Untitled design (51)

Sudah pasti setiap bakal pengantin memiliki impian bagaimana ingin menjadikan majlis perkahwinan mereka nanti sesuatu yang tak dapat dilupakan. Kini ia bakal direalisasikan seandainya memilih Sime Darby Convention Centre (SDCC) sebagai lokasi hari penuh bersejarah itu.

Realisasikan Impian Perkahwinan Anda Di Sime Darby Convention Centre
Dengan memilih Sime Darby Convention Centre (SDCC) sebagai lokasi, anda bakal mendapatkan segala apa yang dihajati untuk sebuah majlis perkahwinan idaman selama ini. Sudah pasti, ia akan mengukir satu memori indah di hari yang teramat istimewa untuk pasangan pengantin dan keluarga.

SDCC menyediakan tiga pakej perkahwinan yang terbaik dengan harga yang berpatutan, bagi memenuhi kehendak dan cita rasa bakal pengantin:

IKLAN

Orked – Pakej perkahwinan Melayu yang bermula daripada RM1588.00++ meja untuk 10 orang.

Calla Lilies – Pakej Perkahwinan Cina bermula daripada RM1588.00++ semeja untuk 10 orang.

IKLAN

Jasmine – Pakej perkahwinan India bermula daripada RM1388.00++ semeja untuk 10 orang.

Lokasi Yang Strategik
SDCC juga sering kali menjadi pilihan utama untuk sebarang majlis dan acara sama ada acara keluarga atau korporat, kerana terletak di antara pusat bandar Kuala Lumpur and Petaling Jaya.

IKLAN

Grand ballroom mampu memuatkan sehingga 2,600 tetamu dan SDCC juga sangat sesuai dijadikan lokasi untuk mereka yang ingin menjamu selera bersama keluarga atau rakan perniagaan, di enam buah kafe yang telah diiktiraf halal. Boleh memilih untuk menikmati sajian enak sama ada di China Treasures, Halia Restaurant, D’Atap Gazebo Steamboat & Grill Garden, Flame western fine-dining, Sumire Japanese cuisine atau East Café. Pasti anda tidak kecewa dengan keenakan sajian yang dihidangkan.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, bolehlah menghubungi +603 2089 3688 atau e-mel ke enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI