Perjalanan berhari raya berakhir tragedi, empat sekeluarga meninggal dunia. Hari raya yang sepatutnya hari bergembira menjadi berita duka buat dua keluarga apabila kenderaan dinaiki bertembung hingga mengakibatkan enam meninggal dunia.
Dalam kejadian petang semalam, dua buah kenderaan bertembung secara berhadapan di Kilometer 153 Jalan Jerangau-Jabor di Cheneh dan kebanyakan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Perjalanan Berhari Raya Berakhir Tragedi
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa maut adalah empat penumpang di dalam Proton Persona yang pertama iaitu Nor Nadia Natasha Abu Bakar, 23; Nur Syafinaz Naura Saiful Azwan, 2; Tuan Yah Dollah, 61; dan Rosliza Mat Hussin, 38.
Memetik laporan Harian Metro, pertembungan terjadi apabila pemandu kenderaan Pesona, Shah Rezzal Zanzalani, gagal mengawal kenderaan dipandu sebelum merempuh kereta dari hadapan.
Dua buah kenderaan bertembung hingga mengakibatkan enam meninggal duniaPeralatan khas digunakan akibat kenderaan remuk bagi mengeluarkan mangsa tersepit.
Sekeluarga Meninggal Dunia
Ads
Dalam kejadian itu, menurut pihak polis, Shah Rezzal Zanzalani, 27, dan tiga penumpang lain iaitu Wan Muhamad Adam Wan Muhamad Khalil, 11; Wan Alya Farhana Wan Muhamad Khalil,15; dan Nur Syafana Nasha Saiful Azwan, 2, mengalami kecederaan.
“Manakala di dalam Proton Persona kedua pula, mangsa yang maut adalah Abd Halim Ismail, 71 dan Alisha Mardhiah Muhammad Ubaidillah Zikri, 2. Pemandu kereta Muhammad Ubaidillah Zikri Adnan, 26 dan dua penumpang lain Nurul Fatihah Azman, 28, dan Zaiton Mohamad, 57, mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, tengah malam tadi.
Hanyan berkata berdasarkan siasatan awal, kemalangan berlaku kira-kira 5 petang semalam itu berpunca apabila kereta dipandu Shah Rezzal yang dalam perjalanan dari Bukit Besi, Dungun ke Cheneh dekat sini, hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
Situasi itu menyebabkan kenderaan dipandu Muhammad Ubaidillah Zikri dari Perasing dekat sini menghala ke Batu Rakit, Kuala Nerus, tidak dapat mengelak kerana jarak yang dekat dan menyebabkan kedua-dua kereta bertembung secara berhadapan, katanya.
“Empat mangsa maut di lokasi kejadian, manakala dua mangsa iaitu Alisha Mardhiah dan Rosliza meninggal dunia di Hospital Kemaman.
“Mayat semua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman, manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kehilangan remaja OKU warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun selama 10 hari berakhir dengan tragedi. Mayatnya ditemui semalam kira-kira jam 1.57 tengahari dan disahkan identitinya oleh ahli keluarga kira-kira 8.40 malam.
Dalam pada itu, ibu dan ayah, Nora Anne, Maebh Jasephrine Quoirin dan Sebastian Marie Philipe melalui satu kenyataan yang diwakili Lucie Blackman Trust Foundation berkongsi rasa hati.
Kredit foto : Lucie Blackman Trust/Famili
Kata mereka, “Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah berusaha sebaik mungkin mencari Nora. Kami juga merakamankan rasa terima kasih kepada penduduk tempatan dan mereka yang terus menyokong dan mendoakan kami dari kejauhan.
“Nora telah menyatukan kita semua, terutama dari Perancis, Ireland, Britain dan Malaysia. Bersatu hati dalam sokongan dan kasih sayang terhadapnya dan ahli keluarganya.
“Sesungguhnya, Nora telah menyentuh hati seluruh dunia.
“Kepada rakan-rakan kami dan ahli keluarga di tanahair, ucapan terima kasih yang tak terhingga di atas kasih sayang anda.
“Nora gadis yang cukup berharga, paling berharga dan kami sangat menyayanginya. Kejadian yang menimpa Nora sesuatu yang sukar untuk kami tanggung. Hati kami retak..”
“Kasih sayang kami untuk Nora tak pernah ada batasan.”
Bedah Siasat Nora Anne Dirujuk Ke Peguam Negara
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman menjelaskan proses bedah siasat remaja berkenaan dijangka mengambil masa lebih tiga jam. Sebelum laporan penuh diperoleh.
Peguam keluarga Nora Anne, Sankaran Nair memaklumkan laporan bedah siasat itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Disamping meminta Peguam Negara mempertimbangkan sama ada inkues diperlukan merujuk kematian Nora Anne sebagai kematian mengejut.
Maklumnya, masih terlalu awal untuk menentukan kematian mangsa ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya.
Pengorbanan Guru Bantu Murid Cina Susah, Tak Pandai, Satu Famili Panggil ‘Cikgu Mak’. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru buat anak-anak murid memang tak terbalas. Apatah lagi pengorbanan tanpa mengira bangsa dan agama, pada anak murid yang kurang berkemampuan serta ‘istimewa’ dan mempunyai masalah dalam pelajaran.
Perkongsian daripada Cikgu Roslina Parumo ini sungguh memberi inspirasi dan membuatkan kita lebih menghargai pengorbanan guru yang tidak ternilai.
Saya ada seorang ex-student tak pandai, tak boleh membaca dan menulis. Sentiasa manis mukanya dan pembersih orangnya. Dia sangat istimewa bagi saya, yang paling ‘melekat’di hati saya. Saya hanyalah guru mp PSV nya saje. Biar la saya menamakannya sebagai A.
A tamat SPM sesi 2021. Saya mula merapatkan diri dengannya semasa dia tingkatan 4. Sebaik sahaja sekolah dbuka selepas PKP 1 saya perasan dia membesar sungguh! Sampai tak terkancing seluar sekolahnya, kasut pun ketat! Dia senyum sahaja bila saya menegurnya. Semua pertanyaan saya, ada kawannya yang jadi transleter.(Dia murid Cina).
Keluarga Terkesan PKP
Saya difahamkan keluarganya sangat terkesan dengan PKP. Anak tunggal. Tinggal dengan nenek, ayah (yang hilang pkrjaan) dan ibu yang dalam rawatan dialisis.
Ayahnya sebelum ini, seorang Tukang Urut di Singapura. Bila PKP ‘tersadai’ tak boleh masuk ke sana. Vios digantikn dengan Bezza 2nd dan terpaksa dilepaskan juga. Ada motorsikal sahaja.
Menjadi rutin saya, waktu rehat saya duduk di Bilik Seni. Memantau fail kerja kursus dan memberi bimbingan extra kepada murid yang memerlukan.
Saya perasan A keluar dari bilik PSV. Kemudian tak sampai 5 minit, dia masuk semula. Bila saya tanya, sudah makan? Dia mengangguk sahaja. (Cepat nohhh dia ke kantin). Bilik PSV atas nun di tingkat 4) Tanpa dia sedari, saya perhatikan dia asyik memandang-mandang rakan-rakan yang lain yang sedang makan bekalan.Lalu saya memanggilnya. Secara sembunyi saya memberinya sedikit duit. Sebab dia seorang yang ‘lurus’ dan kadang kala ‘dibuli’. Saya minta dia simpan terus dalam beg duitnya.
Ketika dia buka beg duit, saya terpandang, saya tersentap hanya ada sekeping not RM1 sahaja. Betul ke dia dah makan tadi?.
Belikan Persalinan Uniform & Kasut Baru
Esoknya, saya call bapa A minta kebenaran untuk bawa dia keluar selepas persekolahan. Saya cuma kata, saya nak membelikan A hadiah. Keberatan bapanya untuk beri izin. Ye la tak pernah-pernah ada guru nak bawa anaknya keluar. Akhirnya saya dapat juga bawa A keluar, dpat la dia persalinan uniform & kasut baru.
Panggilan ‘Cikgu Mak’
Sejak itu, saya terus membantu A dan familinya. Sejak itu juga A mmanggil saya ‘cikgu mak’. Ibunya (tak fasih brbahasa melayu) & neneknya juga memanggil saya begitu.
