Petua ikhtiar hamil dengan kelapa bakar ini dikongsikan cara-caranya oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari(Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin). Kata Ustaz Mujahidin kepada Mingguan Wanita, petua ini banyak manfaat dan banyak pesakit beliau berjaya hamil guna cara ini. Semua atas izin Allah.
Macam mana ustaz boleh berkongsi petua minum kelapa bakar ini. “Tahun lepas di kampung ada pesakit minta saya tolong buatkan kelapa bakar. Izin Allah setelah 4 tahun kosong, beliau berjaya hamil.”
Orang pertama saya buatkan adalah isteri saya. Tahun 2016 lepas saya buat video kelapa bakar. Saya terus bagi isteri saya minum. Syukur Alhamdulillah setelah 4 tahun kosong izin Allah isteri saya hamil. Kini dah selamat melahirkn anak bongsu saya, Harith Daniel.”
Orang kedua adalah adik ipar saya, Nadia. Beliau kosong setahun. Lepas dia minta. Saya buatkan izin Allah beliau hamil. Kini baru sahaja melahirkan anak sulung.
Kini pesakit saya dari Melaka. Datang rumah nak sangat-sangat saya sendiri yang buatkan kelapa bakar ni. Pesakit ini dah berkahwin 9 tahun masih belum dikurniakan cahaya mata.
Disebabkan hajat beliau sanggup susah payah bawa buah kelapa datang ke rumah. Kasihan dengan penantian 9 tahun, saya penuhi hajat beliau.
“Saya doakan agar pertolongan sedikit saya ini dipermudahkan oleh Allah untuk beliau mendapat cahaya mata yang pertama. In shaa Allah.”
Ads
Aamiin Ya Allah.
Mudah Saja Buat Kelapa Bakar
Kelapa muda Serai 2 batang Lada hitam 5@6 biji di tumbuk halus
1. Masukkan serai 2 batang dalam kelapa. Ketuk serai tersebut sedikit kemudian masuk dalam kelapa.
2. Selepas itu, masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi ke dalam kelapa dan masukkan secubit garam dalam kelap.
3. Kemudian letakkan kelapa di atas dapur gas dan bakar, sebaiknya 12 minit ke 15 minit dengan api yang sederhana.
Selesai Bakar Baca
Al Fatihah 3 x Al Ikhlas 3 x Bismillah5 3 x Selawat 3 x
Selesai baca minum.
Sebaiknya Ikut Aturan Ini
√ Diminum sebelum datang haid. Jika haid datang jangan minum.
Ads
√ Sebaiknya mana yang nak merancang hamil, mula minum selepas habis period.Habis period terus minum sebiji.
√ Selepas 5 hari buat lagi. Buat berterusan 5 hari sekali sehingga datang period semula. Jika period dah datang terus stop. Cuba buat dalam sebulan je dulu.
√ Baik juga diamalkan buat pesakit yang ada masalah dalaman seperti cyst, fibroid. Buatlah dengan izin Allah cyst mengecil atau ia akan keluar sendiri
Ini Tanda Ada Gangguan Makhluk Halus
√ Jika ada gangguan makhluk halus, di dalam perut selepas minum, perut anda akan memulas-mulas, sendawa, muntah atau terkentut-kentut busuk.
Ads
√ Sekiranya ada tanda tersebut, perut anda mengalami gangguan makhluk halus. Sebaiknya dapatkan rawatan Islam berhampiran juga ya.
√ Semua atas izin Allah. Ini sebagai ikhtiar. Ada pesakit minum sekali pun dah hamil. Ada yang buat banyak kali jika belum rezeki tak juga hamil.
“Setakat ini izin Allah ramai saya bantu cara ini dapat membetulkan masalah period, masalah senggugut dan izin Allah banyak pesakit yang berjaya hamil.”
Moga perkongsian kecil saya ini dapat beri manfaat pada anda semua. In shaa Allah.
Jika anda pernah buat kelapa bakar ini boleh sharekan komen di bawah.
Ada desas desus mengatakan sebab tersedak susu tetapi sebenarnya punca kematian bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi, berusia lima bulan di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves disebabkan kecederaan di bahagian kepala.
Tiada Sisa Susu Di Kerongkong Bayi
Ini kenyataan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya.
Kalau ikutkan pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada bayi itu dipukul, dihempas atau terjatuh ketika berada dalam jagaan suspek. Tiada sisa susu ditemui pada kerongkong mangsa.
Setakat ini, tiada sebarang senjata ditemui berhubung kes ini tetapi pihak polis masih siasat perkara ini.
Fadzil berkata, bedah siasat dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) bermula jam 9.45 pagi tadi hingga jam 1 tengah hari.
Keterangan Pengasuh Tak Betul
Katanya, dengan laporan bedah siasat itu, ia sekali gus menafikan keterangan awal suspek sebelum ini bahawa bayi berkenaan tersedak susu.
Pada hari kejadian, suspek turut mengasuh dua lagi bayi lain, namun diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sejak dua tahun lalu dan turut mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.
“Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk berkemungkinan mangsa didera sebelum ditemui mati termasuk motif pembunuhan,” katanya.
Doakan Yang Baik-baik
Malam tadi kononnya Adam Rayqal dilaporkan hilang selepas pengasuhnya dikatakan tersalah serah bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di Kampung Nakhoda, Batu Caves kira-kira 6.30 petang, semalam. Tetapi rupanya anak kecil itu sudah tiada dan dujumpai dalam peti.
Ya, kematian yang menyayat hati ini agak mencuit emosi kaum mak-mak namun apa pun kita doakan moga Farrah Madihah serta suaminya Mohd Sufi tabah dengan ujian Allah dan segala urusannya dipermudahkan agar pihak yang bersalah dihukum sewajarnya atas kesalahan yang dibuat.
Info: Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dua beradik meninggal dalam perjalanan ke sekolah, tragedi Ramadan yang sangat menyayat hati. Hari terakhir persekolahan menjadi insiden menyayat hati bagi seorang ibu bila mana dua anaknya meninggal dunia.
Berbaki lima hari sebelum sambutan Aidilftri, dua beradik yang dalam perjalanan ke sekolah maut dalam nahas langgar lari di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak Jaya di sini pada Jumaat.
Dua Beradik Meninggal Dalam Perjalanan Ke Sekolah
Dalam nahas itu, Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru.
Tragedi Ramadan Yang Sangat Menyayat Hati
Memetik laporan Sinar Harian, sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh dipercayai telah memasuki simpang kanan secara mengejut menyebabkan berlaku pelanggaran dengan motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.
Nahas itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan terbabit telah melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Polis telah menerima panggilan kemalangan tersebut pada jam 7.12 lagi dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu Virgoun syukur anak ditangkap kerana dadah, “nasib anak lebih buruk kalau masih bebas…”. Virgoun penyanyi yang sangat popular di Indonesia. Lagu Surat Cinta Untuk Starla menjadi lagu kesukaan ramai.
Tahun lalu, kisah rumahtangganya menjadi sorotan selepas ada pengakuan dirinya melanggan pelacur dan menghabiskan wang RM59,000 untuk memuaskan nafsunya ketika popularitinya memuncak. Inara sendiri mula mengesan kecurangan suaminya selepas berdoa dalam solat Subuhnya agar ditunjukkan kebenaran akan rumahtangga mereka.
Ibu Virgoun Syukur Anak Ditangkap Kerana Dadah
Malah bekas isterinya yang cantik, Inara juga dikatakan tidak cantik dan mereka akhirnya bercerai dan Inara mendapat hak penjagaan anak.
Virgoun dikatakan melangan pelacur dan pernah memaklumkan yang isterinya tak cantik.
“Nasib Anak Lebih Buruk Kalau Masih Bebas…”
Terkini, selepas bercerai, rezekinya jauh berbeza. Populariti dikecapinya juga semakin menurun dan menyedihkan, baru ini penyanyi ini ditangkap kerana terlibat dadah.
Jika kebanyakan ibu akan menyorokkan hal memalukan ini dan tidak memberikan sebarang komen tetapi nampaknya, ibunya, Eva Manarung yang juga seorang penyanyi menzahirkan rasa syukur kerana anaknya ditangkap kerana terlibat dadah.
Walau kenyataannya dilihat agak mengejutkan tetapi kata Eva, penangkapan anaknya jauh lebih baik duduk di dalam berbanding terus menagih yang akan terus merosakkan dirinya.
“Ini doa saya agar anak boleh menjadi lebih baik di masa depan,” katanya baru ini.
Kata Eva, jika anaknya tidak ditangkap, penagihan dadahnya lebih teruk dan akan merosakkan diri sendiri.
Masa yang sama, dirinya tidak memberikan sebarang komen mengenai Inara yang langsung tidak berminat mengulas isu ini. Malah dirinya juga tidak mahu memanjangkan hal ini keran dikhuatiri boleh berlaku pertengkaran.
Masa yang sama ibu ini memaklumkan dirinya seolah mendapat firasat anaknya akan ditangkap polis.
Menurut Eva, dia dan Virgoun sudah lama tidak berkomunikasi kerana hubungan mereka yang kurang baik.
“Nombor aku disekat kira-kira sudah dua bulan,” katanya lagi.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...