Ratu Rizky Nabila minta cerai  selepas 2 hari nikah, tak boleh terus hidup dengan suami  penipu. Satu tindakan berani untuk diri sendiri. Bahkan wajar dihargai kerana bukan mudah membuat satu keputusan besar begini. Tak ramai wanita memiliki kekuatan begini, hanya mereka yang miliki hati kental sahaja.

Hari ini, media heboh mengisahkan model terkenal Ratu Rizky Nabila yang menuntut cerai dari suaminya, Ibrahim Alhami berasal dari Libya yang mana mereka baru bernikah 26 November lalu.

Dia menuntut agar diceraikan  kerana tidak mahu ada lagi sebarang hubungan dengan lelaki tersebut dan tak  mungkin rujuk lagi. Kata Ratu Rizky Nabila, dia tidak boleh hidup dengan suami penipu.

Penipuan yang ramai lelaki di dunia lakukan semata-mata mahu mendapatkan wanita cantik dengan memberitahu dirinya memiliki kerjaya hebat sebagai pakar IT di Libya dan memiliki perniagaan berasaskan kecantikan di Indonesia.

Sedangkan selepas bernikah suaminya itu dilihat bersenang lenang goyang kaki tanpa melakukan sebarang kerja.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Dengki Bila Menantu Jaga Mentua Dengan Baik, Adik Beradik Sanggup SIHIR Supaya Bercerai Berai!

Gara-gara Kesilapan Sendiri, Pasangan Muda Merayu Kes Cerai Talak 3 Di Mahkamah

Jelas Ratu Rizky Nabila yang merupakan ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan pemain bola sepak Alfath dari pasukan Persija di mana perkahwinan mereka musnah tahun lalu.

IKLAN

Tambahnya,  dirinya memilih Ibrahim selepas seminggu berkenalan di sebuah aplikasi. Bermula dari mesej biasa namun akhirnya mereka terus rapat dan memilih untuk bernikah.

Dalam perkongsian di rancangan  Pagi Pagi Ambyar, semalam dihostkan oleh Riam Ibram dan Caren Delano, Ratu Rizky membongkar rahsia perkahwinannya itu dan mengakui kesilapan dilakukanya itu.

“Kami berkahwin selepas seminggu berkenalan di sebuah aplikasi. Bermula dengan mesej biasa, terus kenal rapat dan kemudian nikah.

IKLAN

“Dia mengaku pakar IT di negaranya dan ada bisnes kecantikan di sini tetapi selepas nikah, dirinya dilihat goyang kaki tanpa risau tentang kerjanya,” katanya yang ditanya adakah dia sudah memeriksa latar belakang bekas suaminya itu ketika sesi taaruf.

Kata Ratu Rizky, dia diyakinkan oleh mereka yang ada di sekelilingnya tetapi ternyata semua itu tidak tepat dan dia langsung membuat cerita bahawa dirinya ada kekasih lain sebagai alasan cerai. Sedangkan dirinya tak boleh hidup dengan lelaki penipu,” katanya menjelaskan kisah hidupnya lebih kurang sama dengan dialami oleh Zaskia Gotik dan Vicky Prasetyo.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI