Selalunya dedaun sayuran memang tak tahan lama. Selepas 2-3 hari mulalah layu. Sayang pula, buang begitu saja. Bila nak pakai mulalah tercari-cari.
Biasanya, kalau nak guna dedaun sayuran ini tidaklah banyak mana pun, tapi nak kena beli dalam jumlah yang ditetapkan. Bila simpan dalam peti ais, lama kelamaan akan layu dan kering.
Jadi, macam mana nak pastikan dedaun sayuran yang kadang-kadang digunakan ini tahan lama dan boleh diguna pakai untuk masakan seterusnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Yatie Eimra untuk memastikan dedaun sayuran tahan lama. Paling penting tak perlu rendam dalam air pun. Masukkan dalam freezer je.
Kali ini saya kongsikan nak simpan herba/jenis dedaun ni macam kucai, daun kesum, daun kari, daun bawang, daun sup dan sebagainya.
Sebenarnya saya ikut cara mak saya – simpan lengkuas (yang dah dibersihkan & dipotong) dalam freezer supaya tak kering & tahan lama. Saya mula simpan daun macam daun kucai, daun bawang, daun sup, daun kari, daun kesum, cili, halia, serai dan sebagainya.
Yang bagusnya simpan bahagian freezer ni, herba/dedaun tahan lebih lama & tak perlu nak tukar air bagai (bagi yang rendam dalam air). Fridge saya kecik jer tak muat semua nak disimpan dalam botol/letak air..
Dekat 4 tahun gak la saya amalkan simpan dedaun macam ni. Kalau nak simpan dalam freezer ni, ada beberapa perkara yang kena tahu..
1) Walau simpan apa pun kat bahagian freezer, bila keluarkan nanti & defrost, semuanya akan jadi lembik. Contohnya cili merah, lepas keluarkan memang akan lembik sebab segala cecair dalam tu dah dibekukan. Jadi, KELUARKAN SEBELUM NAK GUNA/masak saja. Biasanya saya simpan cili sikit kat bahagian chiller gak untuk tujuan hiasan.
2) Kena guna tisu jenis tahan bila basah (disposable cloth) atau boleh guna kain perca. Tujuannya nak serap wap-wap air yang terbentuk bila simpan lama dalam freezer. Kalau guna tisu dapur biasa mudah koyak & melekat-lekat nanti. Disposable cloth yang saya guna ni, memang mahal sikit, tapi boleh dibasuh semula & keringkan. Lepas tu boleh guna balik.
3) Gunakan bekas kedap udara atau plastik ziplock terutamanya untuk simpan serai & dedaun supaya tak makin kering. Fridge saya kecik, kena guna plastik ziplock untuk jimat ruang. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan plastik ziplock yang besar & asingkan dedaun ikut jenis dalam plastik pembungkus makanan biasa tu jer.. Tapi cili tak simpan dalam plastik ziplock pun takpe sebab tetap akan lembik jugak.
Tip: Sila basuh & tos dulu ye sebelum frozenkan. Lagi bagus kalau biarkan keringkan sikit supaya tak melekat-lekat nanti. Lepas keluarkan tak perlu basuh & boleh terus guna.
P/s: Untuk sayur-sayuran boleh guna plastik ziplock & tisu ni tapi simpan kat bahagian chiller jer. Asingkan ikut portion sekali masak. Untuk simpan carrot, potong bahagian atas (supaya tak tumbuh tunas) & potong kecil. Tukar tisu/kain bila dah basah ye.
Ads
1. Halia ni saya potong banyak saiz sebab ada masakan yang perlukan halia dihiris panjang contohnya ayam masak halia.
2. Boleh juga basuh bersih halia & keringkan. Kemudian terus potong kecik & frozen kan. Halia yang baru dikeluarkan dari freezer lagi mudah nak kikis kulitnya.
3. Untuk halia, lengkuas & kunyit hidup saya letak dalam 1 plastik
4. Kucai ni perlu dilipat seperti ini supaya mudah nak ambil 1-1..
5. 1 pokok daun pandan ni saya simpan dalam freezer. Lipat 1-1 supaya mudah nak ambil
Ads
6. Masuk dalam plastik pembungkus makanan untuk asingkan jenisnya
7. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan 1 jer saiz besar.
8. Serai ni saya beli dah lama & masih elok.
9. Cara ni juga boleh simpan sayuran, cumanya simpan bahagian chiller.
10. Ada 2 ketul balance carrot. Masih rangup/tak berkulat bila simpan cara ni. Tapi perlu tukar tisu bila dah basah
Ads
Mingguan Wanita : Lepas ni, kita masuk dalam freezer. Paling penting tak payah rendam air pun. Tetap tahan lama dan tak kering.
Hanya sepasang baju sekolah. Ada beranggapan mak ayah berkira dan tak kurang juga yang rasa hebat sebab setiap hari kena basuh baju sekolah anak. Rajin sangat maknya.
Bila masuk awal persekolahan, perkara yang selalu difikirkan oleh mak ayah tentulah keperluan persekolahan seperti buku, yuran dan lebih-lebih lagi baju sekolah yang perlu diganti.
Mana yang elok masih boleh diguna pakai dan bagi yang baru anak nak masuk sekolah dah tentu kena ada beberapa pasang. Belum lagi uniform untuk sekolah agama.
Bila dah banyak baju sekolah, tak kira lagi masak untuk menyental baju setiap hujung minggu, masa khas untuk menggosok baju dan sebagainya.
Ada cara dan tip terbaik untuk mak-mak praktikkan dengan hanya sepasang baju sekolah. Kiranya ibu yang hebat kalau sediakan sepasang saja. Boleh ikut cara ini.
Masuk sesi sekolah yg baru tahun 2023, saya ada 2 orang anak yang bersekolah rendah. Baju uniform yang saya sediakan cuma sepasang setiap satu.
Sepasang baju sekolah daan sepasang baju sukan untuk setiap anak.
Itu pun untuk anak kedua, baju sukan dia saya recycle baju kakak dia yang sudah kecil.
Pakai selagi muat dan Masih elok. Ganti, hanya kalau rosak atau sudah kecil.
Baju sekolah mereka saya cuci setiap hari. Iron pada waktu malam ketika masih lembab dan saya akan gantung. Esokknya, baju itu sudah siap untuk dipakai ke sekolah.
Sebenarnya, kaedah ini saya guna pakai sejak sesi persekolahan tahun lepas lagi. Dah berlatih dan saya rasa tenang, lebih lapang.
Sebab bila kurang harta, kurang juga effort dari segi masa dan tenaga untuk menjaga harta tersebut.
Antara perkara best bila baju hanya sepasang.
1. Saya tak perlu jahit lencana dan name tag banyak-banyak pada baju anak. 2. Semasa hujung minggu, saya tak perlu berpeluh-peluh gosokkan baju sekolah anak banyak-banyak. Hujung minggu boleh jenjalan.
3. Baju hanya sepasang tu akan dijaga dengan lebih baik. Sebab dia dibasuh setiap hari. Kotoran degil tak melekat lama.
4. Beban laundry berkurang. 5. Tak membazir. Kalau anak dah membesar, baju lama cuma ada satu je yang terbuang. 6. Paling best, stoking dan headscarf (anak tudung) pun turut tak hilang. Sebab bila anak cuci baju sekolah. 2 benda tu anak akan letak juga dalam washer dan boleh diuruskan. Kalau tak, dia akan bersepah-sepah dan bercampur dengan baju-baju basahan yang lain. Alamatnya kalau tak hilang satu, dua-duanya akan hilang tanpa berita.
Esoknya siaplah. Dia akan selongkar bakul laundry sebab nak cari stoking sebelah lagi tak jumpa.
Sesiapa yang rasa benda ni masuk akal…boleh la cuba buat tahun ni. Tahun depan dah boleh apply. Lagipun baju uniform sekarang ni boleh bikin berdengung juga ya.
Mingguan Wanita: Dengan keadaan sekarang ini, memang bagus mak ayah praktikkan macam ni. Cuma rajin atau tidaklah nak menyental tiap-tiap hari tu.
Kucing pun boleh stres. Tahukah anda, stres adalah tekanan fizikal, emosi dan mental sehingga membolehkan seseorang itu bertindak di luar kawalan kita. Ada juga yang boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit sehingga memudaratkan diri.
Mungkin ada beberapa sebab kita boleh jadi stres dan jangan ingat kucing kesayangan kita pun turut mengalami stres juga. Mungkin nampak pelik, sebab kucing ini terkenal dengan perwatakan dan tingkah laku ceria.
Tahu tak, kucing stres boleh menjadi punca kepada peyakit FIP. Inilah penyakit yang ditakuti oleh pemilik kucing kerana dikatakan hayatnya tidak lama.
Namun, tidak dinafikan ada kucing yang mengalami penyakit FIP boleh bertahan dan kembali sihat. Nak tahu cara nak merawat si bulus yang mengalami penyakit FIP, Ida Shahida ada berkongsi caranya.
Ini adalah gambar kucing saya sekarang. Ia terkena FIP pada bulan Februari 2021. Doktor mengatakan hanya ada 2 bulan untuk hidup. Alhamdulillah, sekaran sudah 6 bulan. Semakin sihat, besar dan comel. Berat badan semakin naik dan makan ikan mentah sehari 2 ekor.
Kalau awal ia sakit dulu hampir 2 bulan lebih makan bersuap. Pucat dan sangat kurus, lemah longlai. Sekarang, ia dah makin comel, cergas dan aktif.
Kucing anda kena FIP?
Apakah tanda-tanda awal kucing itu dijangkiti FIP dan bagaimana virus tersebut didiagnosis?
Simptom yang kerap dilihat di peringkat awal seperti masalah pernafasan, mata berair, cirit, dan juga lemah dan kerap sakit kerana immunity badan yang menurun. FIP mempunyai dua jenis symptom; Dry FIP yang melibatkan masalah saraf dan sering dilihat pada kitten di bawah 6 bulan. Wet FIP yang menyebabkan busung air pada abdomen dan juga thorax. PEnyakit FIP ini berlaku apabila virus bermutasi menyebabkan sistem immunity badan memakan sel dan organ badan sendiri. Seterusnya menyebabkan radang tanpa kawalan di otak, saraf dan otot menyebakan masalah saraf dan otot. Manakala radang pada saluran usus dan sel-sel peparu boleh menyebabkan ‘leakage’ cecair badan bertakung di dalam ruangan abdomen atau thorax yang mengganggu pernafasan.
Bagaimana virus FIP dirawat?
FIP boleh dikatakan membawa maut dan tiada penawar. Apa yang doctor vet boleh lakukan selalunya memastikan keselesaan fizikal dan pernafasan pada kucing tersebut dan juga melengahkan tempoh rebakkan virus di dalam badan. LAzimnya rawatan simptomatik akan diberikan untuk melegakan symptom sementara.
Adakah FIP mudah merebak ke kucing lain dan bagaimana untuk mencegahnya? Boleh doktor kongsikan kepada pembaca.
FIP bukanlah penyakit yang mudah berjangkit sebenarnya, Cuma ia lebih mudah menjangkiti kucing yang immunitinya lemah dan sering berlaku pada persekitaran kucing yang banyak, kerana risiko jagkitan Virus corona sangat tinggi untuk populasi kucing yang banyak. Selalunya virus banyak dikeluarkan pada air liur (saliva) dan najis (cirit) bagi kucing yang tengah terjangkit. Untuk pencegahan, asingkan kucing yang sakit dan pastikan tangan dan pakaian anda dibersihkan dahulu sebelum pegang kucing lain.
Cari di farmasi manusia
1. Bio tablet- vitamin selera makan
2. BIO PURE ( brand himalaya)- cover hati dengan buah pinggang
3. Nefrotec ( brand himalaya)-cover hati dengan buah pinggang
2. Mesti rebus daun durian belanda.bagi kucing tu minum 2 x 3ml ( pagi & malam) ini sebagai usaha kita supaya dia sihat semula. Selepas itu Berserah dan tawakkal. ( daun segar)
3. Makanan – k/d’ brand ‘hill’-wet food
Kucing tak berselera untuk makan.tugas kita ialah suap dia makan hari hari 3 kali sehari.
Seandainya tiada kd belilah a/d’ sebab makanan ini boleh recover zat zat makanan yang diperlukan
4. Makanan biji treats-TEMPTATION yang ini saya bagi dia makan juga sebagai ‘ pujukkan’ .sebab kucing memang tak ada selera jadi lebih baik dari dia tak makan langsung. Kalau di tak mau makan..mesti disuap
Ubat-ubat di atas hanya sebagai satu usaha sahaja untuk memanjangkan usianya, Lebih baik dia makan dari di tak mahu makan apa apa dan ada makanan yang mampu mengembirakan dia.
Doktor kata kemungkinan tu ada jika rawat awal sebelum hati dan buah pinggang dia dijangkiti kuman. Oyen ni doktor kata ‘mungkin hati dan buah pinggang dia belum dijangkiti’ time tu…
Satu lagi FIP ni boleh terjadi kalau kucing tu stress sangat-sangat.
Oyen’ saya ni di stress sebab ada kucing lain selalu buli dia ‘ mangsa buli’ jadi caranya ialah saya jauhkan dia dari kucing tu. Setiap hari bawa dia berehat dalam rumah.
Baca sini:
Makanan dalam gambar ni boleh dapatkan di sini:
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
DAUN SUP Subur Segar Merimbun, Tak Payah Rendam Akar Tanam Terus! Daun sup seringkali digunakan dalam masakan. Namun biasanya kita nak gunakan sedikit je. Lebih elok kita tanam sendiri, lebih jimat.
Ada bermacam kaedah dan cara untuk tanam daun sup ni.Jika mak-mak yang dah cuba beberapa kali tanam daun sup namun sering tak berjaya sebab pokoknya mudah mati dan tak bertahan lama boleh cuba kaedah tanam terus daun sup seperti yang dikongsikan oleh Bunga Rose ini.
Daun sup dan daun bawang saya segar merimbun. Saya tanam dari lebihan dapur jer. Daun supnya dah guna untuk masak sup saya kerat dalam 2 inci bahagian batang berakar dengan tunas-tunas kecil tu terus tanam.
Tiap kali beli daun sup saya tanam macam tu keliling pasu. Dalam sebulan dah merimbun. Daun bawang saya cuba cara tu failed. Yang tumbuh tu saya semai bawang ros 3 biji. Tanam je terus hidup pulak.
Saya perati daun sup daun bawang ni suka hidup berjiran jadi jangan tanam sepokok jer dalam satu pasu yer. Alhamdulillah senang saya nak masak sup lepas ni.
Sediakan pasu yang besar 2 jengkal. Isi dengan tanah potting soil 2 beg (saya beli pasu dan tanah di Mr DIY).
2. Kerat Lebihan Batang 2 Inci
Lebihan daun sup dari dapur (saya kerat lebih kurang 2 inci dari akar kalau yang ada tunas-tunas kecil tu lagi bagus). Saya terus tanam. Saya buat 5 lubang dalam pasu. Mula-mula saya tanam 3 pokok untuk 1 lubang.
3. Penuhkan Lubang
Tiap kali saya beli daun sup saya tanam lagi ikut cara di atas. Penuhkan lubang yang saya dah buat.
4. Siram Waktu Pagi
Saya siram dengan air biasa jer. Renjiskan dengan tangan. Saya siram waktu pagi sahaja. Pasu ni saya letak di balkoni (rumah saya di Tingkat 7). Balkoni ni panas pagi jer. Saya tak siram waktu petang sebab tanah masih lembab.
5. Minggu Ketiga Siram Baja
Minggu ke 3 baru saya mula siram dengan air baja mol roti + air beras. Saya siram dengan air baja seminggu 2 kali. Hari lainnya saya siram dengan air biasa.
Daun bawang tu saya tanam dari biji. Saya tanam 3 biji bawang ros. Saya tak kerat pun bahagian atas biji bawang. Saya tanam jer terus celah-celah pokok daun sup.
7. Lebih kurang sebulan. Daun sup saya dah merimbun macam di atas. Daun bawang pun meriah juga.
8. Pastikan Tanah Lembab
Dari pemerhatian saya daun sup dan daun bawang ni tak suka banyak air dan jangan tanam tengah panas. Pastikan tanah sentiasa lembab tapi jangan becak.
Mingguan Wanita:Kalau selalu tak berjaya tanam daun sup, cuba cara dan tip yang dikongsikan ini. Semoga daun sup berjaya di tanam dan hidup subur merimbun.
Kisah pilu kematian di Jerlun apabila seorang isteri menjerit minta tolong dan dua jam memangku jasad suaminya tanpa kepala selepas pergaduhan tragis di sawah Kampung Pida 3, Jerlun.