Nampak sungguh sedap dan menyelarakan resepi DAGING MASAK KICAP versi ABAH ni.Makan pula dengan nasi panas, memang bertambah-tambah jadinya. Sukatan yang diberikan ini sesuai untuk 30 orang makan. Jadi sesuailah kita buat menu ni sewaktu berkumpul adik beradik atau keluarga besar nanti.
Resepi DAGING MASAK KICAP versi ABAH ini merupakan perkongsian daripada Encik Adnan Bin Mat Abu. Boleh rujuk resip dan cara yang dikongsikan ini.
Bahan-Bahan ( Untuk 30 orang makan )
3 kg Daging lembu (Dipotong dan direbus hingga lembut)
4 inci halia (Dihiris)
8 biji bawang kecil (Dihiris)
8 ulas bawang putih (Dihiris)
4 sekawan
1 kg kentang (Dibelah 4)
3 sudu besar serbuk lada
2 sudu besar lada hitam dikisar kasar.
2 sudu besar air asam jawa.
3 sudu besar gula
Cili besar merah dan hijau serta bawang besar untuk hiasan
Kicap pekat dan kicap lemak manis secukupnya
Cara Membuat:
1.Tumis bawang putih, bawang kecil dan halia hingga kekuningan.
2.Masukkan 4 sekawan, masak seketika, kemudian masukkan ubi kentang.
3.Bila ubi kentang separuh masak masukkan serbuk lada yang dibancuh dengan air rebusan daging.
4.Masak selama seminit baru dimasukkan daging. Gaul rata.
5.Kemudian, masukkan kicap pekat dan kicap lemak manis. Masak selama 5 minit. 6.Masukkan pula gula, air asam jawa dan garam. Masak hingga naik minyak baru dimasukkan lada hitam dan bahan hiasan.
7.Gaul rata. Bila bawang besar hampir layu tutup api. Hidangkan.
Mingguan Wanita: Nampak sangat sedap dan menyelerakan sungguh DAGING MASAK KICAP Versi ABAH ni. Sukatan untuk 30 orang makan, sesuai dimasak bila keluarga berkumpul ramai-ramai nanti.
Kalau bagi resepi biskut tart cadbury ni, maknanya mak-mak dah boleh get ready cari bahan untuk dijadikan salah satu hidangan raya nanti. Biasanya kaum mak-mak zaman sekarang lebih suka main-main tunjuk-tunjuk yang dah siap. Senang bila nak makan, terus ngap!
Tetapi kali ini mak-mak boleh cuba resepi yang dikongsikan Puan Wan Nur Mahani Wanumar ini, nampak senang dan rasanya budak-budak pun suka. Jom tengok bahan dulu…
Bahan-bahan Tart Cadbury:
Tepung gandum
Mentega
Cabbury
Cara-cara nak buat:
Ambil setengah kg tepung gandum dan 1 bungkus mntega, gaul sampai jadi doh.
Bakar suhu 150 api atas bawah selama 5-7 mnit
Boleh dapat dalam 80 biji lebih pcs.
Coklat tak cair bila bakar. Belum cuba belum tahu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baru-baru ini viral beberapa jenama sardin dalam tin ditarik semula penjualannya dari pasaran kerana mempunyai cacing.Memang geli dan naik loya bila memikirkan semula. Terus rasa ragu-ragu dengan tahap kebersihan dan cara pembuatannya sardin dalam tin ini.
Sebenarnya, mak-mak boleh buat sendiri je sardin di rumah. Pastinya lebih terjamin kebersihannya, bebas daripada bahan pengawet, malah lebih menjimatkan! Ialah jika dulu sardin dianggap ‘menu bajet’ dan sering jadi pilihan kerana harganya yang agak murah, namun sekarang tidak lagi. Ramai yang mengeluh kerana satu tin sardin kian mahal dan boleh tahan harganya.
Kalau dah begitu, apakata mak-mak cuba buat sendiri sardin di rumah ikut resipi ini;
Bahan-Bahan:
1 kg ikan sardin (buang kepala dan ekor)
2-3 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 inci halia (dihiris)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kisar
2 keping asam keping
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan Air
Sedikit garam dan perasa
Cara Membuat:
1.Tumis bawang besar, bawang putih,halia sebentar didalam periuk tekanan tinggi (presurre cooker).
2.Masukkan tomato diikuti bahan-bahan sos cili, sos tomato, cili kisar dan tomato puri, kacau sebati.
3.Masukkan air setengah cawan dan gaul rata.
4.Tambahkan garam dan perasa.
5.Masukkan ikan dan tutup periuk. Set high pressure selama 60-90 minit.Masak sardin hingga betul-betul lembut (sampai tulang ikan rapuh).
Siap!Boleh dihidang.
Info Ekstra:
1. Lepaskan ‘pressure’ perlahan-lahan dan buka penutup.
2. Sekiranya terlalu berkuah, boleh reneh sebentar (tanpa bertutup) untuk lebih memekatkan kuah.
3. Boleh dimakan terus atau dimasak semula mengikut kegemaran.
4. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam petisejuk selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.
5. Jika guna periuk biasa pun boleh cuma kena selalu kacau supaya ikan tak melekat dan kena jaga api. Guna api yang tak terlalu besar. Masa memasaknya pun lebih kurang sejam lebih bergantung kepada kuantiti ikan.
Kredit Resipi: Junaidah Bujang
Foto:Chef Sue M.Arukin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya nak buat kacang bawang putih yang sedap, caranya kena rebus dan perap kacang semalaman dahulu barulah ia digoreng. Jika selalu mak-mak hanya beli kacang goreng ni, kali ni bolehlah cuba buat sendiri. Tak susah mana nak buat kacang bawang putih ni, malah lebih terjamin kebersihannya, tanpa bahan pengawet dan lebih jimat.
Berikut perkongsian resipi mudah Kacang Bawang Putih oleh Nazira Abd Kader yang mak-mak boleh cuba.
Bahan-Bahan:
1kg Kacang Kopek/Trojen/Shandung (kopek kacang kepada dua supaya bila perap serap sepenuhnya & cuci)
20 ulas Bawang Putih (Dikisar dan dibuat pes)
20 ulas Bawang Putih (Dihiris halus untuk dmasukkan masa goreng nanti)
sedikit garam gula
Cara Membuat:
1.Basuh kacang sehingga bersih.
2.Rebuskan air bersama pes bawang putih garam dan gula sampai mendidih.
3.Kemudian masukkan kacang tadi.
4.Rebus dalam 3 minit dan tutupkan api.Biarkan kacang dalam air rebusan lebih kurang 10 minit dan toskan.Selepas itu, gaul kacang tadi bersama pes bawang putih garam dan serbuk perasa(ajinomoto).Gaul rata,letakkan dalam dulang dan perap semalaman.
5.Ini rupa kacang yang di perap semalaman.Kacang akan jadi kering seperti ini.
6.Sebelum goreng kacang, hiris kan dalam 20 ulas bawang putih.Ikut suka bawang putih nak banyak mana.Saya suka banyak-banyak.
7.Panaskan minyak, lepas tu kecilkan api.Masukkan kacang tapi jangan banyak sangat,nanti kacang tak rangup.
8.Bila kacang dah separuh masak rupanya macam ni.
9.Masukkan sedikit bawang putih hiris, goreng sehingga kacang masak secukup nya.
10.Ni rupa kacang yang dah siap goreng.Tunggu betul-betul sejuk baru masukkan dalam bekas kedap udara.
Info Ekstra!
*Saya beli kacang ni dekat pasar raya dah siap packing.Tertulis kacang kopek.Ade yang panggil kacang shandong ade yang kata kacang trojen.Yang penting ini bukan kacang tanah biasa.Kacang ni panjang sikit.
*Bawang putih pes dalam 2 sudu masuk kat dalam air rebusan. Yang baki gaul dekat kacang yang dah siap rebus nanti.
*Masa menggoreng jangan masukkan kacang terlalu banyak, nanti kacang tak rangup.
*Goreng dengan api yang perlahan. Memerlukan kesabaran nak goreng kacang ni.Nanti kalau api besar kacang cepat hangus dan lemau.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...