Ini pesan pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun agar kita lebih berhati-hati ketika membaca tulisan yang membuka aib manusia.
Biar pun ketika hati dalam keadaan beremosi, sebolehnya bataskan diri dari menghina, mengeji mahupun memaki hamun. Sebaliknya, ambil lah pengajaran dengan doa perlindungan diri.
Kongsi ustazah,
Umpatan atau pembukaan aib paling berat adalah terhadap ahli keluarga atau bekas ahli keluarga. Suami/ isteri, ibu bapa kandung atau mertua, anak-anak, dan saudara kandung atau ipar.
Kadang-kadang atas alasan meluahkan rasa kecewa, tekanan, sedih, kecil hati dan lain-lain, umpatan menjadi halal dan diwajarkan.
Bahkan dirasakan diri lebih mulia kerana ketabahan hati, juga sebagai alasan kewajaran tindakan yang dibuat, ia benar-benar satu tipudaya.
Umpatan dan pembukaan aib ini sangat bahaya kerana boleh memutuskan silaturrahim, melupakan segala kebaikan, menanam rasa dendam dan menyakiti hati dengan lebih dalam. نعوذ بالله من ذالك
Membuka Aib Diri Atau Orang Lain Secara Besar-besaran
Umpatan dan pembukaan aib diri dan orang lain kini secara besar-besaran dan dilihat terhormat pula, iaitu melalui FB, INSTA, WHATSAPP dan lain-lain.
Berhati-hati membaca tulisan yang membuka aib manusia yang tak perlu dipanjangkan, walaupun perihal artis, public figure atau ahli politik dan lain-lain. Bimbang kita hanya mengumpul mudharat tanpa manfaat.
Ads
Pengumpat dan pendengar umpatan kedudukannya hampir sama sahaja. Kerana tanpa pendengar tiada pengumpat.
Kecuali kita mendengar dalam keadaan terpaksa dan tidak redha. Berhati-hatilah semua, Ia tersebar dengan begitu laju.
Memang kita sangat beremosi dengan kes tertentu, namun dalam masa yang sama tetap bataskan diri daripada mengeji menghina atau memaki hamun, ambil pengajaran kemudian berdoa supaya kita selamat daripada ujian seumpama ini. Sedih memang sedih.
Amalkan doa daripada Rasulullah SAW:
اللهم اهدِني لأحسنِ الأخلاقِ . لا يهدي لأحسنِها إلا أنت . واصرِفْ عني سيِّئَها . لا يصرفُ عني سيِّئَها إلا أنت Ya Allah, tunjukilah aku kepada akhlak yang baik, tidak ada yang dapat memberikan petunjuk kepada yang lebih baik kecuali Engkau. Jauhkanlah aku dari akhlak yang buruk, kerana tidak ada yang dapat menghindarkan aku dari akhlak yang buruk kecuali Engkau.
(Riwayat Muslim)
PERHATIAN JUA :
Kepada para penyebab umpatan atau kemarahan berlaku ke atas anda kerana tindakan dan sikap sendiri. Anda telah melakukan dosa di awal lagi kerana mendedahkan diri menjadi sebab orang mengumpat dan mengeji, apatah lagi usahlah memberi amaran supaya para pengumpat merangkak-rangkak di padang mahsyar.
Kita sendiri tak tahu siapa yang akan merangkak esok, nauzubillahi min zalik. Jadi jika dalam situasi yang panas, diam adalah satu kebijaksanaan, elakkan buat sementara membuat apa kenyataan atau berkongsi cerita bahagia atas derita orang lain, kerana ia sangatlah sensitif.
Diamlah walaupun dilihat lemah atau melarikan diri, ia umpama tunggu ombak reda barulah berenang semula. Kalau tidak mungkin akan lemas atau karam.
Ads
Nabi SAW bersabda :
ليس المؤمنُ بالطَّعانِ ولا اللَّعانِ ولا البذيءِ ولا الفاحشِ
“Tidak termasuk orang yang beriman, orang yang suka menyalahkan (orang lain), melaknat, mencela dan mencaci.”
Teguran Itu Dari Siapa..
Hari ni ramai yang berbangga menayangkan maksiat, kemewahan, akhlak yang buruk dan lain-lain. Bila ditegur dia menempelak dengan pelbagai jawapan. Dia lupa Allah sedang menegurnya.
