Selalunya kalau beli daging di pasar memang boleh pesan siap-siap pada penjual untuk potongkan ikut potongan yang kita inginkan. Namun kalau dapat daging korban, jenis seketul besar memang buntu juga nak dipotongnya. Ada cara dan kaedah tertentu untuk potong daging ni bagi lembut dan tak berbau bila dimasak. Bukan apa bila salah potong dan caranya, dagingnya akan jadi liat bila di masak walaupun ikut macam-macam petua untuk lembutkan daging.
Baca tip potong daging yang dikongsikan oleh Puan Noor Niza ini sebagai rujukan.
“Siapa nak mudah potong daging bagi lembut..ni saya dah tunjuk cara. Nanti boleh cuba.”
“Pertama potong daging lawan urat, baru letak cuka atas daging. Selepas itu tekan-tekan daging tersebut bagi keluar darahnya. Nanti dah masak lembut lah daging tu, bau daging pun tak kuat. Basuh dengan tepung pun boleh jugak”
Ads
Cara-caranya:
1.Ni urat daging.
2.Ambil bahagian ikut urat dulu, potong tengah-tengah dulu.
3.Nanti nampak urat melintang jadi senang dipotong. Ikut tanda ungu bila nak potong daging.
Ads
Ads
Selamat mencuba!
MW:Semoga perkongsian tip ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada dapat daging korban,atau beli daging tu boleh ikut tip yang dikongsikan barulah bila dimasak dagingnya mudah lembut dan tak liat.
Panduan ini penting untuk bantu famili kecil yang tak punya anak ramai memilih penapis air terbaik sesuai kehendak dan bajet mereka. Penapis air ini bermanfaat untuk mendapatkan air minum terawat yang sihat dan selamat diminum seisi keluarga.
Sebab itu, penting pilih penapis air yang sesuai dengan bajet famili anda. Satu kelebihan tambahan, bila penapis air yang dibeli itu ada banyak fungsi dan jadi aksesori cantik di kediaman anda. Hadamkan tip yang Mingguan Wanita kongsikan ini.
Bagi keluarga yang tinggal di kediaman kondominum, SOHO atau apartment tentunya perlukan penapis air yang menjimatkan ruang. Jadi, carilah penapis air yang sesuai dengan kediaman anda.
Penapis air COWAY ini punya kelebaran hanya 7 inci. Penapis air KECIL ini sangat menjimatkan ruang dan memberikan sentuhan berbeza untuk ruang dapur anda dengan reka bentuk anggun, moden dan minimal.
Sebab ciri KECIL dan ANGGUN inilah yang membuatkan ia jadi tumpuan mata sesiapa yang melihat.
Dengan penapis air COWAY ini anda boleh nikmati air pantas dengan penulen air secara terus dengan hanya menyentuh butang digital yang inovatif.
Sekelip mata saja air minum keluar ikut setting yang anda tetapkan. Tak perlu tunggu lama-lama depan penapis air nak dapatkan air yang diinginkan.
Misalnya, untuk penapis air COWAY ini anda cuma perlukan masa 3 SAAT sahaja untuk menikmati air panas. Cepat betul. Bila ada tetamu datang, boleh terus hidang air panas tanpa perlu menunggu lama.
Hebat tak hebat penapis air COWAY ini, ia punyai 5 tetapan suhu. Iaitu, untuk kopi, teh, susu bayi, suhu bilik dan juga sejuk.
Jika mak ayah tergesa nak bancuh susu anak kecil, boleh terus sentuh butang ‘susu bayi’. Nanti, akan keluar air ikut suhu khas sesuai untuk bancuhan susu anak itu. Semudah itu. Tak perlu dah tunggu lama untuk jerang air bagai.
Mudahnya penapis air COWAY ini, tetapan jumlah air tersedia untuk mak ayah hanya dengan satu sentuhan saja. Boleh pilih nak isipadu air itu banyak mana.
Inilah kelebihan yang buatkan penapis air ini jadi kegemaran rakyat Malaysia. Satu lagi, isipadu air pilihan itu boleh mencecah sehingga 1000ml. Bermakna, boleh guna lama dan bila-bila masa yang mak ayah suka.
Bayangkan tiba-tiba anak kecil nak ambil air minum, tertekan air panas. Atau anak main tekan-tekan penapis air. Bukankah mengundang bahaya pada anak kan? Sebab itu, penting cari penapis air yang ada ciri ‘child lock’.
Penapis air COWAY ini ada ciri-ciri keselamatan untuk kanak-kanak. Dan tentunya selamat untuk diletakkan di ruang dapur kediaman.
Semua ini perlu anda ambil kira sebelum mencari penapis air.
Tonton video di bawah untuk lihat banyak kelebihan dan kebaikan COWAY – KECIL ini.
Bila dah faham akan kelebihan penapis air COWAY ini, mak ayah rugi tak ambil peluang rebut PROMOSI yang COWAY sediakan ini.
Harga asal produk RM115 sebulan tetapi untuk promosi pelancaran, COWAY memberikan 2
pilihan :
RM99 sebulan selama 5 tahun RM88 sebulan selama 6 tahun
Telur terlalu lembik atau terlalu keras. Paling sakit hati apabila kita mengupas kulit telur, isinya turut terkupas sama. Itu adalah antara masalah yang sering kita hadapi apabila merebus telur.
Ala…rebus telur aje. Takkan itu pun tak tahu. Tetapi tidak dapat dinafikan kadang-kadang sebab ‘terlalu’ pandai merebus telur, ada kalanya hasilnya tidak seperti yang diinginkan.
Sangat tidak cantik telur itu, kan?
Bagi mendapatkan telur yang sempurna, anda boleh pilih tempoh masa yang anda suka.
(lihat gambar)
Langkah 1:
Letakkan telur di bahagian bawah periuk. Pastikan tidak letak telur terlalu padat di dalam periuk.
Langkah 2:
Isikan periuk dengan air. Pastikan jumlah ukuran air itu seinci di atas telur.
Langkah 3:
Masak air mendidih dalam keadaan api suhu tinggi.
Langkah 4:
Setelah air mendidih, tutup periuk dengan penutup. Angkat periuk daripada dapur. Jangan angkat penutup periuk. Biarkan telur yang berada dalam periuk berisi air itu sejuk. Anda boleh tetapkan pemasa (timer) dari 4 hingga 12 minit.
Langkah 5:
Isi mangkuk besar dengan ais dan air.
Langkah 6:
Apabila telur mencapai masa memasak yang diinginkan, gunakan penyepit untuk mengeluarkan telur dari air panas dan rendam perlahan-lahan ke dalam air ais yang telah disediakan sehingga sejuk. Biarkan ia di dalam air ais selama kira-kira 10 minit.
Langkah 7:
Ketuk telur dengan lembut di atas permukaan yang keras dan kupas kulitnya. Bilas telur di bawah air sejuk untuk membuang kulitnya. Keringkan telur.
Kadang kala semasa mengupas telur, anda mungkin menyedari bahawa isi telur itu melekat dengan kulitnya. Ada banyak sebab mengapa kulit telur tidak dapat dikupas dengan baik.
Jangan risau. Ini perkara normal dan sering berlaku apabila mengupas kulit telur.
Kenapa ia berlaku?
Telur baru sukar untuk dikupas kulitnya. Manakala telur lama lebih mudah dikupas kulitnya.
Terdapat banyak tip cara mengupas kulit telur dengan baik tanpa menyebabkan isinya terkupas sama.
Anda boleh tambahkan satu sudu teh baking soda ke dalam air rebusan. Atau anda juga boleh tambahkan satu sudu teh cuka ke dalam air rebusan.
Selain itu, anda juga boleh memecahkan kulit telur yang telah masak sebelum merendamnya seketika di dalam air berais.
Seronok bila bercucuk tanam, pokok jadi subur, berdaun hijau, berbunga dan berbuah meriah. Hilang segala penat berkebun tu. Sisa dapur yang ada jangan dibuang.Siapa sangka, hasil dari sisa dapur pun boleh dijadikan baja untuk suburkan tanaman organik.
Kalau mak-mak dah cuba macam-macam cara dan baja, tapi pokok payah nak subur boleh cuba siram ‘Booster’ Organik guna sisa-sisa dapur. Cara nak buat mudah, kosnya pun murah sangat.Hasilnya memang puas hati, jimat dan berbaloi!
“Rutin setiap pagi sabtu saya akan siram ‘booster’ organik untuk semua pokok agar lebih subur & sihat. Guna sisa-sisa dapur ja yang kita tak masak, tak makan, busuk atau expired.”
“Kulit bawang, batang kangkung/bayam, kulit pisang, kulit nanas, kulit betik, kulit limau, kulit ubi kentang/keledek, kulit telur, air basuh beras, air kelapa tua, nasi basi, susu basi, roti expired, hampas kopi/teh dan lain-lain. Apa-apa pon boleh campur sekali yang penting organik.”
Untuk proses fermentasi yang lebih cepat boleh guna EM/yakult/ragi tapai dan gula merah/pasir sebagai makanan mikrob/bakteria untuk membiak.
Lepas dah penuh campur semua kena tutup dengan kain ketat-ketat dan buka seminggu sekali pada 1 bulan pertama dan dikacau.
Minimum kena peram 1 bulan baru boleh guna. Saya punya tu dah 4 bulan lebih. Lagi lama lagi bagus.
Untuk permulaan boleh campur apa yang ada dulu..contoh air basuhan beras + kulit bawang + gula..yang lain-lain boleh tambah sikit-sikit ikut apa yang ada nanti sampai la penuh.
Ingat yer 1 bulan selepas campuran terakhir (penuh) baru guna..tanda-tanda boleh guna kalau dah tak bau busuk. Bau dia macam tapai kira dah jadi la..boleh guna untuk siram atau sembur.
Booster organik untuk semua tanaman saya. Ni lah mikroorganisma lokal (MOL) & juga sebagai baja/pupuk organik cair (POC). Spora putih menandakan dah cukup matang dan adanya banyak bakteria/mikrob baik yang sangat aktif.
Siap dibancuh dengan air hujan untuk disiram ke tanaman. 1 mug booster + 1 baldi 15 liter air.
MW: Mak-mak yang suka bercucuk tanam, tapi pokok payah nak subur cuba siram dengan ‘Booster’ Organik guna sisa-sisa dapur ni. Buat sendiri je,mudah tapi hasilnya memang puas hati ikut cara yang dikongsikan ini.