Susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, tak dinafikan ramai mak ayah menzahirkan kebimbangan sama ada anak tetap perlu datang ke sekolah mengikut takwim persekolahan pada 20 Januari ini.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
Terkini dimaklumkan semua murid sekolah rendah dan Tingkatan Satu hingga Empat di kawasan (PKP) akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mulai 20 Januari ini.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, ketetapan itu juga terpakai kepada pelajar Semester 2 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Semester 2 Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 di Kolej Vokasional.
“PdPR akan dijalankan mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari,” kata kenyataan tersebut pada Isnin.
Sesi Persekolahan Bersemuka Melibatkan Murid Menduduki Peperiksaan
Kenyataan turut menyebut, sesi persekolahan hanya diadakan secara bersemuka melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SVM, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
“Pelajar DVM tahun 2020 dan 2021 serta peperiksaan antarabangsa yang setara turut mengikuti pembelajaran secara bersemuka,” katanya.
Surat Kebenaran Khas
Menurut kenyataan itu, murid sekolah berasrama penuh dan asrama sekolah harian yang akan menduduki peperiksaan tersebut dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari ini.
“Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan murid merentas negeri atau daerah untuk pulang ke asrama,” katanya.
KPM berkata, calon berdaftar bagi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ke Tingkatan Satu akan mengikuti pentaksiran antara 20 dan 29 Januari 2021.
Ads
Sementara itu, bagi kemasukan ke Tingkatan Empat pula, pentaksiran akan diadakan di antara 15 dan 25 Februari 2021.
“Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh KPM bagi membolehkan calon merentas negeri atau daerah untuk hadir ke pusat pentaksiran yang ditetapkan,” katanya.
Bagi tujuan pengoperasian sekolah, KPM menjelaskan, semua guru dikehendaki kembali ke stesen tempat bertugas sebelum 20 Januari ini.
“Guru yang terlibat dengan peperiksaan SPM, SVM, SKM, STPM, STAM, DVM tahun 2020 dan 2021 di kawasan PKP perlu hadir ke sekolah untuk melaksanakan PdP secara bersemuka.
“Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan guru merentas negeri atau daerah untuk hadir ke sekolah,” katanya.
Ads
Bagi pelajar kolej matrikulasi di kawasan PKP yang telah berada di kolej perlu kekal di situ untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid.
“Bagi pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) di kawasan PKP, pengajaran dan pembelajaran bagi semua program pengajian akan dilaksana secara dalam talian mulai 17 Januari 2021.
“Di samping itu, semua tadika swasta yang berdaftar dengan KPM boleh terus beroperasi secara bersemuka,” katanya.
Negeri PKPB, PKPP Ikut Takwim Institusi Masing-Masing
Menyentuh mengenai negeri dan kawasan yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), KPM berkata, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM termasuk sekolah antarabangsa adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing.
“KPM menyarankan agar semua ketetapan ini turut diikuti oleh sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM termasuk sekolah di bawah kerajaan negeri.
Ads
“KPM akan sentiasa mengambil langkah-langkah perlu selaras dengan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu, Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi dalam Norma Baharu serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Pemantauan pengoperasian institusi pendidikan akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan aspek kesihatan dan keselamatan semua warga institusi pendidikan sentiasa diutamakan,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP di enam buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
PKPB pula akan melibatkan enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah Terangganu dan Kelantan, sementara PKPP akan dilaksanakan di Perlis dan Sarawak.
Pelaksanaan PKP itu dilakukan untuk tempoh 14 hari berkuat kuasa Rabu ini.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah yang ada anak-anak masih bersekolah, sila ambil perhatian atas garis panduan yang ditetapkan ini.
Nak rajin memasak, dapur kena cantik dan kemas. Barulah mood nak masuk itu akan ‘MARI’ tanpa dipaksa-paksa.
Tak perlu beli barang mahal pun, dapatkan barang-barang di Eco macam Puan Noor Hafiza Mohamad ini pun dah cukup puas.
Jom tengok, barang apa yang dia guna di dapur kecilnya sampai hasilnya stor dah bertukar jadi pantry ala FARMHOUSE.
Rumah flat 805 sq ft yang disewa Puan Zaza sejak 2013 ini mempunyai 3 bilik, 1 bilik air dan tandas di dapur. Jom tengok dekorasi menarik dari kediaman Puan Zaza yang cukup kreatif hias rumahnya dengan warna pilihan iaitu putih dan hitam.
Nampak tak, setiap balangnya ada sticker yang bertulis bahan apa yang diisi. Menarik, bukan?
Ok, kebanyakan rak dan jar dibeli dari IKEA, Kaison, Mr Diy, Daiso.
Puan Zaza juga cukup suka hack barang IKEA, bukan beli sekali gus tetapi dia beli sikit-sikit dan deko ikut ruang ke ruang. Nah, tengoklah hasilnya.
Haaa… nampak tak banyak periuk belanga macam mak-mak. Ceritanya, sebenarnya ini pun dah banyak kali percubaan nak susun semua periuk dan kuali supaya nampak kemas dan senang untuk digunakan.
Jangan tak tahu, hasil hiasan di rumahnya semua Puan Hafiza buat sendiri termasuk tampal wallpaper dan mengecat. Cuma kerja-kerja grill saja suami tolong buat.
