Dalam perkahwinan kena ada rasa kepercayaan, baik dalam hubungan suami isteri mahupun keluarga mertua. Perkahwinan juga, bukan bertujuan ‘menjual’ anak untuk mendapat ‘keuntungan’ duit mas kahwin mahupun hantaran. Sebagai mak ayah seharusnya ikhlaskan niat dihati dalam mengahwinkan anak agar kebahagiaan anak itu mampu bertahan selama-lamanya.
Perkahwinan satu pasangan di Dubai hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja apabila pengantin lelaki menceraikan isterinya gara-gara bengang dengan sikap bapa mentua yang tidak sabar meminta wang mas kahwin.
Minta Tunggu 5 Minit
Lelaki terbabit sudah bersetuju untuk menyerahkan wang sebanyak 100,000 dirham (RM108,381) kepada bapa mentuanya. Perkahwinan turut disaksikan keluarga dan rakan mereka yang hadir ke pejabat Hakim Syarie.
Ads
Pengantin lelaki telah menyerahkan separuh daripada jumlah wang berkenaan pada masa itu, dan selebihnya akan diberi selepas meninggalkan bangunan, lapor Gulf News. Pengantin lelaki meminta bapa mertuanya agar menunggu selama 5 minit, agar dia boleh mengambil baki duit mas kahwin tersebut didalam kereta.
Ads
Bagaimanapun, bapa mentuanya berkeras meminta wang selebihnya dengan segera menyebabkan lelaki berkenaan berasa terhina dan menganggap tindakan tersebut seperti hilang percaya dengan dirinya, sebelum mengambil keputusan membatalkan perkahwinan mereka, kata peguam yang mengendalikan kes itu.
Ads
“Dia memberitahu bapa mentuanya bahawa dia tidak lagi mahu memperisterikan anaknya dan menceraikan wanita itu kurang 15 minit selepas menandatangani kontrak perkahwinan,” kata peguam itu.
Petua ikhtiar hamil dengan kelapa bakar ini dikongsikan cara-caranya oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari(Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin). Kata Ustaz Mujahidin kepada Mingguan Wanita, petua ini banyak manfaat dan banyak pesakit beliau berjaya hamil guna cara ini. Semua atas izin Allah.
Macam mana ustaz boleh berkongsi petua minum kelapa bakar ini. “Tahun lepas di kampung ada pesakit minta saya tolong buatkan kelapa bakar. Izin Allah setelah 4 tahun kosong, beliau berjaya hamil.”
Orang pertama saya buatkan adalah isteri saya. Tahun 2016 lepas saya buat video kelapa bakar. Saya terus bagi isteri saya minum. Syukur Alhamdulillah setelah 4 tahun kosong izin Allah isteri saya hamil. Kini dah selamat melahirkn anak bongsu saya, Harith Daniel.”
Orang kedua adalah adik ipar saya, Nadia. Beliau kosong setahun. Lepas dia minta. Saya buatkan izin Allah beliau hamil. Kini baru sahaja melahirkan anak sulung.
Kini pesakit saya dari Melaka. Datang rumah nak sangat-sangat saya sendiri yang buatkan kelapa bakar ni. Pesakit ini dah berkahwin 9 tahun masih belum dikurniakan cahaya mata.
Disebabkan hajat beliau sanggup susah payah bawa buah kelapa datang ke rumah. Kasihan dengan penantian 9 tahun, saya penuhi hajat beliau.
“Saya doakan agar pertolongan sedikit saya ini dipermudahkan oleh Allah untuk beliau mendapat cahaya mata yang pertama. In shaa Allah.”
Aamiin Ya Allah.
Kelapa muda Serai 2 batang Lada hitam 5@6 biji di tumbuk halus
1. Masukkan serai 2 batang dalam kelapa. Ketuk serai tersebut sedikit kemudian masuk dalam kelapa.
2. Selepas itu, masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi ke dalam kelapa dan masukkan secubit garam dalam kelap.
3. Kemudian letakkan kelapa di atas dapur gas dan bakar, sebaiknya 12 minit ke 15 minit dengan api yang sederhana.
Al Fatihah 3 x Al Ikhlas 3 x Bismillah5 3 x Selawat 3 x
√ Diminum sebelum datang haid. Jika haid datang jangan minum.
√ Sebaiknya mana yang nak merancang hamil, mula minum selepas habis period.Habis period terus minum sebiji.
√ Selepas 5 hari buat lagi. Buat berterusan 5 hari sekali sehingga datang period semula. Jika period dah datang terus stop. Cuba buat dalam sebulan je dulu.
√ Baik juga diamalkan buat pesakit yang ada masalah dalaman seperti cyst, fibroid. Buatlah dengan izin Allah cyst mengecil atau ia akan keluar sendiri
√ Jika ada gangguan makhluk halus, di dalam perut selepas minum, perut anda akan memulas-mulas, sendawa, muntah atau terkentut-kentut busuk.
√ Sekiranya ada tanda tersebut, perut anda mengalami gangguan makhluk halus. Sebaiknya dapatkan rawatan Islam berhampiran juga ya.
√ Semua atas izin Allah. Ini sebagai ikhtiar. Ada pesakit minum sekali pun dah hamil. Ada yang buat banyak kali jika belum rezeki tak juga hamil.
“Setakat ini izin Allah ramai saya bantu cara ini dapat membetulkan masalah period, masalah senggugut dan izin Allah banyak pesakit yang berjaya hamil.”
Moga perkongsian kecil saya ini dapat beri manfaat pada anda semua. In shaa Allah.
Jika anda pernah buat kelapa bakar ini boleh sharekan komen di bawah.
Sejak kembali bekerja ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang ketara kelangsingannya, makin kurus malah cantik berseri-seri merah-kemerahan wajahnya. Banyak juga cerita langsing penyanyi nombor satu negara ini boleh dibaca. Petuanya tentu-tentulah kerana Siti Aafiyah. Menunaikan tanggungjawab sebagai ibu Siti Aafiyah, itulah buatkan lemak-lemak degil yang dikumpul semasa hamil mudah menjauh pergi.
Bak kata Datuk Seri Siti Nurhaliza, melalui fasa seorang ibu itulah punca tubuhnya kembali langsing. Namun, selain faktor itu, ada 3 orang wanita yang membantunya melalui tempoh berpantang dengan betul. Ya, berpantang dengan betul inilah yang membantu seorang ibu lepas bersalin mendapatkan kembali bentuk tubuh bak anak dara.
Dalam instagramnya, beliau berkongsi. “Sewaktu hamil dahulu, saya berdoa agar proses kehamilan dan bersalin saya berjalan baik dan selamat.”
“Alhamdulillah. Selepas melahirkan, saya sangat bersyukur kerana ada insan-insan yang menjaga dan mengambil berat soal penjagaan berpantang, pemakanan dan juga menjaga anak saya, Aafiyah.”
Ramai juga sedia maklum, ibu Siti Aafiyah ini menggunakan khidmat penjagaan berpantang dari Natalis Mother Care. Bukan saja soal penjagaan ibu dan bayi, malah pemakanan berpantang juga merupakan satu hal yang amat dititikberatkan.
“Saya harus dan ingin berterima kasih kepada @natalismothercare iaitu Puan Suzi dan saudara Danish yang memperkenalkan Kak Susi, Kak Nor dan Ira kepada saya dan Aafiyah.
“Saya tidak nafikan, mereka ini menjadi tulang belakang saya sehingga ramai yang memberi komen mengenai penampilan terbaru saya selepas bersalin. In sha Allah saya akan terus menggunakan khidmat mereka selepas ini walaupun akhir Mei ini, perkhidmatan mereka akan tamat.
“Namun, saya pasti akan membuat rawatan susulan nanti. Jika anda puji dan komen saya nampak kurus sekarang, mereka inilah salah satu sebabnya selain melalui fasa baru sebagai seorang ibu, berjaga malam, menyusukan bayi, tidak cukup rehat dan sebagainya.”
“Terima kasih di atas layanan, khidmat, bantuan dan kerjasama @natalismothercare selama hampir 2 bulan setengah bersama saya.”
Dalam apa pun rutin penjagaan berpantang, disiplin itulah yang paling utama. Kalau diri sendiri tak betul-betul kuat semangat dan kental. Memang sukar untuk mendapatkan kembali tubuh idaman bak anak dara.
Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah buktikan, dengan rutin penjagaan berpantang inilah impian langsing berjaya. Jadi mak-mak yang masih ragu-ragu dengan rutin 44 hari berpantang, ambil contoh dari kisah artis kesayangan Malaysia ini ya.
Kalau ikutkan memang banyak grup projek cuci telekung surau awam di kawasan setempat kita. Yang mana, aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. Setiap telekung yang mahu dicuci diagihkan antara ahli. Bagaimana pun, idea cuci telekung persendirian yang dilakukan oleh Puan Zatika Izati Puade menarik perhatian Mingguan Wanita.
Sebabnya, beliau tunjukkan cara bagaimana mahu memulakan aktiviti cuci telekung di surau awam secara persendirian. Tip yang beliau kongsikan ini dijalankan aktivitinya sekitar bulan Mac yang lalu iaitu ketika cuti persekolahan anak-anak. Ramadhan ini tentulah lebih baik lagi jika anda dapat praktikkannya.
“Wrap up aktiviti cuci telekung pertama tahun ini. Jumlah keseluruhan 73 helai, dibasuh dalam 3 batch.” Tulis Puan Zatika di halaman facebooknya.
Cara ini lebih mudah bagi saya sebab tak perlu beli telekung baru. Cuma cuci/ baiki telekung yang sedia ada tu. Surau-surau awam ini sebenarnya sudah banyak telekung wakaf yang disumbangkan individu, cuma mungkin tidak dijaga betul.
Ada yang kotor dek mekap, foundation, maskara, lipstik, ada juga yang masam dek peluh dalam cuaca hangat lit-lit ni.
(Satu lagi sebab ialah telekung wakaf yang disumbangkan kerap hilang)
“Belum sempat lagi nak bikin grup, saya kongsikan dulu aktiviti cuti sekolah mak-mak mereput di rumah wakaka. *nanges*”
Sebelum ini Puan Zatika ambil kesemua telekung dan tinggalkan telekung wakaf baru. Tapi disebabkan telekung wakaf selalu hilang, belia gunakan cara basuh by batches. Ambil separuh ke, 1/3 ke. Asalkan ada telekung yang boleh digunakan sementara kita basuh yang lain tu.
Bagi mengelakkan telekung bercampur, aktiviti cuci telekung ini diselesaikan satu per satu. Lepas siap cuci telekung-telekung satu surau awam, barulah dia mulakan cuci telekung di surau awam yang lainnya.
Bawa beg plastik besar atau kotak supaya senang nak masukkan telekung yang perlu dibasuh. Seelok-eloknya datang waktu awal pagi. Orang tak ramai dan belum nak gunakan surau.
Maklumkan orang berkenaan atau kakak cleaner atau guru atau pakcik guard sekolah yang kita ambil telekung untuk dibasuh.
Gantung terus telekung yang kita dah basuh. Bawa pulang yang kotor untuk dibasuh. Dengan cara ini pengguna masih ada telekung untuk dipakai berbanding jika kita ambil dan basuh semua.
Kalau rajin, bawa wet tisu dan tolong lap rak dan lantai. Atau maklumkan pada pengurusan. Mereka ada pekerja yang akan bersihkan surau.
Telekung berwarna gelap mudah dicuci.
Masukkan saja dalam mesin dobi, tambah sabun dan pelembut dan set basuhan kepada HOT (panas).
Dalam cuaca panas macam ni, basuhan cepat kering.
Baru letak sabun dah keluar kotorannya. (How can one pray with telekungs like these?)
Saya suka rendam semalaman dan berus sebelum disumbat ke dalam mesin dobi. A theraphy for me looking at clean, fragrant telekungs.
Salah satu penyumbang telekung wakaf. Thank you!
Batch kedua selepas dibasuh dan digantung.
Lantai pun sudah divakum.
Hahaha. Bab melipat ni den lomah sikit. 2-3 hari jugalah depa duduk atas kerusi tu.
Telekung yang siap dibasuh, dilipat dan dibungkus, untuk dipulangkan semula.
Gunakan kerahan tenaga untuk menolong mengangkat. Maklumkan kakitangan berkenaan yang kita sudah pulangkan semua telekung.
Itu saja. Repeat at other places or the same place in maybe 3 months time? Ajak anak-anak sekali.
Nota : Bagusnya jika ada individu yang sanggup membuat amal kebaikan memudahkan urusan ibadah orang lain ini. Sebenarnya cara ini juga sebahagian daripada sedekah jariah yang mak-mak boleh lakukan.
Ingin bayar PTPTN guna KWSP? Ketahui syarat kelayakan, langkah permohonan dan perkara penting sebelum membuat pengeluaran simpanan KWSP untuk bayaran pinjaman pendidikan.
Ramai peminjam PTPTN...