Ramai pelancong Malaysia terkandas dalam banjir di Bali, ada yang berbulan madu, bercuti bersama famili. Percutian indah sekumpulan rakyat Malaysia di Bali bertukar panik apabila hujan lebat berterusan sejak Rabu menyebabkan banjir kilat melanda kawasan Denpasar, sekali gus mengganggu perjalanan pulang mereka ke tanah air.
Ramai Pelancong Malaysia Terkandas Dalam Banjir Di Bali, Ada Yang Berbulan Madu, Bercuti Bersama Famili
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang wanita Malaysia, Wnurshuhada memuat naik rakaman suasana banjir yang menenggelami kawasan berhampiran hotel penginapannya. Dalam rakaman itu, kelihatan beberapa buah kenderaan rosak selepas air naik sehingga separuh badan kereta.
“Satu family terkandas di Denpasar Bali. Tiba-tiba hujan berterusan, air naik tinggi pagi ini. Doakan kami sekeluarga di sini, nak balik Malaysia,” katanya.
Situasi tersebut turut mendapat perhatian warga maya lain, khususnya rakyat Malaysia yang berada di lokasi sama. Seorang pengguna TikTok, Queenlatifah04 berkongsi rasa kecewa selepas penerbangannya ke tanah air terpaksa dibatalkan kerana laluan keluar dari penginapan ditenggelami air.
“Sama la kita sis… tak lepas jugak ke Malaysia. Sepatutnya penerbangan hari ini, tapi apa lah daya… tengah siap-siap keluar vila, dah banjir. Terpaksa beli tiket baru, penerbangan saya sepatutnya pukul 12.45 tadi,” katanya.
Ads
Ads
Bagi pengguna lain, Yue, insiden itu menjejaskan percutian rakannya yang baru tiba untuk berbulan madu.
“Kawan saya tengah honeymoon right now, kesian dia. Dia baru sampai hari Selasa,” ujarnya.
Seorang lagi pelancong Malaysia, Kimi WOoHyUn pula melahirkan kebimbangan mengenai kepulangannya.
“Saya penerbangan balik Malaysia esok malam… moga-moga jalan nak ke airport air dah surut,” katanya penuh harapan.
Ads
Malah, seorang pelancong lain yang bakal berangkat ke Bali, Missjanna turut menyuarakan rasa bimbang dengan keadaan cuaca di sana.
“Saya nak pergi sana Sabtu ni… okay ke tak cuacanya?” tulisnya.
Namun, keadaan semakin baik pada Khamis apabila Wnurshuhada memaklumkan paras air sudah kembali normal dan cuaca juga cerah.
“Air makin surut. Kawasan hotel semalam semua sudah kembali normal. Sekarang saya berpindah ke kawasan lain yang berdekatan. Hari ini pun cuaca dah cerah. Alhamdulillah, semoga cuaca berterusan baik dan yang plan bercuti ke sini akan baik-baik sahaja,” jelasnya.
Sweet talker sangat, sebutan anak kecil bagaimana bunyi BUAYA tarik perhatian. Keletah anak-anak sedang membesar adalah momen paling indah dalam hidup ibu bapa. Ini kerana semua itu akan menjadi kenangan apabila anak-anak meningkat remaja kelak.
Tak hairanlah ramai ibu bapa merakam setiap momen bersama anak-anak kerana ia menjadi satu kenangan abadi kelak. Bahkan ia turut dikongsi di media sosial peribad masing-masing.
Satu perkongsian dari seorang ibu, Husna di Tik Toknya @nuhnaufal_HF akan ragam anak sulungnya, Ahmad Nuh Naufal membuatkan ramai yang teruja. Dilihat bijak, comel dan setiap kaletahnya membuatkan ramai yang berasa senang hati. Bahkan wajahnya dikatakan seakan anak kepada pelakon Hanis Zalikha iaitu Yusof.
Dalam banyak-banyak video dikongsi oleh ibu muda, satu video bagaimana bunyi binatang menarik perhatian ramai.