Walaupun famili A susah dia tak pernah meminta bantuan saya. Pernah bapanya sakit & masuk wad, pergi dan balik naik bas sahaja. Dah keluar wad baru dia beritahu saya.
Sama juga dengan ibunya. Selang sehari pergi rawatan dialisis hanya ‘bermotoran’ sahaja. Ada rotary club yang menanggung sebahagian rawatannya. Dalam seminggu 4@5 kali A akan voice mail ( nak typing, tak pandai) saya ‘cikgu mak, malam sudah makan?’ Itu saja yang diucapknnya sehingga la sekarang!
Jika masak, selalunya sengaja saya masak lebih untuk dikongsikan dengan famili A. Makan minum mereka sering juga dibantu orang lain.
Ada satu ketika bapa A ingin memberhentikan persekolahan A. ‘Dia apa pun tak boleh, baca, tulis tak boleh. Saya kata, takpe la..biar dia teruskan, sekejap lagi dia sudah mahu habis SPM. Semua belanja & barang sekolah dia, you jangan risau, saya setelkan.(Akhirnya, en suami saya yang offer diri untuk belanja A sehingga dia habis sekolah).
Aduh la.. sepatutnya A di kelas Pendidikan Khas jika diusahakan dari awal. Ketika itu hanya tinggal beberapa bulan saje lagi untuk dia SPM. Saya bantu setakat mana yang boleh.
Semasa sambutan Tahun Baru Cina, berkali-kali bapa A ulang alik ke rumah saya, menghantar makanan, kuih, limau, Udang tepung, siakap tiga rasa. Katanya, dia tempah di Restoran Melayu. Saya makan dengn lelehan airmata. Anak-anak saya semua diberinya angpau dalam serba kekurangan, macam-macam diberinya.
Tahun berikutnya, awal-awal saya beritahu bapa A, saya tak mahu apa-apa. Jangan susah-susah bagi saya apa-apa nanti saya sedih & menangis. Still dihantarnya kuih & limau sekotak.
Pesan Jadi Orang Baik
Semasa ulang tahun kelahiran A, saya belikan dia kek, dia potong dalam kelas makan bersama-sama kawannya. Saya kata kalau awak tak pandai, awak jadi orang baik-baik ye. Semoga semua yang baik datang pada awak. Sambil tepuk-tepuk ubun-ubun kepala dia, sambil bergenang air mata saya ktika itu. Semoga baik-baik la kehidupan masa hadapannya.
Sehingga la A tamat SPM. A hanya duduk di rumah membantu nenek & ibunya yang uzur dengan kerja-kerja di rumah. Rumahnya pun rapi dan bersih.
Subjek PSV Dapat C+
Saya masih berterusan mengunjungi rumahnya setiap bulan. Oh ye. Result SPM nya? Semua G subjek PSV shj C+! Saya bagi A hadiah dengan kejayaan PSVnya itu! ( Gambar yang saya sertakan di bawah ada lah sewaktu A & bapanya datang untuk ambil result)
Bila saya dah mulakan perusahaan sambilan (itik penelur), saya kurang mngunjunginya tetapi titipan masih berterusan melalui anak-anak saya.
Last, saya ada juga ‘memunjung’ hidangn raya ke rumahnya. Ada lagi satu beg yang berisi kuih raya yang belum sempat saya hantarkan.
Beberapa hari lepas, A ada voice mail….still ayat yang sama. Saya reply ‘sudah’ & share pic balang-balang telur masin yang sedang saya isikan ketika itu.
Temankan Keluarga Pelajar
Tadi dalam pukul 8pm, ayahnya ada mnghubungi saya. Memberitahu dia, A & neneknya baru balik dari hospital JB (naik bas). Ibu A sudah 11 hari di ICU, tubuh & otaknya dijangkiti kuman. Sudah tiada respon. Doktor ada memberitahunya ibu ‘tiada harapan’. Pukul 10am esok, semua tiub akan dibuka, dia akan ‘jalan’.
Tadi dibawanya A & nenek untuk melawat ibu untuk kali yang terakhir. Kulai JB, JB Kulai naik bas. Sempat saya berbual dengan A sekejap, cikgu mak katanya. Saya minta untuk dia kuat. Jangan sedih-sedih. Tuhan sudah bagi macam ini.
Tapi sebaliknya, saya yang sedih. Dari mula menulis ni air mata saya laju je.
Beberapa hari yang lepas, sewaktu dia voice mail saya dengan ayat sama tu, tentu dia nak share dengan saya tentang ibunya yang dah terlantar di wad tapi dia tak pandai menyuarakannya.
Mlm ni, saya batalkn plan saya untuk temankan suami seperti selalu trip ke Bangi, delivery telur masin. Esok pukul 8.30am, saya akan bawa A, bapa & neneknya untuk ke hospital berada di samping si ibu sebelum dia ‘berlepas’ pergi.
Mingguan Wanita: Tahniah cikgu, sungguh terinspirasi dengan pengorbanan dan kasih sayang cikgu kepada anak murid tanpa mengira bangsa dan agama. Semoga segala jasa bakti dan kebaikan cikgu mendapat ganjaran di sisinya.
‘Kau simply cakap aku mandul..’ Pelakon Siti Elizad Sharifuddin membuat laporan polis terhadap seorang pengguna laman sosial yang mendakwa dirinya mandul malah menggelarnya ‘pukimak’.
Komen tersebut ditulis berdasarkan sebuah artikel berkaitan pelakon itu yang disiarkan dalam sebuah portal terkenal.
Hatinya benar-benar luluh dengan kenyataan yang amat menggores hatinya. Malah, ketika berkongsi perasaan terkilannya itu, Elizad menaip dalam keadaan menangis, menggigil bagai mahu tercabut jantung menahan rasa hibanya.
Kongsinya,
Dimulakan dengan salam & Bismillahirrahmannirrahim. Pertamanya, jarang-jarang aku ni melayan komen-komen “bodoh“ macam ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan MANDUL, it really hurts me so bad . Kau Allah ke ? Tahu aku ni mandul ke tak? Boleh beranak ke tak?!!
Menggigil, terketar tangan ni. Jantung rasa nak tercabut. Sedih teramat-amat sangat ! Kau suka ke kalau tengok aku ni bercerai berai sebab aku belum ade zuriat?!
Im crying while I text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke tak? Pernah kerjasama dengan aku ke? Bersedekah? Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu di upload keee ???!!! Lain org lain cara nya. I dont need any stupid attention ! I’m happy with my life. Dapat anak ke tak ke, itu kerja Allah . Cuma, no one can say that “ MANDUL “ word to me ! . Kau tahu tak? Aku struggle macam nak mati nak dapat kan zuriat sendiri ! Hari-hari dalam solat menangis-nangis , mintak pada Allah jangan biarkan aku keseorangan TANPA ZURIAT ! Menangis kecewa sebab takde peneman umur dah macam ni.
Kau Senang-senang Cakap Aku Mandul
Aku ni bertahun , berjumpa segala doktor pakar , pergi seluruh pelusuk berubat , cucuk sana sini , SAKIT TAHU TAKKK ???!!! SAKITTT !!! Yang KAU , senang-senang PUKIMAK KAN AKU & CAKAP AKU MANDUL !
Apa aku rasa ? Family aku rasa ? Orang yang tahu & nampak je aku bersusah payah berulang alik , tahan sakit nak dapatkan ANAK ! Kau simply boleh cakap aku MANDUL & PUKIMAK ?
Jarang aku amik port & tak maaf kan orang. But not this time ! Luluh hati ni , sedih sangat-sangat ! Tuhan je tahu . I already made a police report di Balai Polis Bukit Jalil . Thank u so much Puan Farhana & semua anggota polis yang membantu juga Inspector William Balai Polis Sg Besi . Buat Brother yg backing saya dalam video tanpa saya kenali anda , terima kasih banyak-banyak . Juga mereka yang sentiasa menyokong & memberi kata-kata semangat buat saya. Hanya Allah sahaja yg mampu membalas segala kata-kata kebaikan anda. Selebih nya , tunggu esok untuk tindakan selanjutnya cc : Tuan Lawyer @faiziskandar_
November tahun lalu, Elizad ada berkongsi berita duka apabila dirinya mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Meskipun keguguran, elizad meluahkan perasaan bersyukur apabila sempat merasai nikmat menjadi ibu walaupun selama beberapa hari.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.