Sebut saja resipi paling mudah, tentu ramai boleh menganggap brownies adalah mudah untuk membuatnya. Nak tak nak saja untuk membuatnya, selbihnya risau tak menjadi pula.
Namun, tak semua boleh buat resipi brownies walaupun dikatakan paling senang untuk membuatnya. Tambah-tambah untuk mendapatkan kedutnya yang cantik. Itulah baru menjadi.
Jangan risau, ini resipi paling mudah yang dikongsikan oleh Umi Watie untuk membuat brownies. Lebih menarik, resipi ini ‘anti gagal’ walaupun ada mak-mak yang sebelum ini tidak pernah nak membuatnya.
Hari ni kakchik nak kongsi resipi brownies anti gagal. Insya Allah menjadi walaupun tak pernah membaking tau.
Kakchik memang suka buat brownies. Selain dari pencinta coklat. Brownies sangat mudah di buat. Tanpa guna alatan yang banyak. Plink plink kelip mata dah siap.
Bahan-bahan:
200 gram dark chocolate compound
75 gram mentega atau marjerin
50 gram tepung gandum
100 gram gula
15 gram serbuk koko
2 biji telur saiz A
Cara Membuatnya:
1. Ini brownies yang sudah siap. Guna loyang saiz 7 inci. Kalau guna loyang 8 inci nanti brownies jadi sedikit nipis. Sekali buat tak sampai sehari habis. Takpe, esok boleh buat lagi.
Ads
2. Coklat dan butter cairkan cara double boiler. Double boiler tu kita panaskan air dalam kuali, lepas tu bubuh bekas yang dah kita isi coklat dan butter. Kiranya, kita tak panaskan terus atas api.
3. Bahan kering macam tepung dan serbuk koko kita ayak dulu.
4. Bila coklat dan butter dah cair, kacau rata. Masukkan telur dan bahan yang telah di ayak tadi. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko. Kacau manja-manja. Tak perlu beria-ia. Bakar api atas bawah 170 darjah celsius selama 45 minit.
Ads
5. Ini kira bahan dah tercampur rata. Senang je kan?
6. Masukkan dalam loyang saiz 7. Bakar ikut oven masing-masing.
7. Dah siap bakar dah. Cantikkan kedut browniesnya. Kalau tak jadi kedut ni boleh buat murung sekejap.
Ads
8. Boleh bubuh topping kegemaran. Tak suka, kosong je pun dah sedap.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Boleh buat untuk minum petang nanti.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Resipi rendang di negara kita sebenarnya ada bermacam jenis. Daripada rendang daging, ayam, kambing, sehinggalah kepada rendang buah-buahan seperti betik. Pernah dengar tak?
Masakan Negeri Sembilan cukup sinonim dengan rasa pedasnya. Bak kata orang, kalau tak pedas, bukan masakan Nismilan namanya!
Rendang Autentik Negeri Sembilan
Begitu resipi Rendang Betik atau Rendang Kepaya ini. Sebenarnya resipi ia cukup terkenal di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Menurut Puan Mastura Osman (FB: https://www.facebook.com/teachersamer.samerian), yang telah berkongsi resipi ini di fb miliknya, rendang betik ini merupakan masakan tradisi orang lama yang diwarisi turun temurun dan merupakan masakan autentik Negeri Sembilan.
Tak Guna Banyak Bahan
Ia sangat mudah disediakan dan bahan-bahan juga tak terlalu rencam. Malah, rendang ini semakin dipanaskan dan dikeringkan, ia akan semakin sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Apa lagi, bagi mereka yang suka mencuba resipi baru, jom cuba untuk kelainan. Mungkin masakan ini berjaya menarik minat keluarga anda untuk menikmatinya saat berbuka nanti!
Untuk menyediakannya resipi ini, mula-mula tumbuk kasar cili padi, kunyit hidup, ikan bilis dan sebatang serai. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan semua bahan tumbuk tadi. Kemudian goreng hingga naik bau.
Setelah itu, masukkan santan pekat. Masak sampai terbit minyak. Bila kuah telah mula kering sedikit, masukkan hirisan betik tadi dan serai yang dititik. Perasakan dengan garam secukupnya Gaul sekata dan masak sehingga kering. Jika nak berkuah sedikit pun boleh, terpulang ikut kesukaan masing-masing.
Sekiranya mahu kering, terus panaskan lagi. Rendang ini sangat membuka selera jika dimakan bersama nasi putih yang masih panas.
Biskut lemak atau cream crackers biasanya dimakan begitu sahaja atau lebih sedap dicicah dengan kopi, teh panas dan sebagainya. Namun kalau selalu makan begitu sahaja, jemu juga sebenarnya. Rupanya, biskut ini juga boleh dibuat puding.
Jadi kalau ada biskut lemak dekat rumah tu, tak habis-habis makan, mak-mak boleh cuba resipi puding yang dikongsikan oleh Siti Aishah Hussin ini. Cukup mudah nak buatnya hanya guna 3 bahan. Rasanya pula sangat sedap, lembut dan lemak manis. Orang tua dan anak-anak pun sesuai sangat makan.