Ini Dia Harga Dan Senarai Barang IKEA Yang Digunakan Dalam Pantry Farmhouse
1. Rak buku GERSBY RM121
2. Jar kaca KORKEN RM11
3. Balang plastik DRY FOOD JAR RM14
4. Balang kaca FORVAR RM6.50
5. Rak VARIERA RM9.30
On ke tak on? Kalau dah berkenan, kena mula kumpul perlahan-lahan barang yang patut ada di dapur. Nanti baru fikir nak letak mana, janji bahan di dapur senang nak diguna dan nampak kemas.
Semoga mak-mak ‘gemuk hati’ untuk teruskan niat hias dapur!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Majlis perkahwinan merupakan hari bahagia yang pastinya akan dikenang oleh pengantin dan juga para tetamu yang hadir. Selalunya majlis perkahwinan diadakan di dalam dewan mahupun konsep dalam taman, namun pengalaman berbeza apabila hari bahagia ini diraikan di Zoo.
Sebuah majlis perkahwinan viral di media sosial Indonesia kerana diadakan di sebuah zoo di Gembira Loka, Yogyakarta, lapor laman berita Liputan6 semalam.
Video memaparkan majlis perkahwinan serba mewah dan bertemakan adat tradisional Jawa itu diadakan pada waktu malam. Rakamannya dimuat naik dalam akaun TikTok @wahyuadhicandra.
Kahwin Anak Pemilik Zoo
Pengantin perempuan dikenali sebagai Nana berkahwin dengan pilihan hatinya, Niko yang merupakan anak pemilik zoo tersebut.
Tetamu yang menghadiri majlis tersebut dijemput di pintu hadapan zoo dengan menaiki ‘buggy’ khas. Mereka diberi peta lokasi yang menunjukkan keberadaan haiwan di zoo tersebut.
Terdapat pelbagai gerai makanan yang disediakan di tepi tasik. Acara itu dimeriahkan dengan persembahan tarian api oleh kakitangan zoo.
Majlis perkahwinan itu membawa tema moden dan tradisional. Hiasan cukup unik dan indah seakan hutan hujan tropika menjadikan suasana majlis lebih diingati.
Tetamu dibenarkan berinteraksi dengan haiwan dengan pihak pengurusan telah menyediakan sayuran dan buah percuma untuk memberi haiwan makan.
Tetamu juga dibenarkan bergambar dengan haiwan di zoo tersebut.
Mingguan Wanita: Memang unik sungguh konsep majlis perkahwinan dalam zoo ini. Memang lain daripada yang lain dan pastinya pengalaman manis diiingati tetamu yang hadir sampai bila-bila.
Biarpun kini sedang hamil kedua namun selebriti terkenal Scha Al-Yahya tidak betah duduk diam. Isteri kepada Awal Ashaari ini juga akui dia begitu aktif dan sejenis yang tidak boleh duduk diam.
Hamil Kedua Scha Tetap Ligat Berkemas & Tak Boleh Duduk Diam
Akui dirinya seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam, Scha akan mengisi masa terluangnya dengan pelbagai aktiviti walaupun hamil kedua kali.
“Saya memang jenis tak reti duduk diam. Kalau ada masa terluang memang macam-macam aktiviti akan saya buat.
Difahamkan juga hamil kedua kali ini juga buat Scha lebih mencabar kerana dia mengalami alahan lebih lama daripada mengadungkan Lara Alana, 6.
“Kali ini lebih mencabar sebab alahan sangat lama dan sekarang pun masih ada alahan sikit sikit. Mengidam pelik-pelik tiada cuma baru-baru ini saya teringin makan makanan Penang, tetapi sekarang dah hilang keinginan itu.
“Cuma yang sama hanya tabiat saya yang terlalu suka mengemas dan tidak tahu duduk diam walau di rumah,” jelasnya.
Tak Kisah Bayi Lelaki Atau Perempuan
Mengusik tentang persiapannya untuk menerima kehadiran orang baru, Scha akui dia masih
belum membuat persiapan dan tidak kisah soal jantina anaknya.
“Saya tak kisah lelaki atau perempuan, apa yang saya harapkan lebih sihat dan baik.
“Persiapan pun belum buat, saya ingat tunggu dah masuk lapan bulan baru buat persiapan. Insya-ALLAH saya akan mengekalkan huruf L dan A seperti Lara Alana untuk anak kedua nanti,” kata Scha yang baru saja menjadi duta Meeracle untuk tempoh sembilan bulan.
Berhasrat Mahu Tunai Umrah Tahun 2021
Scha juga menyatakan dia amat rindu untuk pergi melancong dan berhasrat mahu tunaikan umrah.
“Sejujurnya rindu untuk pergi melancong dan menunaikan umrah. Selain itu, kadang-kadang rindu juga nak tonton wayang.
“Harapan saya untuk tahun 2021 nanti, akan menjadi tahun yang lebih baik untuk tahun-tahun sebelumnya bagi semua orang.
“Saya juga berharap impian saya untuk menjadi usahawan berjaya dan hasrat untuk menunaikan umrah tercapai tahun depan,” ujarnya seperti dipetik menerusi Sinar Plus.
Kamal Adli menafikan wujud orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Uqasha Senrose. Pelakon itu turut mengaku merindui isterinya dan menegaskan, “Saya tak curang, saya hanya ada dia dan anak.”