Macam-macam versi buat sambal hitam ini. Tapi kalau nak tahu yang versi betul betul original, sebenarnya cuma guna 4 bahan ini saja; belimbing buluh, bawang merah, ikan bilis dan cili api.
Inilah yang dinyatakan Puan Siti Fatimah dalam masa yang sama berkongsi resepi dan cara-cara membuat sambal hitam original.
Katanya, “Kalau kau sejenis nak tunggu lampu isyarat bertukar hijau yang 80 saat tu pun tak reti menyabar dok berangin je berbalas balas hon, kau tak digalakkan lah untuk mencuba resepi ini.”
“Ini kalau aku nak buat jual, mahu lapan belas enam puluh ribu ratus ringgit sebekas ni.
“Sesaat kesabaran aku menunggu rebus belimbing tu je dah bersamaan dengan doblas ratus ringgit. Sebab tu lah sambal hitam ni orang jual mahal. Dia boleh tahan berbulan bulan tanpa perlu masuk esbok pun.”
Belimbing buluh tengah berlagak berbuah sekarang ni. Jangan biarkan mereka gugur sia sia di tanah. Pergi lah petik buatkan sambal.
Tapi untuk yang original sambal hitam lah. Original pembikinan sambal hitam, dia menggunakan empat bahan sahaja; Belimbing buluh, bawang merah, ikan bilis dan cili api.
Walaupun empat bahan sahaja, proses pembikinan dia mengambil masa yang sangat lama. Kau bercinta, gaduh, clash couple balik pun belum tentu sambal ni siap lagi. Mana kan tidak. Nak merebus belimbing buluh hingga betul betul hitam sahaja pun mengambil masa paling paling 4 jam.
Sesudah itu, perlu menumis perlahan pula kesemua bahan hingga betul betul kering. Itu pun dalam 4 jam masa diambil.
Alang alang nak buat stok simpan. Buatlah lebih. Alang alang nak pakai masa, tenaga dan gas yang banyak, buatlah sekali untuk ahli keluarga lain, saudara mara dan jiran tetangga yang ada. Bulan puasa pun dah nak dekat. Buat stok sahur pun terbaik ni.
Cara Buat Sambal Hitam Original
Rebus belimbing buluh sebelanga. Belimbing buluh ni ada lah dalam 2 ke 3 kg kot. Ni aku petik kat pokok sebesen.
Bersihkan buang tangkai, taburkan setengah cawan garam. Tak perlu letak air. Buka api, nanti perlahan lahan air belimbing tu keluar.
Kalau boleh jangan guna kuali atau periuk. Belimbing ni tajam. Dia menghakis besi. Kalau tak bocor pun, nanti kuali kau jadi hitam.
Kita nak buat sambal hitam. Bukan kuali yang kena hitam. Tak pasal suami anda cari sudut rumah termenung mengenangkan nasib kena belikan kau set kuali baru. Kuali betul.
Ads
Rebus guna belanga atau periuk kaca. Kalau tak ada, rebus dalam tin biskut. Dah siap rebus buang terus tin tu.
Ahh, kalau semua tak ada, kau tak payah buat lah! Banyak betul cerita.
Hah! Gini lah rupa dia bila belimbing dah mula mengeluarkan air. Teruskan merebus api sederhana. Jangan besar sangat apinya. Bergantung dapur gas anda lah. Agak agak sendiri untuk 4 jam punya rebus nak kering.
Sampai lah dia berubah warna dan kering.
Ads
Setelah 4 jam ini lah hasilnya. Dia jadi hitam dan mengecut macam buah prune. Dari sebelanga belimbing buluh tadi, dapatlah semangkuk besar belimbing hitam.
Ini Bahan Bahan Untuk Menumis
Bawang merah dimayang.
Ikan bilis tumbuk kasar.
Cili api blend.
Belimbing hitam dilenyek.
