Menguruskan kewangan dan perbelanjaan secara teratur dan baik bukanlah satu perkara yang mudah. Perancangan kewangan sangat penting, apatah lagi keutamaan dan matlamat kewangan pula adalah berbeza-beza mengikut setiap peringkat kehidupan yang kita lalui.
Setiap daripada kita akan melalui fasa-fasa kehidupan berdikari yang penting. Ia bermula dari kita bergelar mahasiswa, seterusnya memasuki alam pekerjaan, mendirikan rumahtangga dan sudah tentu fasa mencabar sebagai ibu dan ayah yang memikul tanggungjawab besar terhadap anak-anak.
Justeru itu, dari awal lagi, kita perlu ada kesedaran mengatur kewangan, mempunyai ilmu serta asas dalam menguruskan kewangan sendiri dengan baik. Pengurusan kewangan sendiri pada setiap peringkat kehidupan ini dapat diamalkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah, dengan menambah pendapatan dengan melakukan kerja sambilan atau perniagaan kecil-kecilan, mempunyai simpanan sendiri, melakukan perbelanjaan secara berhemah, membuat pelaburan bijak dan sebagainya.
Bukan apa, ia sebagai persediaan dalam menghadapi kekangan seperti contoh, keadaan ekonomi yang tidak menentu serta perlindungan kecemasan untuk masa depan nanti. Mengetahui hal ini, janganlah sampai kita terlambat dalam menyedari kepentingan mengurus kewangan sendiri mahupun untuk keluarga.
Jika anda masih samar-samar bila kah fasa terbaik memulakan perancangan kewangan mengikut peringkat kehidupan, di sini dinyatakan satu persatu supaya anda lebih jelas.
Pelajar Universiti
Saat bergelar mahasiswa, memang tidak dinafikan kita begitu teruja dengan biasiswa, pinjaman pendidikan dan elaun daripada ibu dan ayah. Hati meronta-ronta untuk membeli barang-barang bukan keperluan belajar seperti pakaian mewah, aksesori, kosmetik dan banyak lagi. Itu adalah satu pembaziran. Berbelanjalah ikut keperluan bukannya nafsu.
Jika perlu membeli buku rujukan, boleh dapatkan daripada pelajar senior dengan membeli pada harga murah malah boleh sahaja muat turun nota-nota yang ada di Internet. Jika hendak ke kuliah dan jaraknya jauh, kita boleh tumpang sahabat yang mempunyai kenderaan dan membayar pada harga berpatutan berbanding membeli kereta. Jadilah mahasiswa yang bijak merancang kewangan. Kita tidak tahu apa kesulitan menanti di hari depan.
Sebolehnya asingkan sebahagian biasiswa atau pinjaman pendidikan yang diperolehi untuk simpanan peribadi bagi tujuan kecemasan. Jika anda dapat membahagikan masa dengan baik, tiada salahnya melakukan kerja separuh masa mahupun memulakan bisnes kecil-kecilan untuk mendapatkan wang saku tambahan. Sekaligus ia dapat membantu menampung perbelanjaan harian, menjana sedikit pendapatan sampingan dan menguasai kemahiran insaniah yang baik selain daripada pencapaian akademik cemerlang yang mana, ini akan dapat mencerahkan lagi harapan anda sebagai seorang pelajar.
2. Alam Pekerjaan
Ads
Memasuki alam perkerjaan dengan kerjaya idaman setelah berhempas pulas menghabiskan pengajian di universiti memang menjadi impian setiap siswazah. Apatah lagi berpeluang mempunyai pendapatan sendiri setanding kelulusan yang dimiliki.
Ini lah peluang kita memperkukuhkan lagi pengurusan kewangan kerana telah mempunyai pendapatan sendiri secara konsisten. Saat ini, kita sepatutnya sudah mula mengenal pasti pecahan pembahagian gaji dengan cekap dan jelas.
Dalam memastikan setiap matlamat kewangan tercapai, penting untuk kita wujudkan tabung khas pada setiap tujuan. Sebagai contoh, ‘Tabung Kecemasan’, perlu ada sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji. Dengan wang ini kita akan gunakan sewaktu menghadapi waktu yang sukar seperti dilanda musibah banjir, kebakaran, kemalangan, diberhentikan kerja dan lain-lain. Anggaran ini adalah supaya kita boleh bersedia apabila diuji dengan keadaan yang tidak dijangka.
