Foto: Koleksi Peribadi Dayana

Pengasas Fitness Project Gym & Studio yang terletak di Shah Alam, Nurfadiana Razali atau lebih mesra disapa Dayana Razali, 30, sangat gembira tatkala dapat membantu ramai wanita menurunkan berat badan.

Malah niatnya cukup ikhlas, bukan sekadar rakan-rakan dapat menurunkan berat badan malah ada yang begitu cergas dan dapat hindarkan mereka daripada dijangkiti penyakit bahaya.

“Niat saya untuk membantu lebih ramai kaum wanita yang kebanyakkan badan mereka naik selepas mendirikan rumahtangga. Malah ada juga yang bercerai berpunca dari bentuk badan si isteri yang berisi,” kata Dayana.

Dayana Nasihat Wanita Pastikan Badan Berpeluh Setiap Hari

 

Setiap hari meluangkan masa di gymnasium dan studio zumba miliknya, Dayana akan pastikan badan berpeluh. Wanita ini juga akui tidak reti duduk diam.

“Setiap hari saya akan bersenam di gym. Cuma pada hujung minggu saya kadangkala saya akan lakukan aktiviti mendaki. Bukan itu saja malah saya juga akan abiskan masa dengan berenang atau bersauna di rumah,” ujar Dayana yang juga minat menari.

Tanggung Risiko

Ditanya sejak bila dia mula minat dengan aktiviti kecergasan, Dayana terus tersenyum dan menerangkan sebelum ini dia pernah bekerja di pejabat dan badannnya naik begitu mendadak.

IKLAN

“Saya pernah kerja di pejabat, rasa badan macam di pam-pam kerana kerja duduk dan makan dan rasanya tiap-tiap minggu badan saya tidak sihat. Selepas waktu kerja saya mesti lepak makan dengan rakan sepejabat. Pada satu hari saya terfikir sampai bila saya nak habiskan duit dengan membeli makanan.

“Sejak itu saya mula ubah gaya hidup dan sanggup habiskan duit untuk aktiviti kecergasan. Walau macam mana sibuk pun saya akan pastikan saya kena juga bersenam dan perpeluh walaupun hanya menghabiskan masa selama 10 minit.

“Sebelum ini berat badan saya pernah mencecah 75kg dan alhamdulillah saya berjaya turunkan berat ke 55kg iaitu sebanyak 20kg dalam masa enam bulan dengan latihan di gym. Selepas berat badan menurun dan saya aktif lakukan aktiviti kecergasan saya rasa diri semakin kuat dan keyakinan diri bertambah di mana saya sekarang ni susah nak mengalah. Jika dulu saya boleh dikatakan seorang yang agak manja.

“Tiada rahsia yangs saya boleh kongsikan dalam menurunkan berat badan cuma memang semuanya bergantung pada diri sendiri. Jadi hendak atau tidak, memang kena berdisiplin dan pasang niat ingin berubah untuk menjadi lebih baik. Malah saya juga sentiasa berdoa agar diberi kesihatan yang baik sebabnya keturunan keluarga saya ada yang menghidap kencing manis. Kalau dulu setiap minggu saya sakit. Tapi lepas dah mulakan aktiviti kecergasan alhamdulillah boleh dikatakan setahun sekali saja demam,” terang Dayana yang pernah mewakili negara untuk menghadirikan diri di Asia Fitness Conference di Bangkok (AFC).

Jangan Malu Untuk Ke Gym

Wanita ini juga menerangkan untuk tampil sihat dan kurus, jangalah malu untuk ke gym.

“Jika berat anda melebihi 100kg ke atas digalakkan untuk bermula dengan basikal dulu. Jangan malu untuk pergi ke gym sebab di sana ada jurulatih yang akan membantu. Bukan saja mereka yang berbadan besar perlu ke gym sebenarnya orang yang sudah kurus pun perlu bersenam ini kerana kalau kurus tapi tak bersenam pun susah juga. Bukan semua orang kurus itu sihat dan tidak punya masalah kesihatan.

“Malah jika ke gym juga dapat mencantikkan badan dan akan timbulnya keyakinan diri yang tinggi.
“Sememangnya bersenam dan aktif dalam kecergasan sangat berbaboi untuk semua orang. Malah ramai dari rakan-rakan yang telah berjaya pulih dari kesakitan pada kaki sewaktu badan besar. Bila dah kurus badan sihat dan senang untuk lakukan pelbagai aktiviti,” ungkap Dayana yang turut aktif dalam Viper Challenge.

IKLAN

Jangan Mudah Mengalah

Jika berasa kecundang untuk aktif bersenam Dayana sering mencabar dan mengingatkan diri sendiri tentang niat awal dia aktif dalam bidang ini.

“Saya berpegang pada kata-kata motivasi saya ‘Jangan Mudah Putus Asa, Tiada Apa Yang Mustahil’. Dari situ saya akan imbas kembali niat saya aktif dalam kecergasan. Bukan itu saja malah saya juga selalu ingatkan pada diri sendiri dan rakan-rakan “Makan Jahat Train Jahat” (maksudnya sudah pandai makan pandailah buang),” ulas Dayana yang turut menjaga pemakanannya.

Baca Disini Juga:

Sindiran Doktor “Demam Pun Berselera Makan, Memang Susahlah Nak Kurus” Naikkan Semangat Berdiet

Terlalu Tertekan Nak Kurus, Makin Susah Berat Badan Turun, Jangan Bebankan Diri!

Makan Ayam Goreng Boleh KURUS, Inilah Tip Diet PALING MUDAH Tapi Ada Syaratnya

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

IKLAN

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Cookies Viral Legend 

Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.

Klik ini untuk mendaftar:  https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com