Selalunya bila masuk bulan Muharam, atau hari Asyura pada 10 Muharam, ramai yang meraikannya dengan buat Bubur Asyura serta mengagihkan kepada jiran tetangga.
Bubur Asyura pula mempunyai pelbagai versi, bergantung pada ramuan yang digunakan mengikut negeri masing-masing. Bagi negeri-negeri bahagian pantai timur mahupun utara, Bubur Asyuranya jenis manis berlemak dan kaya dengan pelbagai jenis kekacang. Namun paling penting, ia perlu dimasak lama dengan api yang perlahan sehingga berkilat.
Nak belajar buat Bubur Asyura Utara boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Aishah Md Saad ini.
BUBUR ASYURA UTARA.Hanya 2 cawan tepung dan guna santan kotak. Teringin nak makan, semalam terus buat. Resipi mudah dan cepat.
Bahan A
2 cawan Tepung beras
2 sudu Tepung jagung
1 kotak Santan (200ml)
4 cawan air (ikut cawan sukatan tepung)
1 sudu kecil garam
3 helai Daun pandan
1 cawan Gula putih, Gula merah agak-agak nak manis atau warna macam mana. Masak atau bancuh dengan 1 cawan air panas
(Campur semua bahan A siap-siap dalam kuali. Jangan buka api lagi) Setelah kacau semua baru buka api perlahan.
Bahan B
1 tin Jagung
1/2 biji Ubi keledek (potong dadu dan rebus)
1/2 cawan Kacang hijau (rebus dulu)
1/2 cawan Kacang merah (rebus dulu)
1/2 cawan Kacang kuda (rebus dulu)
(Campur semua bahan B setelah bahan A hampir nak masak).
Ads
Cara Membuat :
Masak bagi lama dengan api yang perlahan sehingga berkilat.
Tuang dalam bekas dan tunggu sejuk boleh makan.
Mingguan Wanita : Menarik juga resipi Bubur Asyura versi negeri bahagian utara ni. Kaya dengan kekacang, keledek dan manis. Paling penting kena masak lama dengan api perlahan, sampai berkilat baru lah sedap. Sesuai untuk minum petang.
Makan sekali nak lagi. Tak cukup 2 – 3 biji. Sekali makan tak reti nak stop. Siapa suka buat kuih gomok abu atau kuih tepung gomok inti kelapa bersalut tepung beras sangai?
Atas permintaan, saya share resipi cara ibu saya buat ye. Doakan ibu bapa saya sentiasa sihat selalu.
Bahan Inti
1 biji Kelapa parut muda
Gula melaka @ nis’san- ikut kemanisan
Gula – kalau kurang manis, tak boleh nak gentel
2 sudu tepung beras pulut @ gandum
Cara Buat Inti
Semua bahan-bahan ini dicampur dan dikacau di dalam kuali sehingga kering dan boleh digentel. Bila sejuk, gentel sebesar ibu jari.
1 bungkus tepung pulut.
Air pandan
Air kapur sedikit
2 cawan tepung beras – disangai
Cara Buat
Uli doh macam nak buat ondeh-ondeh atau buah melaka itu. Setelah siap, masukkan tepung inti ke dalam doh. Sama macam nak buat buah melaka. Jangan tebal sangat. Selepas siap, bolehlah rebus dengan cara sama buat buah melaka itu.
Siap direbus, boleh angkat. Tos sekejap. Tak perlu tunggu kering. Terus golekkan dalam tepung beras yang telah disangai itu.
Nota: Untuk bahagian luar, biasanya orang lain guna tepung kacang. Tetapi saya guna tepung beras yang disangai dulu. Rasanya tak sama ye. Nampak remeh, tapi bila makan, awaklah Juara! Sebab itu orang panggil kuih gomok abu, bila makan putih seput la kat mulut!
Ayam goreng boleh dikatakan menu paling mudah disediakan dan menjadi kegemaran anak-anak. Makan dengan nasi lemak, nasi goreng atau nasi putih sahaja pun dah cukup. Jika selalu kita goreng ayam dengan garam dan kunyit sahaja, boleh cuba resipi ayam goreng yang dikongsikan oleh Puan Nor Hairiyah Hassim ini. Lebih menarik dan sedap dengan perapan bawang putih, halia dan serbuk kari yang digunakan.
Berikut perkongsian resipi tersebut.
Resepi Ayam Goreng Favorite Anak-anak
Anggaran 1 ekor ayam:
Bahan-Bahan:
Bawang putih dan halia seperti dalam gambar
1 biji telor
1 sudu besar serbuk kari
5 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan air sejuk
sedikit pewarna merah/oren (saya suka oren)
garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Blend semua bahan-bahan, adunan tidak terlalu pekat/cair.
2. Kalau cair tambah je tepung jagung.
3. Perapkan ayam bersama dedaunan kari.
4. Sedia untuk digoreng sehingga keperangan.
Bagi orang yang nak kurus dan diet serta suka makan ulam-ulaman, boleh buat sambal belacan ini. Yang penting pelengkap rasanya kena guna bahan-bahan lulus diet.
Boleh cuba resipi sambal belacan yang dikongsi oleh Afy AL Habibi.
Sambal Belacan Nak Kurus
“Kali ni penyediaan sambal belacan berbeza sedikit untuk diet cikgu. Untuk kurus, cili juga boleh membantu. Cuma pastikan tak makan berlebihan je.
“Cikgu guna lemon, gula merah dan garam bukit sebagai bahan lulus diet. Rasa sedap seperti biasa. Yang bahaya, takut bertambah nasi jadi berganda. Haa
“Selamat mencuba!”
Bahan Bakar
1 ulas bawang besar
1/4 ulas bawang holland
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 1/2 inci belacan( nak tambah lagi pun boleh ikut kesukaan)
Bahan Lain
Segenggam cili padi merah
Segenggam cili padi hijau
3 tangkai cili merah
7 biji limau kasturi( buang semua biji)
1 biji lemon ( diperah)
Pelengkap Rasa
Gula merah / pemanis stevia
perencah hilal/knorr
garam bukit
1-Masukkan bahan yang dibakar. (Tinggalkan bawang sedikit untuk dihiris). Kemudian masukkan cili dan 3 biji limau kasturi bersama kulit. Perasakan dengan 2 sudu kecil garam bukit, 8 sudu besar gula merah, dan 1 sudu kecil perencah hilal. Perahkan pula sebiji lemon.
2-Tambah sedikit air. Jangan biarkan sambal terlalu cair. Kisar bahan hingga lumat.
3-Setelah kisar masukkan dalam bekas.
4-Tambah sedikit hirisan bawang bakar tadi.
5-Perahkan juga baki limau kasturi. Masukkan sedikit hirisan kulit limau. Kacau sehingga sebati. Siap
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...