Telur dadar selalunya menjadi ‘pelengkap’ hidangan lauk, terutamanya tomyam. Namun jika makan telur dadar dengan nasi putih dan kicap sahaja pun sudah mampu membuka selera. Baru-baru ini viral ‘Thai Omelette’ atau telur dadar Thailand. Rasanya seperti telur dadar biasa cuma ada tambahan isinya menjadikannya lebih beraroma.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar ini sebagai rujukan;

Dok viral THAI OMELETTE jadi kita try buat Kena try baru tahu sedap atau tak.

Bagi saya rasnya biasa-biasa je macam telur dadar cuma ada isi dalam tu.

Resepi THAI OMELETTE

Bahan-Bahan:

3 biji telur A
7 ekor udang cuci bersih
Segenggam daun thai basil *
Daun bawang *
Cili padi Hijau *
Cili padi merah *
Bawang rose hiris (Bawang lain tak mau)
Sos ikan brand Tiparos
Garam (saya tak letak)
Serbuk perasa 2 jenis (makesure pakai yang ade brand
Gula perang jangan gula putih

Resipi ‘THAI OMELETTE’ Viral, Rasa Macam Telur Dadar Biasa Cuma Ada Isi

Cara Membuat:

1. Hiris semua bahan bertanda * masukkan dalam telur dan campur kesemua bahan lain pukul hingga rata dan sebati.

Resipi ‘THAI OMELETTE’ Viral, Rasa Macam Telur Dadar Biasa Cuma Ada Isi

IKLAN

Resipi ‘THAI OMELETTE’ Viral, Rasa Macam Telur Dadar Biasa Cuma Ada Isi

2. Goreng menggunakan minyak baru. Wajib minyak baru setiap omelette. Dah siap, dressingkan dengan taugeh.

Resipi ‘THAI OMELETTE’ Viral, Rasa Macam Telur Dadar Biasa Cuma Ada Isi

Resipi ‘THAI OMELETTE’ Viral, Rasa Macam Telur Dadar Biasa Cuma Ada Isi

PRIK NAM PLA buat sedap-sedap.

IKLAN

Jangan letak sos ikan dan cili sahaja .
Wajib buat sungguh-sungguh guna limau asli bukan limau botol . Gula kelapa siam jangan guna gula putih. Last sekali dressing daun ketumbar & serbuk lada putih.

Resepi asal Dania Niase Restaurant

Cara buat PRIK NAM PLA

1. Cincang bawang putih 5 ulas dan cili mengikut kepedasan masing-masing.
2. Sos ikan (agak-agak tenggelamkan bahan cincang)
3. Sedikit sos golden mountain.
4. Perah asam limau.
5. Gula thai/ gula somtam satu sudu, kacau-kacau, SIAP !!!

Resipi ‘THAI OMELETTE’ Viral, Rasa Macam Telur Dadar Biasa Cuma Ada Isi

IKLAN

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:TELUR DADAR Rangup Kembung, Masukkan Sedikit Tepung Jagung & Minyak Betul-Betul Panas!
Baca Lagi Di Sini:Resipi Telur Dadar ‘Crispy’ Kena Masukkan Cuka Dan Air, Barulah Macam Kedai Tomyam
Artikel Menarik:Petua Telur Dadar Jadi Gebu & Sedap, Campurkan Dengan Mayonis!

Mingguan Wanita: Bagi peminat telur dadar, boleh cuba kelaianan buat Thai Omelette ni pula, memang sedap.

Sumber:Rozmaliza Omar

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI