POLLING SEMBANG WANITA
Misi Goda Suami. Hubungan Di Ambang Sendu
Awal perkahwinan ucapan I sayang you tak pernah lekang di bibir. Apabila sudah beranak pinak, nak bercakap pun macam tak berbunyi. Hubungan hambar. Masing-masing buat hal sendiri. Sampai bila nak macam ini? Bantu kami untuk jawab polling bagi topik ini dan akan dikupas oleh pakar di FB Live Sembang Wanita setiap Rabu jam 3 petang.
1. Hubungan pasangan suami isteri pada hari ini, mudah hambar kerana masing-masing sudah bosan dengan sikap satu sama lain?
2. Berdasarkan pemerhatian atau pengalaman sendiri, siapakah yang dilihat lebih gigih perbaiki hubungan sendu atau hambar dalam rumahtangga?
3. Jika anda atau kenalan hadapi masalah hubungan sendu bersama pasangan, apakah usaha PERTAMA yang akan anda atau kenalan akan lakukan?
4. Berdasarkan pengalaman atau pemerhatian, hubungan sendu atau hambar ini terjadi disebabkan: (Pilih yang anda fikir paling dekat di hati atau pemerhatian anda)
}catch(e){console.log('error',e)}
POLLING SEMBANG WANITA
Jangan Gatal Raya Ni, Boleh Rosak Mood!
Bab gatal kulit muka, kulit kepala terutama kulit kering dan sensitif memang mengundang rasa tak selesa. Nak pula nak raya puas-puas tahun ni. Ke sini ke sana, bertudung dalam cuaca panas, pelitup muka wajib pakai selalu, siapa yang kulit sensitif tahu lah betapa tak selesanya rasa.
Cuba anda bantu kami menjawab TIGA soalan berkenaan penjagaan kulit di bawah. Ia akan dibincangkan dalam program Sembang Wanita di FB Live Mingguan Wanita.
1. Semenjak menggunakan pelitup muka dalam tempoh masa lama, pernahkah anda hadapi kulit muka gatal-gatal dan tidak selesa?
2. Jika anda hadapi masalah kulit sensitif yang menyebabkan kegatalan serius, apakah tindakan anda?
3. Apakah faktor yang mendorong anda semasa ingin membeli produk penjagaan kulit yang baharu?
POLLING SEMBANG WANITA
Isteri Uzur, Setia Suami Diuji
“Hanya kematian memisahkan kita, bahagia hingga ke syurga” Kerap sangat janji keramat ini diucapkan tatkala sedang hangat bercinta dan di awal perkahwinan. Setelah diuji hebat, berapa ramai yang mengotakan janji untuk terus setia di sisi? Bantu kami dengan menjawab empat soalan polling ini. Terima kasih atas kerjasama.
1. Siapakah yang menjadi contoh terdekat anda mengotakan janji sehidup semati dan susah senang bersama pasangan?
2. Jawab dengan jujur, adakah anda tetap setia andai pasangan tiada lagi upaya disebabkan masalah kesihatan untuk melaksanakan tanggungjawabnya?
3. Suami yang setia pada isteri yang uzur adalah lelaki yang sukar ditemui sekarang.
4. Apakah pendapat peribadi anda kepada pasangan yang terus setia dengan pasangannya yang uzur atau tiada keupayaan membahagiakan?
POLLING SEMBANG WANITA
Ranjau PKP, Kesetiaan Pasangan Diuji
Tidak dinafikan cabaran hubungan suami isteri di masa pandemik 19 memang luar biasa. Paling ketara ialah disebabkan kedudukan kewangan.
Ramai terjejas pendapatan dan terpaksa ubah gaya hidup dan yang tidak dapat menyesuaikan diri mudah berasa kecewa dan putus harapan. Situasi ini sangat menguji kesabaran dan kesetiaan.
Bagaimana pasangan harus harungi bersama agar masalah kecil tidak menjadi besar, berlaku penderaan dan berakhir dengan perceraian?
Bantu kami untuk mengetahui sejauh mana PKP ini menguji hubungan anda suami isteri dengan menjawab 5 soalan polling di bawah. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
1. Adakah PKP telah menjejaskan hubungan anda suami isteri?
Created with
2. Pilih situasi hubungan anda ketika ini
Created with
3. Apa isu utama yang menjadikan hubungan mudah terkesan semasa PKP?
Created with
4. Bagaimana anda menangani masalah hubungan dengan pasangan?
Created with
5. Adakah anak-anak turut menjadi mangsa kepada situasi hubungan anda suami isteri?
Created with