Bila sakit tekak mesti akan disusuli dengan batuk. Nak legakan batuk bukannya ambil masa sehari dua, kadang-kadang berlarutan sampai seminggu dua.
Memang perit dan ada juga mak-mak sampai ‘terkucil’ bila batuk. Ini belum lagi tidur malam yang sentiasa terganggu dek batuk yang tak henti-henti.
Jalan mudah dengan mengambil ubatan untuk legakan batuk. Tapi, ia kadang-kadang tidak membantu sangat, habis berbotol-botol ubat batuk pun belum tentu sembuh.
Bagi yang tak suka ambil ubat-ubatan untuk legakan batuk, boleh guna petua yang dikongsikan oleh Leha Yusuf. Cuma guna bahan di dapur saja. Cubalah salah satu petua di bawah ini, mungkin ia boleh membantu mengurangkan masalah batul yang anda alami.
Batuk adalah salah satu sakit yang buat kita rasa tak selesa kan. Banyak petua untuk redakan batuk nie.
Ads
Sekarang nie kalau sakit tekak je mesti buat terus salah satu petua yang ada nie. Ada 8 petua yang boleh cuba mana yang sesuai dan boleh amalkan.
1. Air asam jawa
Caranya, ambik beberapa biji asam jawa mengikut kesesuaian.
Pastikan buang biji asam jawa terlebih dahulu. Campurkan asam jawa yang sudah dibuang biji tadi ke dalam segelas air suam. Kacau sehingga campuran asam jawa tadi menjadi sebati. Tambah gula jika perlu. Pastikan hanya sedikit sahaja. Sesuai untuk orang yang tak suka masam-masam.
2. Hilangkan batuk dengan madu
Caranya, ambil sesudu madu dan makan begitu sahaja. Jangan risau, tidaklah manis seperti gula, masih boleh diterima. Hilangkan gatal tekak dengan campurkan madu dan air
Bagi yang tidak boleh makan madu begitu sahaja, boleh tambahkan madu dalam air yang kita suka. Paling sesuai ialah air suam sahaja. Madu yang dicampur dengan air panas atau suam, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering serta tidak berhenti-henti.
3. Jus Lemon
Ia sangat sesuai untuk orang yang mengalami batuk yang kering iaitu tidak berkahak. Boleh minum begitu sahaja, atau seperti yang dikongsikan di atas, campurkan dengan madu.
Caranya, potong dua sebiji lemon. Perahkan sebiji lemon yang dipotong dua tadi ke dalam air suam. Tambah sesudu madu jika perlu. Campurkan semuanya dan kacau hingga sebati.
Minum dan nikmatilah kelegaan tekak. Tekak yang gatal juga akan rasa lega.
4. Air garam
Caranya, tambahkan sedikit garam dalam air suam, agak-agak dalam setengah sudu besar. Kacau hingga sebati. Kumur-kumur hingga ke dalam tekak, tapi jangan sampai tertelan. Ini akan dapat melegakan kerengsaan dalam tekak.
Ads
5. Limau nipis
Ambil sebiji atau lebih limau nipis yang segar. Potong dua. Perahkan dalam air suam dan minum.
6. Limau nipis dan kicap
Salah satu petua menghilangkan batuk yang lain ialah dengan menggunakan limau nipis.Ambil sebiji limau nipis yang segar. Potong dua. Ambil juga sesudu kicap. Perahkan sebiji limau nipis tadi ke atas kicap. Campurkan, gaul dan minum.
7. Kunyit
Jika batuk teruk dan gatal tekak, cara seterusnya ialah menggunakan kunyit. Bagi yang mengalami batuk kering, boleh makan makanan yang berasaskan kunyit. Yang sesuai ialah masak singgang atau masak lemak cili padi. Tidak perlu banyak-banyak, asalkan ada rasa.
Ads
8. Air suam
Tidak perlu tambah apa-apa. Banyakkan minum air suam untuk kelegaan yang cepat.
Biasanya kita batuk kerana kurang air dalam badan. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
Mingguan Wanita : Mungkin salah satu cara di atas ini sesuai dengan kita. Amalkan, moga ia membantu.
Tanam PUCUK PAKU Dalam Pasu Mudah, Kutip Je Bila Perlu! Rupanya selain tumbur meliar di tanah, pucuk paku juga boleh ditanam di dalam pasu. Sayur Pucuk Paku ni sangatlah sedap di buat kerabu, tumis belacan, masak lemak cili api dan sebagainya.
Jika dibeli di pasar boleh tahan juga harga. Tanam sendiri di rumah lebih jimat. Nak masak tinggal kutip je, malah segar-segar. Ada caranya juga untuk pastikan pucuk paku ni gemuk-gemuk dan subur merimbun walaupun tanam dalam pasu.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Zaid Azizy Yaacob ini sebagai panduan;
Bila hujan, sejuk banyak lah pucuk paku yang muncul.Tanam dalam pasu mudah, kutip je bila perlu.
Tip nak bagi pucuk paku gemuk, siram air basuhan beras dan basuhan ikan. Insya Allah…gomok.gomok.
Anak pucuk paku boleh beli di shopee.Tanam je seperti biasa di dalam pasu.
Mingguan Wanita: Wah tak sangka, pucuk paku juga boleh ditanam dalam pasu. Memang subur sungguh, gemuk-gemuk dan hijau merimbun hasilnya. Boleh cuba tanam pucuk paku nanti di rumah.
Serbuk kunyit sering digunakan dalam masakan namun sebenarnya ia juga boleh digunakan untuk tanaman bagi mengelakkan semut dan serangga perosak. Bukan apa, ada tanaman tertentu memang suka dihurung semut. Bila tabur serbuk kunyit begini ia mampu menjadi ‘racun serangga’ semulajadi.
1. Racun Serangga Semulajadi Elak Semut Pada Tanaman
Tanaman kita kadang-kadang ada semut suka hurung kan. Kadang-kadang depa buat umah depa. Kadang depa berkumpul meeting ramai-ramai kat tanaman kita. Boleh je spray racun serangga tapi tak elok laa pulak kan jadi. Gunakan serbuk kunyit ini.
Caranya:
Semut tak suka bau kunyit, jadi taburkan serbuk kunyit pada pangkal tanaman, atas tanah dan keliling tanaman.
2. Kurang Rasa Kegatalan Digigit Semut
Tengah syok berkebun, tetiba kena gigit pula dengan semut atau serangga. Jadi cara mudah ambil serbuk kunyit dan campurkan sedikit air jadikan macam pes. Sapu dekat bahagian yang kena gigit.
Pes serbuk kunyit ini mudah diserap oleh lapisan kulit, jadi ia boleh mengurangkan rasa kegatalan.
3. Elak Dahan Rosak
Bukan itu sahaja ia juga dapat melindungi dahan yang dicantas menjadi rosak. Setiap kali melakukan cantasan pada dahan pokok, ia akan membuatkan bahagian dalaman pokok terbuka.
Jadi ambil serbuk kunyit ini dan campurkan sikit air, kemudian sapu pada bahagian yang dicantas tadi. Sapu rata-rata agar tiada bahagian dahan yang terdedah lagi. Sekaligus ia dapat mengelakkan dahan tanaman dari rosak.
Bagi peminat laksa, rebus laksa kering memang memakan masa yang agak lama barulah ia betul-betul masak dan lembut. Rupanya ada cara mudah dah cepat untuk rebus laksa kering ni, malah jimat masa dan jimat gas tak perlu rebus lama-lama.
Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Suzana Saad ini sebagai rujukan;
Dulu saya kalau nak buat laksa, malas bab nak rebus laksa sebab kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tokeh laksa, anytime terasa nak makan laksa, terus pi cari ikan.
Ini caranya:
1. Rendam laksa kering tu semalaman atau 2 jam pun ok dah.
2. Dengan air rendam tu, rebus hingga mendidih dalam 10 minit.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan dalam air panas tu 1 jam.
4. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh ye.
5. Biarkan dalam penapis macam tu ja, dah boleh makan.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...