Hanya dengan 4 bahan yang sedia ada didapur, sebenarnya mak-mak boleh buat Biskut Susu ‘Alien’ Viral ini.Menurut perkongsian MariaKhalisya Khalis di page grup masakan Masak Apa Hari ni (MAHN), resepi ini biasa-biasa sahaja dan dibuat pun untuk hiburkan dan aktiviti dengan anak-anak dirumah. Tapi yang pastinya ia memang sedap, gebu, rangup dan cair dimulut.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Inila susah kalau dah ajar anak tengok group masak-masak semua nak suruh mama buat, alasan nak rasa..mama dah nak beranak sabtu ni nak oii. Tak pe layankan Biskut Susu viral. Tapi akak cuba yang 4 bahan.Memang sedap.Cair kat mulut.”
“Buat bentuk coklat Hershey sebab anak-anak suka coklat tu.Tapi kakak saya kata macam muka alien je. Kelakar sebelum bakar semua kurus ramping dah bakar semua kegebuan dan kecomelan.Sampai 2 dari kanan yang depan tu boleh pusing toleh tepi terkejut tengok member-member lain bertukar jadi gebu.
Rezeki memang tak dapat dijangka, datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Begitulah rezeki tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan Mohd Nasruddin Azmi dan pasangannya, Nor Suhaida Mohamad di Taman Sri Lichong, Gaal, di Pasir Puteh semalam, apabila setiap tetamu yang datang diberi sekampit beras lima kilogram (kg) sebagai cenderahati oleh bapa pengantin lelaki.
Majlis kesyukuran yang mencipta kelainan itu menyebabkan jalan untuk ke rumah pengantin sesak sejauh dua kilometer apabila ‘diserbu’ oleh tetamu yang datang.
Bapa kepada pengantin lelaki, Azmi Mohd Noor berkata, sebanyak 7,000 kampit beras disediakan sebelum diagihkan kepada semua tetamu yang hadir sebagai buah tangan.
Malah katanya, majlis meraikan anak sulung daripada tiga beradik itu menyediakan 17 gulai kawah membabitkan lima ekor lembu, tujuh ekor kambing bakar dan 500 ekor ayam yang semuanya dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk kampung seawal jam 6 pagi.
“Alhamdulillah majlis menyambut menantu berjalan lancar dan kediaman kami dipenuhi dengan tetamu yang hadir. Idea untuk memberi beras kepada semua tetamu bagi menghargai mereka yang datang sambil beramal”
“Saya datang daripada keluarga yang susah dan penduduk kampung banyak membantu kedua ibu bapa saya. Jadi, hari ini saya seperti mahu membalas jasa orang kampung dan tetamu yang hadir,”katanya ketika ditemui di Pasir Puteh.
Azmi yang juga Pengerusi Yayasan Fatimah Azzahra berkata, pada majlis meraikan anak sulungnya berusia 25 tahun itu, dia menjemput seramai 7,000 tetamu termasuk kenalan rapat.
“Memandangkan bukan selalu saya mengadakan kenduri, kali ini saya membuat majlis besar-besaran bagi meraikan semua yang hadir. Apa yang saya lakukan ini bukan untuk meraih populariti, sebaliknya hanya mahu meraikan tetamu.
“Saya bersyukur kerana majlis kali pertama dirancang berjalan lancar tanpa masalah. Malah saya lihat semua mereka yang menerima beras tersenyum gembira,” katanya.
Alhamdulillah, tuan rumah sudi berkongsi rezeki bersama tetamu yang datang. Semoga bertambah lagi murah rezeki.
Sembilan bulan mengandungkan bayi dalam perut penuh cinta dan air mata, bukan semudah ABC seorang ibu dapat menyerahkannya pada orang lain. Biar pun ibu itu, serba kekurangan naluri ibu anak memang takkan mudah untuk diputuskan.
Dalam keadaan serba mendesak, pasangan suami isteri OKU penglihatan ini tabah hadapi sangkaan ketakyakinan masyarakat sekeliling dengan keupayaan mereka menjaga anak sendiri. Inilah yang dilalui Nur Hidayah Binti Jefry, 31 dan suami, Ehsan Mohamad, 32 tahun.
“Teringat semasa melahirkan baby Imran dulu, ramai orang datang ke rumah Hidayah kerana nak ambil baby Imran untuk menjaganya.
“Mereka mengatakan bahawa kami tidak layak menjaga baby kerana kami OKU. Mereka khuatir akan keselamatan baby dan sanggup ambil baby Imran sebagai anak angkat.
“Siapa tak sayang anak oooi! Dengan mudah beri anak kepada orang lain atas alasan kami OKU. Apa pun terjadi kami nekad untuk menjaga baby Imran sendiri kerana kami yakin Allah itu ada.”
Kini anak kecilnya itu, Imran Solihin dah berusia 14 bulan.
“Alhamdulillah sepanjang kami menjaganya sendiri tiada masaalah berat berlaku terhadap keluarga kami.”
Sekiranya ibu ini berhadapan masalah tentang baby, dia akan merujuk hal itu dalam grup Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) untuk mencari info tentang baby dan sebagainya.
“Saya besarkan baby berdasarkan pengalaman. Sejak tahun 2009, saya dah tak nampak. Dari kecil penglihatan saya normal. Sampailah umur 23 tahun saya telah dikategorikan sebagai adult blind atau buta ketika dewasa.
“Berbeza dengan suami yang tak nampak sejak dari kecil lagi. Masuk umur 6 tahun dia mula hilang penglihatan.
Walaupun serba kekurangan, Hidayah tak bermasalah membesarkan anak kecilnya. “Mak saya seorang pengasuh. Jadi dari kecil saya memang dah biasa jaga baby. Umur 4 tahun saya dah pandai buat semua itu.
“Bila dah kahwin, pengalaman itu buat saya yakin boleh jaga baby sendiri. Bezanya dulu mata saya nampak, sekarang dah tak nampak.
Kesukaran itu perkara normal yang perlu mereka lalui hari-hari. “Kami bergilir beri makan Imran. Kadang saya, kadang suami. Kena raba-raba sebab nak cari mulut dia. Pernah juga termasuk hidung.
“Biasanya kami beri dekat tangan, nanti dia makan dengan sendiri (ini untuk makanan pejal). Comot itu memang standard.”
Selepas bersalin Hidayah dan suami cuma tinggal selama 3 bulan di kampung. Masuk bulan ke-4 dia nekad mahu ke Kuala Lumpur. Sebab tak sanggup dengan permintaan orang yang mahu menjaga anaknya.
“Apa nak jadi.. jadilah.” Tekadnya.
Mulanya keluarganya tak yakin dengan keputusannya. Walaupun demikian, ayahnya tetap menghantar mereka sampai dengan selamat di Kuala Lumpur.
Sebaik menetap di KL, Hidayah tak bekerja dan sepenuhnya menjaga anak kecilnya itu. Jika mereka terpaksa keluar rumah, baby Imran akan dibawanya sekali. Hari ini suami isteri OKU ini dah buktikan yang mereka mampu membesarkan anak sendiri biarpun tak mampu melihat.
“Semoga urusan kami dipermudahkan dan semoga baby Imran menjadi anak yang soleh untuk saham akhirat ayah dan ummie nanti. Amin” Doanya.
Bahaya rupanya kalau mak-mak jatuh terduduk. Atau jatuh terhentak dengan kuat atau sewaktu dengannya. Boleh jadi itulah penyumbang terjadinya slip disc pada mak-mak yang terjatuh dengan kuat.
Pengalaman tiga hari melalui kesakitan selepas jatuh terduduk membuka episod kesakitan pada Nadia Hazmi, Pegawai Antidadah AADK Daerah Kuching, Sarawak.
Ketika terjatuh dia merasakan sakitnya itu boleh ditanggung lagi. Namun selepas hari ketiga sakitnya makin parah dah sebaik ujian dilakukan doktor sahkan dia alami slip dics 3 dengan adanya annular tear.
Selepas azan maghrib terjadinya satu insiden ke atas diri Nadia. Keadaan itu menyebabkan dia jatuh TERDUDUK dan TERLENTANG ke belakang dengan kadar impak maksima.
“Kiranya dah tak sedarkan diri beberapa ketika. Dan meraung tanpa kawalan sebab sakitnya Allah saja yang tahu.”
Akuinya, jatuh dalam keadaan tak bersedia bermakna berserah sepenuh pengharapan meminta ‘malaikat yang sambut’
“Tapi tak surelah waktu macam mana. Sambut ke tidak, sebab terlampai sakit.”
Selepas jatuh terlentang itu, hampir setengah jam dia berusaha untuk duduk. Dalam masa yang sama, air matanya tak berhenti mengalir.
“Bila dah boleh duduk, rasa ok sikit. Kebas-kebas itu tetap ada. Sebab tak nak anak-anak tengok dan rasa sedih, ku gagahi jua buat macam tak ada apa yang berlaku.”
Waktu Nadia terjatuh, anak kecilnya yang bernama Rayhan dah menangis teresak-esak melihat keadaan sukar mamanya.
Kesakitan yang dialami membuatkan Nadia terpaksa membatalkan rancangannya mahu ke dinner official. “Terpaksa dibatalkan walaupun dah siap dress up.”
Keesokan harinya barulah dia bangun daripada tidur. “Rasa macam nak duduk tu tak mampu sangat-sangat. Memandangkan anak-anak dah lapar nak breakfast, sekali lagi ku gagahi juga walau jalan pun macam hobbit.”
Kebetulan hari itu, dia perlu bekerja ‘duty Ops CNY di hentian bus’. Hari itu juga tiada teman lain yang boleh menggantikan tugasannya.
“Sekali lagi, ku gagahi jua. Drive ke lokasi sambil bawa si rayhan yang dah tak mahu berenggang kesan insiden semalam.”
“Nak hantar ke playskool pun dia tak mahu. Bertahanlah. Dekat setengah hari bertugas di situ.”
Sekembali di rumah, Nadia masih juga buat seolah-olah tak berlaku apa-apa depan semua orang.
Walhal, nyawa itu dah rasa macam terawang-awang. Dengan tulang belakang nak bengkok sujud pun sakit. Duduk sakit, baring apatah lagi. Semuanya serba tak kena.
Namun demikian berdiri adalah posisi yang paling selesa. Tak tahulah kenapa. Dia cuba untuk tidur macam biasa pada sebelah malamnya. Namun, penuh seksa.
“Saya motivasi lagi diri, mungkin Allah nak ampunkan dosa.”
Esoknya, Nadia rasakan kaki kanan dah mula kebas. Nak naik satu anak tangga pun kaki dah tak mampu. Apatah lagi nak dukung anak.
Tiba-tiba dia teringat satu video yang pernah dikongsi tentang seorang wanita lumpuh. “Terkenang pula nasib anak-anak nanti kalau mama dah tak dapat jalan.
“Sebab Nad jenis tak mahu susahkan atau risaukan sesiapa pun, nad terus drive serah diri ke hospital.”
Pesan kat Rayyan jaga adik elok-elok. Sebelum pergi dia sempat mandikan anak-anak dan masakkan dan beri makan anak kenyang-kenyang.
“Dah rasa macam mak si Pekan dan Melur Batu Belah Batu Bertangkup tu. Anak-anak tinggalkan kat pakneknya sekejap. Kebetulan hari itu besday paknek. Memang tak nak dia risau. Sorry abah..”
Sebaik sampai emergency, dengan segera dia diusung secara tiba-tiba. Doktor maklumkan dia kena jalani MRI. Tangan pun terus kena cucuk untuk IV.
“Tiba-tiba lagi kata kena warded. Dahlah seorang diri macam itu. Agaknya rasa duduk dalam keranda. Dengan bunyi macam-macam. Cuma tak ada suara malaikat ma Rabbuka je.”
Bila dah diwadkan, doktor beritahu keputusan ujian. “Kata doktor slip disc 3 slot L4 L5 L6 ke tak ingat. Ada pula annular tear.
“Maknanya disc tu tergelincir dan annular terkoyak. Akibat dari hentakan yang kuat waktu insiden jatuh terlentang itu.
“Tambah pula gagahkan lagi driving sana sini tak sedar diri.”
“Tak ada ubat melainkan painkiller. Ambil masa 18 ke 24 bulan untuk sembuh dengan sendiri. Dibantu dengan fisioterapi.
“Ataupun mungkin TAKKAN SEMBUH. Part tu lah sedih sikit. Tapi tak apa, ujian tu. Bukan putus kaki, kudung tangan kan.
“So, Nad redhalah. Yang penting dapat dukung anak semula macam sediakala pun dah syukur ya Allah.”
Kalau mak-mak jatuh terduduk, jangan dibiar. Jangan ku gagahi jua sangat! Apa yang memudaraatkan tubuh badan ini, kita elak. Kita buang jauh-jauh.
Kita ikhtiar, mohon perlindungan dariNya. “Tawakal boleh tawakal. Tapi kalau sampai retak seribu tulang nak tawakal duduk saja, itu namanya zalim pada diri sendiri.
“Jadi, Nad minta maaf pada diri sendiri. Minta maaf ya Nadia Hazmi sebab tak jaga diri sendiri.”
Pain killer yang diambil itu juga boleh sebabkan ‘may cause drowsiness’. Buat Nadia sukar tidur sampai jam 3 pagi.
“Nad ucapkan terima kasih atas doa semua. Sebab doa kalianlah Nad dapat discaj awal untuk tunaikan janji pada anak-anak. Diaorang nak main pasir kat pantai”
Sebelum mengakhiri bicara, dia maklumkan “Gambar boleh berdiri tegak tu, boleh jalan-jalan suka ria tu jangan percaya sangat. Semua itu di bawah pengaruh dadah yang buat tak rasa apa untuk seketika.
“Cuba dah habis efek, haa.. rasakan la Nadia. Perit dia Allah je yang tahu. Moga banyak dosa-dosa yang terampun.”