Mengandung dan bersalin merupakan pergorbanan terbesar bagi seorang wanita yang bergelar ibu. Ia bukan suatu perkara yang mudah, perlu kuat menempuh segala dugaan malah berisiko mengalami komplikasi sewaktu kehamilan mahupun selepas bersalin. Antara perkara yang cukup ‘digeruni’ buat mak-mak selepas bersalin ialah mengalami darah beku atau Pulmonary Embolism yang boleh mengakibatkan kematian, atas pelbagai faktor.

Jemput baca perkongsian daripada Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan mengenai perkara ini.

“Kira-kira pukul 3 dia koma dan terus tak sedarkan diri sebelum meninggal dunia. Doktor memberitahu punca kejadian berpunca daripada darah beku yang menyerang peparunya”

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

(Surely we belong to Allah and to Him shall we return)

Darah orang mengandung ni Allah jadikan lebih pekat dari biasa dan secara normal nya darah ibu ini senang nak membeku untuk menyediakan ibu untuk proses bersalin – kalau berlaku pendarahan yang banyak, badan sudah bersedia mengurangkan pendarahan dengan cepat-cepat mengaktifkan sistem pembekuan darah.

Rahim yang makin membesar yang mengandungi bayi akan menekan saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar dan tersekat-sekat. Bila pengaliran darah kurang lancar ditambah pula dengan sifat semulajadi darah ibu yang senang beku, maka fenomena thrombosis / darah beku sangat senang terjadi.

Risiko Darah Beku Meningkat

Masalah darah senang membeku ini 5 KALI GANDA masa berpantang, jika dibandingkan ketika mengandung. Hal yang demikian kerana terdapat perubahan komposisi air lepas bersalin menyebabkan darah LAGI PEKAT, risiko meningkat lebih-lebih lagi pada 3 minggu pertama lepas bersalin.

Kebiasaannya, darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak di bahagian kaki sekaligus menyebabkan keadaan Deep Vein Thrombosis. Ibu mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan.

Sekiranya masalah ini tidak dikenal pasti dan rawatan diberikan segera, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah kepada cebisan kecil pada bila-bila masa bergerak ke peredaran darah peparu menyebabkan saluran darah peparu tersumbat dinamakan pulmonary embolism, boleh membawa MAUT.

Pulmonary Embolism Boleh Bawa MAUT,Penting Suntikan Cegah Darah Beku Selepas Bersalin

IKLAN

Faktor-Faktor Meningkatkan Peluang Mendapat Darah Beku

(Nombor dalam kurungan tu memberitahu score yg diberikan pada ibu jika ada faktor tu )

*lain hospital mungkin menggunakan sistem scoring yang tersendiri dan mempunyai kriteria yang mungkin kurang daripada yang kat bawah ni. Follow doktor tu, jangan pegi bertekak ngan dia plak*

?Ibu pernah ada darah beku masa kehamilan sebelumnya (4)
?Umur ibu 36 tahun dan ke atas (1)
Obesiti ( 1 atau 2 )
?Anak sudah lebih 3 orang (1)
?Merokok (1)
?Urat-Urat timbul pada kaki (1)
?Pre-eclampsia (1)
?Kehamilan kembar 2 atau 3 (1)
?Pembedahan Caeserean secara kecemasan (2)
?Pembedahan Caeserean secara elektif (1)
?Kelahiran guna Forceps (1)
?Proses bersalin yg panjang ( lebih 24 jam) (1)
?Tumpah Darah ( lebih 1 liter ) (1)
?Kelahiran pramatang kurang 37 minggu (1)
?Kelahiran mati (1)
?Sebarang prosedur yg dibuat ketika mengandung (kecuali repair koyakkan bersalin) – operation buang appendix (3)
?Muntah-muntah teruk masa hamil (3)
?Ibu ada jangkitan kuman teruk (1)
?Ibu tak gerak2, kekeringan tak minum air (1)

Kalau tambah nombor-nombor dalam kurungan tu, jika score 4 atau lebih, ibu perlu dimulakan ubat mencegah darah beku sejak AWAL MENGANDUNG

Kalau score 3, ubat mencegah darah beku dimulakan pada 28 MINGGU KEHAMILAN

Kalau score 2, ubat mencegah darah beku dimulakan LEPAS bersalin selama 10 HARI

Melayu Paling Tinggi Meninggal Akibat Pulmonary Embolism

IKLAN

Untuk makluman semua, IBU MELAYU yang meninggal akibat pulmonary Embolism ini adalah PALING TINGGI jika dibandingkan dgn kaum-kaum utama di Malaysia. Kenapa ?

Takda jawapan lagi untuk menerangkan keadaan ini.
Berdasarkan analisis, ibu-ibu Melayu lebih Obes dari kaum lain, dan MAJORITI (saya tak cakap semua ye) mengamalkan pantang larang adat Melayu yang mana menegah IBU berpantang supaya tidak minum air yang mencukupi ketika berpantang, kena banyak berehat dan baring saja dan dilarang berjalan sana sini atau bergiat aktif kerana timbulnya fahaman ‘BENTAN’.

Tak Ambil Suntikan Cegah Darah Beku

Satu lagi, Ibu melayu kebanyakkan tidak mendengar nasihat doktor untuk mengambil suntikan mencegah darah beku – Enoxaparin/Clexane kerana dikhuathiri kandungan DNA khinzir di dalamnya. Ada ibu dengan angkuhnya bercakap pada saya – Ala masa zaman mak-mak beranak dulu takde pun bagi injection bagai ni. Hidup je !

Pulmonary Embolism Boleh Bawa MAUT,Penting Suntikan Cegah Darah Beku Selepas Bersalin

Perlu diterangkan disini, walaupun Enoxaparin/Clexane mengandungi DNA khinzir yg sgt sedikit, penggunaan clexane telah difatwakan dibenarkan untuk tujuan perubatan kerana;

✅Tiada ubat lain setanding enoxaparin/Clexane untuk mencegah darah beku pada ibu hamil

IKLAN

✅Suntikan heparin tidak memberikan kesan yg berkesan seperti enoxaparin/clexane, lebih-lebih lagi untuk ibu yg beratnya lebih 90kg. Kalau nak gak beri heparin, suntikan nya adalah 2 kali sehari, berbanding dgn clexane yang diberi hanya sehari sekali. Clexane telah terbukti lebih berkesan berbanding Heparin.

✅Arixtra/Fondaparinux adalah sangat mahal. Arixtra tidak mempunyai kajian yang cukup untuk penggunaan terhadap ibu hamil – tak boleh nak cakap selamat atau tak untuk ibu hamil. Sebahagian kecil ubat arixtra akan keluar dalam susu ibu dan boleh mmbahayakan bayi yang menyusu ibu.

Jadi dah jelas ?

Ingat, dalam 100 kematian ibu di Malaysia, 60 kematian disebabkan oleh pulmonary embolism.

Allah suruh ikhtiar dan ikhtiar, bukan dok diam berpeluk tubuh, tunggu maut datang menjemput. Pastu salahkan takdir.

Berhenti menzalimi diri sendiri. PULMONARY EMBOLISM – MEMBUNUH!

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

MW: Semoga perkongsian kesihatan ini bermanfaat dan dijadikan panduan buat wanita sedang mengandung mahupun selepas bersalin. Paling penting, dengarlah nasihat doktor untuk mendapatkan rawatan yang terbaik demi kesihatan diri.

Sumber: Dr. Muhammad Izzat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI