
Ini reaksi Aslam selepas keluar dari mahkamah atas perbicaraan hubungannya dengan pempengaruh, Marissa Dania Hakim iaitu anak kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi dan Norman Hakim.
Reaksi Aslam Selepas Keluar Mahkamah

Ahmad Aslam Saifun Kasyfun Nazir Rasyid, 27, ketika ditemui enggan mengulas lanjut berhubung isu yang berlaku antara mereka tetapi memohon agar orang ramai mendoakan urusan perkahwinannya berjalan lancar.
“Saya tidak ada komen. Doakan yang baik-baik. Urusan hari ini berjalan lancar,” katanya kepada media.
Aslam dan Marissa hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin bagi prosedur tuntutan pengesahan lafaz cerai dan permohonan pengesahan rujuk perkahwinan mereka.
Pasangan itu kemudian terus meninggalkan mahkamah selepas perbicaraan, manakala Marissa hanya tersenyum ketika diajukan pertanyaan oleh media.
Aslam sebelum ini dilaporkan pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali di luar mahkamah iaitu pada September 2024 dan Jun 2025.
Marissa atau Marissa Dania Hakim Mohamad Nurhakim, 21, dan suaminya bagaimanapun dikatakan kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dalam bulan sama bagi kedua-dua lafaz tersebut.
Marissa Masih Sebumbung Dengan Suami

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri memberitahu permohonan berhubung status perkahwinan pasangan itu masih belum diputuskan.
“Mahkamah tak dapat nak putuskan lagi kerana terlalu banyak isu melibatkan hukum syarak dan undang-undang.
“Perkara tersebut perlu diulas dengan pandangan kitab dan para fuqaha,” ujarnya.
Peguam Enggan Ulas Lanjut Isu Pasangan Ini

Ammar Yaser pada masa sama enggan mengulas lanjut mengenai isu pasangan berkenaan sebagai menghormati prosedur mahkamah.
Beliau turut memaklumkan pihaknya dimaklumkan Marissa dan Aslam masih tinggal bersama.
“Isu cerai dan rujuk mesti ikut al-Quran dan sunnah. Allah dah tetapkan aturan dan perlu diikut.
“Contoh lafaz dalam sesuatu keadaan itu adakah ia sah atau tidak? Rujuk dalam keadaan tertentu, adakah sah atau tidak? Keadaan itu masih belum dapat dijawab oleh pihak-pihak.
“Mereka datang dan tinggal bersama. Apa yang berlaku disebaliknya saya tidak tahu,” jelasnya.
Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.
Gambar: Artis Malaysia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




