Diam tak diam, bayi kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin ini dah semakin pulih dari sakit ketumbuhan dalam mulut yang pernah dialami sebelum ini, ‘Germ Cell Tumor’.
Makin comel dan lasak, tak reti duduk diam pun iya. Hal ini diakui sendiri oleh ayahnya, yang bimbangkan keadaan anaknya, Ainul yang mula menolak bila mahu dipakaikan oksigen.
Sehingga usia Ainul ketika ini, dia masih perlu bergantung dengan bantuan Oksigen. Maka, mak ayahnya lah yang perlu memujuk malah berjaga di malam hari bagi memastikan Ainul mendapat bekalan oksigen secukupnya.
Biar pun diuji dengan anak sakit, kedua ibu bapa ini cekal dan sentiasa positif. Malah, kegigihan mereka membesarkan Ainul dengan sabar menjadi inspirasi ibu bapa di Malaysia yang berdepan ujian anak sakit.
Kongsi bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, “Lasak sangat dah dia ni. Langsung dah tak mahu pakai oksigen. Selalu minta didokong dan bawa berjalan. Suka betul dia.
Ads
Ini gambar dia tengah termenung sebab kena ” cas ” sekejap. Dah main-main, lepas tu ainul kena cas oksigen semula supaya dia tak kekurangan oksigen. Lepas tu sambung main semula.
Tapi masalahnya cas tak sampai 5 minit, dia dah cabut balik. Kesian orang yang menjaganya!”
Ads
Doakan Ainul Boleh Hidup Tanpa Bergantung Oksigen
Tak mudah sebenarnya nak beri Ainul pakai oksigen ini. Katanya lagi, “Betul-betul dah tak reti duduk diam. Lepas tu dah reti cabut oksigen. Ainul macam dah tak nak pakai. Ya, part ni yang kena risau sikit. Sebab bila malam time tidur dia cabut, naya je. Tapi so far kami suami isteri memang tidur tak nyenyak mana pun bila malam hari. So kalau Ainul terbatuk sikit je kami memang lekas bangun tengok ainul.
“Tapi apa pun alhamdulillah. Keadaannya semakin baik. Akal pun makin panjang. Puasa tahun lepas adalah waktu sukar yang dilalui Ainul. Tapi puasa tahun ini, Ainul semakin pulih.
Ramadan ini pun Ainul dah pandai menutup alat bantuan pernafasan (trancy) dengan tangan sendiri dan mengeluarkan suara. Perkembangan positif Ainul ini tentunya menggembirakan kedua ibu dan ayahnya.
Berbeza dengan Ramadan sebelumnya, ibu dan ayah ini diuji Ainul sakit ketumbuhan dalam mulut ‘Germ Cell Tumor’ sehingga memaksa mereka mendapatkan rawatan untuk anaknya.
Malah seminggu sebelum Aidilfitri, mereka diterbangkan ke London untuk Ainul menjalani pembedahan di sana. Ainul juga pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di hospital kanak-kanak di London, UK pada 10 Jun lalu.
Bukan semua orang berkemampuan nak mengubahsuai kediaman sekaligus. Ada yang perlu simpan duit berdikit-dikit, barulah impian nak dapatkan kediaman idaman jadi kenyataan.
Kisah mahasiswa Universiti Putra Malaysia, Nur Diyana menyimpan duit untuk mengubah interior dalaman bilik sewanya boleh dijadikan inspirasi.
Inspirasi bukan saja pada pemilik kediaman, tapi para penyewa di luar sana. Beruntung sungguh tuan rumah sebab dapat penyewa berjiwa pembersih dan baik hati macam student kita ini.
Bilik sewa sebelum diubah hiasan dalamannya.
Sebelum dihias bak konsep scandinavian
Kata Nur Diyana, dia dah setahun menyewa di sebuah bilik single dekat Putrajaya.
“Dalam setahun itu, saya kumpul duit semata-mata nak buat bilik sewa saya ala-ala Scandinavian. Studentkan, mana mampu nak keluarkan duit banyak sekaligus.”