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan;
“Sekali tengok macam kuih lapis.Dua kali tengok pun macam kuih lapis.Tiga kali tengok pun serupa kuih lapis.Tapi ni bukan kuih lapis.Ini puding tau.”
“Puding 3 bahan, nak buatnya pun mudah.Dah siap ni, kita potong-potong masuk dalam bekas dan sejukkan.Esok pagi sambung makan lagi.”
1.Rendam biskut dalam air panas sampai kembang.Toskan.
2.Masukkan semua bahan dalam blender, blender sampai halus.
3.Bahagikan 3 warna (mula-mula kita nak buat warna warni.. tapi ada 2 warna je kat dapur.. layann)
MW:Menariknya resipi puding biskut cream crackers ni. Hanya guna 3 bahan je, nak buat pun mudah sangat. Sesuai buat untuk minum petang untuk anak-anak dan keluarga. Mak-mak kena cuba buat sendiri di rumah nanti. Rasa lemak manis, lembut lagi sedap makan waktu sejuk-sejuk.
Resepi nasi daging kurma ini sesuai betul untuk mak-mak yang terkejar waktu. Boleh siapkan semua bahan masakan sekali harung. Kalau superdaddy Khairul Abdullah ini boleh buat dengan senang hati, mak-mak lagilah mampu kan.
Kata Khairul lagi, mudah sebab campak-campak je bahan, tekan suis dan tunggu nasi masak. Dalam nasi siap sudah berperisa dan berlauk.
“Kau tahu lah kan, memasak jenis sekali harung atau “one pot meal” ni memang kegemaran aku. Selagi boleh semua nak sumbat sekali dan tekan butang on. Siap.
Anak-anak pula jenis suka makan nasi berperisa ni. Maka hari ni aku buat Nasi Daging Kurma. Senang baqhang, campak-campak dan tekan suis sahaja.
Nah macam biasa, resipi Nasi Daging Kurmahu Cintamu Mekar di Hatiku ala Superdaddy Khairul Abdullah, yang korang kata tengah angau tu.”
Resepi Nasi Daging Kurma
Bahan-bahan yang perlu ada:
2 cawan beras dibersihkan dan ditoskan.
250gm daging atau ayam. (Daging bahagian lembut yer. Kalau keras sila rebus dahulu)
4 sudu rempah kurma, cap apa pun takpe.
3 ulas bawang putih diketuk.
1 biji bawang besar dipotong boleh didadu pun boleh.
1 tangkai daun kari (optional) aku suka benda alah ni.
1 helai daun pandan (optional) dicarik dan disimpul.
1 biji tomato (optional) dibelah 8.
1 tangkai daun sup (optional).
1 sudu rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga).
2 sudu minyak sapi atau ganti butter atu marjerin.
1 sudu minyak masak.
1 cawan santan atau susu atau, kalau taknak ganti air .
1-2 cawan air (ikut jenis beras yang korang gunalah).
*Bahan yang optional tu kalau takde pun takpe yer, jangan susah hati. Rileks sudah.
Cara nak buat dia:
1. Perap daging atau ayam dengan 1 sudu rempah kurma dan sedikit garam dalam setengah jam. 2. Panaskan minyak dan butter/minyak sapi dan tumiskan rempah 4 sekawan sekali dengan bawang putih, bawang besar, daun kari dan daun pandan sampai naik bau. 3. Perlahankan api dan masukkan 3 sudu rempah kurma yang telah dibancuh engan sedikit air. Kacau sampai naik bau dan masukkan daging atau ayam tadi. Kacau lagi dengan penuh kasih sayang. Kalau nak transfer ke periuk elektrik maka transfer sekarang. 4. Lepas tu masukkan susu/santan jika ada atau jika mahu. Kalau tak suka berlemak sangat tak payah masukkan. Terus masukkan air dan biar mendidih. 5. Masukkan beras, kacau rata dan masukkan tomato dan juga daun sup jika ada. Tekan suis on kalau dah memang buat dalam periuk letrik. Atau jika belum boleh transfer semuanya ke dalam periuk letrik dan tekan on. Atau boleh biar masak dalam periuk biasa tu jer.
Siap dahh.
Tips:
√ Nasi macam ni guna ayam lebih best dari daging, sebab ayam akan sentiasa moist dan flavourful. Daging pula dia akan dry dan kurang flavour sikit. So kalau guna daging nak kena buat air asam untuk cicah dia, barulah boleh pergi jauh. √ Daging pula kalau kena yang keras maka jenuhlah nak mengunyah. Jadi sebaiknya rebus dulu biar empuk dan guna air rebusan tadi ganti air biasa untuk masak nasi. √ Bagi yang ada pressure cooker bolehlah guna. √ Bagi yang tidak memiliki pressure cooker,
Milikilah aku.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.