Mungkin anda rasa pelik tetapi percayalah kalau ikut cara ini anda dah tak perlulah berpeluh bagai semata-mata nak gosok baju setiap pagi.
Cara ini agak membantu kalau anda jenis ibu yang bekerja, tambah pula kalau dapat suami yang memang harapkan anda selesaikan bab pakaian.
Namun jangan risau, anda boleh guna cara ini untuk pastikan baju tak berkedut tanpa menggunakan seterika. Haaaa… macam mana nak buat dan apa yang anda perlukan?
Ads
BAHAN-BAHAN:
Sehelai baju berkedut
Air batu
Mesin basuh yang ada pengering
Ads
Cara Senang Buat Mak-mak Yang Tak Rajin Gosok Baju:
Cukup masukkan baju dan 3-4 ketul air batudan tutup mesin basuh.
Set selama 10 minit dan biarkan baju berpusing bersama air batu di dalam mesin pengering.
Setelah itu keluarkan baju dan anda akan dapat hasil baju yang tak kusut!
Ads
Selama berpusing di dalam pengering, air batu akan meleleh dan menyebabkan baju jadi lembab dan kesannya lebih lembut dan fleksibel. Cara ini cukup unik dan banyak orang yang sudah pernah mencubanya.
Well… cuba dulu, siapa tahu kerja anda lebih mudah ya wanita!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hanya dengan 4 bahan yang sedia ada didapur, sebenarnya mak-mak boleh buat Biskut Susu ‘Alien’ Viral ini.Menurut perkongsian MariaKhalisya Khalis di page grup masakan Masak Apa Hari ni (MAHN), resepi ini biasa-biasa sahaja dan dibuat pun untuk hiburkan dan aktiviti dengan anak-anak dirumah. Tapi yang pastinya ia memang sedap, gebu, rangup dan cair dimulut.
“Inila susah kalau dah ajar anak tengok group masak-masak semua nak suruh mama buat, alasan nak rasa..mama dah nak beranak sabtu ni nak oii. Tak pe layankan Biskut Susu viral. Tapi akak cuba yang 4 bahan.Memang sedap.Cair kat mulut.”
“Buat bentuk coklat Hershey sebab anak-anak suka coklat tu.Tapi kakak saya kata macam muka alien je. Kelakar sebelum bakar semua kurus ramping dah bakar semua kegebuan dan kecomelan.Sampai 2 dari kanan yang depan tu boleh pusing toleh tepi terkejut tengok member-member lain bertukar jadi gebu.
Dengar pesanan ibu usia 49 tahun ini. Yusni Binti Mintol yang dikurniakan anak autisme. Demi anaknya, ibu ini rela menjadi guru pada anak-anak autisme yang lain selama 12 tahun di National Autism Society of Malaysia (NASOM).
Hayati perjalanan inspirasi ibu yang kini anak autismenya yang dijaga dari kecil itu sudahpun berusia 24 tahun.
Yang mana, anak ini sedang belajar membaca dan menghafal Al-Quran di Akademi Faqeh yang juga merupakan Yayasan Pendidikan Al-Quran bagi anak istimewa.
Ketika anak autismenya dilahirkan, maklumat berkaitan autisme amat berkurangan. Sungguh pun sumber rujukannya terhad, ibu ini cukup tabah dan kental semangatnya membesarkan anak autismenya, Dinie Edry Bin Badrul Hisham.
“Kami telah menerima seadanya keadaan Dinie. Ketika berusia enam bulan, Dinie diserang sawan. Sejak itu dia kerap keluar masuk di hospital. Disebabkan sering kena sawan itulah, kami mula lihat perbezaan kesihatan Dinie.
“Doktor beritahu, dia mengesyaki anak kami itu mengalami masalah disebabkan tingkah lakunya yang hiper.
“Akhirnya kamu rujukkan pada doktor pakar. Pemeriksaan MRI dilakukan dan hasilnya, Dinie disahkan alami masalah austisme sejak umur dua tahun setengah,” ujar Yusni memulakan perbualan dengan wartawan Mingguan Wanita.
Mengetahui anak mengalami masalah autisme dan ADHD menjadi satu cabaran baru pada Yusni dan suaminya Badrul Hisham pada ketika itu.
“Ketika itu kelengkapan dan maklumat mengenai austisme masih kurang. Kami mendiagnosis Dinie pada usia awal tetapi kami tak dapat intervensi di kawasan tempat tinggal kami di Seremban.
“Jadi kami daftarkan Dinie dengan National Autism Society of Malaysia (NASOM) di Seremban. Umur dia enam tahun barulah Dinie dapat masuk.
“Waktu itu memang sukar mencari maklumat. Demi Dinie saya putuskan untuk berhenti kerja sebagai technical assistant. Saya beritahu suami, biarlah saya jaga Dinie sendiri. Saya sedar, sukar untuk mencari orang untuk menjaga anak istimewa sebegini.
“Sukar sebenarnya membesar dan mendidik anak autisme pada ketika itu. Saya tak tahu dekat mana hendak belajar mengenai autisme.
“Menguruskan Dinie agak sukar kerana dia tidak pandai bercakap. Dia hanya menggunakan gerakan (gesture) sahaja jika mahukan sesuatu. Saya tidak pernah dengar dia mengucapkan perkataan ‘Mama’ atau ‘Papa’ pada ketika itu.
“Macam-macam dah kami tuturkan dekat dia tetapi tidak ada bunyi yang keluar daripada mulutnya.
“Hanya setelah diterima masuk ke NASOM, banyak perubahan telah berlaku pada Dinie. Dia sudah boleh bercakap dan saya bersyukur dengan perubahan tersebut,” tambah Yusni penuh kesyukuran.
Keputusan menghantar Dinie belajar di NASOM juga membuka peluang baru dalam hidup Yusni. Peluang di hadapan mata diterima dengan tangan yang terbuka.
“Hendak dijadikan cerita, pada ketika itu NASOM mencari guru sementara. Saya tanya, bolehkah saya memohon. Setelah ahli lembaga bersetuju, saya telah diterima masuk menjadi guru sementara di NASOM Seremban.
“Jadi guru di sana amat bagus kerana saya dapat tahu cara berkomunikasi dengan Dinie. Saya boleh nampak perkembangan Dinie di depan mata. Tetapi saya tidak mengharap sangat dia mampu melakukan lebih daripada kemampuannya.
“Saya tidak letakkan sasaran tinggi pada Dinie. Cukuplah sekadar dia dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam menjalani kehidupan seharian.
“Saya juga sering memberikan kesedaran dan cara bagaimana menguruskan Dinie kerana jika ditakdirkan kami telah ada di dunia ini, ada orang yang boleh menjaganya.”
Yusni bekerja selama 12 tahun di NASOM dan baru empat tahun dia berhenti kerja.
Kini dengan masa yang ada dia menggunakan ilmu yang dipelajari dahulu untuk terus mendidik dan menguruskan anak keduanya itu selagi hayat dikandung badan.
“Sekarang saya buat ‘freelance talk’ untuk ibu bapa yang baru sahaja mengetahui anak mereka didiagnosis mengalami masalah autisme.
“Kami juga mempunyai grup Whatsapp ibu bapa anak istimewa autisme di Negeri Sembilan. Tugas saya banyak membantu dari segi apa yang perlu dibuat, persediaan sebelum masuk sekolah dan juga memberi motivasi.”
Akui Yusni, dia sentiasa melibatkan Dinie dalam apa sahaja aktiviti keluarga.
“Kami tidak akan meninggalkan Dinie di rumah seorang diri. Kami juga sering cuba berkomunikasi dengan dia. Walau dia tidak tahu bercakap, Dinie akan cuba memberikan tindak balas.
“Dinie tidak duduk di sudut bermain sendirian. Sebaliknya dia bermain dengan adik-beradiknya juga. Pada mulanya adik-beradiknya sukar menerima keadaan Dinie. Namun lama-kelamaan mereka juga menganggap Dinie itu normal.
“Saya sering menasihati anak-anak lain jangan anggap Dinie itu istimewa. Layan dia seperti orang normal. Saya juga menasihatkan anak-anak agar jangan malu dengan orang kerana Dinie. Saya bersyukur anak dapat faham.”
Sebagai ibu yang berpengalaman dalam membesar dan mendidik anak autisme, Yusni berharap masyarakat lebih menerima kelainan upaya autisme dalam komuniti.
“Memang susah hendak educate people but insya-Allah jika dengan usaha yang tidak mudah putus asa, mungkin akan boleh juga.
“Nasihat saya kepada ibu bapa yang baru ada anak autisme, agar jangan bersedih lama-lama. Jangan denial lama-lama.
“Jangan hendak mencari silap dan juga jangan mencari alternatif yang merugikan masa serta wang kita sebab ini akan melambatkan proses intervensi anak kita.
“Sekarang zaman amat canggih, tidak seperti zaman anak saya. Tiada sumber untuk dirujuk. Carilah terapi yang sesuai untuk anak, jika tidak dapat yang percuma, usaha untuk yang berbayar.
“Insya-Allah akan ada rezeki untuk kita. Jika tidak juga mampu, google dan carilah cara-cara home schooling untuk anak tersebut, jangan tunggu peluang datang tapi cari peluang yang ada.
“Lebih Cepat kita mulakan intervensi, insya-Allah lebih banyak perubahan anak kita akan nampak walau segala terapi tidak akan mengubah autisme pada diri anak kita.
“Tapi sekurang-kurangnya kita dapat cover tiga masalah autisme iaitu dari segi komunikasi, tingkah laku dan juga sosial.”
Yusni berbangga walaupun Dinie tidak cemerlang dalam akademik tetapi dia boleh menghafal dan mengingat terutama perkara berbentuk muzik.
Lagu pertama dia hafal dengan hanya mendengar adalah nasyid kumpulan Raihan walau sebutan tidak berapa jelas sebab Dinie adalah non verbal sebelum usia enam tahun.
Foto: Yusni Mintol
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu anak kecil usia 3 bulan ini benar-benar diuji selepas anak kecilnya usia 3 bulan terkena kesan asap rokok. Puan Faziera Tarmizhiperlu melalui 3 hari 2 malam yang penuh dugaan, menahan seksaan hati melihat anak kecilnya itu jalani suction kerana kahak tebal akibat ASAP ROKOK.
Mingguan Wanita yang berkongsi semula kisah ini (dengan kebenaran) pun merasakan seksaan yang sama yang dialami anak kecil ini. Jadi ingatlah baik ayah, datuk, bapa saudara, adik dan seumpama dengannya sebelum pegang anak kecil, cuci bersih dahulu tangan dan mulut.
Agar asap rokok tak melekat pada bayi dan mengundang masalah lain yang ambil masa panjang untuk dirawat.
Hari ini babah dah pergi kerja. Pukul 9 pagi, tapi terpaksa balik pukul 11 pagi sebab Aira batuk berkahak sampai muntah.
Mommy risau sangat time ni. Sebab, Aira memang dah lama batuk hampir sebulan.
Dalam tempoh sebulan itu, ibunya tak membiarkan malah macam-macam cara tradisional dah dilakukan. Termasuklah daun sirih yang dilayur atas api, letakkan vicks dan tekap dekat dada baby sebelum tidur.
“Klinik jangan cakap lah berapa klinik dah mommy pergi. Buat sonotron lagi. Tapi itulah.. batik still sama tak ada perubahan.”
Doktor kata paru-paru Aira okay. Mommy pun ok sajalah sebab doktor kata gitu.
Menjelang saja malam hari, ibu ini tak senang hati nak tidur. Kasihan sekali melihat anak kecilnya Aira yang tak lena pun tidurnya.
“Batuk sampai merah merah muka.” Umur anaknya pun baru 3 bulan. Tentulah tak tahu macam mana nak buang kahak itu.
Akhirnya ibu dan ayah ini ambil keputusan bawa anaknya berjumpa pakar di KPK Ipoh Specialist.
“Masa ini doktor suruh ambil neb saja untuk cairkan kahak. Kahak Aira banyak. Tapi mommy cakap kat doktor untuk dapatkan rawatan lebih sebab kasihankan Aira.
Petang itu baru dapat ‘bed’ disebabkan ramai yang belum ‘discharge’ lagi. Lepas masuk saja ke wad, doktor order suction daily and nebulizer 4 hoursly.
“Masa Aira kena sedut tu, mommy tak boleh tengok sebab kasihan Aira kena masuk tiub dalam tekak untuk sedut kahak yang tersumbat.”
Tok Rambo pula menangis tengok Aira meronta-ronta.
Tapi hati mommy redha lah demi kesihatan Aira. Walaupun sakit sekejap, ia bermakna. Aira boleh sihat dengan cepat.
Kahak Aira tebal sangat. Patutlah Aira batuk-batuk sampai muntah.
Malam itu, Aira dapat tidur dengan nyenyak. Kahak yang banyak dah berkurangan dalam tekak. “And the best part, Aira tak menangis pun bila ambil neb. Good Girl anak mommy ni.”
Hari ini, hari kedua nak buat suction dekat Aira. Macam biasa, bila buat percussion Aira langsung tak menangis. Siap boleh tidur lagi.
Bila dan bedung badan dan nak suction, mulalah dia meronta-ronta nak dibebaskan. Trauma semalam belum hilang lagi.
“Kasihan anak mommy. Kali ini kahak Aira dah mula cair sikit. So, doktor kata tunggu lagi semalam. Tengok macam mana. Kalau ok dah boleh balik.”
Hari ini masuk hari ketiga. Alhamdulillah Aira dapat tidur dengan sangat-sangat lena malam tadi. Mommy sangat happy tengok Aira tidur dengan nyenyak. Bunyi kahak pun dah tak ada.
“Doktor datang review Aira. Kata doktor boles proceed discharge. Sebelum itu lena suction dulu. Macam biasa, Aira mesti akan menangis.”
“Tapi tak apalah, untuk kesihatan anak mommy.”
Alhamdulillah bila buat suction, cuma ada kahak yang cair saja. Aira dah beransur pulih.
Sebelum ini Tok Rambo ada suggest untuk buat suction. Cuma mommy tak nak sebab tak sanggup tengok anak mommy kena jolok macam itu.
Sebab mommy dah biasa tengok patient kena suction. Orang tua pun sakit, apatah lagi baby.
“Thanks to doctor and nurses in KPJ Ipoh Specialis Hospital.”
“ASAP ROKOK! yes asap rokok yang bust baby berkahak sebab terhidu asap.”
Jadi perokok.. please please please jangan hisap rokok kalau ada baby. Kalau boleh cuci mulut, basuh tangan baru pegang baby.
“Baba, pak pak sedara Aira and atok semua dah kena ceramah dengan mommy. Jangan hisap rokok depan budak.”
Sila cuci tangan sebelum pegang anak mommy. Yang susah jaga anak yang sakit bukan engkau orang, tapi mommy dia ya.
Bersengkang mata jaga anak takut anak tersedak muntah tengah tidur. Jadi, hargailah.. ingat orang yang tersayang.
Last but not least, mengandung dan bersalin bukan la sesuatu yang senang.