapik baking paper atas dulang pembakar supaya mereka tadi tidak melekat dan berebut kawasan. Kita ingin mencegah mereka dari berselisih faham ya.
(kalau tak ada, sapu saja pakai butter sikit)
6.TEKNIK MENYIAPKAN DIRI
Kita leperkan mereka (tak perlu pakai roller) dan tekup bulat-bulat.Saya pakai acuan kecil konon-konon nak nampak comel.
7.TEKNIK PERHIMPUNAN SEKOLAH
Susun atas dulang pembakar macam beratur dalam perhimpunan di sekolah. Yang tinggi di depan, yang rendah di belakang. Yang lebar dok tengah-tengah. Cover gittew. Macam mak-mak la ambil gambar dok belakang anak.
8.TEKNIK BERDANDAN
Ini juga optional. Saya suka permukaan scone nampak garing. So saya guna telur dan sedikir susu.Kacau sebati jangan sampai berbuih-buih cinta pulak. bukan nak buat teloq sarang burung.
9. TEKNIK MEMANJAKAN DIRI
Lulurkan dengan lemah gemalai permukaan scone dengan berus.Biar sekata seperti mak pakai face masker dengan baju kelawaq tu.
10. TEKNIK WEFIE
Begini hasilnya (ini nak masuk 2nd bake. sebab tu paper tu dah ada kesan. Yang 1st tadi lupa nak snap).
11. TEKNIK SPA
Depend pada oven mak-mak ya. Kalau saya panas spa tu 250degrees dan 15minutes. (sebab saya suka garing. kalau taknak, kurangkan sikit suhu atau masa)
Agak panas tapi cepat masak.
12. TEKNIK SEJUKKAN BADAN
Kita bagi depa ni chill-chill sat dulu. Lepas spa katanya. Mulus gittewwhhh.
14. TEKNIK OOTD
Beginilah hasilnya.Sapu dengan strawberry jam boleh, dengan whipped cream boleh. Kalau nak letak tuna pun why not. Sebab ini scones versi plain.
Tapi next time saya tak nak buat kecil-kecil la. Nak buat besar sikit. Tak comel pun kecik-kecik tu. Memang dah sah #GEMOKisAWESOME
Mingguan Wanita: Mudah je nak buat scone ni rupanya. Guna 3 bahan pun boleh jadi, kos pula tak sampai RM10. Sedap makan dengan whipped cream dan jem strawberi, tapi nak makan begitu saja pun boleh sangat.
Memang mudah dan menjadi je sebenarnya nak buat kek coklat moist, asalkan guna resipi yang betul. Bila dah siap adunan pula, boleh pilih nak kukus atau bakar,memang senang. Bila teringin nak makan, buat sendiri je. Jimat kos dan puas hati makan. Nak buat untuk raya nanti pun boleh sangat.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Hazila Baharudin ini sebagai panduan;
Lepas hajat nak makan kek coklat moist
Resipi Kek Coklat Moist
Bahan A
1 Cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 Cawan susu cair
1/2 Cawan susu pekat
1 Cawan minyak
*Campur semua bahan A, gaul sebati. Kemudian masak di atas api kecil. Bila dah sebati, tutup api.
Bahan B
1 Cawan tepung gandum
1 Sudu kecil baking powder
1 Sudu kecil soda bikarbonat
*Ayak bahan B
Bahan C
3 Biji telur size A
1 Sudu kecil esen vanilla
*Blender bahan c hingga kembang
Cara Membuat:
1. Masukkan bahan A ke dalam bekas lain. Masukkan pula bahan B dan C secara selang seli. Semuanya kacau guna whisk sahaja ye.
2. Bila dah sebati semua, kalau rajin tapis adunan yang dah siap ni. Kalau tak tapis pun tak apa.
3. Panaskan kukusan hingga air betul-betul mendidih. Kalau tak mendidih betul, keknya tak naik cantik.
4. Masa kukusan bergantung kepada bekas. Bekas yang paling kecik 10 minit, yang sedang 15-17 minit dan yang besar 40-45 minit. Cucuk dengan lidi, jika lidi kering dah masak lah tu.
#SayaBakarGunaTeknikWaterbath
#PilihLeNakKukusAtauBakar
40 minit suhu 180 atas bawah
**** Yang tanya bakar dalam bekas tu cair tak? Jawapannya tak cair. Sebab ada air dalam tray tu. Jika masih tak faham boleh google teknik waterbath.
SAMBAL Tempe, Bilis, Kacang Ratah Depan TV Tak Perasan Habis Sebekas!Memang sedap bila buat sambal begini. Rasa pedas-pedas manis, simple dan ringkas je nak buat namun memang sedap. Boleh juga buat stok untuk makan waktu sahur.
Ikut resipi mudah yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan ini sebagai rujukan.
Sambal Tempe + Bilis + Kacang. Ni kalau meratah depan TV tak perasan habis 1 bekas. Saja buat stok simpan untuk sahur.
Bahan-Bahan:
6 peket tempe – hiris nipis, goreng bagi betul-betul rangup.
2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh. Kalau goreng jadi lemau, try masuk air fryer kejap, insyaAllah rangup balik.
500g kacang, – cuci, tos, goreng jugak.
Untuk Sambal:
2 senduk cili blend – guna cili kerinting yang pedas lagi ummppphh.
3 biji bawang merah – blend
5 ulas bawang putih – blend
1 ketul gula kabung
4 keping asam keping
Garam secukupnya
Minyak goreng tempe tadi
Cara Membuat:
1.Tumis bahan kisar dengan gula kabung, asam keping, sampai pecah minyak. Kena masak lama sikit sampai cili tu garing ye.
2. Dah siap, tutup api, biar kejap, letak garam ikut tekak masing-masing, boleh masuk tempe, kacang bilis tadi.
Siappp…makan nasi panas-panas memang sedappp uiiii.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...