Ini kerana dalam video berkenaan saat ditanya oleh ibunya bagaimana bunyi kucing, Naufal membuat bunyi mengeow. Tiba di kambing, dia membuat bunyi mengembek dan begitu juga lembu, moorgh. Namun bila ditanya oleh Uminya bagaimana bunyi BUAYA, selamba Naufal menjawab “HI SAYANG”, yang mana ia adalah signifikan orang lelaki yang sering dikaitkan dengan sifat buaya mereka.
Dan sekaligus membuatkan Uminya tergelak besar. Yalah, orang lelaki pantang nampak perempuan berdahi licin dan akan mengurat. Tak hairanlah ramai yang tergelak mendengar jawapan Naufal sambil bertanya siapa yang ajar nie. Paling penting bukan ayahnya.
Ada yang kata manisnya mulut Naufal, kecil-kecil lagi dah jadi sweet talker. Ramai mendoakan agar kecil ini membesar sihat di sebalik kecomelannya.
Beginilah kaletah anak-anak. Ada saja yang menjadi penghibur hati ibu ayah. Moga terus membesar jadi anak soleh. Apa yang menariknya, hubungan cinta ayah dan ibu Naufal bermula dari sekolah dan pasangan ini menjalin hubungan cinta ketika di tingkatan 3 lagi. Dan walau masing-masing sudah habis sekolah, bertemu orang lain tapi akhirnya jodoh sudah tertulis dan menyatukan pasangan ini hingga kini.
Durian belanda ni selalunya dibuat jus. Rasanya bukan sahaja sedap dan menyegarkan, tapi daunnya pun banyak khasiat yang tersendiri. Air rebusan durian belanda dipercayai sangat baik untuk kesihatan rupanya.Banyak kajian yang telah dijalankan mengenai khasiat dan manfaat daun durian belanda ini.
Berikut antara kelebihannya;
1. Mencegah Dan Mengubati Kanser
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.
2. Sakit Pinggang
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.
3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh
Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.Minumlah sehari sekali.
4. Mengatasi Diabetis
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.
5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut,sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.
6. Mengatasi Buasir
Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.
7. Mengubati Sakit Urat/Saraf
Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas. Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya..
Kredit: Izzat Mustafa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sewa rumah baru, buka akaun bank, Caprice bantu pasangan warga emas uzur.Tindakan prihatin penyanyi rap dan personaliti media sosial, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, menyentuh hati ramai apabila beliau tampil membantu pasangan warga emas yang kisah mereka tular di media sosial baru-baru ini.
Sewa Rumah Baru, Buka Akaun Bank, Caprice Bantu Pasangan Warga Emas Uzur
Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, Caprice dilihat mengunjungi pasangan tersebut yang menetap di tingkat empat sebuah flat tanpa kemudahan lif. Momen yang dirakam memperlihatkan si suami terpaksa mendukung isterinya yang sedang uzur setiap kali ingin keluar rumah, sekali gus mengundang sebak ramai.
Prihatin dengan nasib mereka, Caprice mengambil langkah proaktif dengan menghadiahkan sebuah rumah sewa baharu yang lebih selesa dan sesuai untuk golongan warga emas sebagai kejutan buat pasangan berkenaan.
“Rumah ni untuk pak cik. Lepas ni pak cik tak perlu naik tangga dah. Pak cik pun dah berumur,” katanya kepada warga emas itu dalam video berkenaan.
Tidak terhenti di situ, Caprice turut membantu pasangan tersebut dengan membuka akaun bank atas nama si suami bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan secara terus.
“Untuk setahun pertama ni pak cik jangan risau, pengikut saya di media sosial ni suka membantu, jadi mereka akan terus transfer bantuan ke akaun pak cik.”
Caprice turut menjelaskan bahawa kos rumah sewa baharu itu dibiayai hasil daripada sumbangan orang ramai yang tampil membantu selepas kisah pasangan tersebut dikongsikan.
Tindakan murni Caprice menerima pujian dan sokongan ramai netizen yang menganggap usahanya sebagai contoh terbaik dalam menggunakan pengaruh media sosial untuk membantu golongan memerlukan.
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.