almy nadia

Mulut orang memang susah nak ditutup. Ada yang terlebih ‘prihatin’ dengan keadaan diri kita.Baru-baru ini pelakon Datin Almy Nadia ada memuat naik gambar-gambar percutian keluarga mereka sekeluarga di Jerman. Namun sebenarnya ia lebih kepada mengikut suami, Dato’ Fizz Fairuz yang ada penggambaran drama di negara Eropah tersebut.

Perut Dah Besar & Boleh Naik Flight Walaupun Sarat Mengandung, Ini Penjelasan Almy Nadia!

Pasangan bahagia ini dikurniakan dengan dua orang puteri yang comel dan Almy sendiri sedang sarat mengandungkan anak yang ketiga.

Namun apa yang menjadi isu apabila terdapat followers beliau yang terlebih ‘prihatin’ dan mempertikaikan keadaan Almy Nadia yang boleh naik flight walaupun sedang sarat mengandung.

Menjawab segala persoalan tersebut ini penjelasan oleh Almy Nadia sendiri di dalam Instagramnya;

“Sesi luah perasaan.. baca dan faham ok semua…. Terima kasih pada semua yang ambil berat pada saya,bertanya tentang kandungan saya, bertanya tentang due saya bila,bertanya bila saya nak meletop, bertanya girl atau boy.. ok meh saya jelaskan yerk..
Kenapa saya boleh naik flight kenapa saya boleh gi germany masa perut saya besar.. sebelum saya fly atau beli tiket flight saya bertanya pada doc saya ,minta pandangan,pendapat,jadi doc saya sendiri yang bagi kebenaran untuk pergi ikut en suami saya ke germany”.

Lakukan Pemeriksaan Dengan Doktor

“Jadi doc saya dah bekalkan surat untuk pastikan yang saya boleh fly.. jadi untuk makluman semua,jika anda mengandung atau pregnant tolong check dengan doc boleh atau tak naik kapal terbang? minta pendapat doc faham, bukan main naik ja, semua itu risiko”.

Ada Surat Doktor

“Doc saya siap pesan nak pergi ikut en suami saya boleh tapi balik before 10/11.Saya bagitau saya balik ok 8/11.. jadi syukur alhamdulillah semua selamat dengan nasihat doc,bukan saya main suka-suka naik kapal terbang faham, kastam pun tengok surat dari doc saya faham, diaorang takkan lepas tanpa surat doc faham..”

“Jadi moral of the story jika anda mengandung tolong jumpa doc dahulu faham,jangan dengar cakap orang faham, tanpa nasihat doc dan surat doc anda tak dibenarkan naik kapal terbang fahammmmmm. Harap penjelasan saya jelas yerk untuk semua.. tq tq”

Perut Dah Besar & Boleh Naik Flight Walaupun Sarat Mengandung, Ini Penjelasan Almy Nadia!

MW: Jadi buat yang tertanya-tanya tu dan terlebih prihatin dengan keadaan kandungan Almy Nadia semoga dapat lebih faham dengan penjelasan ini. Pastinya, Almy Nadia sendiri tahu prosedur sebelum dibenarkan naik kapal terbang dan nak memastikan yang terbaik serta keselamatan anak didalam kandungannya.

Sumber: Fizzalmy

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI