POLLING SEMBANG WANITA
Mak-mak Jadi Singa Musim PDPR
Bukan senang nak mengajar anak di rumah. Bagi mak-mak, jangannlah terjadi lagi PDPR atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah seperti tahun lepas. Tapi apa kan daya PKP berlanjutan menjadi PKP Lockdown.
Masa ini keluar segala jeritan, ngauman bak singa apabila mak-mak terpaksa menjadi ‘cikgu’ di rumah.
Untuk memeriahkan pengisian rancangan Sembang Wanita yang bakal bersiaran pada 11 Jun 2021 nanti, mohon kerjasama anda menjawab semua soalan yang disediakan.
Kerjasama kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
1. Anda ada berapa orang anak yang masih bersekolah?
2. Apa menyebabkan mak-mak cepat naik marah ketika mengajar anak di rumah? (Pilih satu paling kerap terjadi)
3. Adakah anak lebih selesa merujuk kepada ayahnya berbanding mak?
4. Adakah anda akan duduk bersama untuk memastikan anak fokus?
POLLING SEMBANG WANITA
Awas! Stress Pkp, Sakit Mental Menjadi-Jadi
Tempoh masa PKP yang lama banyak meninggalkan kesan negatif pada sebahagian kita. Tekanan hidup yang mencabar dan tak tertanggung getirnya menjadikan kita stress sehingga menyebabkan tertekan, murung dan akhirnya alami tekanan mental.
Tidak hairan ada yang buat keputusan bunuh diri. Untuk mendapatkan sedikit maklum balas tentang topik Sembang Wanita kali ini, kami perlukan kerjasama anda untuk menjawab semua 4 soalan di bawah. Terima kasih.
1. Adakah anda berasa tertekan dengan kehidupan anda ketika ini sehingga menjejaskan tingkahlaku?
Created with
2. Pernah kah anda berada dalam situasi bimbang, murung, suka bercakap sendiri dan marah tanpa sebab?
Created with
3. Adakah anda mempunyai kenalan yang memiliki symptom di atas?
Created with
4. Apa tindakan anda jika mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang hadapi masalah mental?
Created with
POLLING SEMBANG WANITA
“PKP Badan Montel, You Tetap Comel”, Suami
Adakah PKP Lockdown kali ini bakal memontel dan menggebukan mak-mak semua sebagaimana PKP tahun lalu? Perancangan nak konsisten eksesais tinggal kenangan sahaja apabila selera makan atasi segalanya.
Admin perlukan bantuan mak-mak untuk jawab polling di bawah bagi mendapatkan sedikit gambaran tentang PKP dan berat badan bagaikan dipisah tiada ini.
SOALAN 1: Adakah anda mengalami kenaikan berat badan sepanjang PKP tahun lalu?
SOALAN 2: Jika ‘YA’ berapa kenaikan badan anda
SOALAN 3 : Apa reaksi suami anda?
SOALAN 4: Sebab utama berat badan naik? (pilih satu paling sesuai dengan anda)
POLLING SEMBANG WANITA
Jangan Gatal Raya Ni, Boleh Rosak Mood!
Bab gatal kulit muka, kulit kepala terutama kulit kering dan sensitif memang mengundang rasa tak selesa. Nak pula nak raya puas-puas tahun ni. Ke sini ke sana, bertudung dalam cuaca panas, pelitup muka wajib pakai selalu, siapa yang kulit sensitif tahu lah betapa tak selesanya rasa.
Cuba anda bantu kami menjawab TIGA soalan berkenaan penjagaan kulit di bawah. Ia akan dibincangkan dalam program Sembang Wanita di FB Live Mingguan Wanita.
1. Semenjak menggunakan pelitup muka dalam tempoh masa lama, pernahkah anda hadapi kulit muka gatal-gatal dan tidak selesa?
2. Jika anda hadapi masalah kulit sensitif yang menyebabkan kegatalan serius, apakah tindakan anda?
3. Apakah faktor yang mendorong anda semasa ingin membeli produk penjagaan kulit yang baharu?