Bawang putih sangat berkhasiat untuk kesihatan. Selalu menjadi pembuka selera dan sedap dimakan bersama nasi panas, ditabur pada sup, mee mahupun bubur. Malah mak-mak yang dalam berpantang pun digalakkan makan bawang putih.

Buat bawang putih goreng sendiri di rumah lebih jimat dan berbaloi. Namun, jika salah cara membuat bawang putihnya terlebih garing dan pahit. Sebenarnya, nak goreng bawang putih jadi rangup, cantik dan tak pahit ada caranya. Penjual bawang putih Siti Noraini Binti Bisri II sudi berkongsi tip cara buat bawang putih goreng yang dia buat jual.

Berikut perkongsian penjual ini yang boleh dijadikan panduan;

“Hari tu minta tips nak kopek bawang putih tanpa meninggalkan rasa pedih kat tangan. Macam macam tips orang kasi, terima kasih. Makin mudah kerja. Berjaya juga siapkan tempahan”.

“Ni kita kongsi tips nak dapatkan bawang goreng yang crunchy, cantik dan tak pahit.”

Ini Antara tipnya;

1. Pemilihan bawang tak penting, yang penting kene perhatikan dengan perubahan warna masa mengoreng.
2. Hiris bawang senipis mungkin.
3. Rendam sekejap dengan air garam, tujuannya untuk hilangkan getah bawang, getah tu yang buat pahit sebenarnya. Lepas tu toskan just untuk pastikan minyak tak merecik.
4. Masa mengoreng adalah waktu yang sangat penting. Minyak mesti betul betul panas, baru masukkan garlic.Tanda minyak cukup panas, bila masukkan bawang tu, minyak tu naik buih buih besar macam nak melimpah.Hati hati jangan masukkan bawang sampai minyak tu melimpah.
5. Pastikan minyak baru ye, jangan pakai minyak lepas goreng ayam plak.Jenuh pulak nak perhatikan warna bawang putih tu nanti.
6. Bila dah berubah warna keemasan, cepat angkat dan toskan.Jangan biar bawang putih dalam minyak sampai dia coklat, nanti bila toskan bawang putih tu dah hangit. Sebab balance minyak panas yang ada kat bawang putih tu akan masakkan dan buat garlic tu crunchy.
7. Kalau dia dah masak cantik dalam minyak, bila toskan nanti dia jadi overcook sebab haba minyak tu masih panas.

Tu je caranya. Kalau ada tips lain meh la share.

Info Ekstra!

Bawang putih goreng ni sedap makan dengan nasi, mee, bubur, roti pun sedap sebagai pembuka selera.

Selamat Mencuba!

MW: Dah tahu cara ni, mak-mak bolehlah buat sendiri bawang putih goreng di rumah nanti.

Sumber: Siti Noraini Binti Bisri II

Jangan Lupa Komen

komen