Malah sewaktu masih bujang, komitmen diri pastinya tidak sebanyak mereka yang telah berkahwin. Jadi, inilah masanya mengumpul sebanyak mungkin simpanan, aset dan harta serta mengelakkan pembaziran. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan berbanding mengikut kehendak. Paling penting elakkan terikut-ikut dengan trend berbelanja tanpa batasan seterusnya terbeban pula dengan hutang serta tanggungan yang tidak wajar.
Berapa banyak nak menyimpan? Sebagai permulaan, untuk setiap pendapatan yang diperolehi perlu diasingkan untuk simpanan sendiri. Sekurang-kurangnya, buat simpanan 10% daripada pendapatan setiap bulan secara konsisten, kemudian tingkatkan jumlah simpanan sehingga 20% ke 30% setiap beberapa bulan (mengikut kesesuaian). Jika berkemampuan, ada baiknya juga mempelbagaikan simpanan kita, seperti membuat pelaburan bagi menambah nilai dan jumlah simpanan untuk jangka masa panjang, dan lain-lain. Namun begitu, sebelum melakukan pelaburan, pastikan ia merupakan pelaburan yang selamat dan bukan skim penipuan pelaburan.
Ads
Pengurusan kewangan bijak tidak terhenti di situ, malah seawal memulakan pekerjaan, kita sewajarnya sudah menetapkan sasaran simpanan untuk perkara penting lain seperti majlis perkahwinan, deposit pembelian rumah pertama dan sebagainya, untuk memudahkan memasuki fasa peringkat seterusnya nanti. Senaraikan keutamaan agar kita lebih jelas dan tidak tersasar.
3. Bergelar Ibu Bapa
Menginjak ke alam perkahwinan seterusnya bergelar ibu dan ayah, kita tidak dapat lari daripada bebanan tanggungjawab yang lebih besar dan banyak. Tanggungjawab ini hadir bersama komitmen kewangan membeli barangan keperluan bayi dan anak-anak, upah pengasuh, perbelanjaan pendidikan, insurans, percutian keluarga dan banyak lagi. Oleh yang demikian, perancangan kewangan yang baik selepas berkahwin amatlah penting dan memainkan peranan utama dalam keharmonian rumahtangga.
Bagi wanita yang bergelar isteri dan ibu pula, adalah mustahak untuk kita menguruskan kewangan dengan baik menerusi perbelanjaan secara berhemah. Wanita atau isteri selalu dianggap sebagai ‘Menteri Kewangan’ keluarga, kerana peranannya dalam menguruskan segala perbelanjaan dapur serta hal ehwal kewangan rumahtangga.
Oleh yang demikian, wanita boleh mengamalkan prinsip 50:30:20 dalam menguruskan kewangan, iaitu 50% perbelanjaan, 30% keperluan dan 20% simpanan apabila menerima gaji atau pendapatan pada setiap bulan.
Ads
Selain perbelanjaan bulanan, membesarkan anak-anak juga memerlukan komitmen yang tinggi, dari mereka kecil hinggalah dewasa. Oleh itu, perlu asingkan sedikit pendapatan yang ada untuk tujuan simpanan tabung pendidikan mereka.
Oleh hal yang demikian, bagi membantu kita mengurus dan merancang kewangan lebih baik dan teratur, amalkanlah mencatat setiap perbelanjaan bulanan sama ada keperluan utama atau kehendak semata-mata. Dengan cara ini kita boleh membuat keputusan lebih cekap untuk tindakan selanjutnya. Mungkin dengan cara ini kita terfikir untuk mencari pilihan lain yang lebih berbaloi dan tidaklah kita tersasar daripada kemampuan kewangan semasa. Bukan itu sahaja, kita juga lebih jelas dengan pola perbelanjaan. Ini baik untuk dijadikan rujukan mengurus kewangan keluarga.
Mengurus kewangan bukanlah sesuatu yang sulit jika kita sudah membiasakannya dari awal. Pengurusan kewangan terancang amat penting supaya kita dapat wujudkan struktur kewangan kukuh, tahu hala tuju dan secara tidak langsung meminimumkan risiko yang tidak dijangka kelak. Lebih awal kita merancang pengurusan kewangan, lebih tenang untuk kita hadapi sebarang kekangan yang boleh berlaku.
Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
*Penafian:
Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik dan memberikan kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran atau melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab atau liabiliti untuk ketepatan, kesempurnaan atau kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Demi sesuap nasi, ibu tunggal anak 9 derita sakit saraf bersengkang mata jual nasil lemak. Takdir perjalanan hidup setiap hambanya tidak sama. Ada diulit kemewahan dari kecil dan tidak terbiasa dengan kesusahan hidup. Namun ada diuji dengan seribu satu kesusahan termasuk kehilangan orang tersayang.
Perit rasanya kehilangan tulang belakang keluarga, susuk seorang ayah tahun lalu secara mengejut membuatkan sembilan beradik berusia di antara 3-20 tahun berhempas pulas meneruskan kehidupan. Seawal jam 5 pagi mereka sudah bangun. Membantu ibu di dapur menyediakan nasi lemak untuk dijual di Pasar Tani di Saujana Utama Sungai Buloh.
Demi Sesuap Nasi
Jika si anak bangun jam 5 pagi, waktu tidur ibu jauh berbeza. Seawal jam 3 pagi dirinya sudah bersengkang mata menyediakan pelbagai lauk pauk bersama nasi lemak air tangannya. Dalam keadaan masalah saraf dihidapinya, si ibu tahu jika dirinya tidak kuat, anak-anak akan rebah.
Tiga beradik ini bertungkus lumus seawal jam 7 pagi di tapak pasar tani berjualan nasi lemak. Alhamdulillah sambutan orang ramai memberikan kegembiraan bila mana dua tong nasi habis setiap kali berniaga di sini.#ERAFoodsMY #ERAUntukSemua#sempurnakanraya#tabungskuadsedekah
Penderitaan ibu tunggal anak sembilan, Azian Abd Rahim kami jejaki selepas kisahnya dikongsi di akaun Tik Tok @reezmell. Rasa tersentuh hati melihatnya berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat akibat masalah saraf dihadapinya ketika kami kunjungi gerai jualannya. Tanpa tongkat menyokong, langkahnya pasti rebah kerana kakinya tidak lagi kuat berdiri lama.
Di usianya 43 tahun, ada banyak garis duka di wajahnya. Duka kerana dia sama sekali tidak menyangka suami dikasihi, Amzar pergi secara mengejut di dalam teksi akibat serangan jantung ketika keluar mencari rezeki.
Menyedihkan pada malam suaminya meninggal, Azian dan anak-anak sudah menanti di rumah kerana mahu memberi kejutan kek hari lahir.
Kenangan bersama arwah suami.#ERAFoodsMY#ERAUntukSemua#sempurnakanraya#tabungskuadsedekahTiada lagi insan dikasihi yang menjadi tunjang keluarga besar ini.#ERAFoodsMY#ERAUntukSemua#sempurnakanraya #tabungskuadsedekah
“Kami tidak pernah sambut hari jadi selama berpuluh tahun berumahtangga. Entah kenapa tahun lalu saya suruh anak-anak belikan sebiji kek untuk ayah mereka. Konon nak buat kejutan. Arwah suami keluar rumah seawal pagi membuat kerja sambilan membawa bas pelancong di sekitar Kuala Lumpur,”ujarnya.
“Dari pagi membawa ke tengahari. Kemudian senja melabuh tirai hingga langit tiada lagi bintang. Gelap gelita. Saya dan anak-anak terus menantinya di rumah tapi hati saya semakin tak sedap kerana arwah suami tak ada telefon langsung. Bila kami cuba menelefon, baterinya sudah mati. Hati jadi tertanya-tanya kerana jarang suami begini”
“Rupanya kejutan membelikan kek menjadi kejutan besar buat kami sekeluarga bila pihak polis memaklumkan yang suami ditemui meninggal di dalam kereta dan ada di hospital. Masa tu saya bayangkan nasib anak-anak kerana selain anak sulung, suamilah tunjang ekonomi keluarga. Saya buat nasi lemak pun seminggu sekali saja,” katanya sambil mengesat air mata yang mengalir laju.
Ibu Tunggal 9 Anak Derita Sakit Saraf Bersengkang Mata Jual Nasi Lemak
Dari pasar tani kami menurutnya di rumah. Kali ini bersama team Beras Era (Era Food My) yang turut sama mahu membantu ibu tunggal anak sembilan ini. Kami memahami deritanya kerana air matanya sentiasa tumpah ketika temubual dilakukan.
Di rumah sewa didudukinya, wajah segannya tetap terserlah. Mungkin tidak biasa dengan lensa kamera kerana dunianya banyak di dalam rumah.
Kata Azian, dia mahu teruskan perniagaan nasi lemak ini di sebalik masalah saraf dihadapinya. Kerana inilah satu-satunya punca rezekinya sekeluarga.