Allah ya Haadi ya Quddus ya Jalil.
Berilah kami hidayahMu, sucikan dan jernihkan hati kami daripada karat dosa, penyakit hati, dorongan nafsu dan syaitan yang mengalir dalam darah.
Daripada Abu Darda’ r.a, Rasulullah SAW bersabda :
“Tidaklah seorang Muslim menolak/menahan ghibah (mengumpat/mengata) terhadap saudaranya kecuali ALLAH menahan dirinya daripada Api Neraka Jahannam pada Hari Qiamat“.
(Hadis Riwayat al-Bagawi, Syarhus Sunah)
Firman Allah Subhanahuwata‘ala:
وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ ٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ يَنزَغُ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ كَانَ لِلۡإِنسَٰنِ عَدُوّٗا مُّبِينٗا ٥٣ Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.
(Surah Al-Isra’: 53)
Ads
Allah Subhanahuwata‘ala berfirman:
وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسُۡٔولٗا ٣٦ Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan (diperiksa).
(Surah Al-Isra’ : 36)
Kredit : Muslim Volunteer Malaysia
Lari Sejauhnya Dari Panggilan ‘Mengumpat’
Mengumpat itu baunya busuk dan wajahnya keruh resah gelisah, apatah lagi hatinya. Jika ada yang menguis tangan memanggilmu untuk menyertai, larilah sejauhnya dengan pelbagai helah, iya bukan satu penipuan.
*Jika ke balai polis untuk aduan, pejabat agama atau merujuk pihak tertentu bagi mendapatkan khidmat nasihat ia adalah dibenarkan. Namun masih menjaga jika ada aib yang tak perlu dibuka. Itu tidak dikira mengumpat, memang perlu dan pada tempatnya.
Muhasabah bersama. Peringatan ini lebih untuk diri sendiri. Silakan share dan moga bermanfaat.
MW : Muhasabah diri untuk jadi lebih baik di sisi tuhan.
Sakit hati kerana curang, isteri sanggup upah orang tamatkan riwayat suami. Tergamak sungguh seorang isteri mengupah tujuh lelaki dek kerana marah dan kecewa dengan sikap suami.
Benarlah, disebabkan perasaan marah seseorang sanggup bertindak di luar kewarasan fikiran. Mungkin begitulah yang dialami wanita ini hingga dia sanggup mengupah orang lain membunuh suaminya. Allahuakbar!
Sakit Hati Kerana Curang
Sayang sekali melihat mahligai perkahwinan berusia puluhan tahun musnah gara-gara perselingkuhan si suami.
Perkara yang lebih tragis terjadi selepas si isteri menghidu kisah kecurangan suaminya.
Menurut Tribunnews, gara-gara berang dengan suami curang, wanita bernama NW, 49 nekad mengupah tujuh lelaki untuk menamatkan riwayat suaminya, Khairul Amin, 54.
Isteri Sanggup Upah Orang
Lebih tragis, kematian pemilik restoran makanan padang itu berlaku di kediamannya sendiri pada 27 Oktober lalu.
Pada jam 11.40 malam, anak mereka menemui Khairul dalam keadaan cedera parah akibat ditikam. Dia ketika itu menjerit meminta tolong.
Susulan itu, anak mereka menghubungi NW dan memberitahu Khairul yang cedera parah diserang kumpulan samseng.
NW kemudian berpura-pura terkejut dan sedih dengan keadaan menimpa suaminya.
Tamatkan Riwayat Suami
Bagaimanapun perbuatan NW didedahkan polis. Polis Krawang mengatakan kematian Khairul adalah pembunuhan terancang yang mana si isteri adalah dalangnya.
Hasil penyiasatan polis, pasangan yang dikurniakan tiga orang cucu itu bahagia sehingga perselingkuhan Khairul terbongkar.
Apa yang meremukkan hati NW, Khairul rupanya memiliki beberapa orang lagi isteri muda.
Malah NW turut mendedahkan suaminya sering meminta wang dalam jumlah yang banyak selama ini untuk diserahkan kepada isteri-isterinya yang lain.
Ia berlarutan hingga duit simpanan daripada perniagaan mereka juga semakin susut.
