Enaknya jika dapat nikmati kerang masak serai dengan keluarga malam-malam hari. Lagi-lagi kalau dapat kerang jenis besar dan gebu gebas. Memang tak menoleh kiri kanan. Sebab itulah mak-mak wajib cuba resepi sedap kerang masak serai ini.
Tidak ramai yang suka makan kerang, namun anda perlu mencuba resepi sedap Kerang Masak Serai. Dengan hasil yang digaul dengan serai, kerang yang mungkin pada mulanya tidak menarik di mata anda, akan bertukar menjadi salah satu resepi kegemaran. Lagi-lagi aroma serai membangkitkan selera anda, anak-anak dan seisi keluarga.
Nak masak kerang serai ini pun ada caranya dan step by steynya. Ikut langkah demi langkah yang diajar insyaAllah, anda yang tak pandai masak pun boleh jadi pandai. Jom tengok resepinya!
Sediakan Bahan Kerang Masak Serai
1 kg kerang
2 batang serai
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili merah/cili kering
4 cm halia
3 helai daun limau purut
3 sudu besar sos tiram
50 ml air
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Kredit foto : saudagarseafood.com
Langkah Demi Langkah Ini Ikut Betul-betul
1. Bersihkan kerang terlebih dahulu. Kisar serai, halia, bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daun limau purut dan tumis lagi sehingga wangi
3. Selepas itu, masukkan kerang.Gaul rata dan biarkan seketika.
4. Masukkan cili kisar, biarkan ia sebati dengan kerang.
5. Masukkan pula sos tiram.Tuang sedikit air dan tambahkan garam secukup rasa.Masak kerang sehingga terbuka kulitnya.Setelah masak, bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Macam-macam jenis resipi berpantang yang boleh mak-mak cuba, salah satunya ialah Serunding Halia yang cukup mudah dibuat. Serunding Halia ini sangat bagus bagi mak-mak yang masih dalam tempoh berpantang kerana ia dipercayai elok untuk buang angin dalam badan, panaskan badan serta melancarkan perjalanan darah. Tapi bagi mak-mak yang tak berpantang pun elok sangat amalkan serunding halia ni untuk kesihatan.
Berikut merupakan perkongsian oleh Dayang Faridah untuk menghasilkan serunding halia ini.
Dulu masa berpantang saya suka makan ni. Resipi Berpantang paling sedap, senang dan cepat nak buat. Yang tak pantang if nak makan pun elok. Leyak pusuk or Serunding Halia bagusnya dapat buang angin dalam badan, panaskan badan, lancarkan perjalanan darah tu. So, time pantang tak pening, badan pun rasa nyaman dan ringan je.
Halia
Ikan bilis
*keduanya sama banyak Tip: Halia terbaik , pilih yang muda or halia kampung yang warnanya lebih gelap dan kecik-kecik.
1. Buang kulit halia. Potong kecik melawan urat halia. Tip: Nak senang kupas, guna sudu. Cepat dan selamat tangan.
2. Ikan bilis cuci dengan air dan tos.
3. Tumbuk halia hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi sampai lumat. (kalau ada food processor lagi cepat).
4. Panaskan minyak, mesti banyak supaya serunding masak serata dan rangup.
5. Dah panas, masuk bahan ditumbuk tadi.
6. Pastikan, api sederhana dan sentiasa gaul.
7. Goreng sampai kekuningan.
8. Dah garing angkat, toskan minyak.
9. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.
Dah siap, makan dengan nasi panas-panas. Sedapnnya.
Baca kisah ibu tunggal cekal ini, berniaga kuih Keria Gula Melaka Viral Witus sehingga mampu mengubah kehidupannya anak beranak. Perjalanan kehidupan berumah tangga tidak semuanya indah. Tidak pernah putus berdoa agar perkahwinan kekal hingga ke jannah namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Walaupun bercerai namun wanita ini tidak bermasam muka sebaliknya menjalin hubungan baik dengan bekas suami demi anak-anak.
Bagi Noorzaifam Jasmin Samsuri, 32 tahun, indah kehidupan rumah tangganya hanya mampu bertahan lapan tahun sahaja. Dek kerana gurauan dan sekadar mahu menggertak dalam satu perselisihan faham, suami melafazkan talak dan ternyata kisah cinta mereka berakhir kerana tidak boleh merujuk kembali buat selama-lamanya.