Tambahnya, dia bersyukur kerana mendapat tuan rumah yang memahami. “Sebab kita tak merosakkan harta benda. Kebetulan, cat lama dah merekah jadi berkeping-keping.”
Dalam usahanya nak menyiapkan kerja-kerja menghias bilik sewanya, Nur Diyana sudah mengumpulkan material sedikit demi sedikit dari awal lagi.
“Saya dah beli katil dan meja study masa mula-mula masuk dulu. Jadi untuk makeover kali ini. Kebanyakan barang saya beli di Kaison dan Ikea saja.
“Bilik pun saya cat dan kemasan semua saya buat sendiri masa cuti semester hari tu.”
Seronok bila dapat tengok hasil kerja tangan sendiri. Puas hati pun iya. Berbaloi kata Nur Diyana.
“Saya akan tinggal dalam bilik ini lebih kurang dua tahun lagi. Berbaloi pada saya.”
Bilik sewa selepas menerima sentuhan konsep Scandinavian.
Kerja mengecat dilakukan Nur Diyana ketika hujung minggu.
Alhamdulillah berita baik yang baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob baru sebentar tadi, bahawa akhirnya kerajaan telah bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Pengumuman tersebut diumumkan dalam sidang media khas, serta dikongsikan di dalam facebook Perdana Menteri sendiri.
“Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.”
“Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.”ujar beliau.
Pengeluaran RM10,000 KWSP
“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.”
“Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.”
“Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.”
“Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.”
“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan,” ujar beliau.
Dalam pada itu, ramai yang berterima kasih dan mengucapkan rasa syukur atas persetujuan kerajaan yang membenarkan pengeluaran sebanyak RM10,000 KWSP ini.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah di atas pengumuman kerajaan yang bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.Semoga ia dapat dimanfaatkan sebaiknya, dikala ramai yang terkesan akibat kehilangan pendapatan untuk memulakan kehidupan.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Nurul Shuhada terkilan hari pertama perbicaraan kes dicederakan bekas suami ditangguhkan. Itulah luahan hati bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Rosdi iaitu Nurul Shuhada atau lebih mesra dipanggil Shuhada.
Ibu kepada dua cahaya itu sangat terkilan kes dicederakan bekas suaminya yang berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu terpaksa ditangguhkan pada 2 dan 3 Julai depan.
Keputusan tersebut dibuat Hakim yang bertindak sebagai Majistret, Siti Fatimah Talib, susulan masalah kesihatan yang dihadapi pelakon itu sehingga tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah, hari ini.
Nurul Shuhada Terkilan
Shuhada akur dengan Keputusan tersebut namun dirinya sangat berharap agar kemenangan akan berpihak kepada dirinya kelak. Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Shuhada menyatakan dia terpaksa tinggalkan anak-anak dengan keluarga untuk datang ke mahkamah dengan menaiki bas.
“Saya tinggalkan anak-anak dengan keluarga dan datang ke sini dengan menaiki bas pagi tadi untuk hadir ke perbicaraan.
“Bagaimanapun ketika perbicaraan dijalankan, saya dimaklumkan Hafidz tidak dapat hadir kerana mengalami masalah kesihatan sehingga kes ini ditangguhkan pada 2 dan 3 Julai nanti.
“Mohon doakan saya dan anak-anak semoga kemenangan berpihak kepada kami,” kongsi Shuhada.
Harap Hafidz Beri Kerjasama
Bukan itu saja malah Shuhada juga berharap bekas suaminya akan memberi Kerjasama agar hadir pada sebutan tarikh baru yang ditetapkab mahkamah.
“Saya tahu saya tak salah dan saya memang nak fokus kepada kemenangan. Saya harap pada 2 dan 3 Julai ini kita berjumpa dan selesaikan perkara ini,” sambungnya.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tiga belas KV Lahad Datu didapati bersalah bunuh rakan, tuduhan curi RM85 jadi punca pergaduhan. Berpunca dari tuduhan mencuri RM85 duit rakan seasrama ketika...