Dalam diam Shahrol Azizie Azmi atau Shahrol dari kumpulan Shiro dilihat begitu gigih membantu dengan memberi bantuan kepada penduduk-penduduk Kluang, Johor.
Baru-baru ini Shahrol telah melaksanakan -PROJEX HANTOR SUMBANGAN KLUANG- Shahrol tidak bersendirian dan dibantu oleh beberapa sahabat-sahabat.
Sentiasa Ambil Peduli Tentang Anak Muda
Menerusi status yang Shahrol yang dipetik menerusi akaun Facebooknya Shahrol Azizie Azmi , Shahrol mencoret;
“Maka bohonglah diri saya jika saya bergerak sendirian di Kluang tanpa bantuan sesiapa..Saya rakamkan Jutaan terima kasih anak2 muda Kluang, sahabat2 dari Food Panda dibawah saudara Daiyan, Saudara Khairul Ketua Pemuda Kluang dan sahabat2 Pemuda UMNO kluang dan saudara Halim Amin dari UMNO bhg Kluang..
“Juga kpd insan yg sentiasa mengambil peduli tentang anak muda di Johor Dato Onn Hafiz exco pelancongan belia dan sukan Johor dan Ketua Polis Kluang Tuan Mohammad Abduh serta pegawai dan anggotanya..
“Semoga sumbangan ini dimanfaatkan dan sampai ke tangan yang berhak..Doa sy yg baik2 mengiringi kalian semua..Kepada Allah kita berserah semoga keadaan kembali pulih..🤲🏻
“Dalam hidup ini, jika kamu tak mau membantu sesama kamu, maka kamu bukan benar benar hidup, kamu hanya bernafas”.
Penyampai radio Era, Radin Amir Effendi mengambil inisiatif sendiri dengan melelong sebahagian daripada koleksi kasut peribadinya esok, jam 9 malam menerusi platform Live akaun instagram peribadinya. Jelas Radin lagi ketika dihubungi MW sebentar tadi, wang terkumpul daripada jualan kasut itu nanti 100 peratus akan disalurkan untuk dana membantu frontliners.
Lelongan Amal – “Kita bukan kaya, tapi kita pernah merasa tiada”
Assalamualaikum, dalam fasa ke-3 PKP susulan wabak COVID 19. Saya tahu, ramai yang terkesan & kehilangan punca pendapatan untuk diri sendiri & ahli keluarga.
Jadi, saya terfikir untuk melelong sebahagian daripada koleksi kasut saya & 100% hasil jualan akan disumbangkan kepada yang memerlukan & juga membantu untuk membeli keperluan asas seperti hand sanitiser dan face mask untuk frontliners.
Lelongan Amal ini akan berlangsung esok, Isnin, jam 9 malam di Instagram saya. Saya bukan kaya, tapi saya pernah merasa tiada.
Tambah Radin lagi menerusi satu klip video ringkas di instagramnya siang tadi, “Kasut saya saiz UK8, dalam sesi lelongan esok Live di instagram saya, beberapa soalan fakta akan diberikan. Setiap jawapan yang betul hadiahnya bernilai RM10, RM20, RM 30, RM50 ataupun RM100. Pemenang bertuah akan saya ‘dm’ secara peribadi.
“Pemenang juga boleh memilih sama ada untuk wang itu dikreditkan ke akaun milik mereka ataupun jika pemenang itu bermurah hati, wang kemenangan itu boleh juga didermakan untuk misi amal ini,”terang Radin dan mengharap usahanya ini sedikit sebanyak dapat membantu membeli keperluan seperti face mask dan hand sanitiser untuk kegunaan frontliners.
MW memuji usaha murni Radin ini, tak kiralah kecil atau besar sumbangannya nanti…apa yang penting kesedaran beliau menyumbang sesuatu untuk membantu pihak yang memerlukan wajar dicontohi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selepas lapan tenaga kerja produksi termasuk pelakon drama Demi disahkan positif Covid-19, pelakon Ashraf Muslim akui yang dirinya juga positif Covid-19. Penghujung bulan lalu, Ashraf turut terlibat menjalani pengambaran drama bersiri itu di Inverness, Scotland.
Beliau turut memaklumkan dirinya disahkan positif pada 12 April lalu.
“Tanggal 12 April 2020 menjadi jawapan bagi AM tentang keputusan sampel Covid-19. Ya, saya dijangkiti virus Covid-19.”
“Sewaktu itu, walaupun sebak di dada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dengan pilihan Allah.. ada hikmah di sebaliknya.”
Debaran hati tak dapat ditahan-tahan bila mana, dia mula dibawa ke dalam ambulans untuk ke hospital. Bagaimanapun, Ashraf tidak memaklumkan lokasi hospital berkenaan.
“Datang perasaan nervous dan macam-macam perasaan timbul bila masuk dalam ambulance. Itu yang sampai berpeluh-peluh tu.”
Ashraf juga meminta maaf kepada ahli keluarganya dan sahabat handai dan memohon agar mendoakan dirinya dan pesakit-pesakit Covid-19 yang sedang diuji ketika ini.
“Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat-sahabat dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yang baik untuk saya dan pesakit-pesakit di sini dan juga kita semua. Semoga Allah jauhkan wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua.”
“Di sini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yang cuba menghubungi saya sebelum ini. Iyalah.. harap faham dengan situasi saya sekarang ini.”
“Tak lupa juga pada frontliners, doktor-doktor, MA, nurse-nurse dan mereka yang terlibat. Terima kasih u all are our hero.”
Sepanjang terpisah dari keluarga, Ashraf menitipkan rasa rindunya untuk kedua isteri dan anak-anaknya.
“And to mama, ibu, Sarah, Adam, Anad dan Safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dari Covid ni cepat ya. Supaya kita dapat jumpa ramai-ramai.”
“Ayah rindu sangat.. tapi jangan risau ya, ayah ok kat sini. Sihat dan boleh solat dan baca Quran macam biasa. Sama-sama kita berprasangka baik pada Allah. Hanya DIA yang berikan penyakit dan dari DIA jua yang memberi kita kesembuhan.. Allahualam.”
Kru produksi drama Demi ini berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, iaitu sebelum kes penularan Covid-19 ketara dan Perintah Kawalan Pergarakan (KPK belum dikuat kuasa.
Pada 31 Mac lalu, 18 orang tenaga kerjanya termasuk pengarah, pelakon dan kru tiba di Kuala Lumpur. Antara kru drama yang disahkan positif termasuk pengarahnya, Rahila Ali dan pelakon, Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa.
7 April lalu, MW ada berkongsi perkhabaran mengenai aktres Puteri Aishah positif Covid-19 sekembalinya dari Inverness, Scotland pada 31 Mac lalu. Puteri Aishah kemudian di bawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Selepas 11 hari mendapat rawatan di hospital tersebut, tengah hari tadi…Puteri dalam satu klip video ringkas berkongsi khabar gembira mengenai keputusan yang menggembirakan dirinya. Puteri akhirnya disahkan negatif Covid-19 dan dibenarkan pulang petang tadi.
Allahu Akbar! Bila nurse Kak Zue cakap result Puteri NEGATIVE!! Puteri terus shaking satu badan rasa syukur happy sgt!
Alhamdulillah Alhamdulillah Ya Allah, bersyukurnya! 🤲🏻
Lepas 11 hari dalam ward, di Hospital Sg Buloh, pagi tadi pukul 12 pagi Puteri buat second swab, dlm tghhari tadi nurse kata Puteri negative! U are free from covid!!
Saya berjaya lawan covid!💪🏻
Alhamdulillah Syukur! Terima kasih semua sbb doakan Puteri dan terima kasih yg teramat sgt kepada semua nurse dan doctor yg jaga puteri, rawat puteri selama di sini..🙏🏻🙏🏻
I appreciate it lot! THANK YOU! 🙏❤️ #iWON#kitapastimenang#InShaAllah
Puteri juga menzahirkan rasa terima kasihnya kepada para petugas dan juga doktor yang merawatnya sepanjang berada di Wad 6D. Selain itu Puteri juga memaklumkan beliau tidak dapat melupakan persahabatan yang terjalin antara teman se wadnya dan mengharapkan persahabatan ini berkekalan.
I miss them already. Thank you jadi kawan Puteri masa dlm ward kak Pakia, kak Grace & kak Shima 💖 Especially kak Pakia sbb selalu ada time Puteri down and sedih. Dia selalu pesan jangan lupa dia. I wont forget you! Puteri akan ingat kita selalu share makanan, family stories, suka duka & puteri ajar kak Pakia makeup 😂 i will never forget that! Thank you to nurses and doctors jugak sbb baik dgn Puteri and kawan2 dlm ward. Dr Hannah selalu happy je bila dgr suara dia rasa mcm sihat terus. Nurse kak Zue pun sama, selalu comfort Puteri time Puteri sakit. Dr Omar selalu bagi info and siap tanya kan kat nurse i boleh pakai hairdryer ke tak 😂 Thank you guys 🙏 I’ll treasure this experience forever.. 🥺💖 #wad6D
Alhamdulillah, MW tumpang gembira mendengar perkhabaran yang melegakan ini. Menurut Pengurus Puteri Aishah; Iman Tang… Puteri kembali ke rumahnya sebaik keluar dari hospital petang tadi. MW juga mendoakan, semoga selepas ini… ramai lagi pesakit Covid-19 yang sedang menjalani rawatan mendapat keputusan negatif dan dapat kembali semula kepangkuan keluarga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Raih 11A+ SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), anak penjual pisang goreng dan laksa buat ramai rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai sebagai seorang pelajar.