
Gulai ikan Ayo ini sememangnya terkenal di Pantai Timur. Bahan utamanya dari ikan ayo atau sesetengah tempat panggil ikan tongkol. Belah Utara pula panggil ikan kayu.
Versi memasaknya pun ada banyak cara. Menurut Muhammad Syazwan Ahmad, resepi yang dikongsi ini tak perlu ditumis. Sesuai sangat dimakan waktu sarapan pagi.
Katanya, “Hari tu pi kenduri kat Kelantan. Pastu makan satu lauk tu, Gulai Ikan Ayo. Fuh! sedap. Terus minta resepi kat mak pengantin.
Ni kali kedua buat. Kalau salah, ajar la no.”
Bahan-bahan Gulai Ikan Ayo
Ikan Ayo Kurik (utaqa panggil ikan kayu putih)
Asam keping
Gula Nise/kabung
Lengkuas
Garam
– rebus malam, masak esok pagi baru sedap.
Cili kering 10 tangkai (gunting buang biji, rebus)
Lengkuas 1-2 inci
Bawang merah 5-7 ulas
Bawang putih 3 ulas
1 camca makan biji ketumbar
2 inci kunyit hidup
– kisar bahan ni (saya kisar guna air rebusan ikan)
Santan – 1 mangkuk- nak lemak boh lebih
Kacang panjang
Lada solok
Caranya

Rebus ikan dengan asam keping, gula nise, lengkuas, garam. Rebus malam, esok pagi nak masak baru sedap rasanya. Air rebusan jangan buang.
Siapkan bahan-bahan kisar; cili kering (kisar asing), lengkuas, bawang merah, bawang putih, biji ketumbar, kunyit hidup kisar bersama. Guna air dari rebusan ikan tadi.
Sediakan pula santan, kacang panjang, lada solok.
Satukan santan, bahan kisar.
Masak seketika. Masa ni saya dah masukkan garam + gula nise.

Masukkan ikan ayo kurik yang dah direbus.
Akhir sekali kacang panjang + lada solok.
Info : “Resepi ni tak tumis. Kalau yang tumis tu ada rempah dan selalunya makan dengan nasi dagang. Saya buat ni untuk makan sarapan pagi.”
Sapa suka angkat tangan!
MW : Mudah saja nak buatkan. Rugi tak cuba.
Sumber/Foto : Muhammad Syazwan Ahmad
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
 download sekarang!
download sekarang!

 




























 Bahan inti:
Bahan inti:
 Apabila nampak dah agak kering, masukkan ubi kentang. Gaul sebati, tambah sedikit air dan masak hingga kentang empuk. Kalau nak sedikit pedas, boleh masukkan cili padi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jangan masak terlalu lama takut hancur. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tabur daun sup di atasnya dan kacau. Ketepikan.
Apabila nampak dah agak kering, masukkan ubi kentang. Gaul sebati, tambah sedikit air dan masak hingga kentang empuk. Kalau nak sedikit pedas, boleh masukkan cili padi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jangan masak terlalu lama takut hancur. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tabur daun sup di atasnya dan kacau. Ketepikan. Untuk membuat kulitnya; gaulkan gandum dan air, kacau rata. Masukkan tepung yang digaul tadi ke dalam pengisar, masukkan telur dan garam dan kisar untuk dapatkan kulit lagi cantik dan licin.
Untuk membuat kulitnya; gaulkan gandum dan air, kacau rata. Masukkan tepung yang digaul tadi ke dalam pengisar, masukkan telur dan garam dan kisar untuk dapatkan kulit lagi cantik dan licin. Panaskan kuali. Jika tak menggunakan ‘non stick pan’, boleh letak sedikit minyak supaya tak melekat. Sendukkan sedikit adunan tadi dan letak di tengah kuali. Ratakan seperti membuat lempeng.
Panaskan kuali. Jika tak menggunakan ‘non stick pan’, boleh letak sedikit minyak supaya tak melekat. Sendukkan sedikit adunan tadi dan letak di tengah kuali. Ratakan seperti membuat lempeng. Panaskan minyak dengan kuantiti yang banyak dan bolehlah goreng. Angkat dan tos. Selebihnya boleh simpan di dalam peti sejuk dan keluarkan bila hendak goreng. Jangan lupa Alaskan dengan plastik tiap lapisan kuih agar tak melekat.
Panaskan minyak dengan kuantiti yang banyak dan bolehlah goreng. Angkat dan tos. Selebihnya boleh simpan di dalam peti sejuk dan keluarkan bila hendak goreng. Jangan lupa Alaskan dengan plastik tiap lapisan kuih agar tak melekat. Untuk membeli bahan-bahan dan kelengkapan memasak, boleh
Untuk membeli bahan-bahan dan kelengkapan memasak, boleh 