Sempena kedatangan lebaran tidak lama lagi, rupanya Stacy, penyanyi yang terkenal membawakan lagu-lagu rancak bukan sahaja pandai menyanyi malah cukup rajin buat kuih raya dan jahit baju sendiri termasuk untuk suami Akim Ahmad dan dua anaknya Bella Deluna, 6, dan Eshaal, setahun.
Usaha Stacy ni wajar dipuji.Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 28, berkata dia belajar menjahit menerusi YouTube dan buku jahitan sejak April lalu.Kira-kira dua bulan yang lalu.
“Ini semua atas permintaan Akim, selepas saya menjahit sendiri baju anak pada Pesta Kaamatan yang disambut April lalu.
“Sejak itu, dia minta saya buat lagi untuk baju raya. Jadi, dia belikan saya mesin jahit lengkap dengan mesin jahit tepi.
“Nak tak nak, saya kena buat. Apatah lagi, dia sudah beli kain. Saya ingat sepasang, tetapi dua (pasang). Kalau sudah pakar, tidak mengapa. Sekarang jahitan pun belum kemas dan ada yang kena buka semula,” katanya.
Harap Sempat Siap Pagi Raya
Stacy yang muncul dengan single Raja berkata, dia mula menjahit sejak awal bulan ini dan berharap baju mereka sempat disiapkan sebelum pagi raya.
Ads
“Akim jenis teliti. Setiap kali saya jahit, dia akan periksa sama ada okey atau tidak. Kalau ada jahitan tidak kemas, dia suruh buka dan jahit semula. Pendek kata, menjahit bukan mudah dan memerlukan tahap kesabaran tinggi.
“Pada mulanya, ia jadi minat baru. Tetapi, selepas melalui proses ini, saya terus jadi malas. Saya selalu berseloroh dengan Akim mengenai perkara ini, tapi dia cakap kena juga berusaha sebab saya sudah mula dari awal,” katanya yang menjahit baju kurung biasa dan baju Melayu teluk belanga.
3 Jenis Kuih Raya
Selain menjahit, sepanjang Ramadan ini Stacy turut membuat kuih raya antaranya Biskut Makmur, Tat Nenas dan Semperit.
Ads
“Memandangkan Ramadan ini saya tidak sibuk dengan kerjaya, jadi saya ambil peluang untuk buat sesuatu yang baru.
“Bukan saja menjahit, tapi juga buat kuih. Ia lebih kepada suka-suka. Semuanya belajar sendiri. Apa yang kelakar, ada kuih yang sudah siap dan habis dimakan. Jadi, kena buat lagi,” katanya.
Ads
Mak-mak boleh tiru cara Stacy ni, biarpun baru belajar dan tak berapa mahir, tetap usaha dan bersemangat buat kuih raya dan jahit baju sendiri. Biarpun kuih tak sedap mana, rekaan baju pun simple je, tapi yang penting puas hati bila kita buat sendiri. Malah ia salah satu cara juga jimatkan perbelanjaan musim raya ni.
Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di dalam lif yang videonya tular semalam telah diberkas polis.
Menakutkan, remaja berkenaan telah mencabul anak guru yang pernah mengajarnya ketika mereka berduaan di dalam lif. Dalam CCTV yang merakam tindakan tindakan dari luar lif mendapati kanak-kanak itu memasuki lif sejurus remaja berkenaan memasukinya dahulu sebelum membuat onar di dalamnya.
Memetik laporan Kosmo, polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam sebuah lif di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berkenaan ditahan petang Khamis lalu di sekitar Pasar Kajang.
Beliau berkata, suspek akan direman untuk siasatan kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
“Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa yang juga kanak-kanak berusia 12 tahun telah dicabul seorang lelaki dalam sebuah lif. Kejadian itu terbongkar selepas mangsa menceritakan insiden tersebut kepada ibunya.
“Mangsa memaklumkan telah diraba dan pipinya dicium oleh suspek ketika menaiki lif dari aras G untuk ke tingkat lapan,” katanya ketika di hubungi di sini, hari ini.
Katanya, suspek kemudian dikatakan terus lari di tingkat empat blok kediaman itu dan turun ke tingkat G sebelum menghilangkan diri dengan menaiki sebuah kereta.
A Asmadi berkata, satu laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Presint 7 Putrajaya, pada pagi semalam.
“Siasatan awal mendapati, suspek berusia 19 tahun itu pernah menjadi anak murid kepada ibu mangsa di sebuah sekolah di Putrajaya,” katanya.
Romantisnya Lisa & Yusry sedekad mahligai bahagia. Tahniah diucapkan buat pasangan sama cantik sama padan Datuk Yusry Abd Halim dan Datin Lisa Surihani yang sudah 10 tahun melayari kehidupan berumah tangga.
Diam tak diam, begitu pantas masa berlalu apabila pasangan ini rupanya sudah sedekad menjalin hubungan cinta sebagai pasangan suami isteri.
Romantisnya Lisa & Yusry Sedekad Mahligai Bahagia
23 Februari detik nan indah apabila mereka disatukan apatah lagi pasangan ini saling memberi ucapan yang cukup manis antara satu sama lain menerusi akaun Instagram masing-masing sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.
Ayat romantis menggambarkan betapa bahagianya kehidupan pasangan itu yang kini dikurniakan tiga cahaya mata.
Malah Yusry juga turut meluahkan rasa hatinya dengan memanjatkan rasa bersyukur dipertemukan jodoh dengan wanita teristimewa. Bukan itu saja malah Yusry juga berterima kasih kepada isteri tercinta yang telah melahirkan tiga anak kesayangan.
“10 tahun dah kita hidup bersama.
“And throughout it, there isn’t a single minute that I don’t feel like the luckiest guy in the world.
