Reaksi ‘Win’ Isteri Pelawak Harith Iskander, Bila Senarai Barisan ‘Kabinet’ Baru Diumumkan

Share

Barisan kabinet baru yang bakal memimpin Malaysia baru sahaja diumumkan semalam.Sebelum pengumuman ini dibuat, ramai yang teruja dan ingin mengetahui barisan kepimpinan negara dibawah kerajaan yang baru sahaja dibentuk ini.

Beberapa hari sebelum pengumuman barisan kabinet ini, pelawak,pelakon dan pengacara Harith Iskander atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 51 ada memuatkan satu video didalam postingnya di laman Instagram.

Video tersebut menunjukkan pemenang Laugh Factory’s Funniest Person In The World ini telah ‘mengenakan’ isterinya Dr Jezamine Lim,35 mengenai barisan ‘kabinet’ baru yang dikatakan telah diumumkan.

Apa yang mencuri tumpuan ramai ialah reaksi ‘win’ Dr Jezamine begitu teruja untuk mengetahuinya namun yang tergelak besar setelah tahu dirinya ‘tertipu’ mengenai ‘kabinet’ tersebut yang merupakan Kabinet IKEA.

Berikut perkongsian video Harith Iskander dengan kapsyen nakal mengusik isterinya;

“Reaksi isteri mengenai berita, senarai terkini barisan kabinet yang diumumkan”

Terdahulu pasangan ini telah 8 tahun mendirikan rumahtangga dan memiliki 3 orang cahaya mata yang comel iaitu Zander Xayne,6 Alessandrea Jayne,5 dan Zydane Xayne,3.

Bergurau senda dan usik mengusik merapatkan lagi hubungan suami isteri. Beruntung isteri bila dapat suami jenis suka buat lawak, hilang rasa semua tekanan dan keletihan yang ada sepanjang hari. Hubungan pun tak lah rasa hambar dan sunyi je.

Sumber: Instagram Harith Iskander

IKLAN