Agak agak je semua semangkuk semangkuk. Jumlah bawang dan ikan bilis biar lebih dari belimbing hitam dan cili. Kalau tak suka masam sangat, kurangkanlah belimbing.
Cili api biar sama banyak dengan belimbing hitam. Sambal ni kalau tak pedas, kau tak payah panggil dia sambal. Kau panggil dia milo ais.
Ads
Tumis dulu ikan bilis bagi garing sikit, lepas tu masukkan bawang dan cili api. Dah layu, masukkan pula belimbing hitam yang dah dilenyek tadi.
Minyak banyak tak apa. Aku tambah minyak dari semasa ke semasa.
Masa ni kau dah boleh mula perlahan kan api. Dan tunggu lah lagi dalam 3 ke 4 jam sampai betul betul kering.
Kacau. Jangan lupa pula mengacau sibuk leka tengok drama maghrib.
Tadaaaa! Ni lah rupa dia bila dah siap. Masa dah kering ni, senang nak turunkan minyak. Tinggal cedok je keluarkan minyak minyak kalau terlalu banyak.
Bila dah siap gini, tak perlu lagi nak tambah garam dan apa apa jenis MSG. Macam gini je dah sedap yang tidak tidak.
Ginilah cara buat dia. Senang bukan?
Kuah kacang salah satu menu kegemaran ramai dan sedap dimakan dengan nasi impit atau ketupat.Nak buat kuah kacang yang sedap ada cara dan resipinya yang tersendiri.Menerusi perkongsian Ruziati Amat Sarbini, kuah kacang ini merupakan resipi daripada arwah emaknya.Malah menurut beliau, kesedapan kuah kacang ini juga diakui kawan-kawan, sehingga ada yang memujuk agar kuah kacang ini dijual!Punyalah hebat penangan kuah kacang ini.
Berikut merupakan perkongsian resipi beliau yang mak-mak boleh cuba sendiri nanti.
“Kawan kata kuah kacang saya sedap, siap pujuk saya jual kuah kacang, ni resepi kuah kacang saya.”
Bahan-Bahan:
1 kg kacang tanah (goreng dan kisar dengan air)
800 gm gula
2 setengah sudu garam
3 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
Segenggam asam jawa (bancuh pekat)
4 batang serai(diketuk)
Seinci lengkuas
Minyak masak
Air
Udang kering ditumbuk kasar(ikut selera)
Rm3 cili kering ( kalau rasa nak lebih pedas boleh tambah cili)
Cara Membuat:
1.Tumis bawang putih dan bawang merah yang dikisar sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain, kacang tanah, serai, lengkuas, cili kisar, udang kering dan air asam jawa.Kemudian tambah sedikit air.
3.Biarkan mendidih sehingga agak-agak pekat (sambil tu kacau selalu untuk elak hangus bahagian bawah).
4.Kecilkan api, renihkan kuah sehingga naik minyak sambil kacau sesekali.
Tip Ekstra!
Kacang yang dah digoreng, dikisar dengan air. Ia bagi memudahkan sewaktu memasak kuah kacang dan hanya perlu tambah hanya sedikit air sahaja nanti.
Siap!
# saya izinkan sesiapa yang nak kongsi resepi ni. Tak perlu minta izin
# resepi arwah mak saya doakan untuk mak saya ye.
Tidak kisahlah siapa kita, setiap wanita ada kelas yang dicipta sendiri. Pendek kata perempuan yang ada class tak perlu menunjuk, tanpa perlu try hard orang tetap tahu.
Sebenarnya class atau tidak seseorang itu bergantung kepada banyak faktor dan ianya tidak memerlukan usaha yang banyak jika wanita itu memang ada class. Betul tak?
Dua tiga hari ni banyak lalu orang post pasal Mizz Nina. Pasal penghijrahan dia. Yang semua orang tahu. Betapa bagus dan istiqomahnya dia buat semua.