“Thanks for the wonderful & meaningful times spent together… thanks for always being there for me & our children.
“You are such a wonderful person to be spending my life with; you are a fabulous & loving mother to our 3 beautiful kids. Really don’t know how else to express my feelings as I am so deep in gratitude. Thank you dear,” luah Yusry.
“Selamat Hari Kita 10 sayang” Lisa
Pelakon cantik Lisa juga membalas kata-kata paling manis buat suaminya.
“I love you & am madly in love with you. Selamat Hari Kita 10 sayang”
“BismillahiMasyaAllah. Dearest Yushby, we hit a milestone together today. Alhamdulillah, 10 lovely years. Who would have thought here is where we would be today after our eyes were locked on one another at that Raya event.
“It was so brief , in my mind then I thought “Get real Lisa. He’s not interested.” U later told me , you thought “I would never get a chance with her.” But by His Will and Grace, I have had the chance to spend my days with someone I had the hots for and love the one who became my best friend.
“He also blessed us with 3 beautiful children. Though our lives were with its ups and its trials, am truly grateful to Him and I count my Blessings how we made it through together. May our love be blessed with His Barakah and may He allow for us to grow old together and be reunited again in the Gardens of Paradise.
“Kurniakanlah Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah buat kami Ya Allah. I love you Baby. Selamat Hari Kita,” tulis Lisa pula.
“Kami Doakan Yang Terbaik Untuk Semua”
Malah dikesempatan itu juga, Yusry turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan.
“Terima kasih kepada semua atas segala ucapan untuk Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 10.
“Kami doakan yang terbaik juga untuk anda semua -YL,” coretnya.
Menerusi ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikut di akaun Instagram pasangan ini mendoakan yang terbaik.
Paling menyentuh perasaan komen dari bapa tunggal, Shuib Sepahtu yang turut menyatakan bakal menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang ke-11 tiga hari lagi.
“Alhamdulillah, Syukur, Happy Anniversary both of U, My Anniversary coming up lagi 3 hari,,,Alhamdulillah 11 tahun 🤲 Semoga Allah kurniakan rezeki dan kebahagiaan dunia akhirat @lisasurihani,” komen Shuib.
Ternyata apa yang ditulis oleh Shuib cukup membuatkan air mata bergenang. Walaupun arwah isterinya, Siti Sarah sudah tiada namun Shuib sentiasaa mengingati tarikh penting mereka. Al Fatihah buat arwah Siti Sarah.
Mingguan Wanita: Semoga Yusry dan Lisa hidup bahagia di dunia hingga akhirat. Buat Shuib pula semoga tabah harungi kehidupan.
Hijrah Nad Zainal. Mungkin ramai yang masih lagi terkejut dengan berita tentang artis terkenal ini. Tiba-tiba dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman dalam paru-paru.
Dikatakan pelakon Nad Zainal disyaki mengalami penyakit autoimun dan perlu dirawat dengan suntikan stereoid berdos tinggi. Sebelum ini, pelakon drama Cina Buta mengadu tidak sihat ketika menjalani penggambaran drama terbarunya.
Apa yang menarik perhatian, selain terkejut dengan berita ini tentulah tentang penghijrahannya yang kini bertudung. Dugaan datang selepas dia mula bertudung. Ada hikmah semuanya itu.
Seorang pelakon yang cukup baik dan tidak sombong. Satu perkongsian oleh Siti Aishah tentang bagaimana dia meminta Nad Zainal memakai tudung semas membuat review produknya.
Tidak terasa hati, jauh sekali untuk menolak, sebaliknya bersetuju. Mungkin inilah juga boleh jadi permulaan hijrah Nad Zainal, kita tak tahu.
Terkejut dan sedih dengan berita tentang pelakon ini. Saya memang meminati beliau. Cantik. Pandai berlakon. Berbakat. Dan bila nampak dia buka slot paid review, saya terus book slot review dengan beliau.
.
Tapi ada satu je masalah ketika itu. Dia masih free hair. Saya ura-urakan kan hal ini pada Lyana Mk dan Sophia Opie. Dan mereka suruh saya tanya sahaja sama ada Nad ok tak kalau diminta suruh bertudung.
Dan saya pun shoot the question dan jawapan beliau, “sy ok je.” Jelas ternampak beliau sudah bersedia ketika itu. Dan selepas itu, kebanyakan story, posting dan live beliau sudah mula bertudung.
.
Bila dia berikan final video untuk review Jus Biduanda saya, sekali lagi saya ucapan doa agar Hidayah Allah sentiasa bersama beliau. Deep down, saya tahu dia mahu berubah. Sedang berusaha. Seperti saya dan kita-kita satu masa dahulu yang ingin keluar dari dunia free hair.
Dan ceritera hari ini. Tak banyak yang saya nak ulaskan. Cuma saya harap. Allah Ampun kan dosa-dosa beliau. Allah mudahkan urusan penyembuhan. Allah berikan masa dan ruang buat Nad agar mampu meneruskan hidup dan diberi hidayah untuk menjadi muslimah idaman syurga.
.
Semua dari Allah. Dan kita perlu seronok tatkala melihat sahabiah-sahabiah kita yang sedang berubah meskipun berdikit, kerana hidayah itu sebagai bukti Allah melihat dan Allah menginginkan kebaikan buat mereka.
.
Semoga kita pun diberikan hidayah oleh Allah. Sentiasa berubah ke arah kebaikan.
Doa buatmu Nad. Yang terbaik sahaja buatmu. Allahu Mustaan.
Mingguan Wanita : Moga terus diberi kesembuhan dan kekuatan.
Datuk Aaron Aziz terkejut & kecewa! Sebelum ini heboh tentang konflik antara keluarga Aaron dan pempengaruh media sosial, Sharina Richiei ianya bermula selepas tular...