Merancang Pembunuhan Suami
Menurut polis, bertitik tolak dari itu kemarahan wanita terbabit memuncak sehingga nekad bertindak merancang pembunuhan si suami pada September lalu NW.
Bukan sekali dua cubaan membunuh dilakukan, tetapi tiga kali.
Selepas dua kali gagal, percubaan kali ketiga menyaksikan riwayat Khairul berakhir.
Difahamkan, tujuh lelaki upahan berkenaan menerima Rp 30 juta (RM 8706.54) sebagai upah.
Mingguan Wanita : Benarlah ikut kata, binasa. Ikutkan hati, mati. Beginilah nasib seorang wanita apabila marahnya pada suami memakan diri sendiri. Semoga kisah ini membuat mak-mak tidak terlalu mengikut perasaan bila mengetahui suami curang.
Isteri lebih berjaya, bersyukurlah kerana dapat membantu suami dan kurangkan beban suami. Di rumah, masih menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Bukan mudah, tapi ramaikah yang menghargai wanita seperti ini?
Para suami tolonglah jangan letak semua tanggungjawab di bahu isteri. Patutnya salinglah melengkapi. Suami juga janganlah ambil kesempatan ke atas isteri!
Menerusi slot Astro MegaDrama kali ini menampilkan drama Bahagia Yang Tertangguh yang mengangkat tema cinta dan dendam. Malah drama ini juga menjanjikan kisah penuh emosi dan konflik telahpun menemui para penonton mulai 17 November lalu.
Selepas kejayaan Mandul Bukan Pilihan, penulis skrip terkenal Oka Aurora kembali dengan karya terbaharu berjudul Bahagia Yang Tertangguh, drama adaptasi novelis terkenal, Rissa Ahdiya ini mengisahkan tentang seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan yang dikawal oleh kakak iparnya, terpaksa menjadi isteri provide yang menanggung perbelanjaan keluarga suaminya sehingga membawa kepada kehancuran rumah tangga yang dibina.
Meneruskan kerjasama bersama pengarah tersohor Osman Ali, drama Bahagia Yang Tertangguh terbitan iFAME Sdn. Bhd. menampilkan barisan pelakon hebat yang diterajui oleh Nad Zainal, Izzue Islam, Rozita Che Wan, Kamal Adli dan Datin Seri Nina Jureen.
Berdepan Ipar Duai Yang Toksik & Suami Menjauh
Watak Hana yang dipegang oleh Nad Zainal merupakan seorang arkitek landskap yang berjaya dan berkahwin dengan Zakwan lakonan Izzue Islama, seorang peguam. Di mata orang luar, mereka kelihatan memiliki keluarga ideal bersama anak mereka, Raiqal namun realitinya, rumah tangga itu penuh retak yang disembunyikan.
Di luar nampak bahagia, tetapi di dalam penuh luka yang tidak diceritakan. Drama ini membawa penonton menyelami hidup Hana, seorang isteri yang terpaksa menjadi penyara keluarga, berdepan ipar-duai yang toksik dan suami yang semakin menjauh.
Dengan konflik emosi yang dekat di hati wanita, Bahagia Yang Tertangguh bukan sekadar drama, tetapi cerminan kehidupan sebenar yang sering kita lihat namun jarang diperkatakan.
Hana Terpaksa ‘Makan Hati’
Zakwan sering digambarkan sebagai suami dan ketua keluarga yang sempurna, tetapi kebenarannya, Hana yang menanggung hampir keseluruhan beban kewangan keluarga termasuklah kakak Zakwan, Juriah. Hana tertekan kerana Zakwan terlalu mengutamakan Juriah, seorang wanita yang suka memperlekeh, mengambil kesempatan dan hidup atas belas ihsan Hana demi kepentingan sendiri.
Ketegangan meningkat apabila Zakwan kembali berhubung dengan bekas kekasihnya, Azrin yang juga seorang wanita licik yang mahu memerangkap Zakwan semula sambil menyembunyikan rahsia hidupnya.
Juriah pula semakin bermaharajalela, mengugut Azrin dan terus menekan Hana untuk menampung kos hidupnya, sementara suaminya Saleh menambah masalah dengan hutang judi. Hana cuba bertahan di tengah tekanan kerja, keluarga dan emosi, namun dia tetap dipersalahkan apabila berlaku krisis termasuk ketika Raiqal diserang asma.
Lebih menyedihkan, ketika Hana ingin menjaga ibunya yang sakit, Zakwan menolak permintaan itu. Namun dalam masa sama, Zakwan membenarkan Juriah tinggal di rumah mereka. Syak wasangka Hana memuncak selepas menemui barang wanita dan resit hotel di dalam kereta suaminya. Puncak derita tiba apabila Hana menyaksikan sendiri Zakwan bermesra dengan Azrin di hotel di mana meruntuhkan seluruh harapan dan kesabaran yang cuba dipertahankannya selama ini.
Bangkitlah Wanita Pertahankan Maruah!
Kisah Hana dalam drama Bahagia Yang Tertangguh mengingatkan kita bahawa ramai isteri hari ini bukan sekadar menjaga rumah, tetapi turut menjadi tulang belakang keluarga. Namun malangnya, kebaikan dan pengorbanan itu sering disalahguna, bukan sahaja oleh suami, malah keluarga sekeliling.
Hana telah memberi segalanya iaitu masa, tenaga, wang dan kasih sayang. Tetapi yang dibalas hanyalah tekanan, manipulasi dan pengkhianatan.
Kisah ini membuka mata wanita bahawa kasih sayang tidak sepatutnya menjadikan seseorang buta kepada red flags, dan mempertahankan diri bukan bermakna derhaka, tetapi tanda menghargai diri sendiri.
Akhirnya, cerita Hana mengajar kita satu bahawa isteri boleh bertahan lama, tetapi setiap hati ada hadnya. Dan apabila wanita bangkit mempertahankan maruah dan kebahagiaan, itu bukan kelemahan itu keberanian.
Jom Usha Bahagia Yang Tertangguh, setiap Isnin hingga Khamis hanya dengan Astro One atau aplikasi sooka. Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan terbaik seisi keluarga dengan Astro One — kini dengan akses ke Saluran Kanak-Kanak dan Disney+ dari RM69.99/bulan untuk momen bersama yang lebih bermakna.
Drama terbaik di Astro Megadrama, Bahagia Yang Tertangguh
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebelum ini ramai yang gembira apabila kerajaan mengumumkan terdapat kelonggaran bagi pasangan yang tinggal berjauhan atas faktor kerja untuk merentas negeri.
Namun atas sebab tertentu, kelonggaran ini ditarik balik dan perkara ini pasti mengecewakan pasangan yang berjauhan sejak PKP dilaksanakan. Jadi khas buat pasangan yang berjauhan, bersabarlah mungkin ada hikmah tertentu di sebalik pelaksanaan langkah ini.
Kelonggaran Merentas Negeri Ditarik Balik
Kelonggaran merentas negeri bagi suami atau isteri berjauhan atas faktor bekerja yang diberikan sebelum ini turut ditarik balik oleh kerajaan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selaras dengan larangan rentas negeri yang dibuat olehnya semalam.
“Tidak kira suami atau isteri (yang berjauhan atas faktor kerja), tiada lagi pergerakan rentas negeri seperti yang saya sebut semalam,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.
Ditanya mengenai lebuh raya utama menuju ke utara dan ke pantai timur mengalami kesesakan teruk malam tadi, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Seperti saya kata sebelum ini, mereka yang lepas balik ke kampung itu belum ada jaminan lepas balik semula ke bandar tanpa dikenakan tindakan oleh polis.
“Mereka berebut-rebut pulang ke kampung malam tadi mungkin ada yang mendapat kebenaran dan juga tidak. Mungkin ada juga yang diarahkan untuk berpatah balik.
“Apa pun kita serahkan kepada PDRM untuk menggunakan budi bicara mereka,” katanya.
Beliau turut difahamkan, tindakan kompaun dan arahan berpatah balik turut dilaksanakan.
“Kita tunggu sahaja berapa jumlah yang dikenakan tindakan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
MW: Tidak dinafikan ramai yang bersedih apabila kelonggaran ini ditarik balik. Namun demi keselamatan bersama, mak ayah harus akur dengan arahan pihak berkuasa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.