Hari Jumaat hari di mana MW akan berkongsi resipi yang mungkin boleh dijadikan ilham buat anda memasak cuti hujung minggu ini. Tak kisahlah Sabtu atauh Ahad, mungkin pagi Sabtunya anda boleh ke pasar berdekatan membeli rencah masak untuk salah satu menu yang kami kongsikan ini. Sesekali kita layan ayam berempah, ketam sumbat dan kari sotong pula. Nak basahkan tekak…koktail buah-buahan kami kongsikan cara membuatnya. Selamat mencuba!

AYAM BEREMPAH
Bahan-bahan :
• 1/2 ekor ayam (potong kecil)
• 1-2 sudu besar serbuk kari daging
• Sedikit serbuk cili atau cili kisar
• Garam secukup rasa
• Beberapa helai daun limau purut (diracik halus)
• Minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar Halus:
• 2 sudu besar biji ketumbar
• 1 sudu teh jintan manis
• 1 sudu teh jintan putih
• Bahan Kisar Kasar:
• 6 biji bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 2 inci halia
• 2 inci lengkuas
• 2 inci kunyit hidup (ganti serbuk kunyit)
• 2 batang serai
Cara Membuat:
1.Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.
2.Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar.
3.Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam. Perap dulu dalam satu jam sebelum digoreng.
4. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Dan bila garing, dibalik balikan supaya ianya masak rata.
5. Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah-rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng. Bolehlah dihidangkan ketika panas.

IKLAN

KETAM SUMBAT
Bahan-bahan:
• 6-8 ekor ketam (direbus, keluarkan inti dan pisahkan dari cengkerang)
• 2 biji telur (dipukul)
• 1/2 cawan serbuk roti
• 2 ulas bawang putih (di cincang halus)
• 1/4 cawan sos tomato
• 1 biji ubi kentang (di potong dadu)
• 1/2 cawan cili benggala merah dan hijau
• 1 cawan kobis (di sagat halus)
• 35gm keju keping diracik
• 1 sudu besar minyak masak
• garam dan lada sulah
Cara Membuat:
1. Rebus ketam, pisahkan cengkerang dan keluarkan isi, ketepikan.
2. Pukul 2 biji telur tadi dan ketepikan
3. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan
4. Masukkan sos tomato, lada benggala dan kobis, kacau rata.
5. Masukkan pula isi ketam dan keju
6. Perasakan dengan garam dan lada sulah
7. Isikan cengkerang ketam dengan inti tadi
8. Tutup dengan serbuk roti dan celup ke dalam telur yang telah di pukul.
9 Goreng ke dalam minyak panas sehingga kekuningan dan hidangkan dengan sos cili.

IKLAN

KARI SOTONG
Bahan-Bahan:
• 400 gm sotong basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
• 1 labu bawang besar-dikisar
• 1 biji cili merah-dikisar
• 3 ulas bawang putih-dikisar
• 1 sudu teh serbuk kari (dibancuh dgn 60 ml air)
• 2-3 biji cili api (diketuk)
• 1 sudu makan sos cili
• 1 sudu makan jus lemon
• sedikit daun ketumbar (dihiris)
• 1/2 sudu besar kicap pekat
Cara Membuat:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
2, Tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
3. Masukkan serbuk kari, kicap dan sos cili.
4. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
5. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar.
6. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

IKLAN

KOKTAIL CAMPURAN BUAH-BUAHAN
Bahan-bahan:
• 1 tin susu cair
• 2 sudu besar susu pekat
• Sepotong agar-agar
• Sepotong buah tembikai (dipotong dadu kecil)
• 1 tin buah campuran koktail
• 1 sudu teh esen vanila
• Ketulan air batu
Cara Membuat:
1. Dalam mangkuk koktail yang bersih, masukkan sedikit agar-agar yang dipotong halus.
2. Buka tin buah campuran koktail dan toskan air gulanya.
3. Tuang susu cair ke dalam mangkuk yang sudah berisi agar-agar, buah tembikai dan buah campuran, gaul sebati.
4. Masukan pula esen vanila serta susu pekat dan kacau lagi.
5. Boleh dimasukan ke dalam peti ais untuk disejukan sementara sebelum menjamunya sebagai pencuci mulut atau taburkan sahaja ais batu ke dalam minuman koktail susu tersebut.