Berita baik,buat penggemar cendawan.Jika ingin menikmati keenakkan dan kerangupan cendawan yang digoreng garing, disalut pula dengan tepung berempah yang penuh asyik untuk kudapan ringan dipetang hari,resipi ini wajib dicuba. Mudah sangat nak sediakan, rasa pun sedap!
1.Potong akar cendawan Enoki,leraikan ia,kemudian basuh dan toskan.
2.Gaul cendawan Enoki dengan telur hingga rata.
3.Golekkan atas tepung serbaguna.
4.Goreng dalam minyak terendam dan api yang panas.
5.Angkat apabila sudah masak atau berwarna kuning keemasan. Toskan.
Ads
Info Ekstra:
Kudapan ringan ini juga sedap dicecah dengan sos cili, mayonis atau dimakan begitu sahaja.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bagi orang Johor,sambal kicap ni bagaikan satu kemestian untuk dijadikan pencicah seperti pisang goreng, tauhu dan tempe goreng. Tak sah kalau makan, tanpa sambal kicap ni.Bahkan sambal kicap ni sangatlah sedap dinikmati dengan menu seperti bihun sup, mee sup, soto, dan sebagainya bagi menambah lagi keenakkan rasa dan kepedasannya.
Resipi ini dikongsikan oleh blogger masakan terkenal Norazlita Aziz atau lebih dikenali Azlita Masam Manis yang memang berasal dari Negeri selatan tanahair, Johor Darul Takzim sebagai rujukan anda.
2 biji pisang tanduk ~ buang kulit dan hiris nipis menyerong
100 gm tepung beras ~ sebaiknya cap gajah 1
50 gm tepung ubi
1 sudu besar margerin atau butter ~ di cairkan
1/2 cawan santan
1 biji telur
1 sudu teh air kapur makan ~ ambil air kapur yang jernih dah telah di mendakkan
sedikit pewarna kuning
secubit garam dan gula
1.Mula-mula cairkan butter atau margerin
2.Satukan tepung ubi dan tepung beras dalam sebuah bekas
3.Masukkan telur, air kapur dan santan
4.Kacau rata
5.Tambahkan pewarna kuning, garam dan juga gula,Kacau rata
6.Akhir sekali masukkan butter yang telah di cairkan
7.Masukkan pisang yang telah di potong, salutkan dengan adunan tepung tadi
8.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyakknya.
20 tangkai cili padi (biarkan dengan tangkai ~ untuk mengelakkan terlalu pedas)
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kicap manis
1 sudu besar madu
Gula secukupnya
8 biji limau kasturi ~ ambil jusnya
1.Satukan semua bahan dalam mesin pengisar kecuali limau kasturi
2.Kisar hingga halus
3.Masukkan dalam bekas dan perahkan limau kasturi
4.Kacau rata dan sedia di cicah bersama pisang goreng.
Selamat Mencuba!
Kredit: Azlita Masam Manis
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ada ketika buntu nak masak apa, sebab bukan senang nak cari sajian yang sesuai dengan tekak anak-anak. Haaa… adakah anak anda peminat ayam? Apa kata ibu cuba sediakan Sate Nugget Ayam ini, perkongsian resepi dari Puan Junio Valerio Seriko…
300 gram daging ayam yang sudah di blender halus
10 sudu besar tepung ubi kayu/tepung sagu
1 biji telur
Sedikit daun bawang
Bawang putih yang sudah dikisar
Lada putih
Garam
Serbuk pati ayam
1. Campur semua bahan kemudian masukan tepung ubi supaya tak melekat sangat.
2. Tambah minyak masak sikit lepas itu rebus.
3. Akhir sekali, gaulkan daging telur selepas itu goreng. Campur telur dengan sikit tapioca flour yang sudah dimasukkan sedikit air supaya tak cepat hangus ketika ayam digoreng.
NOTA: Goreng guna api sederhana besar, tak boleh terlalu kecil dan jangan api besar, ya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sajian untuk petang ini KHANOM KHAI NOK GRATAA @ THAI FRIED SWEET POTATO yang enak kalau dimakan bersama kopi o panas. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Hafizah Fiza dari Perlis. Sedap, lemak manis dan ranggup diluar meleleh di dalam! Jom, cuba buat sendiri.
500grm ubi keledek oren
2 1/4 cawan tepung ubi (225gm)
1/3 cawan tepung gandum (30grm)
1 sudu besar baking powder
4 sudu besar gula putih
1/2 sudu tea garam
1. Ubi keledek dikupas dan dipotong kemudian dikukus selama 20 minit.
2. Toskan masukkan ke dalam bekas kemudian lenyet/tumbuk bagi halus.
3. Masukkan semua tepung ubi, gandum, gula, garam dan baking powder gaul bagi sebati.
4. Bentukkan menjadi bulat-bulat, jangan besar sangat sebab bila menggoreng nanti dia akan menggelembung.
5. Jika melekat ditangan pedapkan tepung sedikit di jari. Bulatkan sehingga habis kemudian panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana panas untuk mendapat warna keemasan.
6. Sambil menggoreng bulatkan bola kecil, bila dah kekuning keemasan angkat dan toskan.
7. Sruktur kulit luarnya akan menjadi bulat dan halus sebab kita dah masukkan tepung ubi lebih dari tepung gandum.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!