Tapi saya tak nak tulis tentang itu. Saya nak tulis satu perkara yang suami saya selalu pesan. Tentang ‘class’.
Perempuan yang ada ‘class’.
Kenapa Mizz Nina begitu? Sebab dia ada ‘class’ dia tersendiri. Perempuan yang ada ‘class’ ni memang lain. Dia biasanya tenang, kool, sempoi, bijak, matang, tak banyak hal dan takda drama.
Orang yang bijak, orang tahu dia bijak. Orang yang cantik, orang tahu dia cantik. Orang yang baik, orang tahu dia baik. Orang yang matang, orang tahu dia matang. Orang yang terhormat, orang tahu dia terhormat.
Tak Perlu Menunjuk, Tanpa Perlu Try Hard
Tanpa….
Dia perlu menunjuk-nunjuk dan mengheboh-heboh tentang apa yang dia ada. Atau menyuruh-nyuruh orang tahu tentang diri dia. Lebih banyak dia buat hal sendiri, lebih banyak orang nak jadikan ikutan diri. Mudah katanya, dia tak perlu try hard. Orang tetap tahu.
Perempuan hormat dia. Lelaki juga sama.
Menjadi ikutan tanpa menarik perhatian. Jadi tentukanlah ‘class’ kita. Jadilah seseorang walau tanpa menjadi sesiapa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Peringatan buat yang sedang alami selesema, hati-hatilah ketika sedang menghembus hidung dan hembuslah dengan cara yang betul. Ini kerana hembusan yang kuat boleh akibatkan soket mata retak dan hilang penglihatan sementara.
Seorang wanita dari Britain yang menghidap selesema menghembus hidungnya terlalu kuat hingga menyebabkan tulang pada soket matanya mengalami keretakan, lapor satu jurnal perubatan.Dalam satu kes yang dilaporkan Jurnal Perubatan Britain, wanita berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan seperti dia ditumbuk dengan kuat di muka.Dalam laporan berkenaan, wanita itu berkata, sejurus dia menghembus hidungnya dan beberapa saat kemudian penglihatan di kedua-dua mata kabur.
Wanita itu mendapatkan rawatan di Hospital Universiti North Middlesex pada tahun lalu akibat kehilangan penglihatan sementara dan matanya mula bengkak serta sakit.2 jam kemudian, hidungnya juga berdarah dan mengadu mengalami sakit menyucuk di sebelah kiri kepala serta tangan kiri.
Selepas membuat imbasan CT, tulang soket mata wanita itu didapati retak dan doktor menganggap kecederaan itu sangat jarang berlaku.Kecederaan itu berlaku akibat tekanan tinggi di kawasan berkenaan ketika wanita itu menghembus hidungnya dengan kuat.Keretakan itu menyebabkan lemak mengalir ke saluran udara dan udara terperangkap di tisu di sekitar matanya.
Sebab Terjadi
Menurut Dr. Sam Myers, Pakar Bedah di Hospital North Middlesex University ,London, terdapat beberapa sebab yang mungkin mengakibatkan insiden ini terjadi.Pertama kerana wanita ini mengalami selesema dan menyebabkan dia menghembus hidung dengan lebih kerap.Kedua, cara wanita ini menghembus hidungnya juga memainkan peranan.Wanita ini cenderung menutup sebelah lubang hidung dan hembus dengan kuat yang mengakibatkan tekanan berganda pada lubang hidung yang terbuka. Tambah doktor ini lagi, wanita ini juga merupakan seorang perokok tegar, menghisap sekotak rokok sehari yang mengakibatkan ia mudah mengalami keretakan.
Pesakit itu diberikan antibiotik dan ubat tahan sakit serta pulih sepenuhnya selepas beberapa minggu, tanpa perlu menjalani pembedahan.
Pengajaran daripada kisah ini, berhati-hatilah ketika menghembus hidung iya. Hembuslah dengan cara yang betul dan jangan dipaksa-paksa.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.