Hebatnya rakyat Malaysia. Sememangnya sifat pemurah yang ada dalam diri rakyat Malaysia ini patut dikekalkan. Dalam kenyataan jam 3 petang semalam, Tabung Harapan Malaysia (THM) seperti yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guang Eng sudah pun mencecah RM18,608,925.36.
Yang mana jumlah ini meningkat lebih dua kali ganda daripada jumlah yang tertera pada hari Khamisnya iaitu sebanyak RM7 juta. Dan ini satu tanda yang rakyat Malaysia benar-benar prihatin dengan permasalahan hutang negara malah mahu sama-sama membantu kerajaan untuk menyelesaikannya.
Tabung Harapan Malaysia ini ditubuhkan pada Rabu yang lalu bertujuan membawa hasrat rakyat Malaysia yang ingin menyumbang sejumlah wang seikhlas hati mereka sebagai ikhtiar membantu kerajaan yang baru dibentuk ini untuk mengurangkan kadar hutang negara,
Ads
Hati-hati.. Akaun Palsu Tabung Harapan Malaysia.
Jangan Terpedaya Dengan Akaun Palsu
Namun, apa yang menyedihkan baru 2 hari dilancarkan sudah wujud pula akaun palsu yang boleh mengelirukan para penderma. Sebab itulah sebagai rakyat yang prihatin anda seharusnya menyemak dengan betul nombor akaun sah Tabung Harapan Malaysia ini.
Hal ini dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kewangan. Yang mana, nombor akaun yang sah Tabung Harapan Malaysia adalah bernombor 5660-1062-6452 (Maybank).
Ads
“Kementerian akan membuat laporan polis terhadap mana-mana individu yang cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan orang ramai.” tegas Lim Guan Eng lagi.
Apa pun rakyat Malaysia, janganlah sesekali bertelagah tentang Tabung Harapan Malaysia ini ya. Namanya pun saja DERMA. Jadi, jika mahu menderma.. derma sajalah dengan seikhlas hati. Tiada paksaan pun. Jika tidak, maka diam-diam sajalah. Tak perlu dicanang-canang sampai menimbulkan kebimbangan di hati orang ramai.
Ads
Untuk maklumat lanjut tentang Tabung Harapan Malaysia dan jumlah yang dikutip setakat jam 3 setiap hari, orang ramai boleh melawat laman sesawang Kementerian Kewangan di www.treasury.gov.my, di Facebook (Kementerian Kewangan Malaysia), Instagram (MOF_malaysia) dan Twitter (MOFmalaysia).
Ketika ada pelajar lain mudah memperoleh belanja harian ke sekolah, ada pelajar asrama yang berdepan masalah kewangan yang menghimpit. Jika dapat belanja harian ke sekolah pun tidak besar jumlahnya.
Kadang itu, ada pelajar yang keputusan duit belanja. Iyalah, walaupun dapat makan di asrama, keinginan untuk membeli makanan lain bila nampak pelajar lain makan tetap ada.
Tapi, kalau duit belanja pun tidak cukup, telan air liurlah saja. Melihat kepayahan pelajar asramanya, guru ini Muhammad Yusof usahakan ‘dana wakaf’ untuk para pelajarnya.
Bagus usaha guru ini buat dana wakaf pelajar asrama susah ini kan.
Biarpun, guru ini tidak meletakkan syarat jumlah wang yang perlu diambil. Pelajar asrama yang kesusahan ini tetap tidak ambil lebih dari sepatutnya.
Kerana mereka sedar bahawa selain mereka, ada lagi pelajar susah lain yang juga memerlukan dan mahu merasa duit dana wakaf berkenaan.
Pelajar Asrama Susah Hanya Bayar Seringgit Untuk 5 Kali Makan
Tak semua student asrama saya orang senang. Ramai juga yang parentnya orang susah. Duduk asrama ni makan bayar seringgit je sehari untuk 5 kali makan. Ya, 5 kali makan hanya bayar seringgit je sehari. Mana nak dapat kalau kat luar kan?
Kadang ada dikalangan dorang yang takde duit syiling nak telefon atau kadang ada antara dorang yang keputusan duit. Yelah, tengok kawan makan kat kantin sekolah, dorang pun teringin nak makan tapi duit takde.
Maka, saya ada buat ‘dana wakaf’ untuk dorang. Caranya saya masukkan duit seringgit, seringgit dan duit syiling dalam bekas, lepas tu mana-mana student yang nak ambil, saya bagi ambil je berapa banyak yang dorang nak ambil. Saya cukup risau kalau student asrama kelaparan.
Dan, macam saya bagitau yang bagusnya budak-budak saya ni, dorang ambil berapa yang dorang rasa perlu je, walaupun saya tak pernah pesan apa-apa kat dorang. Pernah saya tanya, kenapa awak tak ambil lebih. Pelajar tu jawab ‘saya ingat kat kawan-kawan saya juga cikgu, biar sama-sama rasa..’.
Alhamdulillah. Benda yang suka bila jadi warden ni ialah tentang kemenjadian murid.
Dan, syukur budak-budak asrama saya semuanya baik-baik. Moga mereka jadi anak soleh, anak solehah yang membahagiakan parent mereka dunia akhirat
[Nota: saya tulis ni bukanlah nak bagitau saya cikgu terbaik ke apa cuma sekadar berkongsi tentang macamana kita nak bantu anak murid kita yang susah.
Kesusahan is real, tuan, tuan dan puan, puan.
Kalau ada manfaatnya kita sama-sama sharelah ya, moga idea untuk membantu sesama manusia ni kita suburkan, tak kira siapa pun kita.]
Luahan hati pendidik ini amat perit untuk ditelan. Ianya kisah benar yang terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Bila anak yang meniti usia remaja, berjauhan dari ibu dan ayah, ditempatkan di asrama tentulah tanggungjawab itu diserahkan pada pendidik.
Apabila berlaku satu-satu kes melibatkan pelajar, bukan semuanya dapat diselesaikan seperti mana yang sepatutnya. Kerana komunikasi antara ibu ayah dan pendidik adakalanya tidak seiring.
Perkongsian Ezatul Mariniseharusnya membuka mata ibu ayah yang kala ini mempunyai anak-anak baik lelaki mahupun perempuan yang tak lagi tinggal sebumbung dengan mereka. Berjauhan di asrama.
Agar, ibu ayah berikan kepercayaan pada pendidik untuk membentuk disiplin mereka. Asalkan ianya tak menyakiti dan memberi kemudaratan pada anak, ibu ayah berikanlah ruang dan peluang itu.
ANAK ORANG, ANAK KITA
Kes 1
Seorang anak perempuan didapati kerapkali melakukan kesalahan keluar masuk kawasan institusi tanpa kebenaran. Beliau juga pernah ditangkap keluar bermalam ke rumah teman lelakinya. Dek kerana acapkali kes berlaku, panggilan terpaksa dibuat untuk memaklumkan kedua ibu bapanya.
“Kami pun dah tak tau nak buat apa. Dia memang liar.” itu sepatah jawapan si ayah
Kes 2
Seorang anak lelaki tertangkap memasuki kawasan asrama perempuan dan berdua-duaan dalam kawasan asrama dari tengah malam hingga awal pagi. Setelah terbukti kes, ibu bapa pelajar terpaksa dipanggil.
“Hello mak. Ni nak bagitahu lah…terbuat lawak bodoh pulak, kena tangkap sebab masuk asrama perempuan.”
Dalam kes ini, bapa pelajar perempuan datang dengan linangan airmata dan wajah penuh kekecewaan manakala keluarga pelajar lelaki langsung tidak kelihatan
Kes 3
Seorang pelajar perempuan didapati tiada dalam bilik. Bermakna pelajar ini bermalam atau keluar kawasan institusi tanpa kebenaran. Bila dihubungi ternyata suara lelaki yang menjawab panggilan.
Mungkin menyedari bahawa yang menghubungi adalah pengurusan pelajar, panggilan itu tidak lagi dijawab. Panggilan dibuat kepada ibu pelajar untuk memaklumkan bahawa anaknya tiada di bilik dan ini melanggar peraturan.
“Ehhh saya kenal budak lelaki tu…mereka berkawan saja. Jangan ganggu lah mereka. Mereka nak belajar.”
Pendidik Pengganti Ibu Bapa
Itu beberapa realiti yang perlu dihadapi Dan tangani oleh segelintir golongan pendidik yang juga menawarkan diri mereka menjadi pengganti ibu bapa yang menjaga kebajikan dan permasalahan anak-anak di sekolah mahu pun institusi pengajian.
Semasa menerima anak-anak ini di hari pertama pendaftaran, saya percaya kebanyakan dari mereka berazam dan berikrar untuk mendidik dan menjalankan amanah mengawasi dan membentuk anak-anak ini yang sebahagiannya baru pertama kali berjauhan dengan keluarga dan merasai hidup di luar kawalan ibu dan bapa.
Tidak ada, saya yakin seorang pun dari mereka yang gembira melihat sekiranya anak-anak yang ditinggalkan oleh ibu bapa ini berubah menjadi anak-anak yang hilang kawalan diri dan terjerumus kepada gejala yang tidak baik.
Namun adakalanya, sikap segelintir ibu bapa yang terlalu meletakkan kepercayaan kepada anak-anak mengekang usaha pembentukan peribadi anak-anak ini.
Generasi Apalah Yang Nak Diwujudkan Pada Masa Hadapan
Saya sendiri pernah berdepan dengan situasi bilamana seorang anak bersungguh-sungguh menuduh pengurusan pelajar enggan menghantar anaknya yang sakit ke hospital waktu tengah malam dan si anak juga bersungguh mengatakan akibat tidak dibantu sakit yang dihidapnya semakin memberat. Mujur, di hadapan ibu bapanya, penipuan beliau dapat dibongkar.
Namun, tidak dinafikan ada juga ibu bapa yang sangat mudah memberikan kerjasama dan bantuan. Sentiasa prihatin dan memahami apa sahaja yang ditegaskan oleh pengurusan adalah untuk kebaikan anak mereka juga.
Agak sukar untuk agenda membentuk sahsiah dan akhlak itu hendak dilaksanakan sekiranya tiada komitmen dan kerjasama semua pihak. Skrip, “yang puan beria ni kenapa? Kami sebagai ibu bapa pun tak pernah bising” sudah terlalu klise
Dialog seperti “tolonglah puan, jangan kenakan tindakan berat kepada kami atau anak kami” juga sudah terlalu kerap kami hadap.
Jika di satu pihak menyangkal peranan guru dalam mendidik anak-anak dan turut menghalang proses penguatkuasaan undang-undang, generasi apa lah yang hendak kita wujudkan pada masa hadapan.
Bukan Niat Tuding Jari Untuk Meletakkan Kesalahan
Isu biadab, hilang pekerti dan daif susila sudah terlampau banyak dilambakkan. Mungkin yang perlu sama-sama diperhalusi, peranan dan tanggungjawab dalam memperbetulkan keadaan.
Bukan tujuannya untuk tuding-menuding jari meletakkan kesalahan, namun jalan yang terbaik adalah mencari titik pertemuan. Bagaimana membentuk sinergi agar kemelut isu sosial dan akhlak dapat ditangani secara kolektif dan saksama…
*Saya juga mempunyai anak remaja yang dititipkan ke asrama. Sungguh, setiap hari perasaan saya libang-libu. Mana nak memikirkan bimbang dia terlibat dengan masalah disiplin, bimbang andai dia biadab dengan para pensyarah, juga tak jemu mendoakan anak agar menjaga solat dan akhlak*
Wahai Ayah Duhai Ibu
Disamping mendoakan yang baik-baik untuk anak kita, ayuh kita sama-sama berikan ruang dan peluang untuk anak kita dididik dan dibentuk insan lain di kala kita tidak berkesempatan melaksanakannya
Pelik dan unik tabiat pelakon Indonesia, Anya Geraldine yang satu ini, iaitu masih menyusu botol. Walaupun umurnya sudah mencecah 24 tahun, dia tak dapat nak meninggalkan tabiatnya yang satu itu.
Hal ini dikongsikan sendiri oleh Anya di laman twitternya baru-baru ini. Rata-rata pengikutnya berasa lucu dengan gelagat unik pelakon seksi ini. Bagaimana pun, ibunya tetap berkeras melarang Anya dari tabiat menyusu botol.
Usia 24 Anya Tak boleh Berhenti Hisap Susu Botol
Malah, bukan sekali dua ibunya melarang. Berkali-kali tetapi tak juga dapat dihalang keinginannya itu. Waktu masih bersekolah dalam kelas 6 (kira-kira usia 12 tahun), ibunya pernah membuang kesemua botol susunya. Dengan harapan agar anaknya berhenti dari menghisap susu botol.
Rupa-rupanya, dalam diam dia masih meneruskan menyusu botol sehinggalah melanjutkan pengajian kolej. Dan diteruskan sehingga usianya 24 tahun ini, dia masih tak dapat nak berhenti, biarpun berkali ibunya membuang botol susunya itu.
Tulisnya, “iya jadi ceritanya tuh gue waktu sd kelas 6 disuruh berenti ngedot (menghisap susu) sama nyokap (ibu). Trs semuanya dibuangin, akhirnya suka diem-diem ngedot ampe kuliah. Pas tinggal sendiri lanjut ngedot lagi, tapi kalo nyokap main ke sini pasti dibuang lagi. Jadi beli beli mulu. Gatau kenapa umur udha 24 padahal.”
Alasan orang tuanya, bimbang tabiat anaknya itu akan membuatkan gigi menjadi jongang. Sebaliknya, bagi Anya apabila dia menghisap susu, membuatkannya mudah untuk tidur.
“Btw pada belum tau yah kalo gue ngedot wkwkw, sebenernya ini baru beli lagi soalnya tiap ada nyokap gue pasti dibuang (katanya takut gigi gue tonggos (jongang). Ini dibeliin lagi sama pacar gue, kerana ngedot itu enak & gue jadi gampang (mudah) tidur kalo ngedot.”
Apa pun, tabiat unik Anya ini mengundang rasa terhibur di kalangan para pengikutnya di laman twitter miliknya.
Dari Kecil Memang Dah Cantik
Pelakon cantik ini juga ada berkongsi foto kenangan sewaktu kecilnya. Empat keping foto yang membuatkan ramai kagum akan kecantikan yang dimilikinya sejak dari usia bayi lagi.
MW : Haa.. jangan tak tahu, sebenarnya ada je hobi pelik macam ini jadi dekat orang lain. Cuma, tak dikongsi di laman sosial saja.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...