Rehatkan Doh, Kembang Seganda Baru Kukus! Pau Gebu Puas Makan Sendiri

Share

Sedapnya makan pau panas-panas yang lembut lagi gebu. Namun nak buat pau sebegini ada caranya tersendiri. Mak-mak yang suka makan pau atau nak buat untuk anak-anak boleh cuba resipi Pau Gebu yang dikongsikan oleh Puan DyAn HaLim ini.Cukup mudah, senang nak buat, sedap dan yang paling penting puas hati makan bila buat sendiri.

Berikut perkongsian resipi pau gebu tersebut;

“Siap jugak pau gebuss mama. Ini baru la puas makan sendiri inti nak buh lebih-lebih pun tak apa kan. Seminggu cari pau panas-panas tak jumpa, last jumpa kedai bakery, buat sendiri je la.”

Bahan-Bahan:

1 pack mauripan*
2 sudu gula*
3/4 cawan air suam*

*Gaul sebati, tunggu naik kembang yis dalam 20minit

1/2 kg tepung pau**
2 sudu kecil shortening(lemak sayur)**
2 sudu besar susu pekat**
2 sudu kecil baking powder**

** gaul sebati

Cara Membuat:

1. Campurkan yis yang telah naik kembang dan campuran tepung tersebut.
2. Uli sampai tak lekat tepung kat tangan.Dian tak uli lama, lepas tu malas uli, pakai mixer. Rasa lekat kat tangan tu bubuh la tepung sikit kat tangan.
3.Dah Siap doh, rehatkan 20 minit. Doh akan kembang 2x ganda.

4.Tumbuk-tumbuk bagi kempis, uli balik.


5.Bulat-bulat kan ikut pau yang nak buat.
6.Lepas tu bubuh inti. Rehat kan pau, dah kembang seganda pau baru kukus dalam 10 minit je.

Info Ekstra!

  • Inti kaya boleh dibeli yang dah siap pack kat bakery.

Ok siap, Selamat Mencuba!

MW: Sedapnya makan pau gebu panas-panas. Boleh letak inti banyak mana yang kita nak. Paling penting sedap dan puas hati bila buat sendiri.

Sumber: DyAn HaLim

IKLAN