
Isi Kandungan
TogglePunyalah sedap dan senang nak buat Roti Goreng Cadbury Meleleh ni patutlah viral. Resipi mudah ini perkongsian daripada Puan Sitjua Jua di page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) yang mencecah hampir 44,000 ‘shares’ hanya dalam masa 3 hari. Cara nak buat pun cukup mudah hanya guna 3 bahan. Apa yang pasti ia sangat sedap, garing diluar dan coklat cair meleleh didalam. Ia sangat sesuai dibuat waktu minum petang mahupun sarapan pagi untuk keluarga.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Roti goreng cadbury meleleh.Sesuai untuk minum petang dikala poket tebal. Kepada yang berdiet sila hindarkan dari resepi ini.Selamat mencuba”
Bahan-Bahan:
Coklat Cadbury
Roti Potong
Cawan plastik (Untuk tekap)
Minyak
Cara Membuat:
1. Sediakan sebungkus roti dan sepapan coklat cadbury.Saya guna hazelnut.
2. Potong cadbury macam ni, letakkan di tengah-tengah roti.
3. Ambil 1 lagi roti ditindih di atas coklat tadi, kemudian ambil cawan sila tekapkan! Pastikan ditekap kuat sehingga 2 keping roti tersebut bercantum ya.
4. Haaaa sampai jadi comel macam tu.
5. Buat sampai habis ya! Beratur semua utk terjun ke dalam kuali .
6. Pastikan minyak panas ya.. kalau tak nanti roti serap minyak, tak perlu goreng terlalu lama.
7. Haaaa cukup sekadar begini.

Cair Meleleh
Semoga bermanfaat, selamat mencuba!
MW: Buat mak-mak peminat coklat boleh cuba resipi mudah dan sedap ni. Anak-anak pun gerenti suka. Bolehlah bawa bekal ke sekolah atau untuk hidangan minum petang buat keluarga.
Sumber: Sitjua Jua
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri JERUK IKAN MASIN Tenggiri Makan Tanpa Waswas, Dijamin Halal & Bersih!

Isi Kandungan
ToggleJeruk Ikan Masin Tenggiri memang ramai yang suka. Boleh digoreng begitu sahaja, dicampur dalam nasi goreng dan sebagainya. Namun jika beli di kedai, boleh tahan mahal harganya. Malah diragui ramuan yang digunakan, tahap kebersihan dan status halalnya.
Sebenarnya kita boleh buat sendiri jeruk ikan masin tenggiri jeruk di rumah.Mudah je nak rupanya. Bukan apa bila buat sendiri lebih jimat, makan tanpa waswas dan dijamin halal serta bersih.
Baca perkongsian daripada Puan Suria Abdullah ini.
Saya nak kongsi cerita antara saya dan kawan saya (dilahirkan bukan Islam, tapi sekarang dah Islam..Alhamdulillah). Cerita ini lebih kurang 5 tahun lepas.
Kami terserempak di pasaraya. Masa ni saya tengah cari JERUK IKAN MASIN TENGGIRI yang dalam botol tu, dalam nya ada minyak. Saya memang peminat ikan jeruk tenggiri ni. Semua sedia maklumkan, harga dia memang mahal. Botol kecik je dah RM8.Sekali goreng je masa tu. Dan saya belum jumpa lagi yang dalam plastik, kecuali yang kering memang ada. Seekor-seekor dalam tu, termasuk isi perut dia lah kan..masa tu harga sekilo yang kering RM36.
Baik, perbualan kami terselit kisah IKAN JERUK TENGGIRI dalam minyak ni.
Rakan saya kata.. kenapa you tak buat sendiri?
You pun main beli je, tak cari produk Muslim punya..main amik je kan? (masa tu dia dah Islam dah)
Saya pelik lah kan, ikan dalam minyak ada halal haram? Dia bagitau cara mereka (bukan Islam) buat macam mana. Bukan semua tapi ramai yang buat macam tu.
Cara mereka bersihkan ikan kita tak tengok. Mungkin bersih tapi di persekitaran mereka ada bela haiwan yang kita dilarang bela, seperti anjing. Masuk dekat kawasan mereka buat kerja tak?
Campuran Minyak Babi
Lepas ikan diperam kena isi minyak masak. Ok bab minyak masak ni yang membuatkan saya terus tak beli yang bukan buatan Muslim. Dalam minyak masak tu mereka campur minyak babi. Tujuannya isi ikan lagi bertambah sedap.
Allahuakbar..Saya tak percaya ke?
ALLAHUAKBAR..TERKEDU SAYA. Sumpah, saya tak bohong..itu lah yang di ceritakan pada saya. Sejak dari tu saya memang tak beli IKAN JERUK TENGGIRI dalam minyak selain dari buatan Muslim.
Dan Alhamdulillah saya dapat ilmu cara nak buat ikan jeruk tenggiri ni dari rakan saya tu. Tolong lah ya, beli lah yang produk Melayu punya. Dah ramai yang jual jeruk Ikan Tenggiri ni.
Nanti saya kongsikan cara nak buat ikan jeruk tenggiri ni. Masa tu saya buat dulu, makan sendiri. Bagi kawan-kawan rasa, bagi keluarga rasa. Alhamdulillah, mak saya suka.
Cuma kita jangan makan hari-hari. Nanti darah tinggi pula. Saya dah ushakan lebih 3 tahun. Tenggiri ni mahal harganya, sebab tu kat luar 250gram yang dalam botol tu harga ya RM29.90. 650 gram RM45. Cara jualan pun cantik, isi dalam botol cantik-cantik.
Berbanding saya punya, simple. Isi ada,rasa sama, cuma saya pek dalam plastik. Harga yang saya jual rasa masih ok lagi. Sesiapa yang teringin nak rasa dan tak mampu nak beli, boleh lah pm saya. InsyaAllah saya beri mereka rasa.
Semoga lepas ni mana-mana yang sama macam saya dulu main beli je. Lepas ni cari produk Muslim ya. Kita makan tanpa was-was, halal dan bersih.
Di sini saya kongsikan cara-cara nak buat JERUK IKAN MASIN TENGGIRI yang dalam minyak.
Bahan-Bahan:
Ikan tenggiri (Nak guna gelama atau senangin pun boleh. Senangin mahal, harga lebih kurang tenggiri. Ikan gelama murah sikit dan isi dia pun sedap)
Bahan Peraman:
Cuka makan
Asam keping (kat tempat saya 1kg RM26)
Garam kasar (1kg 70sen)
Bekas kedap udara
*Rahsia dari orang Melaka, bila dia tahu saya buat Jeruk Ikan Tenggiri ni, dia bilang nak lagi sedap kau peram dalam tempayan. Saya dah buat memang lagi sedap. Sekarang bukan rahsia lagi. Cuma bekas tempayan tu mahal kat sini.
Cara Membuat:
1. Ikan kasi cuci bersih ya. Saya korek darah yang kat tulang tengah tu. Toskan ikan, keringkan dengan cara lap guna tisu makan (ni untuk makan sendiri).
2. Saya jemur sekejap (kurang setengah jam) dalam cuaca yang panas. Ini cara saya, sebab saya buat dalam kuantiti lebih 50kg. Kalau nak jemur pun boleh tapi jangan terlalu lama. Nanti isi ikan akan kecut dan keras.
3. Dah siap dikeringkan, rendam sekejap dalam cuka makan. Rendam kurang seminit.
4. Tabur garam kasar dalam bekas kedap udara. Letak ikan, tabur lagi garam kasar. Letak asam keping jangan banyak sangat, nanti dia masam sangat, tak sedap. Ulang-ulang sampai ikan habis.
5. Tutup rapat-rapat ikan, biarkan 7 hari. Dah 7 hari, buang air peraman. Bilas ikan, bilas sikit-sikit je. Jangan terlalu cuci, nanti isi ikan hancur.
6. Masukkan ikan dalam bekas lain, tuang minyak masak yang baru. Biarkan ikan terendam lebih kurang sejam dah boleh goreng.
Tengiri tempat saya mahal. Carilah yang pecah perut. Kat sini satu kg pecah perut RM15. Nak yang baru pun boleh je, 1kg RM28. Ok, rajin nak buat? Kalau malas beli yang keluaran produk Muslim tau. Di jamin halal dan bersih.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini :
Cara Buat JERUK SAWI Sendiri, Lebih Bersih Tak Terlalu Masin!
Resipi IKAN LENGAT GORENG Garing, Lauk Legend Nikmat Tak Terkata!

Buat TENGGIRI JERUK, Selepas 7 Hari Baru Boleh Masuk Botol & Letak Minyak!
Mingguan Wanita : Bolehlah nak buat Jeruk Ikan Masin Tenggiri sendiri di rumah. Nak guna ikan senangin atau gelama pun boleh. Bukan apa bila buat sendiri lebih jimat, dijamin halal dan bersihnya. Namun kalau tak berapa rajin nak buat, pastikan beli yang keluaran produk Muslim.
Sumber: Suria Abdullah
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panjaram Pandan Tak Kurang Sedapnya, Ikut Resipi Mudah Ini Gerenti Jadi!

Isi Kandungan
TogglePanjaram, cucur Jawa atau kuih topi; Kuih sama tapi berbeza panggilan mengikut tempat. Sememangnya kuih ini digemari ramai, tak kira usia kerana keenakan rasanya yang tersendiri. Kuih ini dikira elok kejadiannya jika rangup di tepi, bertopi di tengah dan bersarang serta kenyal isinya.
Panjaram Pandan Untuk Kelainan
Mungkin anda sudah biasa makan Panjaram Gula Melaka. Tapi ini untuk sedikit kelainan, apa kata cuba resipi membuat Panjaram atau Cucur Jawa Pandan pula.
Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Hanny https://www.facebook.com/hanny.niera.9. Dia mula belajar membuat kuih ini selepas tinggal di Sabah. Kuih ini merupakan kuih orang Bajau di sana.
PENTING!
Untuk resipi ini, sila gunakan cup/cawan yang sama, untuk sukatan tepung dan cecair.
PANJARAM PANDAN
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
¼ sudu garam
½ serbuk vanila atau 1 sudu teh esen vanila
Minyak untuk menggoreng
Bahan B (Air Pandan):
180 gram – 200 gram gula pasir
2 ½ cawan air pandan/air biasa
1 sudu teh garam
1 sudu besar pes pandan
**Satukan kesemua bahan dan didihkan. Biarkan suamkan.
Cara Memasak:
Masukkan tepung gandum, diikuti tepung beras. Gaul seketika. Masukkan sedikit garam dan serbuk vanila/esen vanila. Gaul.

Tuangkan air pandan ke dalam adunan tepung. Gaul hingga sebati hingga membentuk adunan.
Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur halus. Tak perlu blend. Biarkan dan perap selama lapan jam di dalam peti sejuk.
Untuk menggoreng, gunakan kuali kecil. Tuang minyak ke dalam kuali dan biarkan minyak panas, menggunakan api yang perlahan. Selepas lima minit barulah tuang adunan panjaram ke dalam kuali menggunakan scoop (rujuk gambar). Tuang dan tarik tinggi scoop itu hingga abis adunan jatuh ke dalam kuali. Biarkan dan jangan kacau.
Bila nampak sarang terbentuk dan bertopi, boleh terbalikkan. Kacau-kacau sekejap dengan menggunakan chopstick kayu. Untuk angkat, cucuk di tengahnya, angkat dan tos minyak. Ulangi langkah hingga selesai.
Tip Tambahan:
Apabila dah perap. makin lama makin kental adunan tersebut. Boleh tambah lebihan bancuhan air gula pandan atau air suam sahaja sampai adunan cair pekat, bukan pekat sangat dan bukan cair sangat. Sebaliknya jika cair, boleh tambah sesudu ukuran sama banyak iaitu tepung beras : tepung gandum.
Jangan tuang air gula pandan panas dalam adunan tepung nanti tepung masak. Paling bagus suam-suam kuku baru tambah dalam tepung.
Minyak kena betul-betul panas baru dapat keriting ranggup piring panjaram.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Tofu Lembut Ala Chicken Rice Shop Buat Kat Rumah, Lagi Jimat!

Bagi yang biasa makan di restoran cina muslim atau chicken rise shop, tak lengkap kalau tak makan tofu lembut ini. Rasanya cukup untuk buka selera kita dengan rasa bawang goreng dan kelembutan tofu tersebut.
Harga yang dijual pun boleh tahan juga. Kalau buat sendiri kat rumah, tentu jauh berbeza. Cuma, fikir sedap dan sama ke tak dengan yang biasa kita makan di restoran.
Nak buat tofu lembut ala-ala chicken rice shop ini tidaklah susah sangat. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Wan Luqman ini. Memang menjadi.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Apricot Custard Tart Sedap Cantik Berkilat, Resipi Mak Mentua!
Resipi Biskut M&M ‘Terpaling’ Senang, Setengah Jam Siap, Boleh Buat Biskut Raya Lagi!
Info Lebih Menarik DI SINI
Resipi Tofu Lembut Ala Restoran
Kalau pergi ke Chicken Rice Shop atau restoran chinese muslim, mesti ada menu ni. Harga yang dijual di restoran dalam RM9-10 kalau tak silap.
Kat pasaraya soft tofu mentah ni dijual dalam RM0.80 – RM1.20. Jadi boleh lah cuba buat sendiri.
Bahan-bahan:
1 blok soft tofu
Kicap cair
Gula
Sos tiram
Minyak bijan
Cendawan shitake
2 ulas bawang putih cincang
2 sudu besar udang kering – dicincang kasar
Halia – dicincang (anggaran saiz separuh ibu jari)
Cara Membuat:
1. Bawang putih, halia dan udang kering.
2. Kukus dulu tofu ni dalam 10-15 minit. Cendawan shitake tu pilihan.
3. Sambil tunggu tofu dikukus, goreng sekaligus halia, bawang putih dan udang kering sehingga garing
4. Bila dah garing, angkat.
5. Untuk buat kuah, ambil dalam 2 sudu minyak lebihan goreng tadi, masukkan kicap cair dan sos tiram.
6. Masukkan 50ml air lebih kurang dan masukkan sedikit gula. Didih sehingga larut dan rasa yang mengikuti selera anda. Kalau terlalu masin, tambah air. Kalau kurang masin, tambahla kicap cair atau sos tiram. Bila dah tutup api, titiskan sedikit minyak bijan.
7. Tofu yang sudah dikukus. Buang kan air kukusan itu. Sebab air keluar tu bau cendawan. Tak sedap bau dia.
8. Tuang kuah yang telah dimasak tadi atas tofu

9. Kemudian, tuang semua bahan yang digoreng garing tadi (halia, udang kering, bawang putih). Tabur daun bawang dan bawang goreng untuk lebih meriah.Kalau nak pedas, hiris cili padi merah.
10. Rasanya memang tiptop! Mudah dan senang..
Mingguan Wanita : Kalau beli agak mahal. Nak mudah dan senang buat sendiri, jimat pun jimat.
Sumber: Wan Luqman
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI