Tiba-tiba hati isteri terdetik nak melihat apa yang ada dalam telefon suami. Tup-tup-tup, kena ada kata kunci atau password. Terkedu, marah atau sedih.  Mana tidaknya, bila pasangan mula merahsiakan kata kunci telefon.

Bukan untuk ‘menjaga tepi kain suami atau isteri’ tetapi sekali skala ingin melihat apa yang ada dalam telefon bimbit pasangan. Nak tahu pasangan kita curang atau tidak. kita tengok pandangan daripada Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) ini.

Nak Tahu Pasangan Curang Atau Tidak, Cuba Tengok Telefonnya

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

Alasan Tersendiri
jika difikrkan secara logik, ada beberapa faktor yang menyebabkan pasangan menggunakan password pada telefon masing-masing. Kadang-kadang cara ini untuk mengelakkan tertekan atau terbuka aplikasi tanpa sengaja. Mungkin juga ada perkara penting dan sulit yang disimpan di dalam telefon.

Bukan Hak Privasi
Perkara tersembunyi atau privasi. Memang betul, ada sesetengah private life tidak perlu dikaitkan dengan pasangan. Contohnya, hal-hal remeh di pejabat,
rahsia keluarga yang terlalu sulit atau kisah silam yang tidak perlu dikongsi dan sebagainya.

IKLAN

Jika keadaan ini berlaku dengan tidak ada sebarang petunjuk yang jelas, tidak perlulah suburkan rasa curiga dan anggaplah ia sekadar untuk
kawalan telefon. Sebaliknya, jika sesuatu yang perlu dirasakan perlu tahu, contohnya nombor kawan-kawan, pasangan boleh meminta daripadanya.

Usah pertikai passwordnya, tetapi kongsilah password anda bersamanya untuk menunjukkan tiada rahsia yang perlu disembunyikan daripadanya.

Tetapi, dengan pasangan cubalah berkongsi dan pada masa yang sama elakkan curiga atau menceroboh telefon pasangan tanpa kebenaran kerana ia boleh mengheret kepada rasa tidak percaya dan tidak dihormati.

Ada Sebab Rahsiakan Password
Tidak dinafikan, merahsiakan password juga membawa kepada menutup kecurangan dan keburukan, takut terkantoi dengan pasangan dan sebagainya. Banyak sebab lain pasangan patut elakkan daripada mengakses telefon pasangan. Antaranya:

IKLAN

1.Elak salah faham kerana kadang-kadang perbualan sesama lelaki mudah disalah ertikan oleh isteri dan perbualan sesama perempuan yang menimbulkan marah
suami.

2.Ada perkara penting untuk disimpan oleh isteri tetapi kurang disukai oleh suami. Begitu juga sebaliknya. Jadi, masing-masing merasakan adalah lebih baik menjadikan telefon mereka private. Jika ada toleransi dan saling memahami, situasi ini tidak akan timbul.

3.Sebenarnya untuk tujuan keselamatan daripada orang lain, tetapi disalah ertikan oleh pasangan.

4.Dalam keadaan tertentu, memang ada kewajaran sesuatu yang sangat rahsia dan lebih baik tidak diketahui oleh pasangan atas sebab tertentu yang wajar. Oleh itu, tidak perlulah sampai memaksa untuk pasangan menceritakan segalanya, tanpa memikirkan kesan baik atau buruk.

Cara Terbaik!

  1. Cara yang terbaik adalah pasangan sama-sama memiliki password untuk keselamatan, tetapi juga mesti sama-sama tahu password masing-masing.
  2. Elakkan dari mencuri-curi melihat telefon pasangan kerana ia boleh menyuburkan rasa curiga.
  3. Menetapkan password telefon bukanlah masalah besar, tetapi merahsiakannya daripada pengetahuan pasangan atau bertukar-tukar password untuk mengelirukan pasangan adalah tindakan yang kurang positif.
  4. Jika keadaan ini dilakukan, ia mungkin bermula dengan kecurangan yang dilakukan atau mungkin curiga yang keterlaluan daripada pasangan. Elakkan daripada kedua-duanya.
  5. Berahsia bukanlah bermakna tidak jujur atau menipu. Contohnya, isu telefon peribadi tidak sepatutnya menjadi punca curiga dan saling menyiasat antara satu sama lain. Jangan ada sesuatu yang disembunyikan atau mudah menimbulkan salah faham
  6. Kepercayaan satu sama lain adalah asas kebahagiaan dalam hubungan dan ia menjadi faktor lebih menghargai dan mudah rasa bersalah melakukan kecurangan kepada pasangan kita.

Tip Buat Pasangan

  1. Elakkan berahsia.
  2. Elakkan menyelongkar rahsia pasangan.
  3. Jangan suburkan rasa curiga kerana ia menguburkan hormat dan kasih sayang
  4. Jaga kepercayaan pasangan anda, elakkan kecurangan.
  5. Berkongsilah banyak perkara, asalkan tidak membawa kepada salah faham.
  6. Elakkan mendengar daripada pihak ketiga atau tekaan tafsiran sendiri kerana mudah hanyut kepada salah faham.
  7. Kepercayaan. Ia boleh hilang sekelip mata, tetapi mungkin bertahun untuk membinanya semula!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI