Skrub tomato. Bila dah berusia, kita tak boleh lari dari kedutan, lubang pori terbuka dan ada juga yang tumbuh jeragat dan jerawat. Produk kecantikan yang mahal pun belum tentu mampu menyelesaikan masalah kulit yang kita hadapi.
Kadang-kadang tak perlu nak berhabis duit untuk mendapatkan rawatan kecantikan. Cuma guna bahan dapur saja dah cukup. Begitu juga dengan skrub tomato, ia sangat bagus untuk rawatan kulit muka.
Perkongsian queendalisyarin dalam video tiktoknya untuk dapatkan kulit glowing dengan hanya skrub tomato. Usianya sudah mencecah 40 an tetapi kulitnya masih tiada kedutan dengan hanya guna dua bahan dapur ini saja.
Memang ada benarnya nak masak BERAS BASMATHI supaya jadi nasi yang lembut peroi, nisbah sukatan airnya sangat penting! Tak boleh main agak-agak macam kita masak beras biasa. Ada tip dan pantang larang ketika memasak beras basmathi ni, barulah ia jadi elok cantik berderai.
Hadamkan ilmu masak beras basmathi seperti yang dikongsikan oleh Azmi Jusohini sebagai panduan.
TIP MEMASAK BERAS BASMATHI : CARA DAPATKAN NASI YANG LEMBUT DAN PEROI LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. SEDIAKAN BERAS
Langkah yang paling utama dalam mendapatkan nasi yang lembut dan peroi adalah dengan merendamkan beras ni selama 1 hingga 2 jam di dalam air terlebih dahulu, ia adalah kerana bagi beras mendapatkan semula kelembapan semulajadinya.
Ini adalah kerana beras ni dah di rebus terlebih dahulu dan dia jemurkan.Macam yang saya terangkan dlm article saya sebelum ni kenapa dan mengapa ianya di rebus dahulu dan di keringkan.
Tips penting: Jika ada garam bukit atau sea salt boleh lah masukkan sedikit kedalam air rendaman.
Rendamkan beras adalah langkah paling utama.
2. NISBAH SUKATAN (AIR : BERAS)
Selain rendam beras nisbah sukatan air kepada beras juga adalah sangat sangat penting untuk menjadikan nasi lembut dan peroi.
Nisbah air atau cecair dan beras haruslah diberi perhatian, harus disukat dengan betul dan tak boleh main agak-agak macam kita perasakan garam kepada masakan ye.
Jika terlebih air nasi akan jadi lembek melekat dan tak berderai, dan jika terkurang air nanti nasi tak akan jadi gebu dan akan keras bila ianya menjadi sejuk nanti. Jadi sila beri perhatian kepada sukatan nanti yer.
Saya menggunakan nisbah sukatan 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air atau air dengan cecair lain seperti susu ataupun santan.
Selalunya saya gunakan sukatan ni untuk jenis beras pusa, kashmir dan juga mogul. In sya allah tak pernah lagi mengecewakan lagi setakat ni.
Jika nak lebihkan cecair make sure jangan lebihkan dari sukatan 1 1/2 cawan bagi 1 cawan beras ye. Make sure take note.
3. TEKNIK DAN KAEDAH MEMASAK
Ada 3 kaedah memasak yang sesuai digunakan mengikut jenis nasi yang kita nak masak:
1) Kaedah menumis beras dahulu: Kaedah ni selalunya di tumiskan semua bahan-bahan tumis di dalam rice cooker dan masukkan air dengan sukatan yang betul, dibiarkan cecair mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan beras.
2) Kaedah mendidihkan air ikut sukatan: bagi kaedah ni pulak rempah rempah ditumis asing dan dicampurkan sekali dengan cecair, sama juga didihkan ceccair sebelum masukkan beras ke dalam.
3) Kaedah didih air tanpa sukatan: kaedah ni selalunya digunakan bagi yang dah kerap kali masak beras jenis ni dan selalunya masak dalam kuantiti yang banyak.
4. PANTANG LARANG KETIKA MEMASAK
Antara pantang larang yang harus dielakkan ketika memasak nasi menggunakan beras basmathi:
• Elak Kacau Cecair Sudah Mengering
Jika nak kacau beras ketika masak, harus diingatkan hanya kacau beras ketika cecairnya masih banyak, elakkan kacau ketika cecairnya sudah mengering, ini akan mengakibatkan beras anda patah. Sebab pada ketika ni beras berada dlm stage fragile.
• Perlahankan Api, Tutup Periuk
Jika tanak beras atas api, perlahankan api apabila cecair dah mula mengering dan tutup periuk serapat mungkin agar kita tak kehilangan wap tuk proses memasak.
• Rehatkan Nasi Selepas Masak
Sentiasa biarkan nasi rest didalam periuk dahulu selama 10 ke 15 minit selepas ianya dimasak, jangan terus dikacau dahulu, restkan sebelum dikacau.
• Kacau nasi ketika panas, tuk mendapatkan berbutir, nasi akan mula bergumpal dan melekat setelah ianya sejuk.
• Kacau nasi dari sebelah luar dahulu dan jangan tergopoh gapah, nanti beras akan patah.
Masak Beryani Gum Hyderabad saya.
5. TIPS MEMASAK BERAS BASMATHI, TIPS TAMBAHAN:
• Menggunakan pewarna: jika nak gunakan pewarna contoh macam nak buat nasi hujan panas atau nasi briyani, titiskan pewarna ketika nasi dah kering dan biarkan terlebih dahulu sblm dikacau.
• Minyak: Harus diigatkan minyak tak termasuk dalam sukatan cecair yang digunakan tuk memasak nasi, walaupun minyak adalah terdiri dalam kategori cecair.
• Elak nasi patah: Elakkan mengacau terlalu lama dan terlalu kerap ketika memasak nasi ni, terutama sekali ketika nasi dah kering.
• Bekas penyukat: Gunakan sukatan yang sama untuk sukat beras dan air yer.
• Tanpa rice cooker: jika masak mengunakan api, atau tanak nasi atas api, besarkan api ketika masih bnyak cecair, tapi perlahankan api ketika cecairnya dah mula kering.
Semoga perkongsian yang saya kongsikan ni membawa manafaat kepada semua yer.
Mingguan Wanita:Jadi kalau nak masak nasi guna beras basmathi boleh ikut cara dan tip yang dikongsikan ini sebagai panduan. Barulah nasi lembut elok cantik berderai dan masak sekata.
Ramai yang suka makan kerang rebus atau jadikan isi kerang sebagai rencah dalam masakan. Meskipun agak renyah untuk kopek isi kerang satu persatu, namun memang lebih berbaloi berbanding menggunakan kerang yang ‘frozen’. Bukan apa, kerang segar lebih manis dan ‘juicy’ isinya.
Ada caranya untuk dapatkan isi kerang yang cantik dan elok berkilat macam ni. Bukan apa, kerang jika terlebih rebus isinya akan liat, kecut dan sebagainya. Malah nak buat sambal, kerabu atau masukkan dalam mee pun jadi kurang sedap kerana dah kurang rasa ‘manis’ kerang tu.
Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Zila Nur Aril sebagai rujukan;
Ada orang cakap buat apa susah payah nak guna kerang fresh? yang frozen ada, sama je kerang jugak.
Mungkin sama dari segi bentuk rupa tapi tidak pada rasanya ya. Kerang fresh ni dia manis dan juicy, yang frozen tu yang tahu je tahu.
Saya buat niaga kuey teow kerang hari-hari kupas sendiri.. nak bagi orang upah pun dah tak sanggup.
Tip nak dapatkan kerang cantik macam ni.
1. Rebuskan air bagi mendidih dulu baru masukkan kerang. Sekejap saja jangan biar sampai kerang terbuka sendiri.
2. Lepas tu jiruskan dengan air biasa atau air sejuk untuk hentikan proses memasak.
3. Terus kopek jangan masukkan dalam peti ais.
**Pastikan kerang hidup, jangan masukkan dalam peti ais sebelum direbus. Saya tak letak garam masa rebus sebab saya buat niaga kuey teow kerang. Kalau siapa yang nak buat kerang rebus je tu boleh letakkan garam ya.
Mingguan Wanita: Jadi nak dapatkan isi kerang cantik macam ni, ikut tip yang dikongsikan. Pastikan didihkan air dulu, barulah masukkan kerang dan rebus sekejap sahaja.
Kini ramai yang dah mula keluar negara sama ada urusan kerja, peribadi pergi bercuti dan sebagainya. Salah satu syarat wajib apabila kembali ke tanah air adalah kuarantin diri. Malah kelonggaran juga diberikan untuk memohon kuarantin di rumah bagi yang lengkap vaksinasi serta negatif COVID-19 Ujian PCR.
Permohonan kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman melalui Portal Home Quarantine Application (HQA) ini boleh dibuat dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum ketibaan pengembara ke Malaysia.
Sangat penting untuk memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan serta betul-betul mengikut arahan yang diberi bagi mengelakkan permohonan ditolak.
Ini antara pesanan dan pengalaman yang dikongsikan oleh Penceramah Bebas Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sendiri. Beliau ketika ini berada di Tanah Suci Madinah, dalam mengerjakan umrah.
Permohonan untuk kuarantin di rumah kena reject biasanya sebab dokumen yang diperlukan tak ikut standard sedia ada.
Pastikan saiz dokumen tu tak lebih dari 250kb dan guna format fail PNG, JPEG atau PDF sahaja.
Mohon dalam tempoh 4 -10 hari sebelum balik dari tanah suci.
Laptop ni banyak membantu Alhamdulillah!
Permohonan kuarantin di rumah yang kena REJECT dengan perbagai sebab, boleh buat permohonan semula, tidak kurang dari 4 hari sebelum balik. Proses approval makan masa 3 hari bekerja.
Contoh permohonan yang tak berjaya. Boleh tengok remarks sebab apa tak berjaya –
Andai tak sempat buat permohonan semula, dalam kes di atas ni, sediakan dokumen yang diperlukan untuk pengesahan masa tiba di Airport nanti.
Contoh permohonan yang berjaya. Berjaya atau tidak kita akan terus dapat surat melalui email.
IMPORTANT! Memang sangat penting dokumen-dokumen yang tersebut dan baca ‘Note’ berulangkali. Jika betul-betul ikut arahan diberi, permohonan kuarantin secara online ini jadi sangat mudah InshaAllah.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat sesiapa yang berada di luar negara dan akan kembali ke tanah air dalam masa terdekat, boleh buat permohonan untuk kuarantin kendiri di rumah. Pastikan betul-betul ikut arahan diberi, barulah permohonan kuarantin secara online ini jadi sangat mudah.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...