Sekarang ini, banyak peralatan yang menggunakan terutamanya dalam membuat kek atau kuih. Mak-mak tak perlulah gunakan tenaga uli pakai tangan, Cuma masukkan bahan-bahan dan biar mesin itu sendiri yang bekerja.
Mudahnya sekarang ini kan. Jimat tenaga bila membuat kek atau kuih. Tak perlu nak uli pakai tangan.
Namun, ada juga mak-mak yang lebih selesa uli pakai tangan, barulah puas hati. Dapat rasa adunan atau doh yang dibuat itu. Elok, tidak melekat dan sebagainya, lebih-lebih lagi bila nak menguli adunan donut atau karipap.
Noriza Awang Hamat kali ini berkongsi resipi menyediakan donut pandan. Biasa kita buat donut yang tanpa perisa. Tapi kali ini, kelainan dengan donut pandan pula.
Mungkin bahan yang digunakan agak sama tapi ada tambahan untuk perasa dan paling penting uli pakai tangan tetap membuatkan donut ini lembut dan gebu.
“Teringin nak makan donut pandan. Buat sendiri baru puas hari dan uli pun pakai tangan saja. Alhamdulillah lebut dan gebu lagi.
Bahan-bahan:
1 paket setengah yis mauripan
2 cawan air suam
3 sudu besar gula
1 penutup pes pandan
Ads
(Satukan semua bahan biar yis naik)
1 kg tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar susu pekat manis
4 sudu marjerin
Sedikit garam
(Satukan semua bahan, gaulkan sehingga menjadi serbuk.
Kemudian, masukkan air yis tadi.
Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
Ketepikan sehingga doh mengembang tunggu sehingga doh naik sekali ganda.
Tumbuk doh tadi supaya doh turun. Bulatkan. Tak perlu guna acuan, bulatkan dengan tangan saja.
Ads
Selepas itu, biarkan doh itu mengembang sekali lagi. Barulah digoreng dengan api perlahan.
Selamat mencuba.
Ads
Mingguan Wanita : Biasa kita buat donut biasa, kali ini perasa pandan, boleh cuba untuk anak-anak makan di rumah.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Memang ada benarnya bagi peminat ‘Chicken Floss’ atau serunding ayam jika beli siap di kedai bakeri harganya boleh mencecah RM40 sekilo. Lebih jimat dan puas hati jika mak-mak dapat buat sendiri. Terjamin halal dan bersih.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Raja Azura ini sebagai rujukan. Memang mudah!
Chicken Floss kalau beli siap di kedai bakery 1kg saja dah nak RM40. Buat sendiri puas hati dapat banyak dah tentu terjamin kebersihannya.
Bahan-Bahan:
2 ketul isi dada ayam
5 tangkai cili kering
5 biji cili padi
10 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih
2 batang serai
3 sudu besar gula
1/2 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu garam
1/2 sudu serbuk jintan
100 ml santan
Cara Membuat:
1. Rebus isi ayam sejukkan dan carik-carikkan.
2. Kisar semua bahan hingga lumat (kecuali isi ayam) dan masukkan semua sekali ke dalam bread maker tetap kan pada menu serunding/bakar.
Info Ekstra!
Carik-carik isi ayam. Saya bagi mudah cepat proses floss kering. Nak buh seketul macam saya pun boleh tapi proses kering tu lama sikit. Jadi terpulang nak ikut yang mana.
Kalau guna breadmaker, boleh gunakan button serunding atau bake. Ulang proses hingga floss betul-betul kering.
Saya proses 3 kali pusingan untuk dapat betul-betul kering. Sekali pusingan 1 jam 5 minit.
Kalau tiada breadmaker kena masak cara manual. Cara goreng dalam kuali cara dulu-dulu buat serunding kena selalu dikacau supaya tak hangus dan cepat kering.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat ‘chicken floss’ atau serunding ayam sendiri di rumah. Memang lebih jimat malah terjamin halal dan kebersihannya. Boleh cuba nanti.
Hidangan pemanis mulut atau dessert memang digemari seisi keluarga. Mungkin ada yang menganggap cara menyediakannnya agak sukar tapi percayalah bahawa ia tidaklah sesukar yang anda bayangkan. Jom kita cuba langkah mudah ini. Pasti anak-anak tersenyum riang apabila dapat menikmati dessert yang sedap hasil air tangan ibu mereka sendiri.
BAHAN-BAHANNYA:
125 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
100gm mentega
250ml air
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan air bersama gula dan mentega di dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau sehingga adunan tidak melekat pada periuk. Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan.
2. Pukul semua telur di dalam bekas yang lain. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan menggunakan nozzle bentuk bintang.
4. Sediakan kastard segera bersama air panas.Kacau sehingga ia sebati dan tidak berketul-ketul.
5. Bakar puff di dalam ketuhar pada suhu 200C selama 25 minit. Pastikan puff benar-benar masak sebelum diisi dengan kastard. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan masukkan inti kastard.
Tip Masakan: Semburkan air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar di dalam ketuhar sehingga permukaan puff bertukar warna coklat. Pastikan kedudukan dulang ditengah-tengah ketuhar supaya permukaan dan bawahnya masak dengan sekata.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
Tempoh penyediaan: 20 minit
Hidangan: 7 orang
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Musim cuti sekolah dan kena kuarantin di rumah, mak-mak memang kena sediakan macam-macam makanan. Dari pagi sampailah ke malam, anak-anak selalu minta makanan. Salah satu resipi yang boleh dicuba dengan anak-anak ialah Samperit Cheese Unicorn yang comel ni. Warnanya yang lembut, lembut dan rangup, anak-anak mesti suka. Paling penting nak buat cukup mudah, tak perlu guna mesin pengadun (mixer), kacau dengan senduk pun boleh jadi.
“Terima kasih hampa semua yang kata samperit ibu comei. Sebagai tanda terima kasih ibu kat hampa,hari ni ibu share lagi sekali resepi berserta dengan cara ibu buat samperit ni yea. Mohon doakan suami ibu yang dah 2 tahun terlibat dengan kemalangan kembali pulih ingatannya yea. Ibu halalkan semua resepi ni ye”
1.Ni kejadian lepas letak butter,cream cheese,esen vanilla dan susu. Tak yah nak pakai mixer. Bukan payah pun, kacau je dengan senduk. Kacau-kacau manja je..JANGAN KACAU SAMPAI KEMBANG.
2. Dah agak-agak sebati, masukkan tepung custard. Banyak macam tu tau, 4 sudu makan.
3. Haaa..ni hasilnya lepas campur tepung custard, lepas tu masukkan tepung jagung sikit-sikit. Ibu buat 3 kali tuang.
4. Dah jadi doh yang lembut, licin dan tak lekat kat tangan macam kat gambar tu..bahagikan 3 bahagian, 2 kecil dan 1 besar.
5.1 bahagian kecil letak warna biru atau warna apa-apa yang suka.
6.1 bahagian lagi letak warna merah atau warna apa-apa yang suka juga.
7.Lepas tu cubit-cubit doh tu dan uli macam ni. Ibu syorkan gunakan warna-warna lembut dan kurangkan penggunaan warna untuk hasilkan biskut yang cantik.
8.Pastu satukan doh yang dicubit tadi tu, kemudian uli dia jadi macam dalam gambar tu.Panjang dalam 15cm. Dah tu ambil sikit.
9.Letak dalam acuan macam kat atas tu. Lepas tu tekan la..jangan boh penuh acuan, buat sikit-sikit dulu. Masa ni terap siap-siap adunan samperit ni sampai siap sebab masa ni adunan sangat senang dan mudah cantik untuk diterap. Ni ibu pakai acuan tembaga bunga pecah 12. Bunga pecah 15 dok dalam sinki..lupa basuh.
10.Sementara nak letak choc chip atas dia, panaskan oven 10 minit. Dah siap semua, sedia untuk dibakar dengan suhu 170°c selama 40 minit atau sampai masak. Ikut oven masing-masing. Api atas bawah yea.Nak tau dia dah masak belum, tolak sikit dia meluncur lajuu. Kalau agak-agak kesat tu, belum masak lagi tu.
Selamat mencuba!
Info Ekstra!
Ada yang guna 10, 12 dan 15. Kalau nak bunga halus, guna acuan pecah 15. Ibu guna pecah 12 dan 15. Kalau yang 10 nampak kasar sangat.
Satu adunan boleh dapat hampir 200 biji, terpulang pada berapa tinggi dan besar kita tekan.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.