Dia tahu, dia harus menjadi wanita besi kerana pada bahunya anak-anak berpaut. Sembilan anak; Muhammad Izzul Irshad, 20, Muhamad Irfan Syafiq, 19, Nur Aisyah Balqis, 17, Siti Nur Amelyna Balqis, 15, Siti Nur Raudhah Balqis, 12, Siti Nur Najwa Balqis, 11, Siti Nur Ain Balqis, 9, Siti Nur Khadijah Balqis, 8 dan Muhammad Iman Rayyan,3 tahun bergantung padanya.
Semua keputusan keluarga terpikul di bahunya. Dialah ibu, ayah dan tunjang ekonomi keluarga sementelah anak sulungnya menjadi kelindan lori. Anak keduanya menjadi penghantar makanan manakala lainnya masih bersekolah menengah dan rendah.
Anak-anak ini gembira menerima sumbangan dari Beras Era.#ERAFoodsMY#ERAUntukSemua#sempurnakanraya #tabungskuadsedekah
Sudah tertulis rezekinya, saat kedatangan kami itu, kami bawakan bersama peralatan memasak seperti tong gas, bekas nasi, periuk nasi dan lain-lain keperluan sumbangan Beras Era termasuklah juga bekalan beras untuk satu tempoh panjang, bagi pemberi semangat buatnya terus berniaga.
Azian sama sekali menyangka ada pihak baik jiwa dan hati membantunya dan anak-anak. Dan lebih mengharukan selama ini dirinya memang menggunakan Beras Era bagi nasi lemaknya selama bertahun-tahun ini.
“Tak tahu apa nak cakap tapi saya sangat terharu dengan sumbangan dari Beras Era ini. InsyaAllah, saya akan terus berjualan sepanjang Ramadan kerana inilah sajalah rezeki kami,”katanya sambil mengesat air mata kegembiraan.
Mana yang mahu mencuba nasi lemaknya yang sedap, carilah di Pasar Tani Saujana Utama Sg Buloh dan gerainya, Nasi Lemak Anak Ramai. Ada banyak lauk pauk sedap seperti paru masak merah, kerang, ayam masak merah dan banyak lagi. Ya jualannya sentiasa diburu dan setiap kali jualan, habis dua tong besar nasi sekitar 15 kg nasi.
Bagi kita yang mempunyai rezeki lebih bolehlah salurkan sedekah kepada Azian dan anaknya seramai 9 sembilan orang ini baginya meneruskan kelangsungan hidup.
Hari ini hari puan Azian. Dan esok lusa kita tidak tahu siapa yang diuji.
Bagi memberikan keceriaaan buat keluarga-keluarga di luar sana yang diuji kesulitan hidup, bersempena Ramadan mulia ini, Tabung Skuad Sedekah Mingguan Wanita bersama Beras Era menggerakkan usaha membantu bukan sahaja keluarga puan Azian malah juga keluarga asnaf lain agar dapat meraikan hari raya dengan lebih bermakna.
Marilah kita berkongsi rezeki sempena Ramadan ini dengan memberikan sumbangan seikhlas hati, menyalurkan sumbangan melalui Tabung Skuad Sedekah Mingguan Wanita.
Alhamdulillah, pihak Beras Era Food turut akan menggandakan jumlah sumbangan orang ramai bagi menyemarakkan Tabung Skuad Sedekah ini. Hulurkan sumbangan anda melalui akaun bank rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia iaitu 0704 3011 0620 93 atau scan QR Code tertera.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kaum wanita seringkali dikaitkan dengan golongan yang sangat obses untuk memiliki kulit wajah yang anjal, cerah, tiada masalah pigmentasi, kekal lembab dan cantik berseri. Cemburunya rasa dalam hati bila melihat wanita lain memiliki kulit wajah yang anjal,cerah, kekal lembap dan cantik berseri-seri berbanding kulit wajah sendiri.
Apalah agaknya rahsia kecantikan yang diamalkan. Sebenarnya nak kulit wajah cantik tak susah mana pun, paling penting disiplin dan jangan malas-malas. WAJIB ikut 5 perkara asas yang dikongsikan dibawah ini.
Minum Air Secukupnya
Paling utama, cara paling mudah untuk wajah kekal lembap dan berseri adalah minum air kosong secukupnya. Ia perkara yang paling senang tapi paling susah jika nak cukupkan keperluan 3L sehari.
Ini kerana setiap 25kg badan manusia memerlukan 1L air setiap hari. Jika berat badan 50 kg maka keperluan air anda sehari adalah 2L. Jadi kiralah sendiri keperluan air ikut berat badan masing-masing.Minum air juga boleh membuang toksin dari badan, malah ia juga adalah kunci utama untuk menjana sel-sel baru.
2. Rajin Buat Rawatan Semula Jadi
Nak cantik kena rajin usaha. Salah satunya juga dengan rajin membuat rawatan kecantikan sendiri menggunakan bahan-bahan semula jadi. Boleh cuba macam-macam petua kecantikan wajah yang ada.
Antaranya cuci muka dengan air beras untuk cerahkan kulit wajah, sapu muka dengan lendir lidah buaya untuk anjalkan kulit muka, Sapu muka dengan pes buah tomato untuk merawat jerawat, jeragat dan kulit kusam, serta macam-macam lagi. Nak hasil yang berkesan kena konsisten iya!
3. Tidur Malam Secukupnya
Memahami wanita bila dah bergelar mak-mak memang agak payah nak dapatkan tidur malam yang berkualiti dan cukup. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil. Namun sebolehnya cuba dapatkan tidur malam secukupnya 6-8 jam setiap hari.
Ini kerana, jika sering berjaga malam dan kurang tidur akan mengakibatkan kulit wajah kelihatan kusam tak berseri, cepat berkedut serta mengakibatkan kehadiran lingkaran gelap bawah mata (eyebags). Oh No! Mesti tak nak kan, bila wajah kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.
4. Pastikan Cuci Solekan Sebelum Tidur
Kebiasaan wanita memang suka bersolek, namun jangan sesekali rasa malas untuk cuci kulit wajah sebelum tidur. Ini kerana kulit wajah kita ni ada liang atau pori-pori yang bukan je tugasnya membenarkan kulit kita mengeluarkan peluh tapi juga untuk hasilkan sebum yang membantu melembapkan dan melindungi kulit kita secara semulajadi.
Tapi kalau kita tak cuci make up, pori-pori tadi tertutup dan menghalang sebum untuk menjalankan tugasnya. Bila sebum berkumpul, itu yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat dan pelbagai masalah kulit yang lain.
Antaranya:
Kulit jadi kering dan cepat berkedut
Kulit jadi kemerahan
Pori-pori wajah semakin membesar
Masalah jeragat atau pigmentasi
Bulu mata gugur & Iritasi pada mata
Bibir kering & pecah-pecah
Pemilihan Produk Bersesuaian & Selamat Digunakan
Pemilihan produk kulit wajah yang bersesuaian juga amat penting bagi menjaga kecantikan wajah. Pastikan selamat digunakan, bimbang jika tersalah pilih, bersedialah menanggung akibat, pelbagai masalah kulit nanti.
Oleh itu, memahami, fitrah wanita yang inginkan kulit wajah sihat, segar, tiada masalah pigmentasi dan berseri-seri serta mampu kekal lembap sepanjang hari, pemilihan produk yang tepat seperti “Serum Rosa E Pigmentation” keluaran Garden of Eden mampu merealisasikan impian ini.
Paling penting produk ini diformulasi daripada 100 peratus berasaskan tumbuhan semulajadi tanpa perlu rawatan laser dan sangat utama tiada kesan sampingan. Produk ini juga bebas daripada bahan kimia, paraben, mahu pun pengawet.
Secara klinikal produk ini mampu merawat masalah pigmentasi dalam masa enam minggu sahaja. Wanita yang memiliki kulit sensitif tidak perlu bimbang kerana produk ini telah diuji pada mak-mak yang memiliki kulit yang sensitif.
90 peratus wanita yang telah mencuba “Serum Rosa E Pigmentation” gembira melihat kulit wajah semakin cerah, masalah pigmentasi dapat dikurangkan dan tompok atau bintik hitam hilang dalam masa 6 minggu sahaja.
Di samping itu, selain dapat memiliki kulit wajah yang sihat, produk ini dijamin selamat digunakan dan telah mendapat Sijil Halal JAKIM. Untuk makluman, produk “Serum Rosa E Pigmentation” memperkenalkan formula penyerapan pantas, jadi wanita tidak merasa berminyak pada kulit wajah.
Berita baiknya, produk ini turut kaya dengan tumbuhan yang berasal daripada Retinoids (vitamin A) yang ditemui dalam minyak biji Rosehip yakni bahan semulajadi yang ternyata selamat.
Wanita dan kecantikan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Sejak dari usia remaja digalakkan golongan ini menitik berat soal penjagaan kulit agar tampil awet muda walaupun sudah berumur kelak.