Jelas anak kelahiran Kuala Lumpur ini, dia baru lapan bulan membesarkan anak secara sendirian. Kata orang tipu jika tidak sedih ditambah lagi setiap perkahwinan itu ada memorinya tetapi alah bisa tegal biasa, perjalanan kehidupan perlu diteruskan tanpa menoleh ke belakang.
Pertemuan dirinya bersama Pengerusi Persatuan Wanita & Ibu Tunggal Nur Iman Kuala Lumpur & Selangor (WITUS), Shiela amat bermakna.
“Bila saya berbual dengan rakan senasib, kami lebih memahami antara satu sama lain. Bila saya mengikuti bengkel dan kursus-kursus yang dianjurkan, saya boleh melupakan masalah-masalah yang menghantui.
“Saya akui jadi lebih bersemangat kerana hidup harus diteruskan. Tak perlu menoleh ke belakang kerana masa saya lebih panjang dengan anak-anak,” katanya yang akan membantu kak Shiela di NGO Witus dengan jualan Keria Gula Melaka Viral Witus.
“Biasa saya akan datang ke persatuan jam 10 pagi hingga ke petang. Hari-hari biasa, ubi keledek yang digunakan mencecah 100 kg untuk jualan. Manakala Sabtu Ahad, ia mencecah 150 ke 180 kg kerana permintaannya cukup tinggi.
“Boleh dikatakan kuih keria viral Witus ini mendapat permintaan tinggi dari penduduk setempat di Batu Caves, Selangor. Isinya lembut dan gebu sebab itu ramai yang suka. Kalau hari biasa, pekerja yang membantu lima orang tetapi hari Sabtu dan Ahad jumlahnya menjadi lapan orang.
“Saya akui kak Shiela banyak memberi kata-kata motivasi malah dia juga menjaga kebajikan setiap ahli berdaftar. Anak-anak juga rapat dengannya malah memanggil dirinya sebagai Ibu. Hujung minggu mereka tak sabar untuk bertemu,” katanya dalam penuh semangat.
Bagi Noorzaifam Jasmin atau mesra disapa Jasmin, dia tidak lagi mahu menoleh ke belakang, seperti katanya, hidup perlu diteruskan dan berkat sokongan ahli keluarga dan persatuan dia lebih kuat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Marilah hulurkan derma takat mana yang mampu kepada keluarga ini, apa yang kita tengok tak seberat rasa luluh yang si ibu tanggung. Bukan sahaja terpaksa sabar melihat derita si kecil, malah berusaha mencari rezeki untuk tanggung kos perubatan.
Apa yang dipaparkan adalah realiti yang dikongsi oleh Puan Husna Mat Jusoh untuk mengurangkan beban keluarga ini, bagi yang sudi menyumbang boleh semak akaun bank untuk teruskan niat hulurkan derma.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.
Di sini saya sebagai wakil bagi pihak ibu Fatin Aisya Shahrin serta ibu saudara Raisya Zaif kepada baby Nur Qaireen Nayla binti Syafiq Rizal.
Lahir pada 5 Sept 2017 yg lalu di Hospital Sultan Ahmad Shah, HoShas Temerloh Pahang dan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh utk rawatan dan pembedahan.
Sehingga kini baby Nayla masih belum berkesempatan melihat dunia luar akibat masalah yang dihadapi. Baby Nayla masih ditempatkan di NICU Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Untuk pengetahuan, baby Nayla mengalami penyakit Spina Bifida dan Hydrocephalus dan telah menjalani pembedahan sebanyak 3 kali di bahagian belakang serta kepala.
Bantuan dana derma untuk menanggung kos perubatan, pembedahan serta sara hidup diperlukan kini. tuan-tuan, puan-puan yang budiman boleh membuat bayaran ke acc berikut.
Fatin Nur Aisya Shahrin 7607159182 CIMB Bank 01126919729
Hulurkan tangan ringankan beban.
Feel free to share.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Seorang lelaki rebah ketika menunaikan solat, ini satu pemergian yang cukup menginsafkan. Dijemput Ilahi dalam keadaan paling mulia ketika umat Islam sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri.