Polis sahkan duda mangsa tikam ada hubungan sulit dengan isteri suspek. Seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila menikam seorang individu dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan isterinya dalam satu insiden di Taman Sri Pagi, Isnin lalu.
Polis Sahkan Duda Mangsa Tikam Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Suspek
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof memaklumkan, hasil siasatan awal mendapati wanita tersebut mengenali mangsa sejak sebulan lalu.
Kredit foto: Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof. FOTO arkib NSTP
“Hasil siasatan mendapati motif kejadian kerana mangsa yang berusia 28 tahun itu dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan isteri kepada suspek.
“Kami difahamkan, isteri suspek sudah berkenalan dengan mangsa sejak sebulan lalu melalui laman sosial.
“Bagaimanapun, pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.
Tambah beliau, suspek berusia 31 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan air kencing turut mengesahkan dia bebas daripada penyalahgunaan dadah.
Ads
Mengulas mengenai penyebaran maklumat kes di media sosial, beliau menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penularannya kerana ia melibatkan sensitiviti serta masih dalam siasatan.
Dalam perkembangan lain, seorang lelaki yang menggunakan nama akaun Facebook Bro Stylo mendakwa suspek merupakan adiknya dan meminta netizen tidak meninggalkan komen negatif tanpa mengetahui keadaan sebenar. Katanya, adiknya bekerja keras dengan melakukan tiga pekerjaan demi menanggung keluarga.
Ads
Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam di hadapan sebuah rumah akibat perselisihan faham berunsur cemburu. Kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu menyaksikan suspek ditahan dengan bantuan orang awam, manakala mangsa ditemui terbaring di hadapan pagar rumah.
Influencer TikTok, Ryan Bakery ini sememangnya terkenal dengan video nostalgia zaman kanak-kanak dengan imej budak berbedak penuh muka. Ramai tertarik dengan perkongsian video yang mengimbas momen dulu-dulu.
Videonya juga mencecah jutaan tontonan dan menjadi bualan di media sosial.
Terbaru, Ryan bergandingan dengan Shuib berlakon drama pendek komedi yang mencuit hati. Walaupun tanpa dialog tetap buat siapa yang menonton terhibur.
Ryan yang berbedak penuh di muka menjadi budak yang teringin merasa minuman yang Shuib order. Kasihan dengan gelagat budak muka berbedak, Shuib memberikan minumannya.
Bila dah ada di tangan, budak muka berbedak bawa pula lari minuman dari Shuib.
Video pengenalan yang mencuit hati itu kemudiannya disertai dengan video susulan. Menerusi video susulan itulah Shuib memaklumkan yang Ryan Bakery dilantik menjadi ikon Bubblebee miliknya.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad turut memaklumkan akan membuka satu lagi cawangan di Seri Iskandar, Perak.
Ramai peminat Ryan yang terharu dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan tersebut.
Ryan Bakery Pernah Hilang Kerja Akibat Pandemik
Rupanya Ryan Bakery ini pernah melalui ujian kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19. Sebaik tiada pekerjaan itulah, Ryan mula mencari sumber pendapatan melalui penghasilan content di media sosial.
Video yang dikongsikan mengimbau memori zaman kanak-kanak antara idea kreatif yang ramai orang suka. Sekaligus meningkatkan jumlah pengikutnya di aplikasi TikTok.
Ryan atau nama sebenarnya, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27 akui pernah satu ketika dia berasa ‘down’ dengan kecaman yang diterima.
Syukurlah, pesanan ayah dan sokongan kawan-kawan menguatkan kembali semangatnya.
Malah, terbaru TikTok Ryan Bakery mendapat ‘gift singa’ ketika sesi live daripada seorang pengguna aplikasi itu yang dikenali dengan nama Sultan Pemurah.
Bukan sekali dua dia menerimanya, malah berkali-kali dia menerima gift mewah tersebut.
Dalam berkongsi kegembiraan, Ryan berkata kepada tunang yang kebetulan menghubunginya, wang daripada gift tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinannya.
Tentunya ‘gift singa’ itu bukan sedikit nilainya. Ada yang berkongsi maklumat hadiah berkenaan mencecah harga RM1049.90.
Bertuah sungguh Ryan Bakery.
Mingguan Wanita : Tahniah! rezeki ayam nampak di kaki, rezeki orang siapa yang tahu.
Kes COVID-19 semakin meningkat seluruh dunia. Lambakan kes, menyebabkan hospital dan pusat kesihatan menjadi sesak sehingga perlu menunggu giliran untuk mendapatkan bantuan dan rawatan.
Kasihannya pengakhiran hidup seorang ibu tunggal di Thailand yang dijangkiti COVID-19 ini. Wanita ini sempat berpesan kepada dua anak perempuannya berusia tujuh dan sembilan tahun, supaya pergi ke rumah anak yatim, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
Pemeriksaan awal menggunakan kit ujian pantas COVID-19 mendapati ibu berusia 43 tahun itu, seorang tukang urut, positif COVID-19, dua anaknya juga turut dijangkiti.
Meninggal Ketika Menunggu Bantuan
Media tempatan pada Isnin melaporkan wanita tersebut mengalami gejala termasuk sakit dada, sukar bernafas dan batuk kira-kira tiga hari dan meninggal dunia di rumah ketika menunggu bantuan.
Sehari sebelum, seorang jiran membawanya ke hospital dan pulang semula pada hari yang sama. Wanita itu tidak dimasukkan ke wad, kemungkinan disebabkan terlalu banyak kes COVID-19 di hospital.
Rakaman video yang menunjukkan dua anak perempuannya sayu menyaksikan jenazah ibu mereka dibawa dengan tandu oleh sukarelawan, di daerah Bang Phli di Samut Prakan, Thailand, tular di media sosial dengan lebih 800,000 tontonan setakat ini.
Dua beradik itu sedang dirawat di hospital.
Kes Jangkitan COVID-19 Semakin Meningkat
Kisah ibu tunggal di Samut Prakhan itu dan mayat empat lelaki gelandangan yang dijumpai di tepi jalan di Bangkok minggu lalu menunjukkan betapa jangkitan COVID-19 telah kian mencengkam negara ini.
Jumaat lalu Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha menyatakan kebimbangannya dengan laporan mengenai mereka yang meninggal dunia di tepi jalan dan di rumah ketika menunggu bantuan perubatan.
Pada Selasa, Thailand mencatat 14,150 kes baharu COVID-19 dan 118 kematian, mengumpul jumlah jangkitan keseluruhan kepada 526,828 dan 4,264 kematian setakat ini.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) menyatakan sejumlah 171,921 pesakit masih dirawat di hospital dengan 4,284 dalam keadaan kritikal dan 954 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Menurut CCSA kematian melibatkan 64 lelaki dan 54 wanita berusia antara 25 hingga 96 tahun termasuk 115 warga tempatan dan seorang warga Myanmar, Kemboja dan India.
Mingguan Wanita : Kasihannya, meninggal dunia di rumah sendiri ketika menunggu bantuan tiba. Ternyata jangkitan COVID-19 tidak mengenal sesiapa, kes semakin meningkat di seluruh dunia. Sama-sama kita berusaha lindungi diri dan jaga SOP walau dimanapun berada.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Apabila seseorang melihat ujian musibah Covid-19 sebagai hikmah, maka dia akan memperolehnya dengan hati yang lapang. Inilah yang dikongsikan penyanyi popular, Nora Ariffin atau nama sebenarnya, Norafizah Ariffin.
Akui Nora, arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih diteruskan sehingga bulan Ramadan ini memberi hikmah buat dirinya dan keluarga. Terutama bab solat tarawih di rumah sendiri. Malah tidak pernah dibayangkan sebelum ini, yang dia akan menjadi imam solat tarawih di rumah untuk anak-anak perempuan dan maidnya.
Kongsinya, “Tak pernah terfikir untuk jadi imam solat tarawih untuk anak-anak dan maid di rumah. Sebelum ini memang kami selalu ke masjid.”
“Jarang solat di rumah apatah lagi saya terpaksa jadi imam. Tapi dalam PKP, tak sampai hati membiarkan anak-anak abaikan tarawih begitu saja, walaupun ibadah sunat.”
“Alhamdulillah, tak susah sangat pun. Kita ingat susah sebab nak perfect macam solat kat masjid. Slow-slow practice makes perfect. In Shaa Allah. Doakan saya istiqamah.” Kongsi Nora yang ditemani dua orang puterinya, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah.
Hikmah PKP Untuk Anak-anak – Nora Ariffin
Waktu PKP ini anak-anak tidak bersekolah. Jadi, mudah untuk anak-anak Nora berpuasa dengan penuh pengisian dan kesabaran.
“Masuk waktu terus ajak solat. Alhamdulillah.. moga terus istiqamah sampai bila-bila. Doa untuk papa dan abang Alif tak pernah putus. Moga mereka tenang di sana. In Shaa Allah.”
Disember tahun lalu, Nora diuji kehilangan anak keduanya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan, 20 yang meninggal secara mengejut di rumah. Manakala suaminya, Allahyarham Johan Nawawi yang merupakan seorang komposer meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.
MW :Sememangnya Ramadan di waktu PKP inilah waktu terbaik untuk meningkatkan amalan dan mendekatkan diri denganNya sepanjang melaksanakan ibadah berpuasa.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.