Mudah saja sebenarnya, nak cantik anda perlu rajin dan amalkan rutin penjagaan kulit terutamanya di bahagian wajah! Jadi jika anda sudah mencecah usia 30an tidak perlu lagi berasa gusar dan bimbang mengenai masalah kulit wajah. Pastinya anda akan kelihatan hebat dengan wajah yang berseri-seri.
5 Tip Rutin Penjagaan Kulit Wajah
Di sini dikongsikan lima tip rutin penjagaan kulit wajah harian yang cukup berguna agar kulit anda lambat berkedut dan sentiasa nampak cantik dan segar.
Pertama anda wajib membersihkan wajah dan jangan abaikan rutin cuci wajah setiap pagi.
Kedua, amalkan serum wajah di mana serum adalah pengganti kepada krim kecantikan dan ianya lebih menyerap berbanding krim.
Ketiga, jangan lupa sapukan pelembap muka atau moisturizer. Kelembapan kulit memainkan peranan penting kepada kesihatan kulit muka.
Keempat pastikan kulit wajah sentiasa segar dengan facial mist atau spray. Paling penting yang terakhir jangan lupa sebelum melangkah keluar rumah anda perlu memakai sunscreen atau sunblock untuk melindungi kulit wajah dari sinaran UV.
Booster Serum Terbaik, Mengandungi Formula Whitening Injection
Tahukah anda serum merupakan antara keperluan penting dalam rutin penjagaan wajah. Selain memakai pencuci, toner dan pelembap, serum juga sangat penting dalam penjagaan dan rawatan kulit wajah.
Serum terdiri daripada molekul yang lebih kecil dan kepekatan bahan aktif yang sangat tinggi. Disebabkan molekulnya yang kecil, Ia berupaya menembusi jauh ke dalam kulit untuk membekalkan nutrisi kepada kulit sekaligus membantu kulit anda lebih mulus.
Pilihan Tepat, Serum Dinaik Taraf
Semestinya Hada Labo H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum menjadi pilihan tepat anda yang mahu memastikan kulit wajah lebih cerah dan menawan. Produk baru dari Hada Labo ini merupakan booster serum yang menjadi pilihan ramai kini.
Paling istimewa Hada Labo HA Supreme Vita Booster Serum BAHARU ialah serum yang telah dinaik taraf. Ia mengandungi formula suntikan pemutihan yang dapat mencerahkn kulit dengan berkesan.
Malah booster serum jenis ini juga memberikan kesan yang lebih cepat berbandng serum biasa. Pastinya dapat membantu menambahkan kejelitaan pada wajah anda.
Paling penting Hada Labo H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum ini juga mampu membantu menyelesaikan masalah seperti bintik hitam, parut jerawat, kulit kering dan bermacam lagi.
H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum diformulasi dengan 4 tahap Hyaluronik Asid (H.A) premium dan bahan-bahan yang pekat untuk merangsang fungsi bagi menghalang bintik hitam dan parut jerawat untuk mengahsilkan kulit yang cerah berseri.
Diperkaya Dengan Formula Whitening Injection
Booster serum ini juga diperkaya dengan formula Whitening Injection iaitu 5% Niacinamide, Vitamin B12 dan Hyaluronik Asid untuk membekalkan kelembapan dan mencerahkan kulit.
Selain itu terdapat fungsi-fungsi lain pada booster serum ini iaitu membantu mencerahkan kulit kusam dan mengurangkan bintik gelap dan parut jerawat sebanyak 48%.
Selain tu Hada Labo H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum juga mengandungi 4 jenis Hyaluronik Asid untuk memberikan kelembapan maksimum kulit. Malah tekstur ringan juga memudahkan penyerapan jauh ke dalam kulit sehingga lapisan dermis 1.5mm
Kagumnya! Sudah pasti anda tidak mahu melepaskan peluang selepas mengetahui segala kebaikan serum wajah jenis ini yang mampu membantu memberi kecerahan dan kejelitaan pada kulit.
Sempena pelancaran produk ini, Hada Labo telah menghasilkan video muzik “Teman Sejati” dan cabaran “Hada Labo Vita Booster Serum Spot & Win Challenge”. Sila layari https://www.hadalabovitachallenge.com/
– Apa yang perlu anda lakukan? Cari 10 objek tersembunyi dalam muzik video tersebut dan anda berpeluang memenangi hadiah bernilai RM20,000.
– Peraduan ini akan bermula 6 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...