seseorang-berfikir

Ibu ini, Firda Ashaary berkongsi kisah. Tentang perbualannya bersama pelajar psikologi yang menjelaskan tentang cara seseorang berfikir itu bagaimana.

Katanya, pemikiran seseorang itu juga dipengaruhi oleh ‘warna minda’ yang tersendiri. Haa.. macam mana tu. Hadamkan penjelasannya. Patutlah kadang ada mak-mak yang terlebih ikut emosi dan sebaliknya.

Cara Seseorang Berfikir Dipengaruhi ‘Brain Colour’

Ada sorang pelajar psikologi bagitau aku,
Cara berfikir seseorang tu dipengaruhi oleh ‘brain colour’ tersendiri.”

Ikut psikologi, brain color ada 4 warna.

Disebabkan dia explain kat aku guna bahasa rojak, jadi aku pun tulis istilah rojak jugak lah yer. Mudah faham.

Kata beliau,
Ada 4 jenis pemikiran otak kita ni yang kita sebut dalam bentuk kaler. Red, blue, purple dan green.

Ini bermaksud setiap orang ada pattern pemikiran untuk memudahkan kita detect karakter diorang, cara pikirnya dan cara diorang bekerja. Dan actually cara pemikiran kita dipengaruhi oleh DNA kita dan juga boleh dipengaruhi orang sekeliling yang kita selalu attach.

4 Jenis Warna..

Kata beliau lagi,

Green brainer. Orang otak hijau ni jenis orang redah dulu baru pikir. Orang gini selalunya orang otak bisnes. Takda nak pikir jadi ke, boleh ke. Janji buat dulu. Fikir kemudian.

Otak merah atau red brainer adalah orang yang jenis analisa segala maklumat, buat pertimbangan risiko then baru buat keputusan. Maknanya dia sedia terima risiko yang dia sedar je. Jenis pikir jauhhh dan panjang. Banyak kira-kira.

Otak biru atau blue brain pula jenis banyak emosi. Mudah touching, kadang sentap. Dia
lebih mudah proses maklumat guna naluri. Logik sense dia kurang. Sejenis suka main emosi pun yer jugak ni.

IKLAN

Akhir sekali,
Purple brain atau otak ungu. Sejenis yang suka option. Sukakan pilihan. Kita bagi option, then bagi detail pastu kita kena lead according to apa dia nak. Lebih kurang gitu la. Bukan memilih tapi dia suka ada option. Takda option dia stress. Jenis suka compare itu, compare ini.

Ohhh, tengkiu kongsi ilmu baru dengan aku. Aku baru tau hari ni. Lepas ni boleh la aku belajar psikologi jugak. Cam best ja.” seloroh aku.

Takyah la noks. Kadang best, ada jugek part tak best.” ujar beliau.

Baca sini : Dapat mak mentua baik pun rezeki, bukan semua menantu dapat rasa

Orang Begini Mudah Move On..

Sebelum end of the conversation beliau kata,
“Kau ni sejenis otak hijau. Jenis redah dulu, pikir kemudian. Tak peduli apa orang nak cakap, lantakkan je. Takde masa nak pikir deep to detail. Redah je dulu. Nanti jumpa la jalan. Simple je perkiraan orang otak hijau ni.”

Katanya lagi,
“Orang gini cepat move on. Bagusnya dia, yang lepas, lepas. Dah jom hadap esok pulak. Sejenis mudah campak. Kadang ada orang tak suka orang gini, selfish diorang kata.”

Aku dah gelak-gelak.

IKLAN

Sambung beliau lagi,
“Tapi aku suka orang jenis ni sebab boleh manipulate ikut minat dan energy dia. Sejenis simpan dalam jugak, simpan buat pekasam, kadang pendendam pun ye tapi tak kelihatan. Orang gini tak tunjuk dalaman berlumut ke apa. Janji luar tenang. Tenang dan menang. Ikut track nya sendiri. Tak berlumba dengan orang lain.”

“Satu yang bahaya orang otak hijau macam kau, once sabar tu kat puncak incase meletop. Siap la, sekampung kena tempias.”

Aku tersengih dan mengangguk perlahan.

Yelah, yelah. Betullah tu.
Aku memang spesis mak kau hijau!

Sumber/Foto : SuffianSuffiya
Manusia dan psikologi kehidupan.

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:

‘Redah Dulu, Fikir Kemudian..’ Rupanya Cara Seseorang Berfikir Dipengaruhi ‘Brain Colour’

IKLAN

Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI